Thursday, December 31, 2009

Perhatian dan ketetapan dari Allah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Rasul tercinta Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda..perhatian dan ketetapan dari Allah...dalam riwayat Tarmizi dan Ahmad..


Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi SAW bersabda:"Wahai anak adam, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau mendapati-Nya di mana sahaja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu.Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku.(segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)

p/s:hmmmmm.....sekadar renungan dan muhasabah amal.


Tuesday, December 29, 2009

Futur


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.Salam mujahadah salam optimis dan salam positif. Positifkan minda anda, ceriakan diri anda dengan muhasabah amal untuk koreksi diri.(ala-ala penceramah motivasi gitu..emhhh agak lama juga meninggalkan bidang itu..sebab terjun ke bidang yang lebih besar,cara yang sama tetapi ruang yang lebih besar..hihihi..opsss..terlebih sudah.)Insyaallah penulis kembali stabil seperti biasa setelah 'disekolahkan' oleh ayah semalam..pesan ayah .."untuk mendapatkan yang terbaik antara yang terbaik akan di uji kesabaranmu...bersabarlah kerana saat itu,waktu itu dan detik itu pasti akan allah perjalankan kepadamu"...peace je dah kena 'sekolah' dengan ayah sendiri..penambah kekuatan.Ok entry kali ini dalam bahagian solusi jitu permasalahan halaqah akan membicarakan bab FUTUR.FUTUR? Apa tu?...baca jangan tak baca..

Persoalan ini mungkin di anggap biasa dikalangan orang-orang yang biasa-biasa tetapi luar biasa pada orang yang juga luar biasa(faham?..dakpe2 baca lagi). Persoalan ini lebih di perbincangkan oleh orang-orang yang bergelar da'ie. Juga permasalahan ini lebih penulis fokuskan kepada mereka-mereka yang bergelar da'ie.(berbelit tak ayat?..boleh faham kan?)

Futur. Apa makna futur?Menurut bahasa:ada dua makna 1)putus setelah bersambung,atau tenang setelah bergerak. 2)malas,lambat, perlahan,setelah rajin dan bersungguh-sungguh.Dalam lisan arab disebutkan :"sesuatu itu futur iaitu hangat. Fulan yafturu wa yaftaru futuran wa futaaron: iaitu tenang setelah keras dan lemas setelah bersangatan." (lisanul arab oleh Ibnu Manzhur 5:43)..(hah! faham sudah maknanya bah?sik paham lagi bah..ish3..baca sekali lagi ta'rif futur bah supaya tambah paham tu)

Menurut Istilah pula :futur ialah suatu penyakit yang menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatan yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat.(hah!betul3...cek diri..sound cek sound cek..urghhh memang ada...). Sedangkan kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali setelah sebelumnya rajin dan terus bergerak..(yang ini lagi parah..ade tak?..ade jugak...jom misi menyelamat)

Allah berfirman mengenai para malaikat sebagai mana berikut:maknanya "Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya untuk beribadah kepada-Nya dan tidak pula merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-henti.(Al-Anbiya:19-20)

Maksudnya, mereka selalu beribadah dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagi-Nya, selalu mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada berasa lemah dan bosan.(Shafwatut Tafasir oleh Ash-Shabuni:2:257-258)

SEBAB-SEBAB TERJADINYA FUTUR

1)Berlebih-lebihan dalam beragama:

Diriwayatkan dari Aisyah r.s bahawa Nabi SAW pernah masuk ke tempatnya, dan di sebelahnya ada seorang wanita, lantas Nabi SAW bertanya. "siapakah ini?" Aisyah menjawab :ini adalah si fulanah yang terkenal dengan solatnya." Kemudian baginda bersabda yang bermaksud:"Berbuat baiklah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri yang merasa bosan. Dan amalan ad-din yang paling dicintai (oleh Allah)ialah dilakukan secara rutin oleh pelakunya" (Muttafaq'alaih)

Kesimpulannya adalah ISTIQAMAH dalam beramal..sedikit tetapi berterusan dan berkekalan.

2)Israf (berlebihan)dan melampaui batas dalam hal yang mubah (harus).

Apa maksudnya? Maksudnya berlebihan dalam makan dan minum yang mubah ini dapat menjadikan kegemukan yang berlebihan tanpa kita sedar (memang la tak sedar syaitan kan bijak..tapi kita sebagai da'ie kena lebih bijak dari syaitan), didominasi syahwat, yang selanjutnya badan terasa berat, tidak cergas, malas berlambat-lambat, kalau tidak terputus dan berhenti sama sekali. Barangkali ini rahsianya mengapa Allah dan Rasul melarang manusia berbuat israf.Dan Rasulullah bersabda dalam H.R TIRMIDZI:
"Tiadalah anak adam mengisi tempat yang lebih jelek daripada perutnya..."

Kesimpulannya..oleh kerana itu dalam mutaba'ah amal seseorang da'ie itu perlu berpuasa sekurang-kurangnya 2 kali seminggu pada hari Isnin dan Khamis.

3) Suka menyendiri dan meninggalkan jemaah.

Hal ini disebabkan oleh perjalanan yang panjang dan berliku dengan pelbagai rintangan dan halangan dan selalu memerlukan penyegaran dan pembaharuan.Apabila bersama jemaah hati akan mantap dan bersemangat dan sebaliknya apabila menyendiri, menjauhkan diri dari jemaah, maka akan hilang orang-orang yang dapat membangkitkan semangatnya dan menguatkan kemahuanya, yang menggerkkan himmah(cita-citanya)dan menginginkan kepada Rabb-Nya.Firman Allah dalam surah Ali-Imran:103 yang bermaksud "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.."

Sekadar itu dahulu..refresh iman muhasabah amal..tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi (aik! macam kenal jerk ayat ni..tapi di mana yaaaa??? tak sesuaiiii)

Wallahu a'alam.


Monday, December 28, 2009

Just want to merepek....



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t....

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w beserta ahli keluarga baginda...just want to merepek...hihi rosak bahasa.

Ampang Hilir 2 (Office WAMY)
urghhhhh.....minggu yang sangat menyiksa jiwa..sebab ape?hmmmm...bak kata siti nurhaliza .biarlah rahsia..huhuhu..di tambah pulak tak dok mood nak menulis entry baru yang lebih ilmiah..so merepek jelah kan..
Oh!ya..kepada Ukht Nusaibah dan Akh Mohd Ariff selamat pengantin baru..barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa jam'a kuma bil khair..pukul 12 tadi keluar jap untuk join demostrasi di hadapan kedutaan Mesir kerana Mesir menyekat bantuan makanan daripada masuk ke Palestin (rasanya betul dah fakta ni...)
pelik dan hairan tak kenapa Mesir sekat? Tak lain dan tak bukan sebab takut.Ke?(apa y penulis merepek nih)..takut dengan Israel...hmmmm...kita doakan semoga Allah mudahkan urusan saudara seislam kita di sana...renunglah kembali wahai diri, betapa mewahnya,selesanya,nikmatnya kita hidup di bumi yang aman sentosa jika nak dibandingkan dengan saudara kita di palestin.Dah tu tak reti-reti nak sebarkan agama Allah..'bekerja'lah wahai syabab dan fatayat demi menegakkan Islam...membangun bersama Islam..yeah (eh!silap-silap..macam kenal je slogan tu tapi di mana yaaa)tukar-tukar..bersatu bersama IKRAM..IKRAM???(hehehehe...tungggguuuuu.)

Fuhhh..rasa puas dan lega dapat cakap dengan mak dan ayah...lepas lah sikit beban minggu ni punya stress...urghhh ni k.kinah punya pasal lah ni...ok je no hal lah...hmmm..cukuplah nak merepek pun...minggu ni..balikkkkkkk kampunggggggg...
p/s:tiun tak berapa nak orait minggu nih....

Thursday, December 24, 2009

Pengantin Baru Datang....:)




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t....

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w...Hari ni kakak kesayangan (uktifillah) datang ziarah kami di WAMY Malaysia...tiba-tiba sebak ish3... cz penulis tak boleh nak hadir walimah k.Dayang Nurhayani sebab bertembung dengan program yang lebih aula penulis kena hadir...so just gambar yang boleh bercerita...hehehe,k.dayang dan suami...barakallahu lakuma baraka alaikuma wa jam'a kuma bil khair....


Tuesday, December 22, 2009

Hijrah VS Masihi


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam untuk Muhammad rasul tercinta serta keluarga baginda. Salam hijrah, salam mujahadah dan salam ukhuwwah. Semoga kita sentiasa berada di dalam tarbiyah Allah sentiasa ameen...pendek cerita hijrah VS masihi...Jika penulis ceritakan bab hijrah nabi rasanya sudah banyak ilmuan lain yang menceritakan tentang perihal itu bukan...Bagaimana pula sejarah masihi? sudah menjadi adat di Malaysia..tahun baru disambut dengan nyanyian,setuju?

Tahun baru hijrah akan di sambut seperti yang kita sedia maklum, agak beradap,dengan alunan nyanyian nasyid dan sebagainya dalam keadaan yang agak terkawal...tetapi bagaimana pula dengan sambutan tahun baru masihi?..fuhhh lagi hebat dan dasyat. Disambut dengan penuh meriah.Setuju atau tidak jika penulis katakan sememangnya sambutan tahun baru masihi sangat meriah dengan MAKSIAT.Malah dimeriahkan lagi dengan syaitan-syaitan yang turut serta menyambutnya. Betapa rosaknya nilai akhlak manusia terutama yang muslim boleh kita lihat di malam tahun baru.Fikir-fikirkan,sekadar santai minda..refresh iman..muhasabah amal..Kita sorotkan kembali sedikit kisah penghijrahan nabi ini..

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

p/s:Apakah perbezaan antara seorang 'muslim' dengan seorang 'mukmin' menyambut tahun baru? renungan bersama....


Monday, December 21, 2009

Next level....Mulhamah?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....

Selawat ke atas junjungan besar kita Muhammad s.a.w...salam hijrah kepada semua pembaca..hijrah itu milik Nabi Muhammad empunya cerita...juga cerita kita...Penyucian jiwa pembuka anggota yang makrifat kepada Allah...inilah sebenar-benar jihad..jihad menentang hawa nafsu....pencerahan solusi kebangkitan..nikmatya iman.

KENIKMATAN memiliki iman yang sebenar adalah cita-cita mulia setiap hamba Allah. Tetapi, ramai yang hampa ketika beribadat. Ritual yang dijalankan hanya sekadar melepas tanggungjawap fardu, tetapi di manakah kenikmatan dan kemanisannya?

Apakah khilafnya sehingga diri terasa jauh daripada Allah walaupun tidak meninggalkan ibadat fardu dan sunat? Bukankah Allah berfirman dalam hadis qudsi bermaksud: "Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku melainkan seperti mereka yang mengerjakan apa-apa yang Aku fardukan ke atas mereka. Dan sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan yang sunat sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya Akulah pendengaran yang dengannya ia mendengar dan Akulah penglihatan yang dengannya ia melihat dan Akulah lidah yang dengannya ia bercakap dan Akulah tangan yang ia menyentuh dan Akulah kaki yang ia berjalan dengannya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menerangkan bahawa sesiapa yang sudah mengerjakan fardu dan sunat dalam ibadat hariannya, semestinya akan menjadi manusia baru yang sempurna keperibadiannya.

Tetapi mengapa hati kita tidak dapat meresapi kasih Allah itu. Mungkinkah kerana terlalu yakin sehingga melahirkan sikap berpuas hati dengan iman dan amal? Kita merasakan syurga di depan mata sedang menanti, padahal itu hanya tipu daya syaitan yang menghiasi pandangan mata. Akhirnya, kita meremehkan dosa maksiat kerana berasakan ada modal ibadat yang telah dilakukan.

Ada beberapa cara untuk mengekalkan iman dan rasa takut kepada Allah.

Pertama, ingatlah kepada roh kita ketika berada dalam rahim ibu yang dikasihi. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya.

Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan perbuatan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu ia pun mengerjakan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas cukup menakutkan bagi manusia yang memahami betapa amal salih itu belum tentu menjaminnya ke syurga kerana masih bergantung pada takdir yang tertulis di Luh Mahfuz. Betapa kita tidak berdaya, Allah yang Maha Agung menggenggam kita dengan kehendak-Nya. Jadi, kenapa rasa takut itu belum hadir ketika sembahyang atau berada di pasar? Atau ketika dihadapkan oleh dua dilema, kesusahan taat dan kelazatan syahwat? Mengapa kita masih bersuka ria, pada hal kita tidak tahu beruntung atau celaka pada akhirat nanti?

Tetapi, jangan jadikan hadis di atas sebagai pukulan yang mematikan hasrat untuk beramal. Hal ini cukup berbahaya! Hikmah hadis ini diajarkan oleh Rasulullah agar kita tidak sombong dengan amal salih dan berasa cukup terjamin dengan ibadat itu. Sehingga perasaan takut itu menjadi pemacu kepada kuat beramal ibadat.

Rasulullah bersabda: "Tidak ada seorang daripada kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya di neraka dan tempat duduknya di syurga." Lalu mereka berkata: "Ya Rasulullah kalau begitu maka apakah kami patut berserah saja kepada tulisan kami dan tinggalkan amal? Rasulullah bersabda: “Beramallah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dituliskan bagi kamu. Adapun orang yang berbahagia, maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang celaka, maka ia beramal dengan golongan orang yang celaka.”

Kedua, takut jika amal tidak diterima oleh Allah. Mungkin amal yang dibuat itu terlalu kotor dengan riak atau kerana terpaksa, bukan lahir dari hati dan kerana Allah. Atau mungkin beramal kerana sombong dan berasa kita yang menggerakkan tubuh badan untuk beramal. Padahal, semua itu adalah gerakan kuasa Allah Yang Maha Besar. Kerana petunjuk Allahlah kita beribadat bukan kerana semangat yang membara atau ilmu yang menggunung atau sebutan dan sanjungan manusia kepada diri kita. Tanyakan pada diri sendiri adakah amal ini tidak terjangkit oleh kuman yang merosakkannya?

Hadis Rasulullah menukilkan mengenai rosaknya amal salih: “Malaikat yang membawa amal manusia memuji-muji amal salih itu dan mempersembahkannya kepada Allah, lalu Allah berfirman: Kamu semua hanya menuliskan tetapi Aku Maha Mengetahui apa yang dikerjakannya itu bukan untuk-Ku. Musnahkanlah ia kerana ia bukan untuk-Ku.”

Ketiga, takut kepada kematian ketika beramal. Maka akan lahirlah perasaan takut kepada kuasa Allah. Kita mahu ketika ajal sampai, sedang beribadat kepada Allah dan takut kepada-Nya. Masa begitu singkat, maka gunakan ia untuk sebenar-benar penghambaan. Rasulullah bersabda: “Manusia akan dibangkitkan menurut cara kematiannya.”

Terakhir, takut kepada Allah dengan mengingati hari terpenting dalam hidup iaitu hari akhirat. Saidatina Aisyah menanyakan persoalan paling romantik kepada kekasihnya Nabi Muhammad: “Wahai kekasihku, Ya Rasulullah, di manakah tempat orang yang mencintai tidak ingat kepada yang dicintai? Jawab Baginda: “Ada tiga tempat yang ia tidak ingat iaitu: Pertama ketika ditimbang amal apakah ringan atau berat. Kedua ketika menerima catatan amal sehingga tahu dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga ketika keluar ular besar dari neraka yang mengepung mereka dan berkata: “Aku disuruh mencari tiga jenis manusia; Orang yang syirik, orang yang kejam dan zalim serta orang yang tidak percaya dengan hari ini.”

Betapa hanya Allah layak untuk diagungkan, ditakuti, dipuji dan diminta pertolongan-Nya. Hanya orang yang diberi petunjuk dan dicurahi nikmat iman serta kasih Ilahi yang dapat merasakan takut kepada Allah pada setiap detik jantungnya.

p/s:Ya Allah...peliharalah daku supaya sentiasa di dalam tarbiyah-Mu Ya Allah...bantulah daku..ameen..

Wednesday, December 16, 2009

Poning Eden...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarganya, para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in...seterusnya kepada pembaca sekalian semoga kalian sentiasa berada di dalam keredhaan Allah selalu hendaknya...Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t yang masih memberi kita peluang untuk beramal dan mengumpul bekal yang secukupnya untuk perjalanan kita yang seterusnya.Entry kali ini adalah hanya secebis pengalaman yang tidak seberapa dan tidak ada nilainya....selamat membaca

Pada hari Isnin 14hb Dec 2009 bersamaan 27 Zulhijjah yang lalu,penulis dan rakan penulis (seorang pensyarah disalah sebuah IPTS di sekitar Bangi) perlu menghadirkan diri di sana sebagai pemantau kelas bimbingan umum untuk para pelajar situ. Kelas bimbingan ini diadakan pada waktu malam selepas Isyak dan bertempat di surau IPTS tersebut.

Sebelum kelas bermula...kami menunaikan solat Isyak di surau.Dan kebanyakannya adalah pelajar dari luar negara yang memenuhi perkarangan surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.Ini maklumat sahih yang penulis perolehi berdasarkan cerita sahabat penulis(pensyarah di situ).Budak-budak melayu???? hmmm..bak kata anak saudara penulis hampeh sehampeh hampehnya..ada la dalam 3 hingga 4 orang..teringin je penulis rasa nak interview pelajar-pelajar melayu di situ . tidak ada perasaan malukah kalian 'surau Malaysia' telah dimeriahkan oleh orang luar???...di mana sensitiviti mereka menghilang?...

Tetapi itu bukan cerita yang ingin penulis huraikan...nampak tak gambar di atas?... hah gambar ni sengaja penulis ambil dari belakang....adakah perkara seperti ini biasa? pelajar-pelajar perempuan (luar negara) menunaikan sembahyang dalam keadaan aurat yang tidak ditutup secara sempurna...pening-pening..tidak adakah yang menegur?..Apabila situasi itu berlaku di depan mata, jenuh jugak lah penulis berfikir-fikir, mencari penyelesaian dari mazhab yang 4...rasanya tak de pulak...ini maklumat yang penulis ada...

Khilaf Para Ulama Tentang Batasan Aurat Wanita dalam Shalat

Sebenarnya jika mahu lebih diperdalam lagi, masih bisa kita dapati beberapa perbedaan sederhana dari pandangan para ulama tentang batasan aurat wanita dalam shalat. Beberapa di antaranya yang dapat kami sebutkan di sini antara lain:

a. Mazhab Hanafiyah

Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali bathinul kaffaini (bagian dalam tapak tangan) dan dzahirul qadamaini (bagian luar tapak kaki). Maka shalat dengan terlihat bagian dalam tapak tangan hukumnya boleh. Sebagaimana bolehnya terlihat kedua tapak kaki bagian luar hingga batas mata kaki.

b. Mazhab Malikiyah

Dalam mazhab ini ada dua macam aurat, yaitu mughalladzah (berat/besar) dan mukhaffafah (ringan/kecil). Aurat mughalladzah batasnya antara pusat dan lutut. Sedangkan aurat mukhaffafah antara seluruh tubuh kecuali wajah dan kedua tapak tangan luar dan dalam.

Kemudian batasan itu dikaitkan dengan hukum batalnya shalat lantaran terbukanya masing-masing jenis aurat ini. Bila yang terbuka aurat mughalladzah, shalatnya batal dan dia harus mengulangi shalatnya dari awal lagi. Hal itu seandainya dia mampu menutupnya tapi membiarkannya saja.

Sedangkan bila yang terbuka aurat mukhaffafah, shalatnya tidak batal, meskipun membiarkannya hukumnya haram atau makruh. Dan dia pun tidak harus mengulang shalatnya, hukumnya sebatas mustahab (dianjurkan) untuk mengulangi shalat seandainya waktunya masih tersisa.

c. Mazhab Asy-Syafi'i

Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan, dzhahiruhma wa bathinuhuma. Maksudnya yang bukan termasuk aurat adalah wajah dan kedua tapak tangan baik bagian dalam maupun bagian luar. Maka shalat dengan terlihat wajah dan kedua tapak tangan bagian dalam dan luar hukumnya boleh, karena bukan termasuk aurat.

d. Mazhab Hambali

Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali hanya wajahnya saja. Sedangkan kedua tapak tangan baik bagian dalam tapak tangan bagian luarnya termasuk aurat. Maka di dalam shalat yang boleh terlihat hanya wajahnya saja, sedangkan tapak tangan luar dalam termasuk aurat yang wajib ditutup.

hah....ada tak? atau penulis terlepas pandang....aduhhhh....bila dah nampak ia menjadi tanggungjawab penulis untuk membetulkannya...dengan cara apa?....mungkin dengan menggunakan saluran yang betul dan tepat di situ (IPTS yang dimaksudkan)...ya Allah mudahkan urusan hamba...minggu depan giliran penulis untuk beri 'talk' kepada para pelajar....siap 'korang'...U TURN Ke Jalan Yang Lurus....wallahu a'alam...

Tuesday, December 15, 2009

Sifat-sifat Da'ie Ke Jalan Allah


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda...salam sejahtera...bicara kali ini adalah mengenai sifat-sifat atau ciri-ciri seorang yang bergelar da'ie...Imam Syahid Hassan Al-Banna telah menghuraikannya...selamat membaca

Dai perlu memulai dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:

1. Kuat tubuh badan

Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan

Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha

Walaupun kaya, perlu bekerja.
Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera

Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul.

Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

p/s:acu cuba try cek diri kita.....tingkatkan amal semoga hari ini lebih baik dari semalam...satu perkataan yang sangat terkesan "التبتل"...indahnya nikmat iman dan islam...


Wednesday, December 9, 2009

Akhir Zaman..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera..selawat salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda...sekadar renungan bersama..

Hadith Akhir Zaman...


Daripada Ali bin Abu Thalib r.a.Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1)Apabila harta negara beredar pada orang yang tertentu.
2)Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3)Zakat dijadikan hutang.
4)Suami memperturutkan kehendak isteri.
5)Anak derhaka kepada ibunya.
6)Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.
7)Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8)Suara ditinggikan di dalam masjid.
9)Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10)Seorang yang dimuliakan kerana takut kejahatannya.
11)Khamar (arak) diminum di merata tempat.
12)Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13)Para artis disanjung-sanjung.
14)Muzik banyak dimainkan.
15)Generasi umat akhir ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah ATAU gempa bumi ATAU pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain. (H.R.TARMIZI)

P/S: bagaimana keadaan sekarang??? kita doakan moga-moga kita sentiasa di dalam tarbiyah Allah..amen..selamat berbahagia tempuhi hidup yang memberi makna serta saham apabila kita pulang ke 'sana' kelak...

Fitnah Yang Melata...(Siri1)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w serta seluruh ahli keluarga baginda...Salam sejahtera..pencerahan solusi kebangkitan..entah kenapa baris kata-kata tersebut memberi satu inspirasi yang sangat besar dan bermakna pada penulis..pencerahan ilmu kali ini adalah mengenai "FITNAH"...huh tajuknya sahaja sudah mampu mengerutkan dahi anda semua bukan betapa bahayanya bahana "FITNAH" ini...tetapi bicara penulis bukan mengenai 'fitnah wanita' tetapi bicara 'fitnah' kali ini adalah terfokus kepada skop seorang pendakwah /dai'e/ murabbi dan yang sewaktu dengannya..selamat membaca..

Maksud Fitnah :

Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan ternyata siapa yang benar dan siapa yang dusta. (Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah) Pengkajian tentang problem-problem dakwah yang merumitkan serta mencari jalan penyelesaiannya semakin perlu dari hari ke hari. Berkemungkinan salah satu daripada problem tersebut ialah permasalahan fitnah di dalam sesebuah jamaah Islam, serta rentetan daripada permasalahan tersebut seperti fitnah yang menyebabkan kelemahan saf dan ketergendalaan amal, di samping tercetusnya klik-klik dan perkumpulan-perkumpulan dalaman yang boleh memudharatkan jamaah. Situasi jamaah yang mendapat sokongan dan dokongan yang semakin meluas juga merupakan salah satu elemen yang menambahkan lagi keperluan untuk berbicara tentang tajuk ini.


Ciri-ciri Fitnah

Firman Alah swt: Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?" (Al-`Ankabut: 2) Firman Allah di dalam hadis qudsi: Maksudnya: "Maka denganku aku bersumpah..., bahawa aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang yang baik menjadi bingung."

Sesungguhnya penyakit umat dan nikmat ini ialah kerana kedapatan golongan yang suka mengaib dan mencela. Mereka memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu suka, tetapi mereka memendamkan apa yang kamu benci. (Uthman bin Affan) Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah Taala daripada fitnah yang merumitkan. (Abdullah bin Mas`ud)

Fitnah juga merupakan satu harga yang mesti dibayar oleh setiap kebangkitan yang berlaku, sebagaimana ia juga timbul seiring dengan penubuhan beberapa tanzim yang baru bagi jamaah di beberapa buah negara, di samping ia juga ketara berlaku ketika jamaah hampir mencapai kejayaan mendaulatkan Islam. Sebenarnya semata-mata mengadakan pengkajian sahaja tidak memadai bagi menangani permalasahan fitnah, kerana ia memerlukan supaya diadakan beberapa muktamar khusus, dialog-dialog yang terperinci sehingga melahirkan perancangan dan resolusi yang sesuai dengan realiti bagi menangani permasalahan ini dengan penuh kemampuan dan subjektif.

Meskipun demikian, ini tidaklah menghalang inisiatif peribadi yang diambil yang berkemungkinan boleh mempersembahkan cadangan-cadangan penyelesaian, di samping menjadi jalan pintas dan sebagai penyedia kepada resolusi-resolusi dan perancangan-perancangan yang bakal diambil.

Tulisan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada tulisan-tulisan berkenaan permasalahan dakwah secara menyeluruh yang ditulis oleh beberapa orang individu dari Ikhwan yang menggunakan metodologi penulisan yang sama, dan tajuk-tajuk yang diperbincangkan saling mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Oleh kerana penantian sehingga keseluruhan tajuk-tajuk mengenainya selesai supaya dapat diterbitkan serentak memerlukan waktu yang panjang, sedangkan apa yang sudah siap ditulis tidak wajar untuk tidak dimanfaatkan segera, maka ia perlu diterbitkan untuk diambil faedah. Di antara tajuk yang sudah diterbitkan ialah: al-Mu`llaqah al-hadiyat al-`ashrah (Mu`allaqah yang kesebelas), Fitnah di dalam kehidupan da`i (kedua-duanya disiarkan di dalam majallah al-`Ain), Golongan yang gugur di jalan dakwah yang ditulis oleh al-Ustaz Fathi Yakan, dan beberapa himpunan makalah yang mempunyai pendekatan, uslub dan metod yang berbeza.

Sekalipun penghasilan tulisan-tulisan ini adalah bersifat individu, tetapi dialog-dialog yang sentiasa diadakan dan pemerhatian yang mendalam terhadap kitab-kitab turath (lama), juga terhadap pengalaman-pengalaman tamadun manusia, menjadikan usaha-usaha ini lebih hampir kepada pandangan kolektif (jama`i) yang lebih releven dengan realiti daripada sifat keindividuannya.
Tulisan ini -bersama dua lagi tulisan penulis yang lain- mempunyai uslub yang sama. Dua lagi tulisan itu bertajuk "al-Futur dalam jamaah Islam" dan "Dhaif dan orang-orang yang dhaif". Adalah diharapkan agar himpunan tulisan-tulisan ini akan membentuk satu teori pandangan dakwah yang boleh merawat dan menangani permasalahan yang membantutkan perjalanan harakah Islamiah masa kini.

Perbicaraan tentang fitnah bukanlah suatu perbincangan yang menggembirakan, bahkan menjadi salah satu tunjang tarbiah dan kehendak sifat adil adalah tidak memperbanyakkan perbincangan tentangnya. Tetapi perbincangan tentangnya yang dilakukan oleh tulisan ini adalah diperlukan bagi maslahah yang lebih penting. Maka ia hanya dilakukan kerana keperluan kepadanya.

Pemikiran tentang fitnah ini seringkali mengganggu fikiran para da`i dan qiadah, sehingga kesakitan-kesakitan yang dialami pada siang hari bertukar menjadi hembusan-hembusan dukacita di malam hari. Begitu juga mimpi-mimpi pada malam hari bertukar menjadi faktor penyumbang kepada kebimbangan. Perkara ini mendorong saya untuk segera menyiarkan tulisan ini.

Perlu diingatkan, bahawa penulis merasa amat sukar untuk membincangkan tentang perkara ini, kerana bimbang ia adalah natijah daripada perasaan hawa nafsu dalaman yang terpendam yang tidak dirasai sejak sekian lama, kemudian diluahkan dalam bentuk pandangan terhadap permasalahan dakwah. Atau natijah daripada perselisihan peribadi, kemudian ia bertukar menjadi hasutan syaitan supaya mengeluarkan kritikan tajam atau sindiran yang melukakan hati.

Penulis juga merasa bimbang, jika ketika tulisan ini cuba membangkitkan fenomena beberapa individu akan menyebabkan ia kelihatan sebagai fenomena yang menyeluruh lalu melukakan hati sesetengah golongan dan mengeruhkan kejernihan jiwa.

Atau tulisan ini menjadi pelarian daripada sensitiviti keterlaluan yang diakibatkan oleh kecintaan kepada diri serta perasaan takabbur, lalu diterjemahkan kepada beberapa teori yang boleh mengeruhkan kesucian orang-orang yang tidak bersalah. Atau ia menjadi cara untuk mencari-cari kesilapan orang lain, di samping kemungkinan ianya bercampur dengan keinginan mendapat nama, atau mengelak daripada celaan. Kesemua ini mungkin menjadi tempat persembunyian bagi hati-hati yang letih, atau fikiran yang tenat.


Oleh kerana itu, amat perlu agar perbincangan ini dilakukan dengan penuh hati-hati dan dengan pemikiran yang mendalam, di samping bersandarkan kepada beberapa petunjuk sejarah dakwah dan beberapa pandangan hasil dialog yang diadakan dengan qiadah. Ia juga bersandarkan percubaan untuk menggali simpanan khazanah silam dan diselaraskan dengan realiti kehidupan seharian.

Tidak kurang pentingnya juga ialah beberapa nas syariat dan kaedah fikah, serta disempurnakan lagi bahkan dimulakan dengan harapan kepada Allah agar memberikan taufiq dan kebenaran kepada hikmat.Penulis juga berdoa agar Allah menganugerahkan kesatuan saf dan niat yang benar dengan kurniaan dan kemuliaan-Nya. Sesungguhnya Allah amat hampir lagi mengabulkan permintaan.

p/s: bersambunggggggggggg.....


Thursday, December 3, 2009

Biarkan Gambar Yang Bercerita...










Bismillahirrahmanirrahim...

Sekitar Majlis Korban WAMY Malaysia (my office) di Ampang Hilir 2 pada hari Ahad 29 Dec 2009 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1430H yang lalu...penulis tak sempat nk update blog sebab sedikit sibuk dan kesihatan turut tidak mengizinkan..kena demam batuk selsema...hah tiga sekali kena,itu tandanya badan minta direhatkan sekejap..mungkin dah cukup maksimum tenaga yang penulis gunakan...tak mengapalah kan, sakit itu kan penghapus dosa..dan tanda Allah sayangkan kita..doktor bagi cuti sakit selama 2 hari,dan hari ni sepatutnya masih cuti sakit..tetapi untuk meraikan sahabat yang datang dari Kelantan kena jugak lah keluar ke office..kebetulan sahabat penulis itu perlu menghadiri mesyuarat di Taman Melawati..tidak mengapa..meraikan tetamu itu besar pahalanya...hanya kerana Allah...wallahu a'alam...


Friday, November 20, 2009

Mudahkan jangan kau susahkan.



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w...entry kali ini adalah mengenai kita memberi manfaat kepada orang lain. Entry penulis yang lepas ada menyebut salah satu cara untuk membersihkan hati adalah dengan cara mudahkan urusan orang lain jangan susahkan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Selagi kita ini namanya manusia maka kita tidak sama sekali mampu terlepas dari sifat semulajadi (tabi'i) manusia iaitu 'lupa'. Oleh kerana itu, ubatilah hatimu....ubat hati itu ada lima perkara...pertama :bacalah Quran dan maknanya, kedua: solat malam dirikanlah, ketiga: berkumpul dengan orangg soleh , yang keempat:banyakan berpuasa (Isnin dan Khamis) dan terakhir zikir malam berpanjangan.

Jadikanlah zikir sebagai amalan, peribadi berzikir, zikir jadi keperibadian kita, Allah tujuan kita, rasul sebagai tauladan dalam hidup, dunia ini pun menjadi syurga sebelum syurga sebelumnya, bumi menjadi masjid bagi kita. Rumah, pejabat bahkan hotel sekalipun menjadi musolla bagi kita. Tempat kita berpijak, meja kerja, hamparan sejadah bagi kita....kalau kita bicara,biarlah bicara dakwah...kalau kita berdiam, diam kita zikir...nafas kita adalah tasbih, mata kita penuh rahmat Allah penuh kasih sayang...telinga kita terjaga, fikiran kita baik sangka..tidak sinis,tidak pesimis dan tidak suka membonis...hati kita ..diam-diam berdoa..tangan kita bersedekah, kaki kita berjihad ia tidak mahu melangkah dengan sia-sia. Kekuatan kita silaturrahim, kerinduan kita tegaknya syariat Allah kalau memang hak tujuan, sabar dan kasih sayang strategi kita...asma amanina cita-cita tertinggi, syahid dijalannya...dan yang paling menarik kita hanya asyik memperbaiki diri sendiri tidak tertarik mencari aib orang lain..semoga 'kita' adalah kita...


Mudahkan jangan susahkan...sebaik-baik manusia adalah orang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang berjaya bukan orang yang hanya mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat kepada orang lain.Kebahagiaannya bukan hanya mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga tetapi mampu juga memberikan kebahagiannya kepada orang lain.Ini adalah muslim yang baik.Ingatlah kejayaan yang kita perolehi bukan usaha kita semata-mata.Kejayaan kita adalah kerana bantuan orang lain.Guru contohnya,Ibu Bapa,rakan sekuliah atau rakan sekerja yang selalu bersama-sama kita . Dan kejayaan itu hakikatnya adalah pertolongan daripada Allah.

Sekiranya kini kita mempunyai rezeki dan ilmu yang cukup, rancanglah sesuatu bagi menggabungkan keduanya bagi membantu orang lain. Bermula dengan adik-beradik dan saudara terdekat atau rakan seusrah kita. Kemudian membuat perancangan membantu jiran tetangga dan orang lain.

Bukhari dan Muslim menceritakan : Nabi Muhammad berkata :'sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaatnya kepada orang lain.'

Allah menjelaskan dalam surah al-Ma'un ayat 1-2 yang bermaksud:
"Tahukah kamu siapakah(orang)yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak memberi makan kepada orang miskin."

Menolong orang adalah rezeki bagi kita kerana tidak semestinya dalam bentuk wang. Menolong orang lain supaya mempunyai harga diri di depan anak dan isterinya juga adalah rezeki. Menolong orang untuk kembali ke jalan yang benar juga adalah rezeki pada kita... Kadang kala kita berasa berat mengeluarkan apa yang kita perolehi. Padahal kita keluarkan bagi membantu orang lain adalah rezki kita.

Sungguh beruntung bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah peluang berbakti kepada orang lain. Orang lain adalah ladang amalan kita. Apabila kita memiliki potensi yang lebih daripada orang lain, kita mesti menanamkan niat memberi manfaat sebanyak-banyaknya kepada orang lain. Kelebihan yang ada pada kita hakikatnya adalah amanah yang diberikan oleh Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Sebagai renungan bersama...ingatlah darjah kemuliaan sseorang itu dapat dilihat daripada sudut sejauh mana dirinya mempunyai nilai manfaat kepada orang lain. Bukhari dan Muslim menceritakn Nabi Muhammad berkata, "Khairunnas anfa'uhum linnas." Ia bermaksud sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.
Sama-samalah kita renungkannya....

p/s: Kesimpulan untuk diri penulis sendiri ada 3. Pertama : "aku baik kepadamu"
kedua:"aku menyenangkan kamu mengikut kemampuanku" dan ketiga :Aku bermanfaat kepadamu"....hmmmhh..yeah :)


Thursday, November 12, 2009

Khutbah Nabi


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Sekadar sebagai muhasabah diri kita semua...fitnah akhir zaman sudah mula berleluasa..marilah kita ingatkan kembali dan segarkan kembali pesan Nabi junjungan Muhammad s.a.w.....

Petikan pesanan ini disampaikan dalam khutbah terakhir Baginda SAW di lembah uranah, gunung arafah, berhampiran kota makkah pada 9 zulhijjah tahun ke-10H:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapapun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah mengharamkan riba, justeru segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak atas kamu. Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadhan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji jika kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim ialah saudara kepada muslim lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah supaya jangan sesekali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan sunnahku. Hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalahMu kepada hambaMu.”

Semoga dengan memperingati khutbah nabi hati-hati anda di luar sana kembali tenang..hadapi permasalahan agama dengan penuh hikmah..bukan dengan caci maki, tidak juga dengan sifat amarah dan ego seorang manusia..berhujahlah atas kebenaran dan ilmu pengetahuan yang tulis dan bersih...ingat kita engkau tersalah hujah pertimbangannya adalah dengan Allah s.w.t. bukan dengan manusia...wallahu alam...

p/s:peringatan untuk diri penulis sebenarnya....

Wednesday, November 11, 2009

Amarahku dan amarahnya tercabar.....


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera ke atas umat Nabi junjungan Muhammad s.a.w. Salam mujahadah..dan salam optimis..hmmm..entry kali ini adalah pasal nafsu amarah..ada dua peristiwa yang berlaku kelmarin.

Peristiwa pertama:

Perjalanan penulis untuk ke ofis perlu melalui highway mex, Putrajaya-Kuala Lumpur. Setibanya di tol yang kedua untuk exit ke jalan Tun Razak (Tun Razak ke?hmmmlupe la pulak, rasanya ye dah) atau Kampung Pandan, menjadi kebiasaan jalan akan mula sesak. Dalam kesesakan lalu lintas tu ada la sorang amoi cina tiba-tiba menghimpit kereta penulis (boleh bayangkan orang KL bawak kereta macam mana kan?) dengan singnal tak bagi, tiba-tiba....dhupp..cermin sisi sebelah kiri kereta penulis bergesel dengan cermin sisi sebelah kanan amoi dengan pertembungan yang agak kuat (kekuatan geseran yang penulis rasa waktu tu la) sampai cermin sisi kereta amoi tadi senget dan terpusing ke atas. Kami sama-sama berhenti, dan saling pandang memandang kerana tak puas hati yang terbit dalam diri masing-masing mungkin.



Sewaktu babak saling pandang memandang,tiba-tiba terkeluar dari mulut amoi tu perkataan cina 'chesieya', sambil cermin kereta pintu di buka dan jelingan tajam dari amoi tadi tanda marahnya dia pada penulis..huh apa lagi terus amarah penulis tercabar...ada gunanya juga masa kecik-kecik suka tengok cerita cina...'chesieya' itu maksudnya GILA. Penulis pun turunkan cermin kereta sebelah kiri dan jerit pada amoi tu "amoiiiiii ya....u masuk signal tak bagi, u kata I gila..sapa punya salah??? u punya salah la" dengan nada orang tengah hot. Nasib baik cermin sisi kereta penulis kukuh huh...tak terkesan pun dengan geseran tadi tetap stabil cuma bercalar sikit.

Amoi tu tak nak mengalah dia masuk tanpa signal...huh memang dasar cina tak tahu adap...masa tu penulis bedebar juga sebab kereta mahal tu, penulis punya kereta jenama Malaysia je ADS Merahku lah..ah! tak peduli..takut apa, penulis rasa penulis betul...pemandu kereta di belakang penulis hanya geleng kepala sahaja.

Apabila kereta sudah berada di lane masing-masing...dan waktu tu kereta penulis berada di belakang kereta amoi tadi..apa lagi penulis angkat lampu tinggi berkali-kali tanda marah penulis dan penulis follow kereta amoi tadi dengan jarak yang sangat dekat, silap tekan minyak dan brek boleh bummmm....amoi tadi pun cuba untuk masuk lane sebelah kanan atau dengan perkataan yang lebih tepat cuba untuk jauhkan diri daripada penulis.Amoi tadi berjaya masuk ke lane sebelah kanan kerana kereta di belakang bergerak agak perlahan

Situasi sekarang, kereta kami bersebelahan antara satu sama lain...syaitan dah melompat-lompat suka sebab berjaya 'bodohkan' manusia terutama orang macam penulis...
apa lagi penulis turunkan serendah mungkin cermin pintu kereta dan jeling amoi tu...huh bengang 'giler' waktu tu..babak tu habis di situ sahaja setelah amoi tu berjaya 'melarikan' diri dari penulis di dalam kesesakan lalu lintas.Dengan tak semena-mena kereta penulis buat hal la pulak...tiba di round about Kampung Pandan gear kereta tiba-tiba 'liat'.Alamak kifarah dosa ke ni..Allah bagi terus balasan atas dosa sakitkan hati orang tadi walupun dia yang salah...hmmm cuaknya..

'Ya Allah mudahkanlah urusanku'..waktu ni zikir istighfar tak putus-putus dari mulut penulis..ish3 teruk kan baru nak mengaku kesalahan bila Allah dah tegur walaupun ia hanya kebetulan..time ni la jugak baru nak ingat pesan ayah tercinta "nak bersih hati senang sahaja, mudahkan orang lain jangan susahkan orang lain dalam sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara"...dhufff macam kena tampar je pipi ni bila teringat balik kata-kata ayah.

Tawakkal jelah untuk sampai ke ofis yang dah tak jauh dah...sampai ofis terus penulis cek bahagian enjin..teringat pesan abang tentang 'ilmu enjin'..penulis cuba cek di bahagian sasaran masalah yang timbul sehingga menyebabkan gear menjadi 'liat'.Patut la pun salah satu paip (apa ntah nama benda ni radiator lower hose kot) yang bersambung dengan 'tangki air' kereta dibahagian enjin tu jatuh ke bawah kerana sebelum ni paip pada bahagian tu telah dipotong sedikit dan di ikat dengan getah khas supaya tidak jatuh ke bawah.Oleh kerana enjin terlalu panas(mau tak panas speed 102/km geram punya pasal)dan getah yang menapung salah satu paip tadi mengembang lalu putus. Oleh sebab itulah gear agak 'liat' kerana paip tadi yang telah menghalang kelancaran tolakkan gear setiap kali ia di tukar.

Alhamdulillah sampai ofis,rakan-rakan sepejabat datang membantu (lelaki lahh ni). Jadinya pagi hari Selasa 10/11/2009 ADS 9103 dihantar ke 'hospital' kejap sebab demam mengejut...nasib baik tak kena caj mahal...

Moralnya untuk menjaga kebersihan hati itu salah satunya adalah dengan mudahkan urusan orang lain.."Ya Allah, aku mohon ampun atas perlakuan akhlak ku yang buruk..syaitan telah berjaya Ya Allah..semoga teguran langsung-Mu sebagai penyucian jiwa..ameen.."..untuk menjadi seorang daie penulis perlu perkemaskan lagi tarbiyah zatiah penulis..doakan penulis..


Peristiwa yang kedua:

Berlaku pada hari yang sama Selasa 10/11/2009 cuma masa berbeza. Peristiwa ni tengahari.Sebab lapar sangat penulis dan seorang teman sepejabat keluar makan tengahari di area Kampung Pandan.Kami pilih gerai hujung sekali sebab banyak pilihan lauk pauk. Tengah sedap makan tu dengan susana yang hening (hening ke? tak jugak) tiba-tiba :

A :"kak..sabar kak..kita nok niago ni kak"
B :"aku sabar dengan dia ni lama dah...woi! babi meh sini engkau aku pukul"
C :"aku tak cakap apa pun...aku cuma kata air kosong aku tak kira..yang engkau kira
pulak.."
B :"woi!babi sedar sikit diri kau tu ek..engkau tu orang indon sedar diri sikit..meh
sini kau aku pukul, engkau ingat aku takut ke?"
C :"aku pun tak takut la..aku datang sini cari rezeki, aku dah banyak tolong kau
tau...hah nah pukul aku..pukul la..

Si B tadi pun mendapat kesempatan untuk menampar muka dan menarik skaf yang di pakai si C sambil si A menenangkan kedua-duanya..reaksi kami dan orang lain yang sedang makan tengahari hanya melihat sahaja drama sebabak tadi...spoil betul la..

B :"Babi punya pompuan, binatang...aku memang dah lama sabar dengan kau tau.."
C :"Dik nasihat sikit mak kau tu jangan tamak sangat...air kosong pun nak kira 50 sen
kalau aku aku tak kira tau.."

kata si C kepada anak si B......kedua-dua gerai ni sebelah menyebelah...entah macam mana perselisihan yang disebabkan air kosong bayar atau tak bayar itu mampu menyebabkan pergaduhan yang besar.

Astaghfirullah...waktu nilah teringat pesan ayah lagi..kata ayah "jika manusia sudah jumpa sabarnya, maka manusia itu seorang yang berjaya, bagaimana menjadi orang yang berjaya? kaji nafsu-nafsumu..kenali mereka satu persatu..jika kamu sudah kenal maka mudahlah kamu menegur perlakuan jahat nafsumu"..hmmm insaf-insaf...terasa zouk sampai ke tulang sum-sum bila teringat pesan ayah..pada sesiapa yang tak faham maksud ayah penulis maaflah ye...balaghah tinggi ke?tak kot..ada hurainya lagi tapi nantilah...di entry yang lain..

Begitulah kita..sentiasa berjihad melawan hawa nafsu..apa-apa pun pesan ayah lagi "potongkan dengan istighfar sekiranya nafsu-nafsumu menentang imanmu".Wallahu'alam

p/s: peringatan untuk diri penulis sebenarnya....

Wednesday, November 4, 2009

IKHLAS KAH KITA MENCARI YANG HAQ?


Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

Selawat ke atas Nabi s.a.w...semoga kalian berada di dalam keredhaan Allah selalu. Hanya sekadar secebis pandangan dari penulis yang serba kekurangan mengenai apa yang berlaku sekarang. Maksud penulis isu wahabi tak wahabinya isu ahli sunnah wal jamaahnya,isu syiahnya dan macam-macam lagi. Berat sebenarnya topik yang penulis cuba bawa..jika ada yang tersalah maka dialu-alukan untuk memberi teguran.

Ada beberapa persoalan yang penulis ingin tahu.Kepada sesiapa yang ilmunya tinggi silalah berikan jawapan atau huraian pada persoalan penulis dibahagian comment.

1)Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada umat sekalian alam,tujuannya tidak lain adalah untuk menyampaikan kebenaran.Soalannya : Masa zaman nabi Muhammad dahulu wujud sudahkah permasalah yang berlaku sekarang? ...masalah wahabinya,syiahnya, ahbashnya, ahli sunnah tak ahli sunnahnya dan lain-lain lagi.Setakat ilmu yang penulis ada, tidak wujud rasanya permasalah di atas sewaktu zaman nabi. Betul tak? Jika penulis tersalah fakta sila betulkan.

2)Bilakah pula perbezaan fahaman di atas timbul?..hmmm.setahu penulis semua permasalah di atas timbul selepas wafatnya baginda Muhammad s.a.w.Betul tak? Jika penulis tersalah fakta sila betulkan.

3)Punca wujudnya permasalahan di atas adakah disebabkan individu atau pengikutnya yang ta'asub?atau semua pengikut kepada permasalahan di atas salah atau mereka semua tidak salah? Adakah sistem yang salah? atau pemerintah yang salah? atau ulama dahulu yang salah atau ulama dahulu tidak ada kena mengena dengan semua permasalahan di atas? atau dan atau terus menjadi persoalan. Sesiapa yang nak tolong jawabkan silakan...

4)Apabila permasalahan di atas timbul wajarkan individu-individu yang mewakili permasalahan di atas menunding jari mengatakan "depa bawak ajaran tak betul" "mampus semua wahabi" "syiah tak betul" "kita ja yang betui ikut nabi, depa dak" dan macam-macam lagi.Persoalan: adakah ini yang diajar nabi?.Tidak bukan.

5)Mengikut kajian penulis sendiri...ramai orang-orang awam di luar sana sudah menjadi "ustaz" atau "ustazah" melalui laman web atau blog-blog.Alhamdulillah satu perkembangan yang baik kerana kesedaran ingin tahu.Cumanya ada sesetengah individu-individu berhujah terlalu menggunakan nafsu amarah, sehingga muzakarah bertukar "berjidal"....syaitan melompat-lompat suka..kerana apa? kerana berjaya merosakkan orang-orang yang "berilmu"...penulis kembalikan perlakuan individu tadi kepada yang Haq.

Analogi yang penulis ingin bawakan adalah mudah....

Kampung penulis terletaknya di Perak.Di Perak ada satu bandar namanya Taiping.Dari rumah penulis, untuk ke bandar Taiping ada 3 alternatif jalan yang penulis ada.Kesemua jalan yang penulis ambil akan sampai jua ke destinasi iaitu Taiping. Cumanya, setiap jalan yang penulis lalui akan melalui suasana yang berbeza-beza.Di jalan yang pertama perlu melalui bukit/ gunung semanggol. Jalan yang kedua penulis perlu melalui kawasan sawah padi dan jalan yang ke 3 penulis perlu melalui kawasan perumahan.

Persoalan: Adakah ketiga-tiga jalan yang penulis lalui mempunyai "tanda jalan" yang sama, gunung contohnya..."kalau hang nak pi taiping hang 'MESTI' kena melalui gunung semanggol baru hang boleh sampai Taiping, kalau tak hang tak kan sampai Taiping" ataupun "hang nak pi Taiping ka?..ooo..hang nak pi Taiping hang 'MESTI' lalu kawasan sawah padi, baru hang buleh sampai Taiping, kalau tak hang tak kan sampai punyalah"
ataupun "Pi Taiping hang 'MESTI' lalu kawasan perumahan"

Hmmmm....jelas semua???? Sekarang andaikata 3 orang individu pergi ke Taiping melalui jalan yang berlainan...Persoalan:adakah suasana persekitaran jalan yang mereka lalui adalah sama atau sebaliknya? Pada hemat penulis, mestilah berbeza bukan.Persoalan: Jika berbeza adakah ketiga-tiga individu tadi tetap sampai ke Taiping? Pada pemerhatian penulis mestilah sampai juga ke Taiping. Bagaimana pandangan anda pula?


Jadi pulanglah ketiga-tiga individu ini kerumah masing-masing. Kemudian ketiga-tiga mereka bertemu dalam satu pertemuan untuk meraikan sahabat yang baru datang dari Kuala Lumpur.Bertanyalah sahabat dari KL ini."Saye nak pegi Taiping,sape tahu antare korang jalan nak ke Taiping". Berceritalah individu yang pertama "senang ja..hang nak pi Taiping, jalan hang nak pi sana tu mesti jumpak gunung" mencelah individu yang kedua "emh..kepala hotak hang..aku pi Taiping tak jumpak pun gunung, ni hang dengaq ni nak pi Taiping yang mesti lalu kawasan sawah padi" menyampuk pula individu yang ketiga "hang lagi kepala jingga, mana ada aih jumpak gunung ka jumpak sawah padi ka..tak dak aih..hang kalau nak pi Taiping hang mesti lalu kawasan perumahan..tu baru betui" jadi berbalah lah ketiga-tiga individu tadi....kesian sahabat dari KL, dah pening lalat tu...."mana satu betul ni"

Tiba-tiba datanglah seorang tua yang berjubah hijau dan beserban di kepala merapati anak-anak muda tadi."Assalamualaikum..Awat ni? hangpa dok betekak pasai apa ni? punya la dasyat...keluaq habih perkataan yang tak elok,dari jauh dah dengaq..dok caci maki..haru sungguh aih hangpa ni"...sampuk sahabat dari KL "itulah paksu saye pun dah naik pening".."hang dok pening apa?" "Saye nak ke Taiping,jadi saye tanyelah mereke-mereke ni, yang saye pening tu sorang kate saye kene melalui gunung Semanggol,jike tidak saye tak kan sampai ke Taiping, yang sorang lagi pulak kate,saye kene lalu kawasan sawah padi, yang sorang lagi pulak kate saye kene lalui kawasan perumahan.Kalau tidak saye tak sampai ke Taiping."

Setakat itu dahulu penulis tinggalkan analoginya....harap para pembaca memahami apa yang penulis ingin sampaikan.

Tujuan kita hidup adalah kerana ALLAH.Perjalanan menuju kepada YANG HAQ berbagai cara. Kita tidak boleh menuduh orang itu salah, orang ini salah, kita sahaja yang betul dan pelbagai lagi, sebelum ada bukti-bukti yang kukuh...amalan kita ALLAH yang akan nilai baik buruknya, ALLAH yang berhaq untuk beri kita ganjaran...tapi ingat!!!kita sebagai manusia diberi hak untuk memilih jalan asalkan tidak sampai mensyirikkan Allah dan terpesong dari landasan apatah lagi syirik yang halus....

Hanya sekadar pandangan peribadi..jika ada tersalah bicara sila tunjukkan yang betulnya...dan ini sebagai perkongsian dari blog seorang hamba allah:

Orang Wahabi Lebih Mengikuti Sunnah?

Saat ini kecoh seluruh negara mengenai isu Wahabi. Ada mengatakan mereka sesat sehingga terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jamaah yang menjadi mazhab aqidah bagi umat islam di Malaysia. Tidak kurang juga ada sebagian manusia yang mengatakan bahawa ajaran wahabi ini terkeluar dari mazhab fiqh yang empat seperti mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.


Saya kira, jika disenaraikan keseluruhan tuduhan sesat ke atas wahabi, mungkin tuduhan-tuduhan tersebut boleh menjangkau berjilid-jilid tebalnya. Kenapa saya katakan ‘tuduhan’? Iya, memang ianya sekadar tuduhan dan tidak lebih dari itu, orang-orang yang mengkritik wahabi menuduh amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’ itu sebagai amalan yang sesat.

Sedangkan apabila kita bertanya kepada mereka, apa definisi wahabi dan kenapa mereka sesat? Rata-rata diantara mereka tidak dapat menjawab sehingga lebih pantas mereka ini dikatakan ibarat burung kakak tua, berkata sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.

Berhati-hatilah wahai kaum muslimin, janganlah kamu mencela saudaramu, janganlah kamu menyakiti mereka, apatah lagi kamu menuduh sesuatu tuduhan yang memang tidak ada pada diri mereka. Takutlah kamu kepada Allah kerana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barangsiapa berkata tentang seorang mukmin sesuatu yang tidak ada padanya, Allah akan menempatkannya pada lumpur neraka, sehingga dia keluar dari apa yang telah dia katakan” [Shahih HR Abu Dawud, no. 3597, Ahmad (2/270 dan al-Baihaqi (6/82)]

Dan apabila kamu mengatakan sesat ke atas seseorang sedangkan kamu tidak tahu dasar kesesatan mereka, atau kamu tidak mengetahui apa yang kamu ucapkan itu hasil dari khabar burung (qila wa qola) yakni dengar dan cakap tanpa memeriksa, lihatlah firman Allah ini:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. al-Hujurat 49:6)

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi berkata di dalam tafsirnya tentang perkataan

“periksalah; iaitu menetapkan terlebih dahulu sebelum berkata, berbuat dan menghukum.

Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui; Ditakuti musibah menimpa satu kaum kerana kejahilan daripada kamu.” (Aisar Tafasir tafsir Surah al-Hujurat ayat 6)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan apa yang dia dengar.” (HR Muslim)

Berbalik kepada isu wahabi, mereka ini lebih mengikuti sunnah Nabi berbanding orang yang mencela mereka. Mereka ini lebih mengikuti mazhab Syafie berbanding Syafi’iyah (pengikut mazhab Syafie tegar) dan nasihat para aimmah (imam-imam) di dalam mazhab Syafie.

Buktinya, mari kita lihat perbandingan tuduhan-tuduhan oleh orang yang menuduh dan amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’.

Tuduhan:

Pertama: Wahabi melarang bertaqlid kepada imam-imam mazhab

Kedua: Wahabi mengharamkan zikir berjemaah/kuat selepas solat

Ketiga: Wahabi mengharamkan membaca bismillah dengan kuat ketika solat jahr (bacaan yang dibaca kuat)

Keempat: Wahabi meletakkan tangan di atas dada ketika solat

Kelima: Wahabi merapatkan kaki-kaki mereka dengan orang disebelah mereka ketika solat berjemaah

Jawapan:

Pertama: Dalam hal agama, segala nya dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. an-Nisaa’ 4:59)

Perktaan ulil amri, dimaklumi maknanya sebagaimana perkataan mufassirin ianya adalah umara’ dan ulama. Sedangkan para ulama berkata antaranya:

Berkata Imam Syafie ketika menasihati salah seorang muridnya: “Hai Abu ishaq, janganlah engkau mengikut sahaja segala apa yang aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama.” (Mizan al-kubra 1/192)

Katanya lagi : “Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadits Rasulullah, maka berpeganglah dengan hadits tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan (pendapatku).” (Majmu’ Syarah al-Muhazzab 1/63)

Bahkan tidak ada di antara imam-imam mazhab yang mewajibkan setiap orang yang mengikuti mereka untuk bertaqlid tanpa memeriksa hujah yang telah mereka keluarkan.

Berkata Imam Abu Hanifah : “Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa menerima pendapat kami jika mereka tidak tahu dari mana kami mengambilnya.” (Al-Intiqa Fi Fadhail al-tsalatsah al-Aimmah)

Berkata Imam Malik : “Aku hanya manusia yang mana pendapat aku terkadang benar dan terkadang salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Quran dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Jami’ al-Bayan al-’Ilm 2/32)

Berkata Imam Ahmad: “Dapatkanlah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu, janganlah berpuas hati dengan hanya bertaqlid. Kerana taqlid itu bagaikan orang yang buta.” (Mizan al-kubra 1/32)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kedua: Berkata Imam Syafie ketika mengulas hadis dari Ibn Abbas, katanya : “Aku berpendapat sekiranya imam dan makmum bahawa mereka berzikir kepada Allah sesudah selesai solat, kedua-duanya menyembunyikan zikir (perlahankan) kecuali imam itu adalah orang yang harus orang belajar darinya.” Kemudian katanya lagi, “Aku berpendapat bahawa Nabi menguatkan suaranya ketika berzikir supaya manusia dapat belajar darinya.” (Al-Umm Jld 1 ms. 150 –Syamila-)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Ketiga: Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam membaca ”Bismillahirrahmaannirrahim” dengan tanpa mengeraskan suara. (HR Bukhari, Muslim & Ahmad).

Hadis ini menunjukkan ianya sebahagian dari sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan ianya antara pendapat Imam Hanbali, bagaimana mungkin orang yang melabel sesat kepada orang yang membaca bismillah dengan perlahan sedangkan ianya sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Keempat: Hadis dari Wail bin Hujur radiyallahu ‘anhu, “Baginda meletakkan kedua tangannya (bersedekap) di dada”. (HR Ibnu Khuzaimah di dalam shahihnya)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kelima: Mengenai shaf di dalam solat, berdasarkan kepada hadits dari Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu dia berkata : “Setiap orang merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya dan merapatkan kakinya dengan kaki orang yang disampingnya.” (HR Bukhari no. 722 dan Muslim no. 435)

Dari hadits Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu : “Aku melihat mereka (sahabat) merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya, lututnya dengan lutut orang disampingnya serta mata kakinya dengan mata kaki orang disampingnya.” (HR Abu Daud no. 662 dengan sanad yang shahih)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Untuk ini dahulu setakat ini, mudah-mudahan mendapat sedikit sebanyak manfaat..Allahul Musta’an

dari blog Abu Hurairah al-Atsary (http://maktabahonline.wordpress.com)

p/s:apa pandangan anda pula

Tuesday, November 3, 2009

لا تحزن يا اعظم شعب يا فلسطين

لا تحزن معاك الله يا أعظم شعب..يا أعظم شعب
لا تحزن بعون الله يهون الصعب..يهون الصعب
(2)

ما تبكي يا جنين على حالك..آهاها
وحقك ترفعي راسك بأبطال..آهاها
لا لا تبكي يا فلسطين على حالك..آهاها
ووالله وارفعي راسك بأبطالك
وخلي الجبنى يشوفوا أطفالك..ما سلموا للخوف بعز الرعب بعز الرعب..بعز الرعب

لا تحزن معاك الله يا أعظم شعب..يا أعظم شعب
لا تحزن بعون الله يهون الصعب

يا أطفال حجــــار..علموا الفجار كيف النار بتنهاب
كيف الكرامة بتنصان..وإنو الموت فدى الأوطان ومش إرهاب
(2)

وإنو الإرهاب المحتل وأعوانو..آهاهامش ذاقوا وشافوا الموت وما هانوا..آهاها
(2)




ولا الطفل اللي عم يرضع..خوف وتشريد وما بيخضع
حالف ليكبر ويتبع بنفس الدم بنفس الدم..بنفس الدم

لا تحزن معاك الله يا أعظم شعب..يا أعظم شعب
لا تحزن بعون الله يهون الصعب

لو مهما صــــــــار...ما بنحيد ما بنلين يا فلسطين
جاي نهار بعد الليل وبعد الويــــــــل منتصريـــــــن
(2)

محتملين قتل وأسر وقهر ومر..آهاها
فداكي يهون يافلسطين كل العمر..آهاها
(2)

ولا الطفل اللي عم يرضع..خوف وتشريد وما بيخضع
حالف ليكبر ويتبع بنفس الدم بنفس الدم..بنفس الدم

لا تحزن معاك الله يا أعظم شعب..يا أعظم شعب
لا تحزن بعون الله يهون الصعب..يهون الصعب
(2)
آآه ..ما تبكي يا جنين على حالك..آهاها
وحقك ترفعي راسك بأبطال..آهاهالا لا تبكي يا فلسطين على حالك..آهاها
ووالله وارفعي راسك بأبطالك
وخلي الجبنى يشوفوا أطفالك..ما سلموا للخوف بعز الرعب بعز الرعب..بعز الرعب

لـ "فرقة اليرموك" من شريط " توحدي


Thursday, October 29, 2009

Hakikat Insan...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam ke atas nabi kekasih hati Muhammad s.a.w.Salam perjuangan, salam mujahadah, salam ceria dan salam 1 Malaysia (eh! nak kena letak jugak ke 1 Malaysia?) :).. dan salam muhasabah diri...sekadar peringatan untuk diriku dan diri anda semua...muhasabah mengenai HAKIKAT INSAN....


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu...yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun..yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?

Kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi dan sekali lagi,nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih...dan sungguh, telah 'kami' hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan 'kami' jadikan bintang-bintang itu sebagai alat-alat pelempar syaitan dan 'kami' sediakan bagi mereka azab neraka yang menyala-nyala, dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya akan mendapat azab Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara...hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu)bertanya kepada mereka, " Apakah belum pernah ada orang yang memberi peringatan kepadamu di dunia?..mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar."

Dan mereka berkata, "Sekiranya kami dahulu mendengarkan atau memikirkan peringatan itu tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala." Maka mereka mengakui dosanya. Tetapi jauhlah dari rahmat Allah bagi penghuni neraka yang menyala-nyala itu. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi ampunan dan pahala yang besar.

Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.Apakah pantas Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui.Dan dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-nya. Dan hanya kepadanyalah kamu kembali setelah dibangkitkan.

Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika ia tiba-tiba tergoncang?...atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana akibat mendustakan peringatan-Ku.

Dan sungguh, orang-orang yang sebelum mereka pun telah mendustakan rasul-rasulnya. Maka betapa hebatnya kemurkaan-Ku!. Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengemabangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih, Sungguh Dia Maha melihat segala sesuatu.

Atau apakah yang akan menjadi bala tentera bagimu yang dapat membelamu selain Allah Yang Maha Pengasih? Orang-orang kafir itu hanyalah dalam keadaan tertipu. Atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezeki-Nya? Bahkan mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri daripada kebenaran.

Apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin dalam kebenaran ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus? Katakanlah"Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur."

Katakanlah, "Dialah yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya kamu akan dikumpulkan." Dan Mereka berkata," bilakah datangnya ancaman itu jika kamu orang yang benar?"

Katakanlah Muhammad," Sesungguhnya ilmu tentang hari kiamat itu hanya ada pada Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan." Maka ketika mereka melihat azab pada hari kiamat sudah dekat, wajah orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakan kepada mereka, "Inilah azab yang dahulu kamu memintanya."

Katakanlah Muhammad," Tahukah kamu jika Allah mematikan aku dan orang-orang yang bersamaku atau memberi rahmat kepada kami, maka kami akan masuk syurga, lalu siapa yang dapat melindungi orang-orang kafir dari azab yang pedih?"

Katakanlah, " Dialah yang Maha Pengasih, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata," Katakanlah Muhammad, " Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering:maka siapa yang memberimu air yang mengalir?"

p/s: Terjemahan surah Al-Mulk...sama-sama kita muhasabah diri..wallahu'alam....



Monday, October 26, 2009

Santai Minda

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam kepada kekasih hati Nabi junjungan Muhammad s.a.w..Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Kepada insan-insan yang baru mendirikan rumahtangga Selamat Pengantin Baru dan semoga redha Allah menyertai rumahtangga kalian..Kepada insan-insan yang baru menimang cahaya mata, selamat mendidik anak-anak supaya menjadi syabab dan fatayat yang berfungsi untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi..

Kepada insan-insan yang Allah timpakan ujian..bersabarlah..minggu lepas penulis kehilangan ukhti kesayangan yang sama-sama berjuang menyebarkan agama Allah di muka bumi ini al-marhumah ukhti Nazirah Sidek..entry baru-baru ni penulis ada sertakan sekali gambar arwah, tetapi atas dasar menghormati dan meraikan kesedihan keluarga arwah yang meminta wajah-wajah arwah di waktu-waktu terakhir sebelum arwah dikebumikan di delete. Pemergian arwah adalah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Entry penuh boleh lah rujuk di http://ismakelantan.blogspot.com..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

Begitulah putaran roda kehidupan, dan alam-alam yang kita tempuhi...memperlihatkan kita kekuasaan Allah dan semoga ianya menambah kekuatan Tauhid kita pada Allah s.w.t. Entry kali ini adalah pasal nikah. Nikah???..topik yang semua insan bakal tersenyum, kerana apa? kerana selagi 'nama' kita manusia, fitrah yang Allah berikan ini mampu membuatkan insan-insan yang sedang membaca entry penulis berusaha untuk membaca sehingga akhir. Eh! tapi kenapa penulis bawa topik ni pula kan? hmmm..baca je lah sampai habis... :)




Persoalan:Adakah jodoh ini ada kaitannya dengan keturunan?
Jawapan:Tidak sama sekali. Jodoh tidak ada kena mengena dengan keturunan langsung. Cumanya belum sampai masanya lagi. Nikah ini sesuatu yang mulia di sisi Islam. Ia bagai menanti jambatan untuk kita ke seberang. Jangan sedih sekiranya jodoh belum datang..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Persoalan: Apa yang perlu kita lakukan untuk jodoh itu supaya cepat datang?
Jawapan: Tiga huruf. Iaitu doa. Kita kena ingat...Allah akan beri tiga jawapan pada doa kita. Nak tahu apa? Apabila kita memohon sesuatu pada Allah ini jawapan Allah pada kita :
Pertama: "Aku akan perkenankan"
Kedua: "Aku akan perkenankan tetapi nanti dahulu"
Ketiga: "Aku mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu"

Selain itu sebagai manusia kita diberi pilihan untuk berusaha kemudian tawakkal yang disertai dengan doa...masakan rezeki datang bergolek tanpa kita berusaha untuk mencarinya. Begitulah juga dengan perihal jodoh. Pesan penulis, jagan bersedih hati selalu...perkahwinan bukanlah pengakhiran kehidupan. Ia cuma sebagai pelengkap kehidupan. Bukankah Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu?

Ada insan-insan yang penulis kenal sudah berumur tetapi masih belum bertemu jodoh, seorang sudah berumur 6oan yang penulis senang dengan panggilan umi dan yang seorang lagi sudah mencecah 50an dan penulis senang dengan panggilan kak ... Bila ditanya kepada mereka, mengapa tidak nikah? jawapan mereka "Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kami dan Allah lebih mengetahui"...beginilah dilema yang dihadapi oleh para akhawat...kata mereka kepada penulis..ikhwah TERLALU memilih.

Jika ditanya pendapat penulis apa komen mengenai ikhwah yang memilih? Jawapan penulis cuma 9 huruf iaitu TERPULANG. Kerana pada hemah penulis, mereka-mereka yang bergelar lelaki ini masih lagi 'manusia' yang tidak mampu mungkin melawan hawa nafsu daripada keinginan duniawi.

Penulis pun naik heran di mana yang dikatakan "wanita solehah penghias dunia"?...mungkin pada gambaran insan-insan yang bernama lelaki ini , wanita yang dikatakan penghias dunia ini mestilah yang mempunyai rupa paras yang cantik, pekerjaan yang menjamin masa depan dan sebagainya sebagai kayu ukur pemilihan jodoh. Lihat sahaja iklan-iklan atau cover bahagian depan pastinya wajah-wajah yang manis akan diletakkan. Kerana apa?...kerana selagi namanya manusia. Wanita juga begitu sebenarnya..

Persoalan: Perlukah kita memilih?
Jawapan: Perlu. Tetapi tidak sampai tahap TERLALU memilih. Susahlah kalau macam tu. Diri sendiri tak sebagus yang dicari masakan Allah akan memberi orang yang terbaik pada kita. Penulis teringat kata-kata seorang insan yang turut menyumbang kepada keterlibatan penulis dengan dunia dakwah ini..pesannya "Ukhti...baikkanlah dirimu, perelokkan akhlakmu, tinggikanlah martabatmu di sisi Allah, nescaya Allah akan utuskan seseorang yang juga sepertimu"...penulis cukup terkesan dengan kata-kata murabbiah ini. Jadinya, bak kata pepatah ukurlah baju dibadanmu sendiri.

La tahzan ya akhawat,Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Mungkin 2 insan yang telah penulis ceritakan tadi masih belum bertemu jodoh kerana mereka sangat hebat pada pandangan Allah sehingga tidak ada lelaki yang layak mendampingi mereka. Bersangka baiklah dengan Rabb-mu. Barangkali kita sangka ia baik tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita, dan boleh jadi kita sangka ia tidak baik walhal ia baik untuk kita, Allah maha mengetahui. Rahsia hati kita ada dalam genggaman Allah.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, kita pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tetapi deritanya juga datang sama. Semua perkara pasti ada baik dan buruknya. Persiapkan diri untuk melalui dan mengharungi dengan bijak dan berhikmah.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik kerana mulia di sisi Islam, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah, perlu ada matlamat dan perancangan yang tidak terlepas untuk mencapai redha Allah semata-mata.

Persoalan: Ada atau tidak orang yang telah berkahwin lebih teruk hidupnya daripada sebelum berkahwin?
Jawapan: Ada. Ini ulasan daripada seorang hamba Allah :" Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang dipikul juga banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda bakal membina pula jambatan untuk ke neraka?"

Hmmm..sama-samalah kita merenung kata-katanya.Ulasan daripada individu lain pula:"Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan mengharap redha Allah. Berkahwinan itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya...oleh itu berusahalah untuk mencari dan mengetahui rahsia-rahsia itu.

Berkahwinlah anda demi Allah dan Nabi, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Berkahwinlah dengan penuh kasih sayang, bukan kerana keterpaksa. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Kata-kata yang selalu diungkapkan "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar.. rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita sebuah pelangi yang cantik" . Begitulah juga dengan kehidupan kita ini...

"Cinta yang disemadiakan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi, jiwa yang pasrah bertukar laluan selagi esok masih ada, parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...."

Kata HAMKA:"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh di tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh di tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Begitulah kita seadanya kita sebagai manusia, kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata. Cinta ini ibarat rama-rama, semakin kita mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kita. Biarkan rama-rama mu terbang kemana sahaja ia suka, siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukanlah rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu...

p/s: Semoga Allah permudahkan urusan penulis...:)

Thursday, October 8, 2009

Santai Minda


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Semoga kita sentiasa berada dalam keredaan Allah s.w.t. Selawat dan salam pada nabi junjungan kita Muhammad s.a.w...semoga hari-hari yang kita lalui penuh erti walaupun terkadang hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah..suramnya malam tidak berbintang itulah lukisan alam kerana itu adalah aturan tuhan...

Jadilah rumput nan lemah lembut, tidak luruh dipukul ribut jadilah juga seperti karang didasar lautan, tidak terusik dilanda badai..dalam sukar..hitunglah kesyukuran, di dalam senang awasilah kealpaanmu..setitis derita yang melanda segunung kurnianya.


Usah mengharapkan kesenangan dalam perjuangan, usah juga dendam yang berpanjangan, maafkanlah kesalahan insan kerana itu adalah ajaran tuhan. Dalam diam, taburkanlah baktimu, dalam tenang buangkanlah amarahmu dan suburkanlah sifat sabar didalam jiwamu itu..

Di kepekatan malam, dihiasi rembulan..siang pula datang bersama sinaran mentari,
dalam resahnya hati ini ku turutkan langkah kaki sehingga tak terasa jalan yang berliku.Ku jatuhkan pandangan, ku lihat jurang dalam, penuh dengan onak duri yang amat menggerikan. Ku dongakkan kepala ku lihat langit tinggi terbentang luas...tiada bertepi...



Cahayamu indah menyinari kehidupan ini, kasihmu tabah memupuk iman dijiwaku dengan cahayamu yang terang membuatkan pelita dihatiku terang, syiarmu indah..musuh terpaku.
Ya Allah....Kau Maha Mengetahui..


Kalam mu indah terdengar merdu ditelinga, mehnahmu itu mengajar menyedarkan hatiku erti rindu..terasa indah dalam rahmatmu..kerana rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu. Rindu pada kedamaian, pada ketenangan, rindu pada kesejahteraan dan kebahagiaan.

Orang-orang yang bertaqwa rindunya pada kebenaran, kejujuran dan keikhlasan dan keredaan tuhannya..manakala rindunya orang mukmin pula pada anak-anak yang soleh dan solehah, suami-suami soleh dan isteri-isteri yang solehah.

Rindu para pencinta kebenaran adalah pada suasana masyarakat yang terjalin, aman dan sejahtera, merindukan tertegaknya kalimah Allah dimuka bumi dan merindukan keampunan tuhannya.Dan rindu seluruh umat ini adalah pada cahaya yang menyinari kehidupan iaitu rindu kepada Allah..kerana rindunya adalah yang hakiki dan abadi..kerana pandangannya benar.

Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati itulah yang hakiki jika hati bersih.....hati jika terlalu bersih pandangannya kan menembus hijab, jika sudah bersih firasatnya tepat kehendak Allah..tapi hati bila dikotori bisikkannya bukan lagi kebenaran.

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jasad lahir tumpuan manusia..tetapi utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia..kerana apa? kerana hidup ini bagaikan lampu dinding yang dinyalakan di malam hari, apabila minyak sudah kering..ia pasti padam sendiri. Begitulah juga hidupnya manusia, selama hidup didunia ini..bila dah cukup usia putuslah hubungan di sana sini..kita pergi ke alam lain pula..di sana insan cemas dan bimbang..tidak dapat buat alasan lagi, buruk dan baik akan ditimbang...seperti yang tercatat dalam surah Al-Zalzalah :1-8 yang bermaksud:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang.
Apabila bumi digoncang dengan goncangannya(yang dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya). Dan manusia bertanya "mengapa bumi (jadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula." Wallahu' alam. Sama-sama kita renungkan...

p/s : Adaptasi daripada nasyid-nasyid Hijjaz...:)