Friday, January 29, 2010

Perkongsian Bersama...


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله

Syukur kepada Allah SWT kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya kepada hamba-hambanya yang taat padanya atau yang jauh daripa-Nya. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW beserta ahli keluarga baginda.

Penulis menerima sebuah nota, nota tulisan seorang hamba Allah yang sememangnya cukup dikenali ramai, Ust Zaharuddin Abd Rahman. Tajuk nota itu adalah berkenaan 'Muslimahkah Dia Jika Begitu?'. Mohon izin ustz untuk penulis panjangkan pahala perkongsian ilmu supaya dapat penulis ambil beberapa perkara hasil cerapan tulisan ust yang akan penulis huraikan mengikut rentak gaya tulisan penulis.

Mereka telah berjaya, dan benar-benar berjaya. Berjaya menguasai minda orang Islam dengan mencampurkan pemikiran barat. Kerana mereka tahu,orang Islam mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi.Mereka juga tahu kelemahan orang Islam, lalu mereka datangkan pelbagai cara serangan secara halus...sentiasa dilancarkan perang ini tanpa disedari. Dan hasilnya sangat memberangsangkan. Lihat saja berapa jumlah bilangan produk anak luar nikah yang telah dihasilkan? Lihat saja bagaimana permainan politik negara yang telah diasingkan daripada Islam? Lihat saja muda-mudinya? Lihat saja 'dajal'(pengaruh tv) yang telah memasuki setiap rumah orang Islam..Lihat saja artis-artis yang di agung-agungkan, lihat saja kini hiburan di utamakan,lihat saja pakaian muslimah yang telah di 'islamkan',lihat saja mereka jauh dari NUR Allah SWT.Lihat saja ibu bapa berbangga dengan anak-anak yang mampu menjadi penghibur..astagfirullah.

Jika 'mereka' ini pula dikalangan orang yang beragama atau cerdik pandai agama, lihat saja bagaimana mereka bertikam lidah mengenai perbezaan pandangan atau pegangan, lihat saja bagaimana tuduh menuduh di antara orang-orang yang masih mengucap dua kalimah syahadah,lihat saja ketakutan dalam menyatakan kebenaran,lihat saja syaitan melompat kegembiraan,lihat saja hukum-hukum agama ditentang,lihat saja ilmuan agama yang hanya pandai berbicara tetapi kurang pada perlaksanaan. Semua ini telah dirancang dengan cukup baik oleh musuh-musuh Allah dan mereka kini tersenyum bangga melihat kelalaian dan kemusnahan umat Islam hasil perancangan yang sempurna.

Kemudian, setelah diserang pemikiran kita, diserang pula cara pemakanan kita. Ada sesetengah penyembuhan yang disarankan oleh manusia-manusia yang bernama doktor bertentangan daripada suruhan nabi.Kenapa? Sebagai contoh,pesakit yang menghidapi penyakit kurang darah disaran untuk memakan organ dalamam binatang yang halal bagi menambah darah sebagai contoh hati ayam, sedangkan rasul menegah kita memakan organ dalaman bintang walau apa jua alasan.

Dari mana datangnya saranan ini jika tidak dari musuh-musuh Islam. Ada makanan yang halal dicampur dengan perkara yang haram tanpa disedari.Diluar cop halal, didalam bercampur yang haram.Untuk apa ini semua? Untuk melemahkan pemikiran umat Islam sebenarnya.Jika kita umat yang masih sedar ini tidak memulakan langkah siapa lagi yang boleh kita harapkan????Siapa???Lihat saja para remaja dan belia yang bakal mewarisi penerusan agama kita, di mana mereka berada? Banyaknya di tepi-tepi jalan raya,banyaknya di konsert-konsert artis-artis.

Inilah realitinya, sewaktu penulis mengajar pelajar-pelajar di sebuah IPTS mengenai Islam, ramai yang tidak mengetahui Islam ini sebenarnya apa? sedihnya hati penulis Allah sahaja yang mengetahui.IC atau K/P nya sahaja yang tertulis Islam, tetapi tidak tertanam Islam itu di dalam diri mereka.Ini baru yang berada di hadapan penulis, yang 'berlambak-lambak' di luar sana tu? atau mungkin kaum keluarga penulis sendiri? Siapa lagi yang mahu menyampaikan kebenaran jika tidak bermula dengan kita. 'Kita'..orang-orang yang Allah beri kefahaman yang lebih mengenai ad-din-Nya.Rasul juga memulakan dakwah dengan ahli keluarganya.

Antara perkara menarik tulisan ust Zaharuddin adalah :


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

p/s: Wallahu a'lam....hakikat insan itu adalah lemah,fakir, miskin dan hina....selarikan iman kita melalui mengaku dengan hati, mengucapkannya dengan lidah dan melaksanakannya dengan perbuatan baru kesempurnaan iman itu terlaksana..tidak hanya mahu hati baik tetapi perlaksanaan perintah Allah tidak ditaati. Dalami maksudnya pasti kamu melihat kebenarannya.






Syurga vs Reda Allah


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih memberi peluang untuk menambah amal ibadah, supaya ibadah kita dalam apa jua perkara hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda..santai minda koreksi diri muhasabah amal, tingkatkan prestasi ibadah agar kecemerlangan yang dikecapi seiring dengan reda Allah SWT.

Sudah namanya manusia perlu sentiasa diberi peringatan. Kejayaan, kecemerlangan, kekayaan atau kesenangan yang anda kecapi TANPA reda Allah SWT adalah sia-sia semuanya.Sekadar sebagai santai minda, refresh iman muhasabah amal.Entri kali ini mengenai ibadah kita kepada Allah SWT..antara mengejar syurga Allah dan reda Allah, mana yang lebih utama?(hah! jawab2..)


Persoalan yang sangat menarik penulis kira. Persoalan antara mengejar syurga Allah dan reda Allah adalah sesuatu yang mampu membuka minda kita di mana kita letakkan keutamaan dalam amal ibadah kita selama ini. Adakah untuk mengejar syurga Allah semata-mata kerana kita percaya dan yakin bahawa balasan yang akan kita terima di akhirat nanti adalah syurga. Bagaimana untuk mendapatkan syurga? sudah tentu dengan 'berkelakuan baik' di dunia.Persoalannya salah kah kita melakukan sesuatu dengan harapan mendapat syurga Allah dan kita beranggapan bahawa kita turut mencari reda Allah?

Pasti ada yang memberi jawapan, apabila kita mengharapkan syurga Allah kita sebenarnya mencari reda Allah.Sedangkan sahabat-sahabat Nabi dahulu juga dihidangkan dengan keindahan syurga dalam mereka berjihad menegakkan Islam.Adakah salah? sudah tentu tidak.Akan tetapi sahabat-sahabat nabi berlumba-lumba mengejar 'syurga' Allah bukanlah kerana keindahan syurga itu tetapi kerana rindunya mereka untuk melihat 'wajah' Allah. Itu perkara yang berbeza. Rasa rindu dan lazatnya untuk bertemu
Allah adalah bersamaan dengan mencari reda Allah.

Baik, penulis beri analogi yang mudah.Apabila kita mahu mengajar anak yang masih kecil berpuasa pasti kita sediakan ganjaran bukan? seperti hadiah atau wang tunai yang sekian jumlahnya sekiranya anak tadi boleh berpuasa penuh untuk satu hari.Sekiranya kita ingin memujuk anak untuk pergi ke sekolah kita akan menjanjikan hadiah sekiranya dia berkelakuan baik di sekolah.Orang dewasa yang bekerja juga pasti akan meningkatkan prestasi kerjanya jika bos memberi imbuhan kepada pekerja tersebut.Pendek kata manusia perlu diberi PENEGUHAN untuk merangsang melakukan sesuatu perkara.Adakah pembaca setuju?

Begitu juga kita. Dalam peringkat mengenal Allah pasti kita melihat ganjaran-ganjaran yang akan diterima seperti syurga. Baik, kita berbalik kepada mengajar anak berpuasa tadi,sewaktu kecil jika anak tadi mampu berpuasa sehari penuh akan di beri ganjaran berupa duit,adakah apabila sudah besar panjang atau dengan istilah lain dewasa/belia masih perlu di beri ganjaran duit sekiranya boleh berpuasa penuh? Kelakar bunyinya bukan.Tak selama-lamanya amalan berpuasa yang kita lakukan semata-mata untuk mendapat ganjaran duit,kerana kita tahu itu kewajipan kita. Kenapa dikatakan ia sebagai kewajipan kita? Kerana itu perintah Allah.Kenapa itu perintah Allah? Kerana ganjaran syurga bagi mereka yang melaksanakannya.Sahabat sekalian, ini adalah tahap harapan dalam ibadah orang yang awam.Orang awam bermaksud orang yang baru mencari atau orang yang baru mahu mengenal tuhan.Persoalan, adakah kita mahu amal ibadah kita sentiasa duduk ditahap orang awam? Penulis huraikan dalam bentuk soal jawab agar pembaca jelas mengenai perkara yang penulis cuba sampaikan.

Soalan: Kenapa ramai remaja, orang dewasa atau yang dah tua bangka di luar sana yang masih tidak berpuasa dan tidak malu untuk makan dihadapan khalayak ramai? Sedangkan itu adalah kewajipan sebagai umat Islam dan salah satu rukun Islam.Adakah tidak sempurna rukun Islam mereka?

Jawapan: Kerana mereka tidak 'dilatih' untuk mencintai ibadah berpuasa itu. Begitu juga dengan sembahyang yang lima waktu.Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lainnya sehingga ke hal pentadbiran negara. Pendek kata mereka tidak mengenal diri mereka.Diri sendiri tidak kenal masakan boleh mengenal 'tuan' yang mencipta empunya diri.Apabila ada sesuatu perkara yang kita cintai,pasti kita akan melakukan sepenuh hati kita. Setuju?

Soalan:Jika begitu,adakah salah kita mencintai syurga Allah lalu kita menunaikan segala yang telah Allah perintahkan?

Jawapan:Nah! jawapan ada pada soalan yang ditanya. Mencintai syurga Allah dan mencintai Allah adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Soalan:Apa bezanya?

Jawapan:Syurga itu sebagai perangsang motivasi diri manusia untuk beramal ibadah.Jadi, tidak salah jika kita beramal untuk meraih syurga Allah.Tetapi jika hal ini dibahaskan oleh 'orang-orang makrifat', mereka melihat ianya sebagai syirik. Syirik yang halus kepada Allah swt. Kerana apa dikatakan syirik yang halus? Kerana amal ibadah di lakukan kerana cintakan syurganya bukan cintakan 'tuan' yang menciptakan syurga.Manusia dan syurga adalah 'perkara' yang Allah ciptakan.Persoalannya, wajarkah kita mencintai perkara yang sama-sama diciptakan oleh-Nya? Inilah perbahasan yang sering dibahaskan.Kenali dirimu nescaya kamu akan mengenal tuhanmu. Mudah bukan? Tetapi ramai yang gagal.Perhatikan alam kejadian pasti kamu mengenal tuhanmu. Ramai yang tahu akan hal ini tetapi sengaja ambil sikap tidak mahu tahu kerana larut dengan permainan duniawi yang melekakan lagi menyesatkan.

Oleh kerana itu kita disaran untuk muhasabah diri selalu,duduk berfikir, renung sedalam-dalamnya adakah benar-benar kita mencintai Allah SWT? atau hanya mengharap syurga Allah semata.Oleh kerana itu jika kita dalami benar-benar bacaan dalam setiap pergerakkan solat kita ia mampu menjadikan kita seorang hamba Allah yang sebenar-benar hamba Allah.Sesungguhnya ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah.Tidak ada di situ ikrar kita sewaktu mula-mula mengangkat takbir mengatakan bahawa ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana mengharapkan syurga Allah. Nah! jelas sekarang bukan? Solat kita telah memberi jawapan pada persoalan di atas antara mencari syurga Allah dan reda Allah mana yang lebih utama.

Fikir-fikirkan, renungkan,sekadar santai minda,muhasabah amal,refresh iman sebagai cara untuk mengkoreksi diri menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba.Wallahu a'alam...

Tuesday, January 26, 2010

Hebatnya Ummu Sulaim Bt Malhan



بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah kerana masih memberi kesempatan pada kita untuk terus mengumpul amal soleh. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga, para sahabat baginda,tabi' dan tabi' tabi'in.Seterusnya kepada rakan seperjuangan..Jadilah diri seumpama arnab yang berlari kencang akan tetapi jangan lupa sesekali perlu berjalan perlahan seperti kura-kura. Begitulah ibaratnya kita di medan perjuangan ini..

Ummu Sulaim bt Malhan, salah seorang srikandi Islam yang hebat dalam memberi sumbangan kepada Islam. Beliau seorang ibu,isteri dan murabbiah.Mempunyai hati yang sangat tabah serta seorang wanita yang sangat cerdik serta bijak. Wahai akhawat sekalian contohilah Ummu Sulaim bt Malhah.

Sejarah Ummu Sulaim bt Malhah
Beliau bernama Rumaisha’, Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady bin Najjar al-Anshariyyah al-Khazrajiyyah.

Ummu sulaim adalah seorang wanita yang memiliki sifat keibuan dan kecantikan, dirinya dihiasi dengan ketabahan, kebijaksanan, dan lurus pemikiran, seorang wanita yang mempunyai kecerdasan berfikir, kefasihan serta berakhlak mulia, sehinggakan banyak cerita yang baik ditujukan kepada beliau dan setiap lisan yang memuji atasnya. Karena beliau memiliki sifat yang agung sehingga mendorong putra pamannya yang bernama Malik bin Nadlar untuk segera menikahinya. Dari hasil pernikahannya ini lahirlah Anas bin Malik, salah seorang shahabat yang agung.

Tatkala cahaya nubuwwah mulai terbit dan dakwah tauhid muncul sehingga menyebabkan orang-orang yang berakal cerdas dan memiliki fitrah yang lurus untuk bersegera menganuti Islam.

Ummu Sulaim adalah termasuk golongan pertama yang masuk Islam dari golongan Anshar. Beliau tidak mempedulikan segala kemungkinan yang akan menimpanya didalam masyarakat jahiliyah penyembah berhala yang telah beliau buang tanpa ragu.


Adapun halangan pertama yang harus beliau hadapi adalah kemarahan Malik suaminya yang baru saja pulang dari pemergian dan mendapati istrinya telah masuk Islam. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak, “Apakah engkau murtad dari agamamu?”. Maka dengan penuh yakin dan tegar beliau menjawab: ”Tidak, bahkan aku telah beriman”.

Suatu ketika beliau menuntun Anas (putra beliau) sembari mengatakan: “Katakanlah La ilaha illallah.” (Tidak ada ilah yang haq kecuali Allah). Katakanlah, Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah.” (aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah) kemudian Anas mau menirukannya. Akan tetapi ayah Anas mengatakan, “Janganlah engkau merusak anakku”. Maka beliau menjawab: “Aku tidak merosaknya akan tetapi aku mendidik dan memperbaikinya”.

Perasaan sangsi dengan dosa-dosanya menyebabkan Malik bin Nadlar menentukan sikap terhadap istrinya yang gagal menurutnya- keras kepala dan tetap berdegil berpegang kepada akidah yang baru, maka Malik tidak memiliki alternatif lain selain memberi khabar kepada istrinya bahwa dia akan pergi dari rumah dan tidak akan kembali hingga istrinya mau kembali kepada agama nenek moyangnya.

Manakala Malik mendengar istrinya yang tekad dan kuat karana teguh terhadap pendiriannya mengulang-ulangi kalimat “Ashadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”, maka Malik pergi dari rumah dalam keadaan marah dan kemudian bertemu dengan musuh sehingga akhirnya dia dibunuh.

Ketika Ummu Sulaim mengetahui bahwa suaminya telah terbunuh, beliau tetap tabah mengatakan: “Aku tidak akan menyampih Anas sehingga dia sendiri yang memutusnya, dan aku tidak akan menikah sehingga Anas menyuruhku”.

Kemudian Ummu Anas menemui Rasulullah yang sangat dicintai dengan rasa malu kemudian beliau mengajukan agar buah hatinya, Anas dijadikan pembantu oleh guru manusia yang mengajarkan segala kebaikan. lalu Rasulullah menerimanya sehingga tenang pandangan Ummu Sulaim terhadapnya.

Kemudian ramai orang yang membicarakan Anas bin Malik dan juga ibunya dengan penuh takjub dan rasa bangga. Begitu juga Abu Thalhah yang telah mendengar kabar tersebut sehingga menjadikan hatinya cenderung untuk mencintainya dan takjub. Kemudian dia memberanikan diri melamar Ummu Sulaim dan menyediakan baginya mahar yang tinggi. Akan tetapi, tiba-tiba saja fikirannya menjadi kacau dan lisannya menjadi kelu tatkala Ummu Sulaim menolak dengan kewibawaannya dan dengan berkata: “Sesungguhnya tidak pantas bagiku menikah dengan orang musyrik. Ketahuilah wahai Abu Thalhah bahwa tuhan kalian adalah hasil ukiran orang dari keluarga fulan, dan sesungguhnya seandainya kalian mahu membakarnya maka akan terbakarlah tuhan kalian”.

Abu Thalhah merasa sesak dadanya, kemudian dia berpaling sedangkan dirinya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah dia lihat dan dengar. Akan tetapi cintanya yang tulus mendorong dia kembali pada hari berikutnya dengan membawa mahar yang lebih banyak, roti maupun susu dengan harapan Ummu Sulaim akan luluh dan menerimanya.

Akan tetapi Ummu Sulaim adalah seorang da`i yang cerdik dan tatkala melihat dunia dihadapannya yang berupa harta, kedudukan dan lelaki yang masih muda, dia merasakan bahwa keterikatan hatinya dengan Islam lebih kuat dari pada seluruh kenikmatan dunia. Beliau berkata dengan sopan: “Orang seperti anda memang tidak pantas ditolak, wahai Abu Thalhah, hanya saja engkau adalah orang kafir sedangkan saya adalah seorang muslimah sehingga tidak baik bagiku menerima lamarnmu”. Abu Thalhah bertanya: “lantas apa yang anda inginkan?”, beliau balik bertanya: “Apa yang saya inginkan?”. Abu Thalhah bertanya: “apakah anda menginginkan emas atau pera?”. Ummu Sulaim berkata: “Sesungguhnya aku tidak menginginkan emas ataupun perak akan tetapi saya menginginkan agar anda masuk Islam”. “Kepada siapa saya harus datang untuk masuk Islam?”, tanya Abu Thalhah. Beliau berkata: “Datanglah kepada Rasulullah untuk itu!”. Maka pergilah Abu Thalhah untuk menemui Nabi yang tatkala itu sedang duduk-duduk bersama para sahabat. Demi melihat kedatangan Abu Thalhah, Rasulullah bersabda:

“Telah datang kepada kalian Abu Thalhah sedang sudah tampak cahaya Islam dikedua matanya”.

Selanjutnya Abu Thalhah menceritakan kepada Nabi tentang apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim, maka da menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keislamannya.

Dalam riwayat lain dikatakan bahwa Ummu sulaim berkata:
“Demi Allah! orang yang seperti anda tidak pantas untuk ditolak, hannya saja engkau adalah orang kafir sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mau masuk Islam maka itulah mahar bagiku dan aku tidak meminta yang selain dari itu”.

Sungguh ungkapan tersebut mampu menyentuh perasaan yang paling dalam dan mengisi hati Abu Thalhah, sungguh Ummu Sulaim telah bercokol dihatinya secara sempurna, dia bukanlah seorang wanita yang suka bermain-main dan takluk dengan rayuan-rayuan kemewahan, sesungguhnya dia adalah wanita cerdas, dan apakah dia akan mendapatkan yang lebih baik darinya untuk diperistri, atau ibu bagi anak-anaknya?”.

Tanpa terAsa lisan Abu Thalhah mengulang-ulang: “Aku berada diatas apa yang kamu yakini, aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang haq kecuali Allah dan aku bersaksi Muhammad adalah utusan Allah”.

Ummu Sulaim lalu menoleh kepada putranya, Anas dan beliau berkata dengan suka cita karena hidayah Allah yang diberikan kepada Abu Thalhah melalui tangannya: “Wahai Anas! Nikahkanlah aku dengan Abu thalhah”. Kemudian beliaupun dinikahkan dengan Islam sebagai mahar.

Oleh karena itulah Tsabit meriwayatkan hadits dari Anas :
“Aku belum pernah mendengar seorang wanitapun yang paling mulia maharnya dari Ummu Sulaim karena maharnya adalah Islam”.

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Thalhah dengan kehidupan suami-istri yang diisi dengan nilai-nilai Islam yang menaungi bagi kehidupan suami istri, dengan kehidupan yang tenang dan penuh kebahagiaan.

Ummu Sulaim adalah profil seorang istri yang menunaikan hak-hak suami isteri dengan sebaik-baiknya, sebagaimana juga contoh terbaik sebagai seorang ibu, seorang pendidik yang utama dan seorang da`iyah.

Begitulah Abu Thalhah mulai memasuki madrasah imaniyah melalui istrinya yang utama yakni Ummu Sulaim sehingga pada gilirannya beliau minum dari mata air nubuwwah hingga menjadi setara dalam hal kemuliaan dengan Ummu Sulaim.

Marilah kita dengarkan penuturan Anas bin Malik yang menceritakan kepada kita bagaimana perlakuan Abu Thalhah terhadap kitabullah dan komitmennya terhadap al-Qur`an sebagai landasan dan kepribadian. Anas bin Malik berkata :

“Abu Thalhah adalah orang yang paling kaya di kalangan Anshar Madinah, adapun harta yang paling disukainya adalah kebun yang berada di masjid, yang biasanya Rasulullah masuk ke dalamnya dan minum air jernih didalamnya. Tatkala turun ayat :
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu nafkahkan sebagian harta yang kamu cintai.” (Q,.s. آli’ Imran: 92).

Seketika Abu Thalhah berdiri menghadap Rasulullah dan berkata: “Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya (yang artinya), “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” Dan sesungguhnya harta yang paling aku sukai adalah kebunku, untuk itu aku sedekahkan ia untuk Allah dengan harapan mendapatkan kebaikan dan simpanan di sisi Allah, maka pergunakanlah sesuka kamu, wahai Rasulullah”.

Rasulullah bersabda :
“Bagus …..bagus.. itulah harta yang menguntungkan…. Itulah harta yang paling menguntungkan…..aku telah mendengar apa yang kamu katakan dan aku memutuskan agar engkau sedekahkan kepada kerabat-kerabatmu”.

Maka Abu Thalhah membagi-bagikannya kepada sanak kerabat dan anak-anak dari pamannya.

Allah memuliakan kedua suami-istri ini dengan seorang anak laki-laki sehingga keduanya sangat bergembira dan anak tersebut menjadi penyejuk pandangan bagi keduanya dengan pergaulannya dan tingkah lakunya. Anak tersebut diberi nama Abu ‘Umair. Suatu ketika anak tersebut bermain-main dengan seekor burung lalu burung tersebut mati. Hal itu menjadikan anak tersebut bersedih dan menangis. Pada waktu itu, Rasulullah melewati dirinya maka beliau berkata kepada anak tersebut untuk menghibur dan bermain dengannya: “Wahai Abu Umair! Apa yang dilakukan oleh anak burung pipit itu?”.

Allah berkehendak untuk menguji keduanya dengan keduanya dengan seorang anak yang cakap dan dicintai, suatu ketika Abu Umair sakit sehingga kedua orang tuanya disibukkan olehnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi ayahnya apabila kembali dari pasar, pertama kali yang dia kerjakan setelah mengucapkan salam adalah bertanya tentang kesehatan anaknya, dan beliau belum merasa tenang sebelum melihat anaknya.

Suatu ketika Abu Thalhah keluar ke masjid dan bersamaan dengan itu anaknya meninggal. Maka ibu Mu`minah yang sabar ini menghadapi musibah tersebut dengan jiwa yang ridla dan baik. Sang ibu membaringkannya ditempat tidur sambil senantiasa mengulangi kalimat: “Inna lillahi wa inna ilahi raji`un”. Beliau berpesan kepada anggota keluarganya: “Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Thalha hingga aku sendiri yang menceritakan kepadanya”.

Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim mengusap air mata kasih sayangnya, kemudian dengan bersemangat menyambut suaminya dan menjawab pertanyaannya seperti biasanya: “Apa yang dilakukan oleh anakku?”. Beliau menjawab: “dia dalam keadaan tenang”.

Abu Thalhah mengira bahwa anaknya sudah dalam keadaan sehat, sehingga Abu Thalhah bergembira dengan ketenangan dan kesehatannya, dan dia tidak mau mendekat karena khawatir mengganggu ketenangannya. Kemudian Ummu Sulaim mendekati beliau dan mempersiapkan malam baginya, lalu beliau makan dan minum sementara Ummu Sulaim bersolek dengan dandanan lebih cantik daripada hari-hari sebelumnya, beliau mengenakan baju yang paling bagus, berdandan dan memakai wangi-wangian, kemudian keduanyapun berbuat sebagai mana layaknya suami istri.

Tatkala Ummu Sulaim melihat bahwa suaminya sudah kenyang dan mencampurinya serta merasa tenang dengan keadaan anaknya maka beliau memuji Allah karena tidak membuat risau suaminya dan beliau biarkan suaminya terlelap dalam tidurnya.

Tatkala diakhir malam beliau berkata kepada suaminya: “Wahai Abu Thalhah! bagaimana pendapatmu seandainya suatu kaum menitipkan barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil titipannya tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut untuk menolaknya?”. Abu Thalhah menjawab: “Tentu saja tidak boleh”. Kemudian Ummu Sulaim berkata lagi: “Bagaimana pendapatmu jika keluarga tersebut berkeberatan tatkala titipannya diambil setelah dia sudah dapat memanfaatkannya?”. Abu Thalhah berkata: “Berarti mereka tidak adil”. Ummu Sulaim berkata: ”Sesunggguhnya anakmu titipan dari Allah dan Allah telah mengambilnya, maka tabahkanlah hatimu dengan meninggalnya anakmu”.

Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya, maka beliau berkata dengan marah: “kau biarkan aku dalam keadaan seperti ini baru kamu kabari tentang anakku?”.

Beliau ulang-ulang kata-kata tersebut hingga beliau mengucapkan kalimat istirja` (Inna lillahi wa inna ilahi raji`un) lalu bertahmid kepada Allah sehingga berangsur-angsur jiwanya menjadi tenang.

Keesokan harinnya beliau pergi menghadap Rasulullah dan mengabarkan kapada Rasulullah tentang apa yang terjadi, kemudian Rasulullah bersabda:

“Semoga Allah memberkahi malam kalian berdua”.
Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yang akhirnya diberi nama Abdullah. Tatkala Ummu Sulaim melahirkan, beliau utus Anas bin Malik untuk membawanya kepada Rasulullah selanjutnya Anas berkata: “Wahai Rasulullah, bahwasanya Ummu Sulaim melahirkan tadi malam”. Maka Rasulullah mengunyah kurma dan mentahnik bayi tersebut (menggosokan kurma yang telah dikunyah ke langit-langit mulut si bayi). Anas berkata: “Berilah nama baginya, wahai Rasulullah!”. Beliau bersabda: “namanya Abdullah” .

Ubbabah, salah seorang rijal sanad berkata: “Aku melihat dia memiliki tujuh anak yang kesemuanya hafal al-Qur`an”.
Diantara kejadian yang mengesankan pada diri wanita yang utama dan juga suaminya yang mukmin adalah bahwa Allah menurunkan ayat tentang mereka berdua dimana umat manusia dapat beribadah dengan membacanya. Abu Hurairah berkata:

“Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah dan berkata: “Sesungguhnya aku dalam keadaan lapar”. Maka Rasulullah menanyakan kepada salah satu istrinya tentang makanan yang ada dirumahnya, namun beliau menjawab: “Demi Dzat Yang mengutusmu dengan haq, aku tidak memiliki apa-apa kecuali hanya air, kemudian beliau bertanya kepada istri yang lain, namun jawabannya tidak berbeda. Seluruhnya menjawab dengan jawaban yang sama. Kemudian Rasulullah bersabda:

“Siapakah yang akan menjamu tamu ini, semoga Allah merahmatinya”.
Maka berdirilah salah seorang Anshar yang namanya Abu Thalhah seraya berkata: “Saya wahai Rasulullah”. Maka dia pergi bersama tamu tadi menuju rumahnya kemudian sahabat Anshar tersebut bertanya kepada istrinya (Ummu Sulaim): “Apakah kamu memiliki makanan?”. Istrinya menjawab: “Tidak punya melainkan makanan untuk anak-anak”. Abu Thalhah berkata: ”Berikanlah minuman kepada mereka dan tidurkanlah mereka. Nanti apabila tamu saya masuk maka akan saya perlihatkan bahwa saya ikut makan, apabila makanan sudah berada di tangan maka berdirilah. Mereka duduk-duduk dan tamu makan hidangan tersebut sementara kedua sumi-istri tersebut bermalam dalam keadaan tidak makan. Keesokan harinya keduanya datang kepada Rasulullah lalu Rasulullah bersabda: “Sungguh Allah takjub (atau tertawa) terhadap fulan dan fulanah”. Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda:

“Sungguh Allah takjub terhadap apa yang kalian berdua lakukan terhadap tamu kalian” .

Di akhir hadits disebutkan: “Maka turunlah ayat (artinya):
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).” (Q,.s. al-Hasyr :9).

Abu Thalhah tidak kuasa menahan rasa gembiranya, maka beliau bersegera memberikan khabar gembira tersebut kepada istrinya sehingga sejuklah pandangan matanya karena Allah menurunkan ayat tentang mereka dalam al-Qur`an yang senantiasa dibaca.

Ummu Sulaim tidak hanya cukup menunaikan tugasnya untuk mendakwahkan Islam dengan penjelasan saja, bahkan beliau antusias untuk turut andil dalam berjihad bersama pahlawan kaum muslimin. Tatkala perang Hunain tampak sekali sikap kepahlawanannya dalam memompa semangat pada dada mujahidin dan mengobati mereka yang luka. Bahkan beliau juga mempersiapkan diri untuk melawan dan menghadapi musuh yang akan menyerangnya. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam shahihnya dan Ibnu Sa`ad di dalam Thabaqat dengan sanad yang shahih bahwa Ummu Sulaim membawa badik (pisau) pada perang Hunain kemudian Abu Thalhah berkata: “Wahai Rasulullah! ini Ummu Sulaim berkata: “Wahai Rasulullah apabila ada orang musyrik yang mendekatiku maka akan robek perutnya dengan badik ini”.

Anas berkata: “Rasulullah berperang bersama Ummu Sulaim dan para Wanita dari kalangan Anshar, apabila berperang, para wanita tersebut memberikan minum kepada mujahidin dan mengobati yang luka”.

Begitulah Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah, beliau tidak pernah masuk rumah selain rumah Ummu Sulaim bahkan Rasulullah telah memberi kabar gembira bahwa beliau termasuk ahli surga. Beliau bersabda :
“Aku masuk ke surga, tiba-tiba mendengar sebuah suara, maka aku bertanya: “Siapa itu?”. Mereka berkata: “Dia adalah Rumaisha` binti Malhan ibu dari Anas bin Malik”.

p/s: persiapkan diri kita ya akhawat seperti hebatnya Ummu Sulaim bt Malhan.



Wednesday, January 20, 2010

Bahasa Banjar..Bahasaku...


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..Salam sejahtera buat semua...ceritaku ceritamu jua..cerita kita cerita untuk semua..kerana ini adalah ceritaku..maka suka untuk berkongsi cerita..kerana ini adalah cerita kita bersama...

Entri kali ini adalah mengenai bahasa ibunda penulis, Bahasa Banjar. Agak 'kesian' kami orang-orang muda (keturunan Banjar)tidak berapa fasih untuk bertutur bahasa ibunda sendiri.

SEDIKIT INFO MENGENAI BANJAR

Bahasa Banjar adalah salah satu bahasa yang unik sama uniknya dengan Bahasa Jawa, atau bahasa suku kaum di sarawak atau sabah atau bahasa-bahasa lainnya.Keturunan Banjar ada sejarah yang tersendiri termasuk kisah Raja Banjar..tetapi penulis kurang arif dengan sejarah keturunan sendiri...hanya dengar-dengar dari cerita orang tua-tua(mak dan ayah penulis terutamanya).

Jadi penulis hanya mahu memperkenalkan bahasa ibunda penulis kepada pembaca sekalian...Masyarakat suku kaum Banjar diMalaysia kebanyakannya menetap di beberapa penempatan utama iaitu di Parit Buntar , Bagan Serai dan Sg.Manik diNegeri Perak, Batu Pahat, Muar dan Mersing di Negeri Johor, Tanjung Karang dan Sungai Besar di Negeri Selangor, Sandakan dan Tawau di Sabah dengan bilangan penduduk dianggarkan melebihi setengah juta. Orang Banjar di Malaysia masih lagi boleh bertutur dalam bahasa Banjar tetapi kefasihan pertuturan di kalangan generasi muda telah menurun. Budaya dan kesenian Banjar secara umumnya kurang diketahui, apatah lagi pengamalannya.

Budaya dan kesenian Banjar seperti Katabong, Balian, Berpandung, Baksa, Dadap, Gambo, Palamutan dan Pamadihinan seolah – olah tidak wujud dikalangan masyarakat Banjar di Malaysia. Begitu juga dengan kesenian seperti Batik Sasirangan, rumah, pakaian dan makanan tradisi Banjar.

Budaya melambangkan identiti bangsa. Tanpa budaya tidak wujud bangsa. Apakah ini akan berlaku kepada masyarakat Banjar di Malaysia terutama dalam arus permodenan yang begitu ketara di waktu ini?.Apakah masyarakat Banjar perlu mengekalkan identiti mereka yang tersendiri atau hanya menumpang identiti sebagai sebahagian dari rumpun bangsa Melayu itu sahaja?.

Jika bukan kita sendiri mempertahankan dan memperjuangkan budaya dan kesenian kita, siapa lagi yang boleh di harapkan?
sesiapa yang lidahnya fasih untuk membaca cerita di bawah dengan lancar silakan...jangan ada yang tergigit lidah sudahlah...hehehe.


Sarawin1 (bahasa Banjar)

Oleh: Dr Musak Mantrak (Allahyarham)

Waktu bahari, ada saurang bagaran Sarawin. Handak dikatakan pintar, wawangalan, handak dikatakan bongol, bisa pulang mamintari urang. Nang labih rami lagi, siSarawin ni palulucuan urangnya.

Sampai wayahini, amun ada urang inda pintar bacampur wangal maka digalarakan Manyarawin atawa kaya siSarawin.
Satu hari, ada urang baaruhan di kampung siSarawin bagana. Hari itu pohon nang barauhan tu kalumpanan menyaru Sarawin. Bila Sarawin malalui rumah urang aruh, urang saruan sudah habis naikan kerumah. Napa akal siSarawin. Inya bamandak, tarus bakuriak. "Ular ganal, ular ganal, ayu lakas sasahi" ujar siSarawin.
"Mananya, mananya " ujar jemputan lalakian, habis turunan dari rumah.
"Sudah bukah, kalian kalambatan," ujar siSarawin.
"Naikan barataan, naikan" ujar pohon
"Aku pang?" ujar Sarawin.
"Naik ha jua" ujar pohon sambil takurihing. Hanyar kaingatan ia kada kalumpanan manyaruan siSarawin.
Saramin pun umpat sasamaan awan urang lain naik kaatas.

p/s:Sekian Terima Kasih....hehehehehehe ada yang faham ke?

Wednesday, January 13, 2010

'Reben-teben jelepete'


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat ke atas nabi junjungan Muhammad SAW,serta seluruh ahli keluarga baginda. Salam perjuangan serta salam kebangkitan..pencerahan solusi kebangkitan..entri kali ini lebih kepada santai minda...

Sewaktu pembaca membelek-belek surat khabar hari ini (Rabu 13 Jan 2010), ada sesuatu yang sangat menarik hati penulis. Tentang sesuatu yang pasti diakhir ceritanya pembaca akan tersenyum.Di ruangan sudut Bahasa Mewah tulisan Prof.Madya Dr.Nor Hisham Osman.

Tajuknya 'reben-teben jelepete'...hah! ada yang tahu ke maksudnya? ceritanya begini.


Razman yang baru tamat pengajian dari institut pendidikan guru ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Perak Tengah.Dalam kelas hari pertama sesi persekolahan...

Cikgu Razman :Hari ini kita akan belajar pembentukan kata. Salah satu cara pembentukan kata adalah dengan gandaan. Siapa tahu kenapa perkataan itu digandakan?

Murid 1:Saya tau, cikgu!Jika sesuatu kata digandakan, penggandaan ini membawa makna banyak.

Cikgu Razman: Bagus!Penggandaan membawa makna jamak.Contohnya?

Murid 2: Murid, menjadi murid-murid.Murid untuk seorang dan murid-murid untuk ramai.

Cikgu Razman: Bagus! Selain daripada itu, penggandaan juga boleh membawa makna kesangatan, makna kesalingan dan juga makna seakan-akan.Siapa boleh bagi contoh yang lain?

Murid 3: Rumah-rumah dan bukit-bukau, cikgu!.

Cikgu Razman : Bagus! Penggandaan seluruh kata dan penggandaan berima. Kamu semua ni pandai-pandai laa. Ada yang lain?

Murid 4: Reben-teben, cikgu!Penggandaan berima.

Cikgu Razman : Reben-teben?

Murid 4: Ya,reben-teben, penggandaan berima, cikgu.

Cikgu Razman: Ha,ha,ha,ha..tak betul tu. Penggandaan reben bukan reben-teben tapi reben-reben, penggandaan seluruh kata.

Murid 2:Tapi bapa saya balik kerja dia selalu cakap reben-teben..tak pernah dia cakap reben-reben.

Cikgu Razman: Bapa kamu berniaga ke?Dia jual reben?

Murid 4: Tak!Bapa saya kerja ladang kelapa sawit.

Cikgu Razman:Buat apa reben di ladang kelapa sawit? Ikat pokok sawit pakai reben ke?

Murid 4:Mana ada ikat reben...bapa saya buruh ladang. Bila balik kerja dia selalu cakap dia reben-teben! Jalannya pun jelepete je. Kerjanya teruk, mengecup buah,bukannya mengikat reben.

Cikgu Razman: Kamu cakap bahasa apa ni? Bahasa Banjar ke,Bahasa Jawa? Gunalah bahasa Melayu. Saya tak faham Bahasa Banjar atau Jawa, lagipun ini kelas Bahasa Melayu.

Murid 4 :Itu bahasa melayu laa cikgu. Saya pun tak tahu juga cakap Banjar, saya Melayu.

Cikgu Razman: Tak ada bahasa Melayu perkataan reben-teben dan jelepete. Dalam Kamus Dewan ni pun tak ada.Kamu salah ni.

Murid 1: Betul cikgu! Kami kat sini semua orang Melayu. Kami memang guba perkataan reben-teben dan jelepete. Bila dah kerja teruk sangat sampai reben-teben, berjalan pun jadi jelepete.

Murid 2:Bahasa Melayu, Cikgu! Semua orang kampung ni guna perkataan tu. Orang kampung ni semuanya Melayu! Saya rasalah, cikgu..kamus ni tak lengkap, Dewan Bahasa kena tambah lagi.

Cikgu Razman :??????

Hah! ada sesiapa yang faham maksud reben-teben atau jelepete? ini rujukannya...

Reben : pita,jalur kain,kertas dan sebagainya yang panjang dan nipis digunakan untuk mengikat bungkusan.

Reben-teben :(dialek Perak)terlalu letih, tidak bermaya.

Jelepete:(dialek Perak) berjalan terhuyung-hayang.

Mengecup: memotong menggunakan alat seperti sudip yang ditujah ke pangkal tandan sawit.

Jadinya boleh lah tafsir sendiri makna "reben-teben betul hari ni,Jalannya pun jelepete je. Kerjanya teruk, mengecup buah."

heheheheheheh....wallahu a'lam..santai minda refresh iman muhasabah amal..pencerahan solusi kebangkitan..(ade kena mengena ke dengan entri kat atas?...hmmh abaikan..


Tuesday, January 5, 2010

Mencintai Dakwah Dan Jihad


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW nabi junjungan serta ahli keluarga baginda.Pencerahan solusi kebangkitan (suka la kata-kata ni...)Salam optimis salam ukhuwah dan salam koreksi minda muhasabah amal.

Entri kali ini sekadar santai minda refresh diri muhasabah amal agar diri hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini. Penulis baru sahaja 'menjinakkan' (sesuai ke guna perkataan ni?oklah kan)diri dengan fb ni. FB? apa tu?...tak kan pembaca tak tahu? Facebook. Ada pro dan kontranya...tapi bagi penulis segala-galanya digunakan untuk dakwah.


Dan alhamdulillah ternyata melaluinya penulis bertemu hamba-hamba Allah yang pernah penulis kenal samada secara dekat atau tidak.Dan usaha penulis untuk mengumpul kembali 'kader-kader' yang pernah bergerak dalam tarbiyah sewaktu di Kolej dahulu mula menampakkan hasilnya...inilah azam tahun 1431H ini...mengumpul dan menggerakkan sebanyak mungkin 'kuda-kuda' yang akan berlari semula setelah lama 'berhenti'.Ameen semoga Allah mudahkan urusan penulis.

Sesungguhnya dakwah dan jihad adalah pekerjaan para nabi dan rasul. Dakwah dan jihad adalah amalan tinggi yang menjadikan seorang muslim itu dicintai oleh Allah. Dakwah bererti menyeru dan mengajak kepada kebaikan. Jihad pula bermaksud bersungguh-sungguh membela Allah, Rasul dan agama Islam.

Bagaimanakah caranya supaya dakwah kita diterima oleh orang lain? Dakwah yang baik perlu memenuhi syarat-syarat dan kriterianya. Dakwah perlu dilakukan dengan IKHLAS, bersungguh-sungguh dan dengan kaedah yang betul. Inilah syarat utama dakwah. Apabila dakwah dilakukan BUKAN demi mendapatkan keredaan Allah semata-mata, dakwah itu bakal tercemar.Ikhlaslah walaupun hanya satu ayat yang disampaikan. Boleh jadi satu ayat itu lebih baik dari 'banyak' ayat.Hidayah itu urusan Allah. Dan sebagai manusia kita perlu mencarinya.....

Dakwah perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Apabila dakwah dilakukan sambil lewa, hasilnya juga tidak seberapa. Semasa bersemangat, dakwah menjadi hebat, tetapi apabila malas semangatnya menurun, kata-katanya sudah tidak lagi mempunyai unsur-unsur dakwah atau tarbiyah. Malah cenderung menjauhkan diri daripada orang lain.

Anggotanya sudah mula tidak terjaga..awas!! itu maknanya kita sudah terkena penyakit futur. Apa yang akan terjadi apabila dakwah berubah menjadi seperti ini?Tentu ia tidak memberi apa-pa kesan kepada orang yang mendengar.

Oleh itu, lakukanlah dakwah dengan bersungguh-sungguh kerana kesungguhan pasti membuahkan hasil yang baik. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dihatimu.

Allah menjelaskan di dalam Quran surah An-Nahl:125 yang bermaksud:"serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

Sahabat-sahabatku,
Kita tidak boleh bersikap acuh tidak acuh pada keadaan di sekeliling kita. Setiap kali apabila melihat perkara yang tidak selesai, kita perlu terpanggil menyelesaikannya. Apabila melihat sesuatu yang tidak sempurna, kita perlu menyempurnakannya. Begitu juga apabila melihat kemungkaran kita perlu mencegahnya.

Nabu Muhammad SAW bersabda:"sesiapa yang melihat kemungkaran ubahlah dengan tangannya, apabila tidak sanggup,ubahlah dengan lisannya, apabila tidak sanggup, ubahlah dengan hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman.(Riwayat Muslim)

Gerakan amar ma'ruf nahi mungkar perlu diteruskan kerana ini adalah tugas kita. Kita tidak boleh berhenti memerangi kemungkaran...wallahu a'lam.

p/s: apa pandangan pembaca sekalian mengenai isu penggunaan nama Allah untuk gereja?adakah ia sesuatu yang baik atau sebaliknya. Berikan pendapat anda.