Wednesday, April 1, 2009

FIKRAH BUKAN FITRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas nikmat Islam yang diberikan. Agak lama juga penulis tidak menjenguk blog sendiri..hehehe…sibuk menyiapkan maklumat laporan tahunan untuk WAMY Malaysia. Topik kali ini adalah

FAHAM VS SEMANGAT

Betul3 ( sila baca dengan nada upin dan ipin) J

Jadinya faham ini lebih penting daripada semangat. Semangat itu akan terbentuk sendiri setelah kita faham dan ianya perlu melalui proses yang sangat panjang untuk betul-betul faham. Baru dapat fikrah sikit sudah bersemangat untuk mengadakan daurah,muqayyam,program itu program ini dan sebagainya. Bagus semangat yang sebegitu rupa, cumanya janganlah hangat-hangat tahi ayam, ataupun ibarat kata “ayam belum bertelur sudah dikira bilangan telurnya “. Tidak salah mempunyai perancangan atau target tertentu dalam mengumpul mad’u cumanya janganlah sampai menggunakan cara yang tidak mengikut keadaan semasa atau keadaan sesuatu tempat.

Dalam menempuh jalan yang satu ini berbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa kita hadapi. Apabila iman kita meningkat semuanya kita buat dengan penuh bersemangat tetapi apabila iman kita menurun semangat juga akan turut menurun. Oleh kerana itu juga penulis sering mengingatkan diri supaya apabila diuji dengan turunnya iman penawar yang paling mustajab adalah ISTIQAMAH. Biar sedikit asalkan berterusan daripada banyak langsung tak buat.

Oleh kerana itu juga tarbiyah bukannlah di bentuk dari semangat semata-mata.Bersemangat sewaktu duduk di kelompok atau dikalangan orang yang sama-sama ditarbiyah, bersemangat untuk bersama-sama bangun qiam, bersemangat untuk buat program tiap-tiap hujung minggu, bersemangat untuk pergi usrah walaupun payah, walaupun terpaksa meredah malam berseorangan tanpa memikirkan keselamatan diri “Allah kan ada..kita kena yakin bila kita buat kerja kerana Allah, Allah akan pelihara kita”. Begitulah kata-kata orang apabila diajak berbincang topik ini. Betul dan tepat sekali penulis tidak menolak kata-kata tersebut cumanya perlu melihat di tempat mana kita berada. Sangat bersemangat untuk ajak orang menjadi manusia yang baik (dakwah) tanpa memikirkan metod yang digunakan bersesuaian atau tidak dengan suasana di sesuatu tempat, janji dakwah kena jalan.

Banyak kali penulis menyebut tentang keadaan sesuatu tempat….hmmm…

Apa pandangan pembaca blog sekalian? Fuhh jika dibawa perbincangan topik ni macam-macam jawapan penulis akan dapat..jadi pada sesiapa yang sudi untuk berkongsi pengalaman ke cadangan ke, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tajuk di atas amatlah penulis alu-alukan. Bolehlah tinggalkan nota-nota anda di kotak ruangan bawah(comment) tu.. :)

Betulah bak cakap-cakap orang pengalaman akan mengajar seseorang itu tentang erti kehidupan. Sudah banyak contoh yang penulis lihat apabila seseorang yang mendapat tarbiyah yang pada awalnya bermula dengan kefahaman yang sedikit kemudian semangat dan terus semangat.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:214

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ

Yang bermaksud: Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu…..” sehingga akhir ayat.

Sudah berapa ramai yang dulunya bersemangat apabila Allah uji dicampakkan di satu tempat yang asing dengan suasana tarbiyah yang diperolehi , mengambil keputusan untuk ‘senyap’. Kenapa?

Kerana dia merasakan bahawa dia sekarang lemah, merasakan dirinya berseorangan dan macam-macam lagi. Kerana apa? kerana tarbiyah yang diperolehi dulunya adalah semangat dengan berbekalkan sedikit kefahaman dan duduk dikalangan orang-orang yang bersemangat. Tetapi jika tidak duduk dikalangan orang yang tidak sealiran dengan kita? Ramai yang telah gagal untuk melepasi ujian ini. Dulu masa sama ditarbiyah masyaallah aktifnya……2 tahun atau 5 tahun selepas tu???? Betul ke ni? Kenapa berubah sampai macam tu sekali? Macam orang yang tak pernah dapat tarbiyah…kenapa larikan diri dan macam-macam persoalan lagi yang kita semua sedia maklum.

Ingat wahai para pendakwah sekalian Allah akan menguji setiap hambanya. Oleh itu janganlah kita berbangga dengan tarbiyah yang kita perolehi dan memandang serong pada orang yang tidak mendapat tarbiyah. Hidayah adalah kerja Allah swt, tugas kita adalah menyampaikan. Jangan kita berasa selesa dengan tarbiyah yang kita dapat. Apa yang penting bagaimana kita mahu kekalkan pentarbiyahan yang kita perolehi untuk masa-masa akan datang. Oleh kerana itu FAHAM DENGAN SEBENAR-BENAR KEFAHAMAN lebih diutamankan daripada kefahaman yang sikit tetapi semangat yang lebih. Biarlah fleksibel diantara kedua-duanya. Penulis sarankan agar para pembaca membaca blog ukhti Dayang Nurhayani mengenai tajuk ‘kamu perlu merubah dunia walaupun berseorangan’ di http://almuharikah.blogspot.com.

Tarbiyah yang mantap adalah apabila seseorang itu tetap ‘bekerja’ walau di mana pun dia dicampakkan di atas muka bumi ini. Maknanya dia boleh berfungsi dan bergerak setiap masa tidak kira bagaimana keadaannya sekali pun.

Wallahu’alam..

P/S: :(.. mana dia kadir-kadir dakwah yang mendapat tarbiyah dulu dari penulis menghilang??? Orang yang mendapat tarbiyah adalah dikalangan orang-orang yang dipilih oleh Allah..tetapi AWAS pemilihan demi pemilihan akan terus dilakukan oleh Allah. Oleh itu jangan berasa terlalu selesa !!!! Sebagai peringatan untuk diri sendiri..

4 comments:

almuharikah said...

salam saniah,

bersemangat nampak isu "FAHAM VS SEMANGAT..
ana setuju coz faham tu sangat2 penting..bila sangat faham akan lahir semangat..semangat ni boleh datang bila2 je n blh hilang bila2 jgk..SO tarbiyah perlu paham..
ana ada pengalaman isu ni, tak nafi bile dok sesama kita mmg sgt bsemangat untuk buat qiam,dauroh n mcm2 program..tp bila tcampak keseorngn,perkataan SEMANGAT semakin menurun..alasan org lain tak mcm sy nga akhwt2 dulu..fuh ditakdir pulak kena usrah dgn pangkat makcik..lg la terasa..maklumla kite kan org muda yang bersemangat..kononnya mcik2 ni slow skit...yeke..itu ertinya kurang paham..tp terkesan dgn kata2 seorg makcik yg ttp bsemangat" katanya..kita kena husnuzan nga mcik2 yang tak aktif mcm org muda,so bila anti paham anti teruskn kerja yg satu tika dulu mcik tu dah pun buat lebih awal dari saya..anggaplah kita smbung tugas mcik2 tu"tpikir saya..betul sbnrnya..so xperlu bandingkan keaktifan n semangatnya kita dengan org yang tak mcm kita..
1 lg pasal keluar jauh malam..utk usrah..ana pun ada pengalaman utk dikongsi waktu ada bersemangat nga akhawat2 sebelajar..sgt bsemangat sampai sanggup drive lewat malam abis dauroh.untungnya ana telah ditegur oleh NAQIBAH,Ketiga2 naqibah ana kurang galakkan akhawat keluar smpai lewat malam..klu tgk dlm Ikhwan Muslimin pun,antaranya AKHAWAT PERLU MENGELAKKAN DARI KELUAR MALAM ATAU HALAQAH SEHINGGA LEWAT MALAM..sebenarnya betul la..
bayangkan anak dara btudung labuh keluar dtgh malam n org yang melihat bagaimana? takan nk g ckp saya baru balik program tarbiyah..so cuba elakkan ye..

panjanggnya komen, tp jgn risaula semangat masih ada pada diri ana sbb ana paham itu mmg tugas ana..n dlm kesibukan memprogram org,paling penting sejauhmana hubungan kita nga Allah..secara fardhi..satu nilaian paling besar

saniah-ahmad said...

salam k.Dayang,

Syukran atas pengalaman dan perkongsian,biasalah budak2 baru dapt tarbiyah semangat....macam yang pernah kita lalui dulu...hehehe.Itulah pentingnya pengalaman kan kan kan...Insyaallah semoga kita masih lagi tersenarai dalam nama orang-orang yang Allah akan pilih lagi...

Keena Omar said...

Salam,
Satu persoalan yang patut diberi perhatian.
Sesuatu perjuangan tidak akan berjaya tanpa kefahaman terhadap konsep perjuangan itu sendiri. Dalam konteks seorang dai`e, kefahaman tentang dakwah dan segala tuntutannya sangat lah vital. Namun apa yang lebih penting ialah kefahaman terhadap deen secara total.
Bermula dengan memahami persoalan aqidah, urusan feqah, memahami tafsir ayat-ayat suci al-Quran serta hadith Rasul junjungan. Itu baru asasnya. Perlu dikukuhkan lagi dengan Usul Fiqh,Ulum Quran,Ayat Ahkam dan banyak lagi. Ini semua tersangat lah pentingnya. Kerana dengan memahami urusan teras tentang agama barulah akan timbul semangat untuk mempraktikkannya dalam kehidupan kita. Bila kita dah faham bahawa berdakwah menjadi tuntutan dalam agama, tak kira di mana kita berada,tak kira apa situasi yang kita alami, tak kira apa masalah yang menghujani kita, tak kira apa siapa lingkungan kita, kerja-kerja dakwah akan tetap dapat diteruskan.
Kita juga harus faham, kerja-kerja dakwah sangat luas konsepnya. Oleh itu kalaulah ada di kalangan mereka yang pernah suatu waktu 'bersama-sama' kita dan sekarang tidak, jangan la pulak kita cepat menemplak mereka sudah meninggalkan alam dakwah. Mereka boleh sahaja berdakwah dengan cara mereka sendiri. Namun tentulah bergerak dalam perancangan yang teratur lebih efisyen.
Sikit atau ramai mad`u bukan menjadi ukuran.
Yang penting kualiti.
Ada ramai pun, terkejar ke sana ke mari tapi pengisian yang diberi tak seberapa apa lah gunanya.
Secara peribadi,saya kurang senang mendengar ucapan seperti 'kita nak cekup dia ikut kita'.
Bagi saya bukan 'ikut kita' yang patut menjadi prioriti tetapi memberi kefahaman tentang agama yang patut ditekankan.Bila orang dah faham,kita tak payahn nak cekup lagi.Confirm dia akan ikut punya.
Da`ie kena ingat. Kualiti da`ie pada ilmunya dan apa yang diamalkan dalam kehidupannya.
Amat menyedihkan bila kita yang bergelar da`ie, baca Quran pun tak lancar. Tajwid mengalahkan orang tak terlibat dalam dakwah sama sekali.Cukup memalukan.
Of course, mana boleh nak perfect baru nak terjun dalam medan dakwah.Tuntutan menyampaikan terletak ke atas bahu kita secara individu. Namun para pendakwah WAJIB menjadikan prioriti baginya memperbaiki bacaannya di samping meningkatkan ilmunya demi kemantapan tugas dakwah yang digalasnya.
BAb balik lewat seperti yang diperkatakan oleh Ukhti Dayang pun patut diberi perhatian.
Saya sendiri rasa tak wajar akhawat berusrah sehingga balik lewat malam.Bukan sahaja tidak wajar dari sudut keselamatan. Malah cukup tak manis dan yang lebih perlu diberi perhatian ialah ianya mengundang fitnah.Sedangkan dalam melakukan kerja2 dakwah perkara ini perlu sangat2 diberi perhatian.
Saya ni bukan lah pandai sangat dalam memperkatakan isu ini.Saya sendiri tidaklah melalui proses dakwah seperti orang lain.Tapi I am who I am kerana sedikit ilmu yang Alah kurniakan.Yang lain2nya adalah hasil pengalaman lebih 40 tahun berjalan di atas bumi Allah.
Wslm.

saniah-ahmad said...

salam k.kinah,

syukran...fuhhh semuanya bersemangat. betul3...hmmm fikir-fikirkan yang mana lebih penting,kualiti atau kuantiti?..
Hmmm..boleh buat tajuk perbincangan seterusnya ni...
KUALITI VS KUANTITI pulak.
hihihi.