Tuesday, June 14, 2011

Merisik Khabar..

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..

Bersyukur kepada Allah atas nikmat kesihatan yang diberikan pada hamba-hambanya,
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat nabi, seterusnya para ulama yang banyak menyumbang dalam penerusan dakwah Islam....salam hormat, salam rindu, salam kasih sayang,salam mesra, dan salam bersua lagi kepada sahabat di alam cyber..apa khabar kalian semua? Moga sihat hendaknya.

Agak lama penulis tidak menjengah ke blog sendiri..tidak tahu apa yang menghambat masa penulis untuk mengarang entri yang terbaru..sememangnya benar kata-kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna kita mempunyai tugas yang lebih banyak dari masa yang ada. Mohon maaf seandainya kalian yang mengikuti perkembangan entri terbaru di blog penulis merasa kecewa.

Terlalu banyak perkara dan perubahan yang penulis perlu hadapi...sahabat sekalian...Allah itu sayangkan kita bila mana kita diuji dengan kesakitan yang sementara..nikmat sihat yang dipinjamkan Allah tarik sementara cuma..pun begitu banyak manusia gagal memandang bahawa sakit itu adalah tanda Allah sayangkan kita atau sebagai pembersih dosa-dosa kita.

Entri kali ini sekadar berkongsi cerita cuma..kerana cerita ini cerita manusia..kerana cerita ini cerita kita..cerita kali ini sekadar bertanya berita...sekian..insyaallah penulis cuba usahakan untuk menulis entri yang baru..

Salam...















Monday, November 1, 2010

10 Muwasoffat Tarbiyah.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alahamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas kekasih junjungan Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.Salam bersua semula di alam maya, salam optimis, salam mujahadah, salam istiqamah dan salam ukhuwah.

Bersyukur kepada Allah kerana mempunyai kesempatan hari ini untuk meng 'up date' blog penulis yang sudah agak bersawang dek kerana sudah lama tidak 'mengemasnya'. Tugasan melebihi masa yang ada kerana banyak tugas yang perlu dilakukan agar agama Allah terpelihara selain dari menyedarkan serta mengingatkan manusia-manusia yang terlupa tugas asalnya iaitu menjadi khalifah di bumi Allah.

Coretan penulis kali ini hanya sekadar muhasabah diri koreksi kendiri terutama buat mereka yang bergelar murabbi atau nuqaba'. Masakan kita mampu menyeru manusia kepada Allah jika hubungan kita dengan Allah tidak seteguh mana. Jalan tarbiyah adalah satu jalan yang cukup indah kerana dengan adanya tarbiyah hidup lebih terarah.Jadilah mukmin yang mantap pegangan agamanya.

Buat mereka yang bergelar da'ie di luar sana, penulis pasti ianya cukup sinonim dengan perkataan muasoffat tarbiyah. Apa itu muasoffat? hah! para da'ie sekalian masih ingat lagi kah kalian 10 muasoffat tarbiyah? atau ingat-ingat lupa? atau sudah faham benar dengan muasoffat? Jika benar sudah 'khatam' muasoffat yang 10 ini adakah sudah diaplikasikan sentiasa dalam kehidupan seharian?atau sekadar kadang-kadang, atau jarang-jarang. Jawapan ada dalam diri masing. Muhasabah diri ini untuk penulis khususnya dan untuk anda umumnya.

Muasoffat yang Pertama
1. SALIMUL AQIDAH (Aqidah yang Sejahtera)

1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam
1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
1.3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
1.4. Mentauhidkan Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah
1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada asma’,sifat dan af’alnya
1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan masalah asma’ dan sifat di samping berpegang dengan mazhab salaf.
1.7. Tahu sempadan muwalat (sokong) & mu’adat (memusuhi)
1.8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah.
1.9. Yakin bhw penghapusan dosa hanya dgn taubat nasuha
1.10.Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa
1.11.Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
1.12.Merasai kemanisan iman
1.13.Merasai kemanisan ubudiyyah
1.14.Merasai kewujudan malaikat Hafazah

Muasoffat yang kedua
2. SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)

2.1. Khusyuk dalam solat
2.2. Qiam 1x seminggu
2.3. Bersedekah
2.4. Puasa sunat 2x sebulan
2.5. Memelihara anggota
2.6. Mengerjakan haji jika mampu
2.7. Khusyuk ketika membaca al-Quran
2.8. Khatam al Quran 1x setiap 2 bulan
2.9. Banyak mengingati Allah & hafal mana yang mampu
2.10.Banyak berdoa dgn mengambilkira syarat & adab
2.11.Banyak bertaubat
2.12.Sentiasa memperbaharui niat & memperbetulkannya
2.13.Menyuruh yang makruf
2.14.Mencegah yang mungkar

Muasoffat yang ketiga
3. MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap)

3.1. Tidak membantah
3.2. Tidak banyak mulut
3.3. Sedikit senda gurau
3.4. Tidak berbisik perkara kebatilan
3.5. Tidak berdengki
3.6. Tidak berhasad
3.7. Rasa malu melakukan kesalahan
3.8. Menyayangi jiran
3.9. Tawadhu’ tetapi bukan hina
3.10.Berani
3.11.Lembut
3.12.Menziarahi orang sakit
3.13.Iltizam dengan adab Isti’zan
3.14.Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan

Muasoffat yan keempat
4. QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)

4.1. Bekerja dan berusaha
4.2. Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan
4.3. Utamakan pengkhususan yang penting dan utama
4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan
4.5. Sederhana dalam berbelanja
4.6. Utamakan produk syarikat-syarikat Islam
4.7. Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam
4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan

Muasoffat yang kelima
5. MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)

5.1. Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk al-Quran
5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al-Quran
5.3. Menghubungkan antara al-Quran dan realiti semasa
5.4. Menghafal 40 hadith dari Matan Arba’ien
5.5. Menghafal 50 hadith dari Riyadhus Solihin
5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya
5.7. Mengenal 20 orang syuhada’ dari kalangan sahabat
5.8. Tahu hukum- hukum mengenai zakat
5.9. Tahu fiqh mengenai haji
5.10.Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang pengkhususan
5.11.Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
5.12.Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara
5.13.Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam
5.14.Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan Muslimin

Muasoffat yang keenam
6. QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)

6.1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
6.2. Membasuh peralatan makan dan minum
6.3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
6.4. Mengatur jadual makan
6.5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6.6. Kurangkan pengambilan lemak
6.7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
6.8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
6.9. Memilih syarikat pengeluar makanan
6.10.Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
6.11.Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
6.12.Bersenam 10-15 minit sehari
6.13.Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
6.14.Merawat diri jika sakit

Muasoffat yang ketujuh
7. MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)

7.1. Lawan dorongan nafsu
7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus
7.3. Sentiasa niat berjihad
7.4. Sentiasa bersama pendokong kebaikan
7.5. Makan apa sahaja yang disaji dengan redha
7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam
7.7. Sabar di atas bala
7.8. Perbuatannya menyamai perkataannya
7.9. Bersedia menanggung bebanan dakwah

Muasoffat yang kelapan
8. MUNAZHZHOM FI SYUUNIHI (Berdisiplin)

8.1. Sembahyang menyusun waktunya
8.2. Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya
8.3. Menyusun idea-ideanya
8.4. Menjaga waktu kerja
8.5. Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku

Muasoffat yang kesembilan
9. HARISHUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)

9.1.Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas ketika menunaikan keperluannya
9.2.Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus
9.3.Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat

Muasoffat yang kesepuluh
10. NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)

10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah
10.2. Menunaikan tanggungjawab suami
10.3. Membantu isteri
10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
10.5. Memberi hadiah kepada jiran
10.6. Memberi khidmat umum kerana Allah
10.7. Memberi apa yang dimiliki
10.8. Sentiasa bercampur dengan orang ramai
10.9. Menggalakkan kebaikan
10.10.Membantu mereka yang memerlukan
10.11.Menolong orang dalam kesusahan
10.12.Menenangkan orang yang ditimpa bencana
10.13.Menolong orang yang dizalimi
10.14.Cuba memenuhi keperluan orang lain

Hah! apa macam??? sikit je kan?? 10 je tapi pecahan-pecahan di bawah yang sepuluh tu yang banyaknya. Bagi penulis sendiri masih ada lagi perkara-perkara yang tercicir terutama bab hafalan, jadi semoga Allah mudahkan urusan kita dalam persediaan diri menjadi seorang yang mempunyai akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu berdikari, luas pengetahuan, tubuh badan yang kuat, bermujahadah, berdisplin, menjaga masa (yang ini ramai yang gagal termasuk la kadang-kadang diri penulis sendiri dan kini sedang melatih diri)dan akhir sekali menjadi orang yang mampu memberi manfaat.Wallu'alam.Selamat menjadikan diri dari zero kepada hero.



Monday, August 9, 2010

Senandung Orang-Orang Yang Berpuasa


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur kepada Allah swt kerana kesempatan hayat yang telah dikurniakan kepada hamba-hambanya untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba...Ramadhan Mubarak penulis ucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian,terasa hati melonjak gembira menanti kemunculan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang penuh keampunan, bulan yang penuh makfirah,bulan yang dapat kita kumpul pahala sebanyak mana pun,bulan yang ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga,bulan yang ditambat musuh utama manusia serta bulan untuk berperang dengan hawa nafsu kita..Allahu Akhbar!!!!

Oleh itu marilah kita memanjatkan rasa syukur dan segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW,keluarga, dan sahabat-sahabatnya serta para fakih Islam sekalian, tidak lupa juga kepada mereka-meraka yang bergelar murabbi di jalan Allah SWT.

Memandangkan esok kita akan mula bertarawih (esok eh??? rasanya ye dah), entri penulis kali ini adalah berkaitan dengan bulan ramadhan insyaallah. Sebenarnya orang-orang yng berpuasa ini mempunyai lagu-lagu khusus,nyanyian yang dihormati dan senandung abadi.

Orang-orang yang berpuasa adalah orang-orang yang paling banyak berzikir kepada Allah, paling banyak bertasbih,bertahlil, bertakbir dan beristighfar. Bila siang terasa panjang, orang-orang yang berpuasa,mereka memendekkannya dengan berzikir, bila didera dengan kelaparan,zikir lah yang menghilangkan panasnya lapar. Zikir mereka memperolehi kenikmatan dari tasbih mereka beroleh kebahagian. Mereka mengingati Allah maka Allah pun akan ingat mereka.

"Kerana itu,ingatlah kepada-Ku, nescaya aku ingat pula kepadamu" 2:152

"Sungguh jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat)kepadamu" 14:7

Orang yang berpuasa dengan bersungguh-sungguh hatinya akan tenteram dengan mengingati Allah,ruhnya akan merasakan kebahagian dengan cinta kepada Allah, jiwanya merasa tenang dengan kerinduan kepada Allah.

Dalam sebuah hadith sahih Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan yang tidak mengingati adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."


Ya Allah!! berapa banyak orang-orang yang telah mati, kerana tidak mengenal zikrullah, padahal ia hidup di dunia,makan,minum, bergembira dan membusung dada, tetapi tidak memahami kehidupan selamanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Al-Mufarridun sungguh unggul. Para sahabat bertanya-tanya, 'siapakah Al-Mufarridun itu ya Rasulullah?' Beliau menjawab;mereka adalah orang-orang yang banyak mengingati Allah, laki-laki dan perempuan."


Orang yang berpuasa sememangnya termasuk manusia yang paling unggul (dalam kecepatan)kepada kebaikan, cepat ke syurga, jauh dari api neraka. Buku catatanya sarat dengan kebaikan, maka kita layak mengucapkan selamat untuknya.

Sebuah syair mengungkapkan:

"Apakah kamu hendak menyayangi orang-orang yang tetap melakukan maksiat? sedangkan jiwamu tidak kau sayangi!, kau selalu mendahuluiku untuk berbuat sia-sia dengan pekerjaan yang sia-sia, sungguh terlalu kau patahkan zamanmu"


"Detik hati berkata kepada manusia,
sungguh kehidupan hanyalah minit dan detik
oleh kerana itu ingatlah kematian
sebelum tiba kematian,
sungguh bagi manusia itu mengingati kematian adalah umur kedua."



Ya Allah, kembalikanlah Ramadhan kepada kami dalam hari-hari yang banyak, dalam tahun-tahun yang panjang,dalam busan kebaikan dan perbaharuilah selalu taubat kami.Moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas...beribadahlah kamu seolah-oleh kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.Pada sahabat sekalian penulis mohon kemaafan andai ada bicara yang mengguris hati kalian...Ramadhan Karim!!!...

p/s:hati berlagu riang...ahlan ahlan ya ramadhan..ahlan ahlan ya ramadhan..^_^




Monday, August 2, 2010

Da'ie vs Tarbiyah Dzhatiyah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW, serta ahli keluarga baginda,para sahabat,tabi,tabi tabi'en serta para pendokong agama Allah SWT, Ikhwah dan akhawat yang penulis kasihi, seterusnya kepada sahabat maya sekalian. Moga kalian berada di dalam redha Allah sentiasa. Salam kasih sayang untuk semua,salam optimis,salam mujahadah dan salam perkenalan.

Entri kali adalah mengenai tarbiyah dzatiyah.Sebagai penguat semangat penulis serta muhasabah untuk diri untuk penulis terutamanya dan untuk para sahabat pembaca umumnya.

Tarbiyah adalah satu proses yang panjang, bukan sehari dua tetapi untuk selamanya. Kerana kita sebagai manusia yang sering lupa dan leka memerlukan peringatan setiap hari. Tarbiyah mengajar kita menjadi hamba Allah yang menyedari fungsi mengapa Allah menciptakan manusia.Sebagai seorang da'ie, kita perlu menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT.Bagi penulis,yang paling utamanya adalah hubungan dengan Allah SWT. Mana mungkin seorang yang bergelar da'ie itu mampu bertahan dijalan tarbiyah sekiranya hubungan dengan Allah SWT longgar. Di situlah kekuatan untuk 'mengikat' hati manusia kerana sumber yang memberi kekuatan dan tautan hati adalah dari Allah SWT.


Tarbiyah dzhatiyah bagi penulis boleh diibaratkan sebagai 'charger'untuk diri seorang da'ie itu. Kerana segala usaha, segala masalah, segala kekuatan, segala kelemahan serta segala perancangan memerlukan kekuatan rohani yang perlu sentiasa 'full di charge'.Tabiat dakwah sentiasa berkembang dan menyebar ke merata pelusok dunia. Kerana misi dakwah ini adalah menyebarkan rahmat bagi dunia untuk seluruh umat manusia (Al-Anbiya’: 107). Dengan begitu dakwah menjadi hak semua orang agar mereka meraih hidayah Allah. Amatlah pantas semua kalangan mendapatkan nikmat dakwah. Paling tidak, semua manusia dapat merasakan rahmat Islam. Kondisi ini dapat dipengaruhi oleh keperibadian da'ie dan aktivis dakwah.

Peningkatan diri aktivis dakwah selaras dengan perkembangan dakwah. Peningkatan integritas diri secara mandiri inilah yang disebut dengan tarbiyah dzatiyah. Kemampuan tarbiyah dzatiyah menjadikan da'ie mampu bertahan dalam berbagai ujian dan cubaan dakwah. Ia tidak futur (malas dan lesu), tidak kendur semangat dakwahnya, pemikirannya tidak jumud dan tidak akan bimbang dan ragu menjawab berbagai tuduhan miring serta yang sangat diharapkan dari kesan tarbiyah dzatiyah adalah seorang da'ie mampu menyelesaikan persoalan yang menghadangnya.

Utusan-utusan Rasulullah saw. telah membuktikan diri mereka dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah saw. dan komunitas muslim lainnya. Ja’far bin Abi Thalib di antaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habasyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat merindukan berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya, mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama. Hingga Rasulullah saw. begitu bangga terhadap mereka di saat mereka pulang ke Madinah. Beliau menyatakan, “Aku bingung apa yang membuat senang diriku, apakah karena menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habasyah.”


Demikian pula Mush’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama dapat mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat di sana. Mush’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluas jaringan dakwah dan aktivisnya. Sehingga tempat itu menjadi basis komunitas umat Islam di kemudian hari. Dan menjadi tanda peradaban Islam. Begitulah keperibadian aktivis dakwah yang mampan dalam mengembang amanah mulia. Mereka dapat menunaikan tugas tersebut dengan sebaik-baiknya. Lantaran tarbiyah dzatiyah yang ada pada diri mereka.

Malah banyak tugas-tugas lain dapat diselesaikan dengan dipermudahkan. Sebaliknya aktivis dakwah yang tidak mampu meningkatkan integriti dirinya cenderung untuk sambil lewa. Bahkan mungkin akan menimbulkan pergaduhan dalam kerja dakwah. Sebagaimana ungkapan pujangga lama ‘Al-‘askarul ladzi tasuduhul bithalah yujidul musyaghabati, aktivis yang tidak punya kemampuan untuk berbuat sesuatu sangat berpotensi membuat pertengkaran dalam kerja dakwah’.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27)

Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah Al-Mutaharikah (Kepribadian Aktivis Islam)

Tidak dinafikan bahawa Tarbiyah Dzatiyah menjadi keperibadian aktivis Islam. Bahkan Rasulullah SAW menilai hal ini sebagai prasyarat untuk para duta Islam dalam mengembangkan dakwah. Kerananya hal ini menjadi point dalam fit and profer-test bagi mereka yang akan menjalani tugasnya. Sehingga seseorang yang diutus ke suatu tempat, Nabi saw. mempertimbangkan kemampuannya dalam pengembangan integriti dirinya.

Hal ini sebagaimana yang dipertanyakan Rasulullah saw. pada Muadz bin Jabal saat akan diutus ke Yaman. “Wahai Muadz, bila kamu berada di tempat yang baru nanti, jika menemukan suatu persoalan apa yang akan kamu putuskan?” Muadz menjawab, “Aku akan putuskan berdasarkan Kitab Allah.” Rasulullah saw. pun melanjutkan, “Bila tidak kamu temukan pada Kitab Allah, dengan apa kau putuskan?” Jawab Muadz, “Aku akan tetapkan berdasarkan Sunnah Rasulullah.” Nabi SAW kemudian bertanya kembali, “Bila tidak juga kamu dapati di dalamnya, apa yang akan kamu lakukan?” Muadz menjawab, “Aku akan putuskan dengan akal fikiranku (ijtihadku).” Ternyata jawaban Muadz sangat memuaskan hati Rasulullah saw. Malah beliau memandang bahwa kualitas Muadz sudah memadai untuk menggalas tugas mulia tersebut.

Kualiti yang semacam itu diharapkan mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang selalu muncul di lapangan dakwah. Sehingga ia tidak selalu menyerahkan masalah itu pada qiyadah dakwah ataupun aktivis lainnya. Dengan kemampuan itu aktivis dakwah tidak cepat melatah dalam menyingkapi berbagai urusan yang terkait dengan tanggung jawabnya. Karena tanpa sikap itu persoalan dakwah akan bertambah pelik dan menambah beban qiyadah. Telah sering kita dengar qiyadah dakwah mengarahkan agar aktivis tidak selalu mengharapkan jawaban dari pusat atau menunggu bayanatnya. Melainkan mereka perlu menyingkapi dengan cepat apa yang mesti dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Meski pun demikian, kita pun perlu melihat secara keseluruhannya agar tidak terjebak dalam membebaskan diri untuk selalu bersikap di luar kendali qiyadah. Kerana ini pun akan menimbulkan 'kerosakan' dalam struktur kendali dakwah. Seperti sikap Hudzaifah ibnul Yaman sewaktu ditugaskan Rasulullah SAW masuk ke barisan musuh. Hudzaifah mendapati Abu Sufyan sedang memanaskan tubuhnya karena udara dingin. Saat itu Hudzaifah mampu untuk membunuhnya, akan tetapi ia teringat pesan Rasulullah SAW bahwa tugasnya waktu itu adalah memperhatikan kondisi musuh dan mengkhabarkan kepada Rasul. Sehingga dia menunggu untuk membunuhnya walau kesempatan itu ada di hadapannya.
Kerana itu perlu menempatkan secara imbang terhadap permasalahan ini. Peningkatan integriti diri dan mematuhi rambu-rambu qiyadah. Yang lebih berbahaya lagi bagi aktivis dakwah adalah bila tidak memiliki keduanya.

Syaikh Hamid ‘Asykariyah menegaskan, “mereka yang sudah tidak mempunyai kebaikan (peningkatan integriti diri dan mematuhi rambu-rambu qiyadah), mereka telah kehilangan kesedaran terhadap kemuliaan dakwah dan kepunahan perilaku taat pada qiyadah. Siapa yang telah kehilangan dua hal ini, maka mereka tidak ada gunanya tetap berada dalam barisan dakwah bersama kita.”

Ada’u Mutathallibatil Manhaj (Menyelesaikan Tuntutan Manhaj)

Manhaj dakwah memberikan ruang yang banyak untuk sarana tarbiyah agar dapat merealisasikannya semaksima yang mungkin. Baik melalui liqaat tarbawiyah, daurah, seminar, mukhayyam ataupun tarbiyah dzatiyah. Untuk mengaplikasikan manhaj dakwah yang begitu banyak dan padat tidaklah memadai dengan sarana tarbiyah regular. Karena keterbatasan lokasi waktu mahupun keterbatasan Murabbi dalam menyelesaikan tuntutan manhaj. Maka tarbiyah dzatiyah menjadi sarana untuk menyelaraskan tuntutan manhaj tersebut.

Oleh karena itu perlu difahami dengan benar pada setiap aktivis dakwah agar dapat melakukan tarbiyah dzatiyah dalam dirinya. Hal ini akan sangat membantu mengaplikasikan nilai-nilai tarbawiyah secara maksima. Dan dapat mencapai arahan manhaj yang menjadi acuan dakwah untuk mewujudkan da'ie yang siap meringankan perjalanan dakwah ini. Bila masing-masing aktivis sibuk untuk merealisasikan manhaj dalam dirinya sebagaimana tuntutan manhaj maka semua aktivis akan aktif dengan berbagai program dan kegiatannya.

Syaikh Abdul Halim Mahmud menyatakan bahwa tarbiyah dzatiyah merupakan tuntutan manhaj dakwah ini. Baik dalam arahannya agar menjadi aktivis dakwah yang siap dan cepat dalam menyambut tugas dakwah. Juga dalam muatannya yang tidak dapat diberikan secara kolektif karena berbagai pertimbangan. Namun diselesaikan secara personal dengan peningkatan kemampuan tarbiyah dzatiyah. Sehingga tampil aktivis yang siap siaga dengan Allah di jalan dakwah.

Tarqiyatu Ath-Thaqah Adz-Dzatiyah (Peningkatan Potensi Diri)

Peranan serta aktivis terhadap dakwah sangatlah dimarakkan agar mereka dapat memberikan kontribusinya dan menjadi bahagian dari dakwah. Da'ie yang dapat melakukan hal ini adalah mereka yang memahami betul potensi dirinya. Potensi yang dapat bermanfaat bagi perjalanan dakwah.

Menajamkan potensi diri menjadi aktivitas rutin. Sayogianya semakin hari semakin tajam potensi yang dimilikinya. Grafik potensinya selalu naik seiring perjalanan waktu. Sebagaimana yang dialami para pendahulu dakwah. Mereka senantiasa berada dalam kondisi puncak setiap bergantinya waktu. Imam Ibrahim Al-Harby selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya dengan ungkapan istimewa. Katanya, “Aku sudah bergaul dengan fulan bin fulan beberapa waktu, siang dan malam. Dan tidak aku jumpai pada dirinya kecuali ia lebih baik dari kemarin.”

Wallahu A'lam..

p/s: kekuatan ku adalah kekuatan mu Ya Allah..kuatkan diri ku, kembalikan semangat ku...sesungguhnya aku bergantung harap hanya padamu..ameen

Friday, June 18, 2010

Sekadar Coretan.....


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat buat para pembaca sekalian, selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, seterusnya para alim ulama..Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sekadar berkongsi cerita dan rasa. Melayan rencah kehidupan duniawi memang tidak pernah surut, pelbagai kisah suka dan duka yang kongsikan, juga pengalaman hidup,kisah sahabat-sahabat yang telah bertukar status dan tanggungjawab,juga kisah mereka yang Allah ujian dengan kematian dan kesusahan, serta mereka-mereka yang masih mengarang cerita sebagai seorang pelajar, pekerja dan sebagainya, tidak ketinggalan cerita mereka yang berjuang kerana Agama Allah serta isu-isu umat..begitulah pentas lakonan duniawi..terkadang penat dan lelah untuk menontonnya. Itulah hakikat manusia sebagai pelakon di pentas dunia dan akan menerima anugerah masing-masing di hari perhitungan yang bertempat di padang Masyhar dengan anugerah-anugerah hasil lakonan manusia di pentas dunia dengan pelbagai watak dan peranan.

Teringat pada kata-kata seseorang "usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah, usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman". Kata-kata yang menyuntik semangatku untuk terus bangun dalam melalui dan merentasi cabaran dan cubaan di pentas dunia ini.

Pesan Guruku "JANGAN LANTAS MENGATAKAN SALAH SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU, DAN JANGAN MENGAMBIL MUDAH DENGAN PERKARA YANG KITA TAHU"..ingin penulis berkongsi beberapa perenggan sajak mungkin, atau kata-kata yang sangat mendalam maknanya..hanya yang mengetahui sahaja yang akan memahami...ceritaku mengenai cerita ilmu...banyak manfaat yang diperolehi daripada ilmu...coretan guru-guru mursyidku buat anak muridnya..

Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu untuk kenal tuhanmu,
Kenal dirimu kenal tuhanmu,
Moga makrifat terbuka hijabmu.

Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu itu syahadah awalnya,
Syahadah itu perlu tahu,
Kunci tahu penyaksian yang satu.

Hati itu tempat ilmu,
Perlu BERSIH hati selalu,
Bersih hati bersih nafsu,
Agar pancaran makrifat menerangi dirimu.

Tahu itu kunci ilmu,
Tanya itu kunci buntu,
Huraian ilmu satu persatu,
agar tidak terputus jalinan yang satu.

Tak tahu satu kau buntu, tak kenal satu kau buta,
Untuk kamu tahu yang satu,
perlu jalan-jalan cari ilmu.

Nur itu pancaran ilmu,
Ilmu itu perlu kaji dan teliti,
Nah! baru kau temui jawapan yang pasti...
Pasti memandang pada yang satu.

Nak tahu satu kena ilmu,
Nak kenal satu dari ilmu,
Yang cari satu kenal satu,
Baru boleh Makrifat tahu.

Tahu, tahu, tahu satu,
satu tahu semua tahu.

Tidak sekali kamu tahu,
Jika tidak dengan ilmu,
Ilmu itu ilmu satu,
Hanya terpilih dapat tahu.

Kontradiksinya ilmu adalah melalui praktikalnya hidupmu,
Agar dapat kau jalinkan ilmu untuk capai makrifat dirimu.

Harapan guruku:

Kurnia ilmu kepada kamu,moga Allah membarakahi ilmu,
Ilmu kamu ilmu tahu, moga Allah mudahkan urusan.

Doaku pada kalian agar terbuka pintu syuhud, untuk capai pandangan makrifat.

Sekian.....^_^

Begitulah kata-kata semangat untuk kami terus mencari dan mengenal diri..diri empunya Yang Haq..kenal lah dirimu maka kamu akan kenal tuhanmu...Wallahu a'lam...

Thursday, June 3, 2010

Sekejap cuma???


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur kepada Allah SWT kerana rezeki dan nikmat imam yang telah diberikan kepada kita,selawat dan salam ku panjatkan kepada kekasih kita Baginda Muhammad SAW serta ahli keluarganya, seterusnya para sahabat dan para alim ulama sekalian, di doakan agar kalian sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya.

Salam perjuangan untuk pembaca sekalian,juga salam mujahadah..entri kali ini hanyalah sebuah perkongsian cerita, kerana ceritaku adalah ceritamu, ceritamu adalah cerita mereka, cerita mereka adalah cerita kita semua.

Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara, turut merasa sakit apabila saudaranya disakiti. Begitulah juga perihalnya isu umat sedunia iaitu isu umat Islam di Gaza. Penulis yakin para pembaca sudah tentu lebih arif mengenai isu semasa yang diperkatakan ketika ini.Isu kali ini adalah mengenai kapal-kapal konvoi yang menyertai misi Freedom Flotilla ke Gaza.

Mengenai perihal hantaran bantuan kepada penduduk di Gaza, bagaimana Yahudi laknatullah telah berlaku biadab terhadap pasukan yang membawa misi ini apabila menyerang anak kapal Mavi Marmara tanpa ada rasa perikemanusiaan sedikit pun.Di laporkan seramai 10 orang yang telah syahid.(betulkan penulis jika fakta ini salah)

Firman Allah SWT:"Dan janganlah kamu mengatkan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka)telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya"(Baqarah:154)

Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah:155 "Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- "


Seingat penulis, orang Yahudi telah menanamkan beberapa perkara mengenai umat Islam sejak anak-anak mereka masih kecil malah sejak di dalam kandungan lagi telah di didik untuk membenci umat Islam. Antaranya adalah 'daging yang paling enak adalah daging umat Islam', 'air yang paling sedap adalah darah umat Islam'..hurgggh menggelegak rasa marah yang teramat pada Yahudi laknatullah..jika mereka sejak kecil lagi telah mendidik anak-anak mereka dengan perihal membenci Islam dan umatnya,mengapa tidak kita??..mendidik anak-anak kita supaya membenci Yahudi laknatullah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Lihatlah betapa tingginya sifat kasih sayang umat Islam,, walaupun di serang oleh tentera Yahudi masih lagi memberi bantuan kepada 2 komando Israel. Mengikut laporan akhbar yang bertarikh 3 Jun 2010 Khamis.Sukarelawan Turki meminta doktor misi itu supaya memberi bantuan perubatan kepada 2 askar Zionis cedera.Kecederaan 2 askar Zionis itu bukanlah disebabkan serang balas daripada anak kapal Mavi Marmara tetapi kerana mereka tertembak sesama sendiri.Kerana ketika itu keadaan tidak terkawal sehingga mereka tertembak sesama sendiri. Seorang cedera di tangan dan seorang lagi mengalami kecederaan yang amat parah di dada.

Kini alhamdulillah, semuanya telah pulang ke tanah air dengan selamat.Dan di khabarkan pelayaran misi ini buat kali ke-2 akan diteruskan.Tetapi apa yang menyedihkan penulis, dunia kini disibukkan dengan perlawan bola sepak (world cup)..persoalannya,berapa ramaikah yang mampu bertahan dengan isu Gaza???? masing-masing tepuk dada tanyalah iman masing-masing.Seperti bermusim, isu kemanusiaan yang sangat berat boleh dilenyapkan dengan isu world cup???

Renungkan dan fikirkan...kita di mana dan bagaimana. Adakah masih teguh dan kukuh dengan isu kemanusiaan di Gaza atau hanya hangat-hangat tahi ayam??? Melihat orang bersemangat kita turut bersemangat tetapi bila di hidangkan dua perkara antara isu umat di Gaza dengan world cup mana pilihan anda?

Allah telah merakamkan dalam kitab suci Al-Quran mengenai keburukan-keburukan orang Yahudi. Antaranya surah Ali Imran:78 yang bermaksud :"Dan sungguh, di antara mereka nescaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca Kitab, agar kamu menyangka (yang mereka baca) itu sebahagian dari Kitab, padahal itu bukan dari kitab dan mereka berkata, 'itu dari Allah', padahal itu bukan dari Allah. Mereka mengatakan hal yang dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui."

Memang bangsa yang pandai putar belit si Yahudi nih!!..terbaru mengenai kapal Israel yang ingin berlabuh di perairan Malaysia..so apa tindakan??? setengahnya telah melakukan bantahan.Kita???

p/s:Pulang dari Jakarta membawa pulang kisah suka dan duka...

Monday, May 31, 2010

Kecewaku di saat ini...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW,ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda serta para solehin.Salam optimis, salam perjuangan, salam mujahadah, salam ukhuwah dan salam kasih sayang daripada penulis. Agak lama penulis tidak 'meng up date' blog. Mungkin kerana kesibukkan yang sengaja dicari-cari atau kesibukkan yang sememangnya sedia menanti.

Sekadar berkongsi cerita dan rasa. Imam itu turun dan naik sifatnya. Sekadar muhasabah diri untuk penulis sendiri khasnya dan untuk pembaca sekalian umumnya.Terkadang penat dan letih melayan kerenah manusia di sekeliling penulis.Pelbagai ragam dan gelagat.Termasuk hal-hal yang berkaitan dengan orang-orang yang dikatakan mendapat pentarbiyahan.

Entah kenapa terasa sangat lelah ketika ini, terasa mahu menangis sepuas-puasnya,terasa lemah tika ini bukan kerana amal dakwah yang dipikul tetapi kerana sikap orang-orang yang berada dijalan dakwah ini.Tidak mengapalah, rasa kecewa yang 'tersangat' dengan orang-orang yang sama membawa fikrah kerana ada beberapa tindakan yang tidak terlihat seperti mereka adalah orang yang mempunyai fikrah.Adakah mereka adalah sang aktivis yang dikategorikan berada dalam zona nyaman? kerana bila mana disibukkan aktivis pada masalah-masalah remeh internal organisasi yang seharusnya tak perlu dipermasalahkan sampai mengabaikan masalah eksternal yang jauh lebih urgen.Bab mad'u seorang pun nak kecoh-kecoh!!! (bahasa kasarnyalah), sepatutnya fikiran pasal penerusan tarbiyah mad'u bukan disibukkan dengan masalah-masalah teknikal,kalau pun ia ada perlanggaran dari sudut teknikal bukankah boleh diperbaikkan dengan berlapang dada..hal yang kecil diperbesar-besarkan.

Kesian si mad'u yang tidak tahu menahu menjadi mangsa atas keegoaan masing-masing.Apa yang mereka mahu??. Astagfirullahal azim...ampunkanlah Ya Allah dosa-dosa ku kerana tercetusnya perasaan marah ini. Hanya padamu Ya Allah hamba serahkan segalanya.Begitu juga dengan rasa kecewa ini, ku serahkan pada-Mu Ya Allah, sesunguhnya Engkau Maha Mengetahui segala isi dunia.

Bahan yang 'berbakul-bakul' belum tentu mampu cemerlangkan diri seorang Daie itu, bahan hanya sebagai bahan bantuan untuk mengukuhkan kefahaman.Begitu juga dengan halnya semangat. Semangat perlu, tetapi tarbiyah yang bersandarkan kepada semangat dan bahan semata-mata tidak akan mampu bertahan lama.

Ayahku adalah murabbi yang terbaik dalam hidupku. Pesan dan nasihatnya ibarat mutiara yang sangat berharga, tidak kira apa jua kondisiku, samada dalam keadaan siap siaga atau dalam keadaan lemah.Pesan ayah "harus diingat selalu setiap yang baharu itu pasti berubah, kerana itu kita perlu sentiasa beringat dan berpada-pada. Apa yang penting, jagalah kebersihan hatimu, berlapang dadalah dengan 'manusia-manusia' yang seperti itu, atau dengan sesiapa sahaja. Apa sahaja yang kita kerjakan ingat!! yang awalnya mestilah kerana Allah SWT, kerana Allah lah yang merencanakan segala 'cerita-cerita' di bumi ini."

Teringat pesan ayah...air mata mula membasahi pipi..terlalu sedih dan kecewa ketika ini.Cepat-cepat penulis mencari USB yang tersimpan di dalamnya kata-kata yang mampu membangkitkan semangat...Umar r.a. berkata ”Jika hanya ada seorang yang akan mengusung dakwah ini, maka akulah orangnya.”. Sedangkan aku? Sudah sunnatullah jalan ini begitu berat, penuh rintangan, maka hanya orang-orang terpilihlah yang Ia izinkan ada di jalan ini.

Sudah digariskan perjuangan itu pahit, kerana surga itu manis.Kucari sebuah pesan dari saudaraku, pesan yang selalu mengingatkanku, ”Sungguh! Jamaah ini besar dan kukuh kerana keikhlasan dan mujahadah para muassis kita. Mereka bak cahaya yang menyinari semesta. Akankah cahaya itu padam karena kemaksiatan kita? Tanyakan pada hatimu…”
Kembali aku tersungkur, fikiranku bergetar, air mata kembali mengalir menyedari kealpaan diri. Sombong! Angkuh! Tak ada kata yang tepat untuk menggambarkan diriku saat ini.'Maka berlapang dadalah dengan ukhti-mu',pesan bekas Naqibahku.

Ya Rabb...izinkan aku tetap berjuang di jalan-Mu ya Rabb. Jangan jadikan aku manusia-manusia yang digantikan, manusia-manusia yang Engkau gantikan dengan manusia-manusia yang lebih baik. Bantu aku untuk tetap ikhlas Ya Rabb, agar yang aku lakukan tidak menjadi sia-sia. Ampuni-ku Ya Rabb. Sungguh! Engkau tidak pernah membutuhkan aku, akulah yang membutuhkan Engkau. Jadi jangan pernah tinggalkan aku Ya Rabb. Amin.

p/s: mood: cuba membina kembali dan mencari semangat yang baru...yeah..caiyo2..