Friday, May 1, 2009

Saja suka-suka

بسم الله الرحمت الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Fuhhh.... agak lama juga penulis tidak menjengah blog sendiri...baru ni ada peluang nak update blog..huhuhu sibuk banget walaupun tak adalah sibuk mana tapi..boleh lah dikatakan sibuk...minta maaf pada individu2 yang follow penulisan penulis di blog ni..buka2 apasal la topik yang sama..

Alhamdulillah..hari ni baru Allah berikan kesempatan untuk meng'up date' blog...hari ni berapa haribulan?..1 mei 2009...huhuhu dah masuk bulan 5 pun..so kat malaysia biasanya 1 mei ni adalah CUTI HARI BURUH/PEKERJA. Bolehlah rehat...tapi ada juga yang masih bekerja contohnya macam tol get girl/boy tuuu...setia menunggu dipondok2..apa-apa pun selamat hari pekerja..semoga menjadi seorang pekerja yang memanfaatkan setiap 1 minit atau satu detik itu kerana allah supaya rezeki yang kita terima dari setiap saat atau minit itu halalan toiyyiban...

Bersempena cuti ni jugalah sebelum 1 mei penulis wajib menghadirkan diri di krusus/daurah yang dianjurkan oleh WAMY sendiri....full in arabic...ada penterjemahan...nasib baik :)
Penulis bolehlah faham sikit-sikit samada bahasa inggeris or arab jika percakapan tu baku sebijik2..tapi tok syeikh arab ni ckp arab masyaallah laju..penulis boleh le tanggkap 2 3 patah perkataan..kalu x faham tu tunggu jelah penterjemah...teruk kan..belajar bahasa arab punya la lama nak cakap sampai sekarang tak ada keberanian...tak yakin la nak cakap kedua2 bahasa yang penulis rasa amat penting...so alhamdulillah lah kalu WAMY nak buat kelas khas untuk bahasa...suke3..

Biasalah bila dah daurah ni kena briefing pasal perlunya perancangan dalam gerak kerja...alah tajuk biasa...cuma cara penyampaian yang berbeza...pembentangan Dr. Mahmood (tok syeikh arab yang lemah lembut...suke3) boleh dikategorikan dalam psikologi industri..Dr. Jamal pun best jugak yang ni bersemangat..pun suke3...belajar la jugak bab2 psikologi ni masa dulu dan ini salah satunya...kalau dulu belajar secara teori sekarang penulis kena lah praktikkan pulak...cuma bezanya pembentangan tu dalam bahasa arab... selain daripada tu penulis ada juga belajar psikologi kanak2, psikologi perindustrian, psikologi fisiologi (ala2 doktor gitu..subjek paling susah), psikologi kaunseling, dan banyak lagilah..yang paling best psikologi PERKAHWINAN.. haha siap ada orang yang dah berkahwin minta kaunseling dengan penulis lagi gitu...daripada masa praktikal sampai sekarang.

Tapi isu yang paling penulis tak tahan nak gelak bila ditanya soalan "apa yang patut kita buat kalau suami minta pologami?"....arghhh soalan cepumas...cek dah la tak kawin lagi awat la depa tanya soalan macam tu...tapi alhamdulillah boleh la jugak penulis jawab berdasarkan penglaman2 orang2 yang berkahwin...kawan penulis kebanyakkannya adalah daripada title mak2 orang..serius...tak tahu lah kenapa..banyak bergaul dengan orang yang lebih berumur dari penulis..suke3... penulis kutip la pengalaman diorang...sebenarnya Allah nak beri ilmu rumahtangga pada penulis secara live...huhuhu mengerikannnn...tarbiyah jugak tuuuu..

oklah melalut entah hapa2 ntah...oklah salam optimis salam mujahadah salam perjuangan..
selamat berkonwanis lah yeeeee pada ahli2 ISMA....


No comments: