Monday, November 1, 2010

10 Muwasoffat Tarbiyah.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alahamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas kekasih junjungan Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.Salam bersua semula di alam maya, salam optimis, salam mujahadah, salam istiqamah dan salam ukhuwah.

Bersyukur kepada Allah kerana mempunyai kesempatan hari ini untuk meng 'up date' blog penulis yang sudah agak bersawang dek kerana sudah lama tidak 'mengemasnya'. Tugasan melebihi masa yang ada kerana banyak tugas yang perlu dilakukan agar agama Allah terpelihara selain dari menyedarkan serta mengingatkan manusia-manusia yang terlupa tugas asalnya iaitu menjadi khalifah di bumi Allah.

Coretan penulis kali ini hanya sekadar muhasabah diri koreksi kendiri terutama buat mereka yang bergelar murabbi atau nuqaba'. Masakan kita mampu menyeru manusia kepada Allah jika hubungan kita dengan Allah tidak seteguh mana. Jalan tarbiyah adalah satu jalan yang cukup indah kerana dengan adanya tarbiyah hidup lebih terarah.Jadilah mukmin yang mantap pegangan agamanya.

Buat mereka yang bergelar da'ie di luar sana, penulis pasti ianya cukup sinonim dengan perkataan muasoffat tarbiyah. Apa itu muasoffat? hah! para da'ie sekalian masih ingat lagi kah kalian 10 muasoffat tarbiyah? atau ingat-ingat lupa? atau sudah faham benar dengan muasoffat? Jika benar sudah 'khatam' muasoffat yang 10 ini adakah sudah diaplikasikan sentiasa dalam kehidupan seharian?atau sekadar kadang-kadang, atau jarang-jarang. Jawapan ada dalam diri masing. Muhasabah diri ini untuk penulis khususnya dan untuk anda umumnya.

Muasoffat yang Pertama
1. SALIMUL AQIDAH (Aqidah yang Sejahtera)

1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam
1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
1.3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
1.4. Mentauhidkan Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah
1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada asma’,sifat dan af’alnya
1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan masalah asma’ dan sifat di samping berpegang dengan mazhab salaf.
1.7. Tahu sempadan muwalat (sokong) & mu’adat (memusuhi)
1.8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah.
1.9. Yakin bhw penghapusan dosa hanya dgn taubat nasuha
1.10.Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa
1.11.Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
1.12.Merasai kemanisan iman
1.13.Merasai kemanisan ubudiyyah
1.14.Merasai kewujudan malaikat Hafazah

Muasoffat yang kedua
2. SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)

2.1. Khusyuk dalam solat
2.2. Qiam 1x seminggu
2.3. Bersedekah
2.4. Puasa sunat 2x sebulan
2.5. Memelihara anggota
2.6. Mengerjakan haji jika mampu
2.7. Khusyuk ketika membaca al-Quran
2.8. Khatam al Quran 1x setiap 2 bulan
2.9. Banyak mengingati Allah & hafal mana yang mampu
2.10.Banyak berdoa dgn mengambilkira syarat & adab
2.11.Banyak bertaubat
2.12.Sentiasa memperbaharui niat & memperbetulkannya
2.13.Menyuruh yang makruf
2.14.Mencegah yang mungkar

Muasoffat yang ketiga
3. MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap)

3.1. Tidak membantah
3.2. Tidak banyak mulut
3.3. Sedikit senda gurau
3.4. Tidak berbisik perkara kebatilan
3.5. Tidak berdengki
3.6. Tidak berhasad
3.7. Rasa malu melakukan kesalahan
3.8. Menyayangi jiran
3.9. Tawadhu’ tetapi bukan hina
3.10.Berani
3.11.Lembut
3.12.Menziarahi orang sakit
3.13.Iltizam dengan adab Isti’zan
3.14.Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan

Muasoffat yan keempat
4. QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)

4.1. Bekerja dan berusaha
4.2. Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan
4.3. Utamakan pengkhususan yang penting dan utama
4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan
4.5. Sederhana dalam berbelanja
4.6. Utamakan produk syarikat-syarikat Islam
4.7. Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam
4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan

Muasoffat yang kelima
5. MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)

5.1. Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk al-Quran
5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al-Quran
5.3. Menghubungkan antara al-Quran dan realiti semasa
5.4. Menghafal 40 hadith dari Matan Arba’ien
5.5. Menghafal 50 hadith dari Riyadhus Solihin
5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya
5.7. Mengenal 20 orang syuhada’ dari kalangan sahabat
5.8. Tahu hukum- hukum mengenai zakat
5.9. Tahu fiqh mengenai haji
5.10.Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang pengkhususan
5.11.Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
5.12.Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara
5.13.Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam
5.14.Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan Muslimin

Muasoffat yang keenam
6. QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)

6.1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
6.2. Membasuh peralatan makan dan minum
6.3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
6.4. Mengatur jadual makan
6.5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6.6. Kurangkan pengambilan lemak
6.7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
6.8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
6.9. Memilih syarikat pengeluar makanan
6.10.Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
6.11.Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
6.12.Bersenam 10-15 minit sehari
6.13.Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
6.14.Merawat diri jika sakit

Muasoffat yang ketujuh
7. MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)

7.1. Lawan dorongan nafsu
7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus
7.3. Sentiasa niat berjihad
7.4. Sentiasa bersama pendokong kebaikan
7.5. Makan apa sahaja yang disaji dengan redha
7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam
7.7. Sabar di atas bala
7.8. Perbuatannya menyamai perkataannya
7.9. Bersedia menanggung bebanan dakwah

Muasoffat yang kelapan
8. MUNAZHZHOM FI SYUUNIHI (Berdisiplin)

8.1. Sembahyang menyusun waktunya
8.2. Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya
8.3. Menyusun idea-ideanya
8.4. Menjaga waktu kerja
8.5. Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku

Muasoffat yang kesembilan
9. HARISHUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)

9.1.Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas ketika menunaikan keperluannya
9.2.Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus
9.3.Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat

Muasoffat yang kesepuluh
10. NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)

10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah
10.2. Menunaikan tanggungjawab suami
10.3. Membantu isteri
10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
10.5. Memberi hadiah kepada jiran
10.6. Memberi khidmat umum kerana Allah
10.7. Memberi apa yang dimiliki
10.8. Sentiasa bercampur dengan orang ramai
10.9. Menggalakkan kebaikan
10.10.Membantu mereka yang memerlukan
10.11.Menolong orang dalam kesusahan
10.12.Menenangkan orang yang ditimpa bencana
10.13.Menolong orang yang dizalimi
10.14.Cuba memenuhi keperluan orang lain

Hah! apa macam??? sikit je kan?? 10 je tapi pecahan-pecahan di bawah yang sepuluh tu yang banyaknya. Bagi penulis sendiri masih ada lagi perkara-perkara yang tercicir terutama bab hafalan, jadi semoga Allah mudahkan urusan kita dalam persediaan diri menjadi seorang yang mempunyai akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu berdikari, luas pengetahuan, tubuh badan yang kuat, bermujahadah, berdisplin, menjaga masa (yang ini ramai yang gagal termasuk la kadang-kadang diri penulis sendiri dan kini sedang melatih diri)dan akhir sekali menjadi orang yang mampu memberi manfaat.Wallu'alam.Selamat menjadikan diri dari zero kepada hero.



No comments: