Friday, April 10, 2009

Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat....hmmm hari ni semua orang di ofis WAMY Malaysia sibuk dengan tugasan masing-masing..apa-apa pun penulis sudah selesaikan tugas-tugas yang diberi...hehe itu yang boleh menulis sikit...hari ni nak kena travel sendiri ke Bandar Baru Bangi, driving..alone...sebabnya penulis masih 'sendiri' belum 'mendua diri'...huhu :) nak travel ke mana? pegi usrah je pun...so try and error jelah...ilmu..harap-harap x sesat..dah x larat nak sesat-sesat ni...:( tadi penulis bukak balik la fail2 lama yang terperap kat dlm thum drive..jadinya nak kongsi lah...tak tau lah nak dikategorikan sebagai apa... cerpen.. bukan2..puisi? pun bukan...entahlah baca lah sendiri...cuma luahan hati jerr..ni penulis tulis masa tengah down sangat2..hehehe tengah berperasaan menulis....huhuhu ala2 sentimental gitu dah bertahun jugak lahh..masa tengah praktikal kaunseling di sek2 area kelantan...2006...kenangan oh kenangan..

DERITA PERJUANGAN (Oleh:Saniah Hj.Ahmad)

Perjuangan ini…

Luka yang ku lalui,

Kerana cuba untuk menjadi seorang srikandi,

Pahit jua yang ditemui…

Perjuangan ini…

Pengorbanan adalah mesti,

Tidak menjanjikan kesenangan duniawi,

Namun bahagia di akhirat adalah pasti..

Perjuangan ini…

Sentiasa berasa luka dihati,

Namun cepat-cepat disembuhkan oleh ‘kekasih’ hati…

dengan membaca ‘surat’ cinta darinya

Tuhan rabbul I’zzati…

Dia jualah tempatku mohon simpati..

Perjuangan ini…

Mujahadah sejati cita-cita diri,

Cuba mengelak FITNAH seorang srikandi..

Namun tetap disalah mengerti..

Kata mereka… ‘apa orang anggap nanti’,

Faham-faham sahaja sendiri…

Kata mereka lagi…

Apa yang harus ku lakukan pada diri ini????

Mereka tetap salah mentafsiri..

Segala gerak laku diri…mungkinkah kerana aku adalah srikandi yang memiliki

Akhlak yang tinggi??...ah!itu hanya mimpi…

Banyak lagi yang perlu ku pelajari dan ku kaji..

Perjuangan ini…

Impian tidak seindah kenyataan,

Kita inginkan begitu begini,

Tetapi yang terhasil begitu begini…

Bukan srikandi mujahadah sejati tidak mengerti ..

Cuma sedikit berkecil hati…

Perjuangan ini…

Di caci dan di hina,..di benci dan di jauhi…

Hanya kerana ku srikandi yang tidak globalisasi…

Segalanya perlu dibatasi..

Tidak mengikut fesyen terkini..

Dan macam-macam lagi..

Ah! Itu hanya kata mereka..

Apa yang mereka mengerti?

Tidak ada apa-apa yang mereka fahami…

Jika kefahaman menguasai diri..

Mengapa tidak menjalani perintah ilahi?..

Sebagai khalifah di muka bumi..

Sebar ad-din yang suci…

Perjuangan ini…

Kesalahan kecil di salah mengerti,

Di canang ke sana sini..

Kerana apa???

Kerana diriku adalah srikandi Islam sejati..

Dan daku mengerti…bahawa..

Srikandi tidak dapat dipisahkan dari perjuangan ini…

Perjuangan ini..

Harus di mengerti..

Bahawa ujian yang ditimpakan pada diri,

Adalah tarbiyyah dari ilahi..

Tanda cintaku dibalasi…

Perjuangan ini…

Terkadang putus asa menguasai diri..

Kerana…aku hanya srikandi yang berhati biasa…

Sebagai manusia…aku turut rasa terluka,

Namun…

Bisikan naluri imanku memberi amaran..

Jika ku sudah tidak mahu teruskan perjuangan…maka..

Srikandi lain jadi pilihan…

Perjuangan ini….

Susah di mengerti dan di fahami…

Namun kebahagian hakiki akan ku perolehi..

Tunggu di syurga nanti…

Kerana aku sudah mengerti dan pasti..

Srikandi tidak dapat dipisahkan dari perjuangan ini…

Hanya demi mencari redha ilahi…

Hasil nukilan:

Sutra_biru_84@yahoo.com

SMK Kamil, Pasir puteh,Kelantan.

10.00pm. (25/6/06)


Tuesday, April 7, 2009

Santai Minda...



بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekadar sebagai santai minda...alhamdullillah hari ni keluar jalan tak berapa jem di putrajaya...letihnya rasa nak pergi ofis hari ni sebabnya baru sampai dari kampung, tapi kena gagahkan jugaklah sebab itu adalah tanggungjawab penulis pada Allah....hari ini penulis nak kongsi satu cerita, al-kisahnya begini...

seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.


Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak...
APa tukang ni na wat ek?? Ha! Baca la...

"Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,
direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?

Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

pilih jangan tak pilih (ulang sebanyak 3x) :)

p/s: harap2 pembaca blog jgn ada yang salah faham...nanti kata mana boleh nak samakan manusia dengan lobak, telur atau kopi...penulis sekadar mengambil perumpamaan dari ketiga2 perkara itu...jgn tak tau ada org yang lurus bendul...hehehe... lain yang dimaksudkan lain pulak yang dia faham...

Friday, April 3, 2009

Kenikmatan Iman dan Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat…..hmmm alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi di dalam peliharaan iman dan Islam…nikmat yang tidak boleh dihitung dengan apa sekali pun samada dengan jari tangan atau jari kaki atau dengan calculator atau dengan seluruh isi yang terdapat di muka bumi ini sekali pun….iman yang sebenar-benarnya…hmmmm…

KENIKMATAN memiliki iman yang sebenar adalah cita-cita mulia setiap hamba Allah. Tetapi, ramai yang hampa ketika beribadat. Ritual yang dijalankan hanya sekadar melepas tanggungjawap fardu, tetapi di manakah kenikmatan dan kemanisannya?

Apakah khilafnya sehingga diri terasa jauh daripada Allah walaupun tidak meninggalkan ibadat fardu dan sunat? Bukankah Allah berfirman dalam hadis qudsi bermaksud: "Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku melainkan seperti mereka yang mengerjakan apa-apa yang Aku fardukan ke atas mereka. Dan sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan yang sunat sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya Akulah pendengaran yang dengannya ia mendengar dan Akulah penglihatan yang dengannya ia melihat dan Akulah lidah yang dengannya ia bercakap dan Akulah tangan yang ia menyentuh dan Akulah kaki yang ia berjalan dengannya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menerangkan bahawa sesiapa yang sudah mengerjakan fardu dan sunat dalam ibadat hariannya, semestinya akan menjadi manusia baru yang sempurna keperibadiannya. "

Tetapi mengapa hati kita tidak dapat meresapi kasih Allah itu. Mungkinkah kerana terlalu yakin sehingga melahirkan sikap berpuas hati dengan iman dan amal? Kita merasakan syurga di depan mata sedang menanti, padahal itu hanya tipu daya syaitan yang menghiasi pandangan mata. Akhirnya, kita meremehkan dosa maksiat kerana berasakan ada modal ibadat yang telah dilakukan.

Ada beberapa cara untuk mengekalkan iman dan rasa takut kepada Allah.

Pertama, ingatlah kepada roh kita ketika berada dalam rahim ibu yang dikasihi. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan perbuatan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu ia pun mengerjakan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas cukup menakutkan bagi manusia yang memahami betapa amal salih itu belum tentu menjaminnya ke syurga kerana masih bergantung pada takdir yang tertulis di Luh Mahfuz. Betapa kita tidak berdaya, Allah yang Maha Agung menggenggam kita dengan kehendak-Nya. Jadi, kenapa rasa takut itu belum hadir ketika sembahyang atau berada di pasar? Atau ketika dihadapkan oleh dua dilema, kesusahan taat dan kelazatan syahwat? Mengapa kita masih bersuka ria, pada hal kita tidak tahu beruntung atau celaka pada akhirat nanti?

Tetapi, jangan jadikan hadis di atas sebagai pukulan yang mematikan hasrat untuk beramal. Hal ini cukup berbahaya! Hikmah hadis ini diajarkan oleh Rasulullah agar kita tidak sombong dengan amal salih dan berasa cukup terjamin dengan ibadat itu. Sehingga perasaan takut itu menjadi pemacu kepada kuat beramal ibadat.

Rasulullah bersabda: "Tidak ada seorang daripada kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya di neraka dan tempat duduknya di syurga." Lalu mereka berkata: "Ya Rasulullah kalau begitu maka apakah kami patut berserah saja kepada tulisan kami dan tinggalkan amal? Rasulullah bersabda: “Beramallah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dituliskan bagi kamu. Adapun orang yang berbahagia, maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang celaka, maka ia beramal dengan golongan orang yang celaka.”

Kedua, takut jika amal tidak diterima oleh Allah. Mungkin amal yang dibuat itu terlalu kotor dengan riak atau kerana terpaksa, bukan lahir dari hati dan kerana Allah. Atau mungkin beramal kerana sombong dan berasa kita yang menggerakkan tubuh badan untuk beramal. Padahal, semua itu adalah gerakan kuasa Allah Yang Maha Besar. Kerana petunjuk Allahlah kita beribadat bukan kerana semangat yang membara atau ilmu yang menggunung atau sebutan dan sanjungan manusia kepada diri kita. Tanyakan pada diri sendiri adakah amal ini tidak terjangkit oleh kuman yang merosakkannya?

Hadis Rasulullah menukilkan mengenai rosaknya amal salih: “Malaikat yang membawa amal manusia memuji-muji amal salih itu dan mempersembahkannya kepada Allah, lalu Allah berfirman: Kamu semua hanya menuliskan tetapi Aku Maha Mengetahui apa yang dikerjakannya itu bukan untuk-Ku. Musnahkanlah ia kerana ia bukan untuk-Ku.”

Ketiga, takut kepada kematian ketika beramal. Maka akan lahirlah perasaan takut kepada kuasa Allah. Kita mahu ketika ajal sampai, sedang beribadat kepada Allah dan takut kepada-Nya. Masa begitu singkat, maka gunakan ia untuk sebenar-benar penghambaan. Rasulullah bersabda: “Manusia akan dibangkitkan menurut cara kematiannya.”

Terakhir, takut kepada Allah dengan mengingati hari terpenting dalam hidup iaitu hari akhirat. Saidatina Aisyah menanyakan persoalan paling romantik kepada kekasihnya Nabi Muhammad: “Wahai kekasihku, Ya Rasulullah, di manakah tempat orang yang mencintai tidak ingat kepada yang dicintai? Jawab Baginda: “Ada tiga tempat yang ia tidak ingat iaitu: Pertama ketika ditimbang amal apakah ringan atau berat. Kedua ketika menerima catatan amal sehingga tahu dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga ketika keluar ular besar dari neraka yang mengepung mereka dan berkata: “Aku disuruh mencari tiga jenis manusia; Orang yang syirik, orang yang kejam dan zalim serta orang yang tidak percaya dengan hari ini.”

Betapa hanya Allah layak untuk diagungkan, ditakuti, dipuji dan diminta pertolongan-Nya. Hanya orang yang diberi petunjuk dan dicurahi nikmat iman serta kasih Ilahi yang dapat merasakan takut kepada Allah pada setiap detik jantungnya.

p/s: hari jumaat elok sangat diamalkan membaca surah al-kahfi.....officemate penulis sentiasa bertindak sebagai 'alarm clock' kepada kami...hehehe tq k.kinah...selamat beramal ibadah..

Thursday, April 2, 2009

Santai Minda..

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركا ته

RELEVENKAH EARTH HOUR BARU-BARU INI????

Yang kelabu,

Hening telaga biru,

Berubah menjadi ungu senja,

Tak terkikis batu hitam kelam,

Di atas tegak tebing yang bersahaja.

Semburat warna-warni cakerawala,

Adalah lukisan terindah,

Rindu air pada muara,

Setelah lelah berliku.

Chorus:

Kepada ya embun-embun pagi,

Dan kabut malam hari berdoa,

Memohonkan ampun bagi siapa saja,

Dan bersimpuh lantunkan rasa,

Hidup padaNya.

Yang setia cahaya nan agung,

Menebar picar hangati maya pada.

Belai angin pada dedaunan,

Ingatkan kembang untuk tetap merekah.

Manjakan penghuni perebut karunia,

Patuhi titahNya Sang Perkasa.

Rangkuli kicau jagat raya,

Sampai masa tak berdegup.

Tak pernah bumi ini mengadu,

Walau terinjak bertapak,

Namun tetap tumbuh.

Gembita puja-puji semesta,

Selaraskan pengakuanPada DIA,

Semua sedia maklum apa yang terjadi pada 28 Mac yang lalu. EARTH HOUR. Tapi waktu ni penulis sudah berada di kampung...balik kampung ada urusan selain ziarah mak dan ayah lepas rindu...

Cuma persoalannya di sini relevenkah earth hour diadakan? Penulis ingin mengajak para pembaca blog mentaddabur ayat surah Al-Baqarah yang bermaksud:

[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Apabila manusia mula merasakan bumi semakin terancam barulah berusaha dengan menggunakan pelbagai cara untuk mencari penawar buat BUMI. Seperti orang yang sakit tenat baru nak mencari ubat. Tentunya kebarangkalian untuk sembuh daripada penyakit itu adalah sangat tipis. Begitu juga dengan bumi kita. Dari awal surah Al-Baqarah lagi Allah menceritakan mengenai tangan-tangan manusia itu sendiri yang akan melakukan kerosakkan di muka bumi ini dan apabila manusia sedar dan berasa terancam maka tangan-tangan manusia ini jugalah berusaha mencari penawarnya. Jadi program earth hour telah diadakan baru-baru ini. Penulis sendiri sudah kurang jelas apa tujuan program ni? Adakah untuk menunjukkan pada dunia bahawa kita juga adalah insan yang prihatin? Kelakar bukan? Apa yang bumi perolehi dengan 1 jam lampu dipadam, jika hendak dibandingkan dengan bertahun-tahun bumi terpaksa berhadapan dengan kerosakan demi kerosakan.

Tak faham tak faham, itulah dia manusia, sewaktu senang lupa nikmat sudah susah baru hendak kembali. Banjir –banjir yang melanda dunia kini mungkinkah cara bumi melahirkan rasa kesedihannya, dan taufan atau bencana-bencana besar yang terjadi di bumi ini adalah tanda kemarahan dari bumi?

Atau juga Allah mengarahkan tentera-tenteranya seperti angin, air, gunung-ganang dan sebagainya sebagai tanda untuk memberi peringatan kepada manusia supaya tidak lagi melakukan kerosakan dan maksiat..dan apabila manusia lupa maka tentera-tentera Allah inilah sebagai peringatan yang keras.

Wahhhhh....tetiba sahaja penulis nak menulis bahasa yang puitis2...ahak2 oklah tuh...saje je santai minda sambil mentaddabur surat cinta dari Allah swt ini...

A’la kullihal, fikir-fikirkanlah yeeee.....