Thursday, December 31, 2009

Perhatian dan ketetapan dari Allah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Rasul tercinta Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda..perhatian dan ketetapan dari Allah...dalam riwayat Tarmizi dan Ahmad..


Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi SAW bersabda:"Wahai anak adam, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau mendapati-Nya di mana sahaja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu.Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku.(segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)

p/s:hmmmmm.....sekadar renungan dan muhasabah amal.


Tuesday, December 29, 2009

Futur


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.Salam mujahadah salam optimis dan salam positif. Positifkan minda anda, ceriakan diri anda dengan muhasabah amal untuk koreksi diri.(ala-ala penceramah motivasi gitu..emhhh agak lama juga meninggalkan bidang itu..sebab terjun ke bidang yang lebih besar,cara yang sama tetapi ruang yang lebih besar..hihihi..opsss..terlebih sudah.)Insyaallah penulis kembali stabil seperti biasa setelah 'disekolahkan' oleh ayah semalam..pesan ayah .."untuk mendapatkan yang terbaik antara yang terbaik akan di uji kesabaranmu...bersabarlah kerana saat itu,waktu itu dan detik itu pasti akan allah perjalankan kepadamu"...peace je dah kena 'sekolah' dengan ayah sendiri..penambah kekuatan.Ok entry kali ini dalam bahagian solusi jitu permasalahan halaqah akan membicarakan bab FUTUR.FUTUR? Apa tu?...baca jangan tak baca..

Persoalan ini mungkin di anggap biasa dikalangan orang-orang yang biasa-biasa tetapi luar biasa pada orang yang juga luar biasa(faham?..dakpe2 baca lagi). Persoalan ini lebih di perbincangkan oleh orang-orang yang bergelar da'ie. Juga permasalahan ini lebih penulis fokuskan kepada mereka-mereka yang bergelar da'ie.(berbelit tak ayat?..boleh faham kan?)

Futur. Apa makna futur?Menurut bahasa:ada dua makna 1)putus setelah bersambung,atau tenang setelah bergerak. 2)malas,lambat, perlahan,setelah rajin dan bersungguh-sungguh.Dalam lisan arab disebutkan :"sesuatu itu futur iaitu hangat. Fulan yafturu wa yaftaru futuran wa futaaron: iaitu tenang setelah keras dan lemas setelah bersangatan." (lisanul arab oleh Ibnu Manzhur 5:43)..(hah! faham sudah maknanya bah?sik paham lagi bah..ish3..baca sekali lagi ta'rif futur bah supaya tambah paham tu)

Menurut Istilah pula :futur ialah suatu penyakit yang menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatan yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat.(hah!betul3...cek diri..sound cek sound cek..urghhh memang ada...). Sedangkan kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali setelah sebelumnya rajin dan terus bergerak..(yang ini lagi parah..ade tak?..ade jugak...jom misi menyelamat)

Allah berfirman mengenai para malaikat sebagai mana berikut:maknanya "Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya untuk beribadah kepada-Nya dan tidak pula merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-henti.(Al-Anbiya:19-20)

Maksudnya, mereka selalu beribadah dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagi-Nya, selalu mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada berasa lemah dan bosan.(Shafwatut Tafasir oleh Ash-Shabuni:2:257-258)

SEBAB-SEBAB TERJADINYA FUTUR

1)Berlebih-lebihan dalam beragama:

Diriwayatkan dari Aisyah r.s bahawa Nabi SAW pernah masuk ke tempatnya, dan di sebelahnya ada seorang wanita, lantas Nabi SAW bertanya. "siapakah ini?" Aisyah menjawab :ini adalah si fulanah yang terkenal dengan solatnya." Kemudian baginda bersabda yang bermaksud:"Berbuat baiklah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri yang merasa bosan. Dan amalan ad-din yang paling dicintai (oleh Allah)ialah dilakukan secara rutin oleh pelakunya" (Muttafaq'alaih)

Kesimpulannya adalah ISTIQAMAH dalam beramal..sedikit tetapi berterusan dan berkekalan.

2)Israf (berlebihan)dan melampaui batas dalam hal yang mubah (harus).

Apa maksudnya? Maksudnya berlebihan dalam makan dan minum yang mubah ini dapat menjadikan kegemukan yang berlebihan tanpa kita sedar (memang la tak sedar syaitan kan bijak..tapi kita sebagai da'ie kena lebih bijak dari syaitan), didominasi syahwat, yang selanjutnya badan terasa berat, tidak cergas, malas berlambat-lambat, kalau tidak terputus dan berhenti sama sekali. Barangkali ini rahsianya mengapa Allah dan Rasul melarang manusia berbuat israf.Dan Rasulullah bersabda dalam H.R TIRMIDZI:
"Tiadalah anak adam mengisi tempat yang lebih jelek daripada perutnya..."

Kesimpulannya..oleh kerana itu dalam mutaba'ah amal seseorang da'ie itu perlu berpuasa sekurang-kurangnya 2 kali seminggu pada hari Isnin dan Khamis.

3) Suka menyendiri dan meninggalkan jemaah.

Hal ini disebabkan oleh perjalanan yang panjang dan berliku dengan pelbagai rintangan dan halangan dan selalu memerlukan penyegaran dan pembaharuan.Apabila bersama jemaah hati akan mantap dan bersemangat dan sebaliknya apabila menyendiri, menjauhkan diri dari jemaah, maka akan hilang orang-orang yang dapat membangkitkan semangatnya dan menguatkan kemahuanya, yang menggerkkan himmah(cita-citanya)dan menginginkan kepada Rabb-Nya.Firman Allah dalam surah Ali-Imran:103 yang bermaksud "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.."

Sekadar itu dahulu..refresh iman muhasabah amal..tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi (aik! macam kenal jerk ayat ni..tapi di mana yaaaa??? tak sesuaiiii)

Wallahu a'alam.


Monday, December 28, 2009

Just want to merepek....



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t....

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w beserta ahli keluarga baginda...just want to merepek...hihi rosak bahasa.

Ampang Hilir 2 (Office WAMY)
urghhhhh.....minggu yang sangat menyiksa jiwa..sebab ape?hmmmm...bak kata siti nurhaliza .biarlah rahsia..huhuhu..di tambah pulak tak dok mood nak menulis entry baru yang lebih ilmiah..so merepek jelah kan..
Oh!ya..kepada Ukht Nusaibah dan Akh Mohd Ariff selamat pengantin baru..barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa jam'a kuma bil khair..pukul 12 tadi keluar jap untuk join demostrasi di hadapan kedutaan Mesir kerana Mesir menyekat bantuan makanan daripada masuk ke Palestin (rasanya betul dah fakta ni...)
pelik dan hairan tak kenapa Mesir sekat? Tak lain dan tak bukan sebab takut.Ke?(apa y penulis merepek nih)..takut dengan Israel...hmmmm...kita doakan semoga Allah mudahkan urusan saudara seislam kita di sana...renunglah kembali wahai diri, betapa mewahnya,selesanya,nikmatnya kita hidup di bumi yang aman sentosa jika nak dibandingkan dengan saudara kita di palestin.Dah tu tak reti-reti nak sebarkan agama Allah..'bekerja'lah wahai syabab dan fatayat demi menegakkan Islam...membangun bersama Islam..yeah (eh!silap-silap..macam kenal je slogan tu tapi di mana yaaa)tukar-tukar..bersatu bersama IKRAM..IKRAM???(hehehehe...tungggguuuuu.)

Fuhhh..rasa puas dan lega dapat cakap dengan mak dan ayah...lepas lah sikit beban minggu ni punya stress...urghhh ni k.kinah punya pasal lah ni...ok je no hal lah...hmmm..cukuplah nak merepek pun...minggu ni..balikkkkkkk kampunggggggg...
p/s:tiun tak berapa nak orait minggu nih....

Thursday, December 24, 2009

Pengantin Baru Datang....:)




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t....

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w...Hari ni kakak kesayangan (uktifillah) datang ziarah kami di WAMY Malaysia...tiba-tiba sebak ish3... cz penulis tak boleh nak hadir walimah k.Dayang Nurhayani sebab bertembung dengan program yang lebih aula penulis kena hadir...so just gambar yang boleh bercerita...hehehe,k.dayang dan suami...barakallahu lakuma baraka alaikuma wa jam'a kuma bil khair....


Tuesday, December 22, 2009

Hijrah VS Masihi


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam untuk Muhammad rasul tercinta serta keluarga baginda. Salam hijrah, salam mujahadah dan salam ukhuwwah. Semoga kita sentiasa berada di dalam tarbiyah Allah sentiasa ameen...pendek cerita hijrah VS masihi...Jika penulis ceritakan bab hijrah nabi rasanya sudah banyak ilmuan lain yang menceritakan tentang perihal itu bukan...Bagaimana pula sejarah masihi? sudah menjadi adat di Malaysia..tahun baru disambut dengan nyanyian,setuju?

Tahun baru hijrah akan di sambut seperti yang kita sedia maklum, agak beradap,dengan alunan nyanyian nasyid dan sebagainya dalam keadaan yang agak terkawal...tetapi bagaimana pula dengan sambutan tahun baru masihi?..fuhhh lagi hebat dan dasyat. Disambut dengan penuh meriah.Setuju atau tidak jika penulis katakan sememangnya sambutan tahun baru masihi sangat meriah dengan MAKSIAT.Malah dimeriahkan lagi dengan syaitan-syaitan yang turut serta menyambutnya. Betapa rosaknya nilai akhlak manusia terutama yang muslim boleh kita lihat di malam tahun baru.Fikir-fikirkan,sekadar santai minda..refresh iman..muhasabah amal..Kita sorotkan kembali sedikit kisah penghijrahan nabi ini..

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

p/s:Apakah perbezaan antara seorang 'muslim' dengan seorang 'mukmin' menyambut tahun baru? renungan bersama....


Monday, December 21, 2009

Next level....Mulhamah?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....

Selawat ke atas junjungan besar kita Muhammad s.a.w...salam hijrah kepada semua pembaca..hijrah itu milik Nabi Muhammad empunya cerita...juga cerita kita...Penyucian jiwa pembuka anggota yang makrifat kepada Allah...inilah sebenar-benar jihad..jihad menentang hawa nafsu....pencerahan solusi kebangkitan..nikmatya iman.

KENIKMATAN memiliki iman yang sebenar adalah cita-cita mulia setiap hamba Allah. Tetapi, ramai yang hampa ketika beribadat. Ritual yang dijalankan hanya sekadar melepas tanggungjawap fardu, tetapi di manakah kenikmatan dan kemanisannya?

Apakah khilafnya sehingga diri terasa jauh daripada Allah walaupun tidak meninggalkan ibadat fardu dan sunat? Bukankah Allah berfirman dalam hadis qudsi bermaksud: "Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku melainkan seperti mereka yang mengerjakan apa-apa yang Aku fardukan ke atas mereka. Dan sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan yang sunat sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya Akulah pendengaran yang dengannya ia mendengar dan Akulah penglihatan yang dengannya ia melihat dan Akulah lidah yang dengannya ia bercakap dan Akulah tangan yang ia menyentuh dan Akulah kaki yang ia berjalan dengannya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menerangkan bahawa sesiapa yang sudah mengerjakan fardu dan sunat dalam ibadat hariannya, semestinya akan menjadi manusia baru yang sempurna keperibadiannya.

Tetapi mengapa hati kita tidak dapat meresapi kasih Allah itu. Mungkinkah kerana terlalu yakin sehingga melahirkan sikap berpuas hati dengan iman dan amal? Kita merasakan syurga di depan mata sedang menanti, padahal itu hanya tipu daya syaitan yang menghiasi pandangan mata. Akhirnya, kita meremehkan dosa maksiat kerana berasakan ada modal ibadat yang telah dilakukan.

Ada beberapa cara untuk mengekalkan iman dan rasa takut kepada Allah.

Pertama, ingatlah kepada roh kita ketika berada dalam rahim ibu yang dikasihi. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya.

Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan perbuatan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu ia pun mengerjakan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas cukup menakutkan bagi manusia yang memahami betapa amal salih itu belum tentu menjaminnya ke syurga kerana masih bergantung pada takdir yang tertulis di Luh Mahfuz. Betapa kita tidak berdaya, Allah yang Maha Agung menggenggam kita dengan kehendak-Nya. Jadi, kenapa rasa takut itu belum hadir ketika sembahyang atau berada di pasar? Atau ketika dihadapkan oleh dua dilema, kesusahan taat dan kelazatan syahwat? Mengapa kita masih bersuka ria, pada hal kita tidak tahu beruntung atau celaka pada akhirat nanti?

Tetapi, jangan jadikan hadis di atas sebagai pukulan yang mematikan hasrat untuk beramal. Hal ini cukup berbahaya! Hikmah hadis ini diajarkan oleh Rasulullah agar kita tidak sombong dengan amal salih dan berasa cukup terjamin dengan ibadat itu. Sehingga perasaan takut itu menjadi pemacu kepada kuat beramal ibadat.

Rasulullah bersabda: "Tidak ada seorang daripada kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya di neraka dan tempat duduknya di syurga." Lalu mereka berkata: "Ya Rasulullah kalau begitu maka apakah kami patut berserah saja kepada tulisan kami dan tinggalkan amal? Rasulullah bersabda: “Beramallah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dituliskan bagi kamu. Adapun orang yang berbahagia, maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang celaka, maka ia beramal dengan golongan orang yang celaka.”

Kedua, takut jika amal tidak diterima oleh Allah. Mungkin amal yang dibuat itu terlalu kotor dengan riak atau kerana terpaksa, bukan lahir dari hati dan kerana Allah. Atau mungkin beramal kerana sombong dan berasa kita yang menggerakkan tubuh badan untuk beramal. Padahal, semua itu adalah gerakan kuasa Allah Yang Maha Besar. Kerana petunjuk Allahlah kita beribadat bukan kerana semangat yang membara atau ilmu yang menggunung atau sebutan dan sanjungan manusia kepada diri kita. Tanyakan pada diri sendiri adakah amal ini tidak terjangkit oleh kuman yang merosakkannya?

Hadis Rasulullah menukilkan mengenai rosaknya amal salih: “Malaikat yang membawa amal manusia memuji-muji amal salih itu dan mempersembahkannya kepada Allah, lalu Allah berfirman: Kamu semua hanya menuliskan tetapi Aku Maha Mengetahui apa yang dikerjakannya itu bukan untuk-Ku. Musnahkanlah ia kerana ia bukan untuk-Ku.”

Ketiga, takut kepada kematian ketika beramal. Maka akan lahirlah perasaan takut kepada kuasa Allah. Kita mahu ketika ajal sampai, sedang beribadat kepada Allah dan takut kepada-Nya. Masa begitu singkat, maka gunakan ia untuk sebenar-benar penghambaan. Rasulullah bersabda: “Manusia akan dibangkitkan menurut cara kematiannya.”

Terakhir, takut kepada Allah dengan mengingati hari terpenting dalam hidup iaitu hari akhirat. Saidatina Aisyah menanyakan persoalan paling romantik kepada kekasihnya Nabi Muhammad: “Wahai kekasihku, Ya Rasulullah, di manakah tempat orang yang mencintai tidak ingat kepada yang dicintai? Jawab Baginda: “Ada tiga tempat yang ia tidak ingat iaitu: Pertama ketika ditimbang amal apakah ringan atau berat. Kedua ketika menerima catatan amal sehingga tahu dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga ketika keluar ular besar dari neraka yang mengepung mereka dan berkata: “Aku disuruh mencari tiga jenis manusia; Orang yang syirik, orang yang kejam dan zalim serta orang yang tidak percaya dengan hari ini.”

Betapa hanya Allah layak untuk diagungkan, ditakuti, dipuji dan diminta pertolongan-Nya. Hanya orang yang diberi petunjuk dan dicurahi nikmat iman serta kasih Ilahi yang dapat merasakan takut kepada Allah pada setiap detik jantungnya.

p/s:Ya Allah...peliharalah daku supaya sentiasa di dalam tarbiyah-Mu Ya Allah...bantulah daku..ameen..

Wednesday, December 16, 2009

Poning Eden...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarganya, para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in...seterusnya kepada pembaca sekalian semoga kalian sentiasa berada di dalam keredhaan Allah selalu hendaknya...Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t yang masih memberi kita peluang untuk beramal dan mengumpul bekal yang secukupnya untuk perjalanan kita yang seterusnya.Entry kali ini adalah hanya secebis pengalaman yang tidak seberapa dan tidak ada nilainya....selamat membaca

Pada hari Isnin 14hb Dec 2009 bersamaan 27 Zulhijjah yang lalu,penulis dan rakan penulis (seorang pensyarah disalah sebuah IPTS di sekitar Bangi) perlu menghadirkan diri di sana sebagai pemantau kelas bimbingan umum untuk para pelajar situ. Kelas bimbingan ini diadakan pada waktu malam selepas Isyak dan bertempat di surau IPTS tersebut.

Sebelum kelas bermula...kami menunaikan solat Isyak di surau.Dan kebanyakannya adalah pelajar dari luar negara yang memenuhi perkarangan surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.Ini maklumat sahih yang penulis perolehi berdasarkan cerita sahabat penulis(pensyarah di situ).Budak-budak melayu???? hmmm..bak kata anak saudara penulis hampeh sehampeh hampehnya..ada la dalam 3 hingga 4 orang..teringin je penulis rasa nak interview pelajar-pelajar melayu di situ . tidak ada perasaan malukah kalian 'surau Malaysia' telah dimeriahkan oleh orang luar???...di mana sensitiviti mereka menghilang?...

Tetapi itu bukan cerita yang ingin penulis huraikan...nampak tak gambar di atas?... hah gambar ni sengaja penulis ambil dari belakang....adakah perkara seperti ini biasa? pelajar-pelajar perempuan (luar negara) menunaikan sembahyang dalam keadaan aurat yang tidak ditutup secara sempurna...pening-pening..tidak adakah yang menegur?..Apabila situasi itu berlaku di depan mata, jenuh jugak lah penulis berfikir-fikir, mencari penyelesaian dari mazhab yang 4...rasanya tak de pulak...ini maklumat yang penulis ada...

Khilaf Para Ulama Tentang Batasan Aurat Wanita dalam Shalat

Sebenarnya jika mahu lebih diperdalam lagi, masih bisa kita dapati beberapa perbedaan sederhana dari pandangan para ulama tentang batasan aurat wanita dalam shalat. Beberapa di antaranya yang dapat kami sebutkan di sini antara lain:

a. Mazhab Hanafiyah

Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali bathinul kaffaini (bagian dalam tapak tangan) dan dzahirul qadamaini (bagian luar tapak kaki). Maka shalat dengan terlihat bagian dalam tapak tangan hukumnya boleh. Sebagaimana bolehnya terlihat kedua tapak kaki bagian luar hingga batas mata kaki.

b. Mazhab Malikiyah

Dalam mazhab ini ada dua macam aurat, yaitu mughalladzah (berat/besar) dan mukhaffafah (ringan/kecil). Aurat mughalladzah batasnya antara pusat dan lutut. Sedangkan aurat mukhaffafah antara seluruh tubuh kecuali wajah dan kedua tapak tangan luar dan dalam.

Kemudian batasan itu dikaitkan dengan hukum batalnya shalat lantaran terbukanya masing-masing jenis aurat ini. Bila yang terbuka aurat mughalladzah, shalatnya batal dan dia harus mengulangi shalatnya dari awal lagi. Hal itu seandainya dia mampu menutupnya tapi membiarkannya saja.

Sedangkan bila yang terbuka aurat mukhaffafah, shalatnya tidak batal, meskipun membiarkannya hukumnya haram atau makruh. Dan dia pun tidak harus mengulang shalatnya, hukumnya sebatas mustahab (dianjurkan) untuk mengulangi shalat seandainya waktunya masih tersisa.

c. Mazhab Asy-Syafi'i

Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan, dzhahiruhma wa bathinuhuma. Maksudnya yang bukan termasuk aurat adalah wajah dan kedua tapak tangan baik bagian dalam maupun bagian luar. Maka shalat dengan terlihat wajah dan kedua tapak tangan bagian dalam dan luar hukumnya boleh, karena bukan termasuk aurat.

d. Mazhab Hambali

Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali hanya wajahnya saja. Sedangkan kedua tapak tangan baik bagian dalam tapak tangan bagian luarnya termasuk aurat. Maka di dalam shalat yang boleh terlihat hanya wajahnya saja, sedangkan tapak tangan luar dalam termasuk aurat yang wajib ditutup.

hah....ada tak? atau penulis terlepas pandang....aduhhhh....bila dah nampak ia menjadi tanggungjawab penulis untuk membetulkannya...dengan cara apa?....mungkin dengan menggunakan saluran yang betul dan tepat di situ (IPTS yang dimaksudkan)...ya Allah mudahkan urusan hamba...minggu depan giliran penulis untuk beri 'talk' kepada para pelajar....siap 'korang'...U TURN Ke Jalan Yang Lurus....wallahu a'alam...

Tuesday, December 15, 2009

Sifat-sifat Da'ie Ke Jalan Allah


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda...salam sejahtera...bicara kali ini adalah mengenai sifat-sifat atau ciri-ciri seorang yang bergelar da'ie...Imam Syahid Hassan Al-Banna telah menghuraikannya...selamat membaca

Dai perlu memulai dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:

1. Kuat tubuh badan

Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan

Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha

Walaupun kaya, perlu bekerja.
Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera

Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul.

Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

p/s:acu cuba try cek diri kita.....tingkatkan amal semoga hari ini lebih baik dari semalam...satu perkataan yang sangat terkesan "التبتل"...indahnya nikmat iman dan islam...


Wednesday, December 9, 2009

Akhir Zaman..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera..selawat salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda...sekadar renungan bersama..

Hadith Akhir Zaman...


Daripada Ali bin Abu Thalib r.a.Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1)Apabila harta negara beredar pada orang yang tertentu.
2)Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3)Zakat dijadikan hutang.
4)Suami memperturutkan kehendak isteri.
5)Anak derhaka kepada ibunya.
6)Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.
7)Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8)Suara ditinggikan di dalam masjid.
9)Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10)Seorang yang dimuliakan kerana takut kejahatannya.
11)Khamar (arak) diminum di merata tempat.
12)Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13)Para artis disanjung-sanjung.
14)Muzik banyak dimainkan.
15)Generasi umat akhir ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah ATAU gempa bumi ATAU pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain. (H.R.TARMIZI)

P/S: bagaimana keadaan sekarang??? kita doakan moga-moga kita sentiasa di dalam tarbiyah Allah..amen..selamat berbahagia tempuhi hidup yang memberi makna serta saham apabila kita pulang ke 'sana' kelak...

Fitnah Yang Melata...(Siri1)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w serta seluruh ahli keluarga baginda...Salam sejahtera..pencerahan solusi kebangkitan..entah kenapa baris kata-kata tersebut memberi satu inspirasi yang sangat besar dan bermakna pada penulis..pencerahan ilmu kali ini adalah mengenai "FITNAH"...huh tajuknya sahaja sudah mampu mengerutkan dahi anda semua bukan betapa bahayanya bahana "FITNAH" ini...tetapi bicara penulis bukan mengenai 'fitnah wanita' tetapi bicara 'fitnah' kali ini adalah terfokus kepada skop seorang pendakwah /dai'e/ murabbi dan yang sewaktu dengannya..selamat membaca..

Maksud Fitnah :

Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan ternyata siapa yang benar dan siapa yang dusta. (Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah) Pengkajian tentang problem-problem dakwah yang merumitkan serta mencari jalan penyelesaiannya semakin perlu dari hari ke hari. Berkemungkinan salah satu daripada problem tersebut ialah permasalahan fitnah di dalam sesebuah jamaah Islam, serta rentetan daripada permasalahan tersebut seperti fitnah yang menyebabkan kelemahan saf dan ketergendalaan amal, di samping tercetusnya klik-klik dan perkumpulan-perkumpulan dalaman yang boleh memudharatkan jamaah. Situasi jamaah yang mendapat sokongan dan dokongan yang semakin meluas juga merupakan salah satu elemen yang menambahkan lagi keperluan untuk berbicara tentang tajuk ini.


Ciri-ciri Fitnah

Firman Alah swt: Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?" (Al-`Ankabut: 2) Firman Allah di dalam hadis qudsi: Maksudnya: "Maka denganku aku bersumpah..., bahawa aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang yang baik menjadi bingung."

Sesungguhnya penyakit umat dan nikmat ini ialah kerana kedapatan golongan yang suka mengaib dan mencela. Mereka memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu suka, tetapi mereka memendamkan apa yang kamu benci. (Uthman bin Affan) Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah Taala daripada fitnah yang merumitkan. (Abdullah bin Mas`ud)

Fitnah juga merupakan satu harga yang mesti dibayar oleh setiap kebangkitan yang berlaku, sebagaimana ia juga timbul seiring dengan penubuhan beberapa tanzim yang baru bagi jamaah di beberapa buah negara, di samping ia juga ketara berlaku ketika jamaah hampir mencapai kejayaan mendaulatkan Islam. Sebenarnya semata-mata mengadakan pengkajian sahaja tidak memadai bagi menangani permalasahan fitnah, kerana ia memerlukan supaya diadakan beberapa muktamar khusus, dialog-dialog yang terperinci sehingga melahirkan perancangan dan resolusi yang sesuai dengan realiti bagi menangani permasalahan ini dengan penuh kemampuan dan subjektif.

Meskipun demikian, ini tidaklah menghalang inisiatif peribadi yang diambil yang berkemungkinan boleh mempersembahkan cadangan-cadangan penyelesaian, di samping menjadi jalan pintas dan sebagai penyedia kepada resolusi-resolusi dan perancangan-perancangan yang bakal diambil.

Tulisan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada tulisan-tulisan berkenaan permasalahan dakwah secara menyeluruh yang ditulis oleh beberapa orang individu dari Ikhwan yang menggunakan metodologi penulisan yang sama, dan tajuk-tajuk yang diperbincangkan saling mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Oleh kerana penantian sehingga keseluruhan tajuk-tajuk mengenainya selesai supaya dapat diterbitkan serentak memerlukan waktu yang panjang, sedangkan apa yang sudah siap ditulis tidak wajar untuk tidak dimanfaatkan segera, maka ia perlu diterbitkan untuk diambil faedah. Di antara tajuk yang sudah diterbitkan ialah: al-Mu`llaqah al-hadiyat al-`ashrah (Mu`allaqah yang kesebelas), Fitnah di dalam kehidupan da`i (kedua-duanya disiarkan di dalam majallah al-`Ain), Golongan yang gugur di jalan dakwah yang ditulis oleh al-Ustaz Fathi Yakan, dan beberapa himpunan makalah yang mempunyai pendekatan, uslub dan metod yang berbeza.

Sekalipun penghasilan tulisan-tulisan ini adalah bersifat individu, tetapi dialog-dialog yang sentiasa diadakan dan pemerhatian yang mendalam terhadap kitab-kitab turath (lama), juga terhadap pengalaman-pengalaman tamadun manusia, menjadikan usaha-usaha ini lebih hampir kepada pandangan kolektif (jama`i) yang lebih releven dengan realiti daripada sifat keindividuannya.
Tulisan ini -bersama dua lagi tulisan penulis yang lain- mempunyai uslub yang sama. Dua lagi tulisan itu bertajuk "al-Futur dalam jamaah Islam" dan "Dhaif dan orang-orang yang dhaif". Adalah diharapkan agar himpunan tulisan-tulisan ini akan membentuk satu teori pandangan dakwah yang boleh merawat dan menangani permasalahan yang membantutkan perjalanan harakah Islamiah masa kini.

Perbicaraan tentang fitnah bukanlah suatu perbincangan yang menggembirakan, bahkan menjadi salah satu tunjang tarbiah dan kehendak sifat adil adalah tidak memperbanyakkan perbincangan tentangnya. Tetapi perbincangan tentangnya yang dilakukan oleh tulisan ini adalah diperlukan bagi maslahah yang lebih penting. Maka ia hanya dilakukan kerana keperluan kepadanya.

Pemikiran tentang fitnah ini seringkali mengganggu fikiran para da`i dan qiadah, sehingga kesakitan-kesakitan yang dialami pada siang hari bertukar menjadi hembusan-hembusan dukacita di malam hari. Begitu juga mimpi-mimpi pada malam hari bertukar menjadi faktor penyumbang kepada kebimbangan. Perkara ini mendorong saya untuk segera menyiarkan tulisan ini.

Perlu diingatkan, bahawa penulis merasa amat sukar untuk membincangkan tentang perkara ini, kerana bimbang ia adalah natijah daripada perasaan hawa nafsu dalaman yang terpendam yang tidak dirasai sejak sekian lama, kemudian diluahkan dalam bentuk pandangan terhadap permasalahan dakwah. Atau natijah daripada perselisihan peribadi, kemudian ia bertukar menjadi hasutan syaitan supaya mengeluarkan kritikan tajam atau sindiran yang melukakan hati.

Penulis juga merasa bimbang, jika ketika tulisan ini cuba membangkitkan fenomena beberapa individu akan menyebabkan ia kelihatan sebagai fenomena yang menyeluruh lalu melukakan hati sesetengah golongan dan mengeruhkan kejernihan jiwa.

Atau tulisan ini menjadi pelarian daripada sensitiviti keterlaluan yang diakibatkan oleh kecintaan kepada diri serta perasaan takabbur, lalu diterjemahkan kepada beberapa teori yang boleh mengeruhkan kesucian orang-orang yang tidak bersalah. Atau ia menjadi cara untuk mencari-cari kesilapan orang lain, di samping kemungkinan ianya bercampur dengan keinginan mendapat nama, atau mengelak daripada celaan. Kesemua ini mungkin menjadi tempat persembunyian bagi hati-hati yang letih, atau fikiran yang tenat.


Oleh kerana itu, amat perlu agar perbincangan ini dilakukan dengan penuh hati-hati dan dengan pemikiran yang mendalam, di samping bersandarkan kepada beberapa petunjuk sejarah dakwah dan beberapa pandangan hasil dialog yang diadakan dengan qiadah. Ia juga bersandarkan percubaan untuk menggali simpanan khazanah silam dan diselaraskan dengan realiti kehidupan seharian.

Tidak kurang pentingnya juga ialah beberapa nas syariat dan kaedah fikah, serta disempurnakan lagi bahkan dimulakan dengan harapan kepada Allah agar memberikan taufiq dan kebenaran kepada hikmat.Penulis juga berdoa agar Allah menganugerahkan kesatuan saf dan niat yang benar dengan kurniaan dan kemuliaan-Nya. Sesungguhnya Allah amat hampir lagi mengabulkan permintaan.

p/s: bersambunggggggggggg.....


Thursday, December 3, 2009

Biarkan Gambar Yang Bercerita...










Bismillahirrahmanirrahim...

Sekitar Majlis Korban WAMY Malaysia (my office) di Ampang Hilir 2 pada hari Ahad 29 Dec 2009 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1430H yang lalu...penulis tak sempat nk update blog sebab sedikit sibuk dan kesihatan turut tidak mengizinkan..kena demam batuk selsema...hah tiga sekali kena,itu tandanya badan minta direhatkan sekejap..mungkin dah cukup maksimum tenaga yang penulis gunakan...tak mengapalah kan, sakit itu kan penghapus dosa..dan tanda Allah sayangkan kita..doktor bagi cuti sakit selama 2 hari,dan hari ni sepatutnya masih cuti sakit..tetapi untuk meraikan sahabat yang datang dari Kelantan kena jugak lah keluar ke office..kebetulan sahabat penulis itu perlu menghadiri mesyuarat di Taman Melawati..tidak mengapa..meraikan tetamu itu besar pahalanya...hanya kerana Allah...wallahu a'alam...