Monday, November 1, 2010

10 Muwasoffat Tarbiyah.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alahamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas kekasih junjungan Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.Salam bersua semula di alam maya, salam optimis, salam mujahadah, salam istiqamah dan salam ukhuwah.

Bersyukur kepada Allah kerana mempunyai kesempatan hari ini untuk meng 'up date' blog penulis yang sudah agak bersawang dek kerana sudah lama tidak 'mengemasnya'. Tugasan melebihi masa yang ada kerana banyak tugas yang perlu dilakukan agar agama Allah terpelihara selain dari menyedarkan serta mengingatkan manusia-manusia yang terlupa tugas asalnya iaitu menjadi khalifah di bumi Allah.

Coretan penulis kali ini hanya sekadar muhasabah diri koreksi kendiri terutama buat mereka yang bergelar murabbi atau nuqaba'. Masakan kita mampu menyeru manusia kepada Allah jika hubungan kita dengan Allah tidak seteguh mana. Jalan tarbiyah adalah satu jalan yang cukup indah kerana dengan adanya tarbiyah hidup lebih terarah.Jadilah mukmin yang mantap pegangan agamanya.

Buat mereka yang bergelar da'ie di luar sana, penulis pasti ianya cukup sinonim dengan perkataan muasoffat tarbiyah. Apa itu muasoffat? hah! para da'ie sekalian masih ingat lagi kah kalian 10 muasoffat tarbiyah? atau ingat-ingat lupa? atau sudah faham benar dengan muasoffat? Jika benar sudah 'khatam' muasoffat yang 10 ini adakah sudah diaplikasikan sentiasa dalam kehidupan seharian?atau sekadar kadang-kadang, atau jarang-jarang. Jawapan ada dalam diri masing. Muhasabah diri ini untuk penulis khususnya dan untuk anda umumnya.

Muasoffat yang Pertama
1. SALIMUL AQIDAH (Aqidah yang Sejahtera)

1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam
1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
1.3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
1.4. Mentauhidkan Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah
1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada asma’,sifat dan af’alnya
1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan masalah asma’ dan sifat di samping berpegang dengan mazhab salaf.
1.7. Tahu sempadan muwalat (sokong) & mu’adat (memusuhi)
1.8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah.
1.9. Yakin bhw penghapusan dosa hanya dgn taubat nasuha
1.10.Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa
1.11.Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
1.12.Merasai kemanisan iman
1.13.Merasai kemanisan ubudiyyah
1.14.Merasai kewujudan malaikat Hafazah

Muasoffat yang kedua
2. SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)

2.1. Khusyuk dalam solat
2.2. Qiam 1x seminggu
2.3. Bersedekah
2.4. Puasa sunat 2x sebulan
2.5. Memelihara anggota
2.6. Mengerjakan haji jika mampu
2.7. Khusyuk ketika membaca al-Quran
2.8. Khatam al Quran 1x setiap 2 bulan
2.9. Banyak mengingati Allah & hafal mana yang mampu
2.10.Banyak berdoa dgn mengambilkira syarat & adab
2.11.Banyak bertaubat
2.12.Sentiasa memperbaharui niat & memperbetulkannya
2.13.Menyuruh yang makruf
2.14.Mencegah yang mungkar

Muasoffat yang ketiga
3. MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap)

3.1. Tidak membantah
3.2. Tidak banyak mulut
3.3. Sedikit senda gurau
3.4. Tidak berbisik perkara kebatilan
3.5. Tidak berdengki
3.6. Tidak berhasad
3.7. Rasa malu melakukan kesalahan
3.8. Menyayangi jiran
3.9. Tawadhu’ tetapi bukan hina
3.10.Berani
3.11.Lembut
3.12.Menziarahi orang sakit
3.13.Iltizam dengan adab Isti’zan
3.14.Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan

Muasoffat yan keempat
4. QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)

4.1. Bekerja dan berusaha
4.2. Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan
4.3. Utamakan pengkhususan yang penting dan utama
4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan
4.5. Sederhana dalam berbelanja
4.6. Utamakan produk syarikat-syarikat Islam
4.7. Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam
4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan

Muasoffat yang kelima
5. MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)

5.1. Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk al-Quran
5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al-Quran
5.3. Menghubungkan antara al-Quran dan realiti semasa
5.4. Menghafal 40 hadith dari Matan Arba’ien
5.5. Menghafal 50 hadith dari Riyadhus Solihin
5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya
5.7. Mengenal 20 orang syuhada’ dari kalangan sahabat
5.8. Tahu hukum- hukum mengenai zakat
5.9. Tahu fiqh mengenai haji
5.10.Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang pengkhususan
5.11.Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
5.12.Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara
5.13.Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam
5.14.Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan Muslimin

Muasoffat yang keenam
6. QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)

6.1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
6.2. Membasuh peralatan makan dan minum
6.3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
6.4. Mengatur jadual makan
6.5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6.6. Kurangkan pengambilan lemak
6.7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
6.8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
6.9. Memilih syarikat pengeluar makanan
6.10.Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
6.11.Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
6.12.Bersenam 10-15 minit sehari
6.13.Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
6.14.Merawat diri jika sakit

Muasoffat yang ketujuh
7. MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)

7.1. Lawan dorongan nafsu
7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus
7.3. Sentiasa niat berjihad
7.4. Sentiasa bersama pendokong kebaikan
7.5. Makan apa sahaja yang disaji dengan redha
7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam
7.7. Sabar di atas bala
7.8. Perbuatannya menyamai perkataannya
7.9. Bersedia menanggung bebanan dakwah

Muasoffat yang kelapan
8. MUNAZHZHOM FI SYUUNIHI (Berdisiplin)

8.1. Sembahyang menyusun waktunya
8.2. Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya
8.3. Menyusun idea-ideanya
8.4. Menjaga waktu kerja
8.5. Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku

Muasoffat yang kesembilan
9. HARISHUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)

9.1.Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas ketika menunaikan keperluannya
9.2.Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus
9.3.Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat

Muasoffat yang kesepuluh
10. NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)

10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah
10.2. Menunaikan tanggungjawab suami
10.3. Membantu isteri
10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
10.5. Memberi hadiah kepada jiran
10.6. Memberi khidmat umum kerana Allah
10.7. Memberi apa yang dimiliki
10.8. Sentiasa bercampur dengan orang ramai
10.9. Menggalakkan kebaikan
10.10.Membantu mereka yang memerlukan
10.11.Menolong orang dalam kesusahan
10.12.Menenangkan orang yang ditimpa bencana
10.13.Menolong orang yang dizalimi
10.14.Cuba memenuhi keperluan orang lain

Hah! apa macam??? sikit je kan?? 10 je tapi pecahan-pecahan di bawah yang sepuluh tu yang banyaknya. Bagi penulis sendiri masih ada lagi perkara-perkara yang tercicir terutama bab hafalan, jadi semoga Allah mudahkan urusan kita dalam persediaan diri menjadi seorang yang mempunyai akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu berdikari, luas pengetahuan, tubuh badan yang kuat, bermujahadah, berdisplin, menjaga masa (yang ini ramai yang gagal termasuk la kadang-kadang diri penulis sendiri dan kini sedang melatih diri)dan akhir sekali menjadi orang yang mampu memberi manfaat.Wallu'alam.Selamat menjadikan diri dari zero kepada hero.



Monday, August 9, 2010

Senandung Orang-Orang Yang Berpuasa


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur kepada Allah swt kerana kesempatan hayat yang telah dikurniakan kepada hamba-hambanya untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba...Ramadhan Mubarak penulis ucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian,terasa hati melonjak gembira menanti kemunculan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang penuh keampunan, bulan yang penuh makfirah,bulan yang dapat kita kumpul pahala sebanyak mana pun,bulan yang ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga,bulan yang ditambat musuh utama manusia serta bulan untuk berperang dengan hawa nafsu kita..Allahu Akhbar!!!!

Oleh itu marilah kita memanjatkan rasa syukur dan segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW,keluarga, dan sahabat-sahabatnya serta para fakih Islam sekalian, tidak lupa juga kepada mereka-meraka yang bergelar murabbi di jalan Allah SWT.

Memandangkan esok kita akan mula bertarawih (esok eh??? rasanya ye dah), entri penulis kali ini adalah berkaitan dengan bulan ramadhan insyaallah. Sebenarnya orang-orang yng berpuasa ini mempunyai lagu-lagu khusus,nyanyian yang dihormati dan senandung abadi.

Orang-orang yang berpuasa adalah orang-orang yang paling banyak berzikir kepada Allah, paling banyak bertasbih,bertahlil, bertakbir dan beristighfar. Bila siang terasa panjang, orang-orang yang berpuasa,mereka memendekkannya dengan berzikir, bila didera dengan kelaparan,zikir lah yang menghilangkan panasnya lapar. Zikir mereka memperolehi kenikmatan dari tasbih mereka beroleh kebahagian. Mereka mengingati Allah maka Allah pun akan ingat mereka.

"Kerana itu,ingatlah kepada-Ku, nescaya aku ingat pula kepadamu" 2:152

"Sungguh jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat)kepadamu" 14:7

Orang yang berpuasa dengan bersungguh-sungguh hatinya akan tenteram dengan mengingati Allah,ruhnya akan merasakan kebahagian dengan cinta kepada Allah, jiwanya merasa tenang dengan kerinduan kepada Allah.

Dalam sebuah hadith sahih Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan yang tidak mengingati adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."


Ya Allah!! berapa banyak orang-orang yang telah mati, kerana tidak mengenal zikrullah, padahal ia hidup di dunia,makan,minum, bergembira dan membusung dada, tetapi tidak memahami kehidupan selamanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Al-Mufarridun sungguh unggul. Para sahabat bertanya-tanya, 'siapakah Al-Mufarridun itu ya Rasulullah?' Beliau menjawab;mereka adalah orang-orang yang banyak mengingati Allah, laki-laki dan perempuan."


Orang yang berpuasa sememangnya termasuk manusia yang paling unggul (dalam kecepatan)kepada kebaikan, cepat ke syurga, jauh dari api neraka. Buku catatanya sarat dengan kebaikan, maka kita layak mengucapkan selamat untuknya.

Sebuah syair mengungkapkan:

"Apakah kamu hendak menyayangi orang-orang yang tetap melakukan maksiat? sedangkan jiwamu tidak kau sayangi!, kau selalu mendahuluiku untuk berbuat sia-sia dengan pekerjaan yang sia-sia, sungguh terlalu kau patahkan zamanmu"


"Detik hati berkata kepada manusia,
sungguh kehidupan hanyalah minit dan detik
oleh kerana itu ingatlah kematian
sebelum tiba kematian,
sungguh bagi manusia itu mengingati kematian adalah umur kedua."



Ya Allah, kembalikanlah Ramadhan kepada kami dalam hari-hari yang banyak, dalam tahun-tahun yang panjang,dalam busan kebaikan dan perbaharuilah selalu taubat kami.Moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas...beribadahlah kamu seolah-oleh kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.Pada sahabat sekalian penulis mohon kemaafan andai ada bicara yang mengguris hati kalian...Ramadhan Karim!!!...

p/s:hati berlagu riang...ahlan ahlan ya ramadhan..ahlan ahlan ya ramadhan..^_^




Monday, August 2, 2010

Da'ie vs Tarbiyah Dzhatiyah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW, serta ahli keluarga baginda,para sahabat,tabi,tabi tabi'en serta para pendokong agama Allah SWT, Ikhwah dan akhawat yang penulis kasihi, seterusnya kepada sahabat maya sekalian. Moga kalian berada di dalam redha Allah sentiasa. Salam kasih sayang untuk semua,salam optimis,salam mujahadah dan salam perkenalan.

Entri kali adalah mengenai tarbiyah dzatiyah.Sebagai penguat semangat penulis serta muhasabah untuk diri untuk penulis terutamanya dan untuk para sahabat pembaca umumnya.

Tarbiyah adalah satu proses yang panjang, bukan sehari dua tetapi untuk selamanya. Kerana kita sebagai manusia yang sering lupa dan leka memerlukan peringatan setiap hari. Tarbiyah mengajar kita menjadi hamba Allah yang menyedari fungsi mengapa Allah menciptakan manusia.Sebagai seorang da'ie, kita perlu menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT.Bagi penulis,yang paling utamanya adalah hubungan dengan Allah SWT. Mana mungkin seorang yang bergelar da'ie itu mampu bertahan dijalan tarbiyah sekiranya hubungan dengan Allah SWT longgar. Di situlah kekuatan untuk 'mengikat' hati manusia kerana sumber yang memberi kekuatan dan tautan hati adalah dari Allah SWT.


Tarbiyah dzhatiyah bagi penulis boleh diibaratkan sebagai 'charger'untuk diri seorang da'ie itu. Kerana segala usaha, segala masalah, segala kekuatan, segala kelemahan serta segala perancangan memerlukan kekuatan rohani yang perlu sentiasa 'full di charge'.Tabiat dakwah sentiasa berkembang dan menyebar ke merata pelusok dunia. Kerana misi dakwah ini adalah menyebarkan rahmat bagi dunia untuk seluruh umat manusia (Al-Anbiya’: 107). Dengan begitu dakwah menjadi hak semua orang agar mereka meraih hidayah Allah. Amatlah pantas semua kalangan mendapatkan nikmat dakwah. Paling tidak, semua manusia dapat merasakan rahmat Islam. Kondisi ini dapat dipengaruhi oleh keperibadian da'ie dan aktivis dakwah.

Peningkatan diri aktivis dakwah selaras dengan perkembangan dakwah. Peningkatan integritas diri secara mandiri inilah yang disebut dengan tarbiyah dzatiyah. Kemampuan tarbiyah dzatiyah menjadikan da'ie mampu bertahan dalam berbagai ujian dan cubaan dakwah. Ia tidak futur (malas dan lesu), tidak kendur semangat dakwahnya, pemikirannya tidak jumud dan tidak akan bimbang dan ragu menjawab berbagai tuduhan miring serta yang sangat diharapkan dari kesan tarbiyah dzatiyah adalah seorang da'ie mampu menyelesaikan persoalan yang menghadangnya.

Utusan-utusan Rasulullah saw. telah membuktikan diri mereka dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah saw. dan komunitas muslim lainnya. Ja’far bin Abi Thalib di antaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habasyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat merindukan berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya, mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama. Hingga Rasulullah saw. begitu bangga terhadap mereka di saat mereka pulang ke Madinah. Beliau menyatakan, “Aku bingung apa yang membuat senang diriku, apakah karena menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habasyah.”


Demikian pula Mush’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama dapat mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat di sana. Mush’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluas jaringan dakwah dan aktivisnya. Sehingga tempat itu menjadi basis komunitas umat Islam di kemudian hari. Dan menjadi tanda peradaban Islam. Begitulah keperibadian aktivis dakwah yang mampan dalam mengembang amanah mulia. Mereka dapat menunaikan tugas tersebut dengan sebaik-baiknya. Lantaran tarbiyah dzatiyah yang ada pada diri mereka.

Malah banyak tugas-tugas lain dapat diselesaikan dengan dipermudahkan. Sebaliknya aktivis dakwah yang tidak mampu meningkatkan integriti dirinya cenderung untuk sambil lewa. Bahkan mungkin akan menimbulkan pergaduhan dalam kerja dakwah. Sebagaimana ungkapan pujangga lama ‘Al-‘askarul ladzi tasuduhul bithalah yujidul musyaghabati, aktivis yang tidak punya kemampuan untuk berbuat sesuatu sangat berpotensi membuat pertengkaran dalam kerja dakwah’.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27)

Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah Al-Mutaharikah (Kepribadian Aktivis Islam)

Tidak dinafikan bahawa Tarbiyah Dzatiyah menjadi keperibadian aktivis Islam. Bahkan Rasulullah SAW menilai hal ini sebagai prasyarat untuk para duta Islam dalam mengembangkan dakwah. Kerananya hal ini menjadi point dalam fit and profer-test bagi mereka yang akan menjalani tugasnya. Sehingga seseorang yang diutus ke suatu tempat, Nabi saw. mempertimbangkan kemampuannya dalam pengembangan integriti dirinya.

Hal ini sebagaimana yang dipertanyakan Rasulullah saw. pada Muadz bin Jabal saat akan diutus ke Yaman. “Wahai Muadz, bila kamu berada di tempat yang baru nanti, jika menemukan suatu persoalan apa yang akan kamu putuskan?” Muadz menjawab, “Aku akan putuskan berdasarkan Kitab Allah.” Rasulullah saw. pun melanjutkan, “Bila tidak kamu temukan pada Kitab Allah, dengan apa kau putuskan?” Jawab Muadz, “Aku akan tetapkan berdasarkan Sunnah Rasulullah.” Nabi SAW kemudian bertanya kembali, “Bila tidak juga kamu dapati di dalamnya, apa yang akan kamu lakukan?” Muadz menjawab, “Aku akan putuskan dengan akal fikiranku (ijtihadku).” Ternyata jawaban Muadz sangat memuaskan hati Rasulullah saw. Malah beliau memandang bahwa kualitas Muadz sudah memadai untuk menggalas tugas mulia tersebut.

Kualiti yang semacam itu diharapkan mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang selalu muncul di lapangan dakwah. Sehingga ia tidak selalu menyerahkan masalah itu pada qiyadah dakwah ataupun aktivis lainnya. Dengan kemampuan itu aktivis dakwah tidak cepat melatah dalam menyingkapi berbagai urusan yang terkait dengan tanggung jawabnya. Karena tanpa sikap itu persoalan dakwah akan bertambah pelik dan menambah beban qiyadah. Telah sering kita dengar qiyadah dakwah mengarahkan agar aktivis tidak selalu mengharapkan jawaban dari pusat atau menunggu bayanatnya. Melainkan mereka perlu menyingkapi dengan cepat apa yang mesti dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Meski pun demikian, kita pun perlu melihat secara keseluruhannya agar tidak terjebak dalam membebaskan diri untuk selalu bersikap di luar kendali qiyadah. Kerana ini pun akan menimbulkan 'kerosakan' dalam struktur kendali dakwah. Seperti sikap Hudzaifah ibnul Yaman sewaktu ditugaskan Rasulullah SAW masuk ke barisan musuh. Hudzaifah mendapati Abu Sufyan sedang memanaskan tubuhnya karena udara dingin. Saat itu Hudzaifah mampu untuk membunuhnya, akan tetapi ia teringat pesan Rasulullah SAW bahwa tugasnya waktu itu adalah memperhatikan kondisi musuh dan mengkhabarkan kepada Rasul. Sehingga dia menunggu untuk membunuhnya walau kesempatan itu ada di hadapannya.
Kerana itu perlu menempatkan secara imbang terhadap permasalahan ini. Peningkatan integriti diri dan mematuhi rambu-rambu qiyadah. Yang lebih berbahaya lagi bagi aktivis dakwah adalah bila tidak memiliki keduanya.

Syaikh Hamid ‘Asykariyah menegaskan, “mereka yang sudah tidak mempunyai kebaikan (peningkatan integriti diri dan mematuhi rambu-rambu qiyadah), mereka telah kehilangan kesedaran terhadap kemuliaan dakwah dan kepunahan perilaku taat pada qiyadah. Siapa yang telah kehilangan dua hal ini, maka mereka tidak ada gunanya tetap berada dalam barisan dakwah bersama kita.”

Ada’u Mutathallibatil Manhaj (Menyelesaikan Tuntutan Manhaj)

Manhaj dakwah memberikan ruang yang banyak untuk sarana tarbiyah agar dapat merealisasikannya semaksima yang mungkin. Baik melalui liqaat tarbawiyah, daurah, seminar, mukhayyam ataupun tarbiyah dzatiyah. Untuk mengaplikasikan manhaj dakwah yang begitu banyak dan padat tidaklah memadai dengan sarana tarbiyah regular. Karena keterbatasan lokasi waktu mahupun keterbatasan Murabbi dalam menyelesaikan tuntutan manhaj. Maka tarbiyah dzatiyah menjadi sarana untuk menyelaraskan tuntutan manhaj tersebut.

Oleh karena itu perlu difahami dengan benar pada setiap aktivis dakwah agar dapat melakukan tarbiyah dzatiyah dalam dirinya. Hal ini akan sangat membantu mengaplikasikan nilai-nilai tarbawiyah secara maksima. Dan dapat mencapai arahan manhaj yang menjadi acuan dakwah untuk mewujudkan da'ie yang siap meringankan perjalanan dakwah ini. Bila masing-masing aktivis sibuk untuk merealisasikan manhaj dalam dirinya sebagaimana tuntutan manhaj maka semua aktivis akan aktif dengan berbagai program dan kegiatannya.

Syaikh Abdul Halim Mahmud menyatakan bahwa tarbiyah dzatiyah merupakan tuntutan manhaj dakwah ini. Baik dalam arahannya agar menjadi aktivis dakwah yang siap dan cepat dalam menyambut tugas dakwah. Juga dalam muatannya yang tidak dapat diberikan secara kolektif karena berbagai pertimbangan. Namun diselesaikan secara personal dengan peningkatan kemampuan tarbiyah dzatiyah. Sehingga tampil aktivis yang siap siaga dengan Allah di jalan dakwah.

Tarqiyatu Ath-Thaqah Adz-Dzatiyah (Peningkatan Potensi Diri)

Peranan serta aktivis terhadap dakwah sangatlah dimarakkan agar mereka dapat memberikan kontribusinya dan menjadi bahagian dari dakwah. Da'ie yang dapat melakukan hal ini adalah mereka yang memahami betul potensi dirinya. Potensi yang dapat bermanfaat bagi perjalanan dakwah.

Menajamkan potensi diri menjadi aktivitas rutin. Sayogianya semakin hari semakin tajam potensi yang dimilikinya. Grafik potensinya selalu naik seiring perjalanan waktu. Sebagaimana yang dialami para pendahulu dakwah. Mereka senantiasa berada dalam kondisi puncak setiap bergantinya waktu. Imam Ibrahim Al-Harby selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya dengan ungkapan istimewa. Katanya, “Aku sudah bergaul dengan fulan bin fulan beberapa waktu, siang dan malam. Dan tidak aku jumpai pada dirinya kecuali ia lebih baik dari kemarin.”

Wallahu A'lam..

p/s: kekuatan ku adalah kekuatan mu Ya Allah..kuatkan diri ku, kembalikan semangat ku...sesungguhnya aku bergantung harap hanya padamu..ameen

Friday, June 18, 2010

Sekadar Coretan.....


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat buat para pembaca sekalian, selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, seterusnya para alim ulama..Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sekadar berkongsi cerita dan rasa. Melayan rencah kehidupan duniawi memang tidak pernah surut, pelbagai kisah suka dan duka yang kongsikan, juga pengalaman hidup,kisah sahabat-sahabat yang telah bertukar status dan tanggungjawab,juga kisah mereka yang Allah ujian dengan kematian dan kesusahan, serta mereka-mereka yang masih mengarang cerita sebagai seorang pelajar, pekerja dan sebagainya, tidak ketinggalan cerita mereka yang berjuang kerana Agama Allah serta isu-isu umat..begitulah pentas lakonan duniawi..terkadang penat dan lelah untuk menontonnya. Itulah hakikat manusia sebagai pelakon di pentas dunia dan akan menerima anugerah masing-masing di hari perhitungan yang bertempat di padang Masyhar dengan anugerah-anugerah hasil lakonan manusia di pentas dunia dengan pelbagai watak dan peranan.

Teringat pada kata-kata seseorang "usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah, usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman". Kata-kata yang menyuntik semangatku untuk terus bangun dalam melalui dan merentasi cabaran dan cubaan di pentas dunia ini.

Pesan Guruku "JANGAN LANTAS MENGATAKAN SALAH SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU, DAN JANGAN MENGAMBIL MUDAH DENGAN PERKARA YANG KITA TAHU"..ingin penulis berkongsi beberapa perenggan sajak mungkin, atau kata-kata yang sangat mendalam maknanya..hanya yang mengetahui sahaja yang akan memahami...ceritaku mengenai cerita ilmu...banyak manfaat yang diperolehi daripada ilmu...coretan guru-guru mursyidku buat anak muridnya..

Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu untuk kenal tuhanmu,
Kenal dirimu kenal tuhanmu,
Moga makrifat terbuka hijabmu.

Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu itu syahadah awalnya,
Syahadah itu perlu tahu,
Kunci tahu penyaksian yang satu.

Hati itu tempat ilmu,
Perlu BERSIH hati selalu,
Bersih hati bersih nafsu,
Agar pancaran makrifat menerangi dirimu.

Tahu itu kunci ilmu,
Tanya itu kunci buntu,
Huraian ilmu satu persatu,
agar tidak terputus jalinan yang satu.

Tak tahu satu kau buntu, tak kenal satu kau buta,
Untuk kamu tahu yang satu,
perlu jalan-jalan cari ilmu.

Nur itu pancaran ilmu,
Ilmu itu perlu kaji dan teliti,
Nah! baru kau temui jawapan yang pasti...
Pasti memandang pada yang satu.

Nak tahu satu kena ilmu,
Nak kenal satu dari ilmu,
Yang cari satu kenal satu,
Baru boleh Makrifat tahu.

Tahu, tahu, tahu satu,
satu tahu semua tahu.

Tidak sekali kamu tahu,
Jika tidak dengan ilmu,
Ilmu itu ilmu satu,
Hanya terpilih dapat tahu.

Kontradiksinya ilmu adalah melalui praktikalnya hidupmu,
Agar dapat kau jalinkan ilmu untuk capai makrifat dirimu.

Harapan guruku:

Kurnia ilmu kepada kamu,moga Allah membarakahi ilmu,
Ilmu kamu ilmu tahu, moga Allah mudahkan urusan.

Doaku pada kalian agar terbuka pintu syuhud, untuk capai pandangan makrifat.

Sekian.....^_^

Begitulah kata-kata semangat untuk kami terus mencari dan mengenal diri..diri empunya Yang Haq..kenal lah dirimu maka kamu akan kenal tuhanmu...Wallahu a'lam...

Thursday, June 3, 2010

Sekejap cuma???


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur kepada Allah SWT kerana rezeki dan nikmat imam yang telah diberikan kepada kita,selawat dan salam ku panjatkan kepada kekasih kita Baginda Muhammad SAW serta ahli keluarganya, seterusnya para sahabat dan para alim ulama sekalian, di doakan agar kalian sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya.

Salam perjuangan untuk pembaca sekalian,juga salam mujahadah..entri kali ini hanyalah sebuah perkongsian cerita, kerana ceritaku adalah ceritamu, ceritamu adalah cerita mereka, cerita mereka adalah cerita kita semua.

Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara, turut merasa sakit apabila saudaranya disakiti. Begitulah juga perihalnya isu umat sedunia iaitu isu umat Islam di Gaza. Penulis yakin para pembaca sudah tentu lebih arif mengenai isu semasa yang diperkatakan ketika ini.Isu kali ini adalah mengenai kapal-kapal konvoi yang menyertai misi Freedom Flotilla ke Gaza.

Mengenai perihal hantaran bantuan kepada penduduk di Gaza, bagaimana Yahudi laknatullah telah berlaku biadab terhadap pasukan yang membawa misi ini apabila menyerang anak kapal Mavi Marmara tanpa ada rasa perikemanusiaan sedikit pun.Di laporkan seramai 10 orang yang telah syahid.(betulkan penulis jika fakta ini salah)

Firman Allah SWT:"Dan janganlah kamu mengatkan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka)telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya"(Baqarah:154)

Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah:155 "Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- "


Seingat penulis, orang Yahudi telah menanamkan beberapa perkara mengenai umat Islam sejak anak-anak mereka masih kecil malah sejak di dalam kandungan lagi telah di didik untuk membenci umat Islam. Antaranya adalah 'daging yang paling enak adalah daging umat Islam', 'air yang paling sedap adalah darah umat Islam'..hurgggh menggelegak rasa marah yang teramat pada Yahudi laknatullah..jika mereka sejak kecil lagi telah mendidik anak-anak mereka dengan perihal membenci Islam dan umatnya,mengapa tidak kita??..mendidik anak-anak kita supaya membenci Yahudi laknatullah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Lihatlah betapa tingginya sifat kasih sayang umat Islam,, walaupun di serang oleh tentera Yahudi masih lagi memberi bantuan kepada 2 komando Israel. Mengikut laporan akhbar yang bertarikh 3 Jun 2010 Khamis.Sukarelawan Turki meminta doktor misi itu supaya memberi bantuan perubatan kepada 2 askar Zionis cedera.Kecederaan 2 askar Zionis itu bukanlah disebabkan serang balas daripada anak kapal Mavi Marmara tetapi kerana mereka tertembak sesama sendiri.Kerana ketika itu keadaan tidak terkawal sehingga mereka tertembak sesama sendiri. Seorang cedera di tangan dan seorang lagi mengalami kecederaan yang amat parah di dada.

Kini alhamdulillah, semuanya telah pulang ke tanah air dengan selamat.Dan di khabarkan pelayaran misi ini buat kali ke-2 akan diteruskan.Tetapi apa yang menyedihkan penulis, dunia kini disibukkan dengan perlawan bola sepak (world cup)..persoalannya,berapa ramaikah yang mampu bertahan dengan isu Gaza???? masing-masing tepuk dada tanyalah iman masing-masing.Seperti bermusim, isu kemanusiaan yang sangat berat boleh dilenyapkan dengan isu world cup???

Renungkan dan fikirkan...kita di mana dan bagaimana. Adakah masih teguh dan kukuh dengan isu kemanusiaan di Gaza atau hanya hangat-hangat tahi ayam??? Melihat orang bersemangat kita turut bersemangat tetapi bila di hidangkan dua perkara antara isu umat di Gaza dengan world cup mana pilihan anda?

Allah telah merakamkan dalam kitab suci Al-Quran mengenai keburukan-keburukan orang Yahudi. Antaranya surah Ali Imran:78 yang bermaksud :"Dan sungguh, di antara mereka nescaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca Kitab, agar kamu menyangka (yang mereka baca) itu sebahagian dari Kitab, padahal itu bukan dari kitab dan mereka berkata, 'itu dari Allah', padahal itu bukan dari Allah. Mereka mengatakan hal yang dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui."

Memang bangsa yang pandai putar belit si Yahudi nih!!..terbaru mengenai kapal Israel yang ingin berlabuh di perairan Malaysia..so apa tindakan??? setengahnya telah melakukan bantahan.Kita???

p/s:Pulang dari Jakarta membawa pulang kisah suka dan duka...

Monday, May 31, 2010

Kecewaku di saat ini...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW,ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda serta para solehin.Salam optimis, salam perjuangan, salam mujahadah, salam ukhuwah dan salam kasih sayang daripada penulis. Agak lama penulis tidak 'meng up date' blog. Mungkin kerana kesibukkan yang sengaja dicari-cari atau kesibukkan yang sememangnya sedia menanti.

Sekadar berkongsi cerita dan rasa. Imam itu turun dan naik sifatnya. Sekadar muhasabah diri untuk penulis sendiri khasnya dan untuk pembaca sekalian umumnya.Terkadang penat dan letih melayan kerenah manusia di sekeliling penulis.Pelbagai ragam dan gelagat.Termasuk hal-hal yang berkaitan dengan orang-orang yang dikatakan mendapat pentarbiyahan.

Entah kenapa terasa sangat lelah ketika ini, terasa mahu menangis sepuas-puasnya,terasa lemah tika ini bukan kerana amal dakwah yang dipikul tetapi kerana sikap orang-orang yang berada dijalan dakwah ini.Tidak mengapalah, rasa kecewa yang 'tersangat' dengan orang-orang yang sama membawa fikrah kerana ada beberapa tindakan yang tidak terlihat seperti mereka adalah orang yang mempunyai fikrah.Adakah mereka adalah sang aktivis yang dikategorikan berada dalam zona nyaman? kerana bila mana disibukkan aktivis pada masalah-masalah remeh internal organisasi yang seharusnya tak perlu dipermasalahkan sampai mengabaikan masalah eksternal yang jauh lebih urgen.Bab mad'u seorang pun nak kecoh-kecoh!!! (bahasa kasarnyalah), sepatutnya fikiran pasal penerusan tarbiyah mad'u bukan disibukkan dengan masalah-masalah teknikal,kalau pun ia ada perlanggaran dari sudut teknikal bukankah boleh diperbaikkan dengan berlapang dada..hal yang kecil diperbesar-besarkan.

Kesian si mad'u yang tidak tahu menahu menjadi mangsa atas keegoaan masing-masing.Apa yang mereka mahu??. Astagfirullahal azim...ampunkanlah Ya Allah dosa-dosa ku kerana tercetusnya perasaan marah ini. Hanya padamu Ya Allah hamba serahkan segalanya.Begitu juga dengan rasa kecewa ini, ku serahkan pada-Mu Ya Allah, sesunguhnya Engkau Maha Mengetahui segala isi dunia.

Bahan yang 'berbakul-bakul' belum tentu mampu cemerlangkan diri seorang Daie itu, bahan hanya sebagai bahan bantuan untuk mengukuhkan kefahaman.Begitu juga dengan halnya semangat. Semangat perlu, tetapi tarbiyah yang bersandarkan kepada semangat dan bahan semata-mata tidak akan mampu bertahan lama.

Ayahku adalah murabbi yang terbaik dalam hidupku. Pesan dan nasihatnya ibarat mutiara yang sangat berharga, tidak kira apa jua kondisiku, samada dalam keadaan siap siaga atau dalam keadaan lemah.Pesan ayah "harus diingat selalu setiap yang baharu itu pasti berubah, kerana itu kita perlu sentiasa beringat dan berpada-pada. Apa yang penting, jagalah kebersihan hatimu, berlapang dadalah dengan 'manusia-manusia' yang seperti itu, atau dengan sesiapa sahaja. Apa sahaja yang kita kerjakan ingat!! yang awalnya mestilah kerana Allah SWT, kerana Allah lah yang merencanakan segala 'cerita-cerita' di bumi ini."

Teringat pesan ayah...air mata mula membasahi pipi..terlalu sedih dan kecewa ketika ini.Cepat-cepat penulis mencari USB yang tersimpan di dalamnya kata-kata yang mampu membangkitkan semangat...Umar r.a. berkata ”Jika hanya ada seorang yang akan mengusung dakwah ini, maka akulah orangnya.”. Sedangkan aku? Sudah sunnatullah jalan ini begitu berat, penuh rintangan, maka hanya orang-orang terpilihlah yang Ia izinkan ada di jalan ini.

Sudah digariskan perjuangan itu pahit, kerana surga itu manis.Kucari sebuah pesan dari saudaraku, pesan yang selalu mengingatkanku, ”Sungguh! Jamaah ini besar dan kukuh kerana keikhlasan dan mujahadah para muassis kita. Mereka bak cahaya yang menyinari semesta. Akankah cahaya itu padam karena kemaksiatan kita? Tanyakan pada hatimu…”
Kembali aku tersungkur, fikiranku bergetar, air mata kembali mengalir menyedari kealpaan diri. Sombong! Angkuh! Tak ada kata yang tepat untuk menggambarkan diriku saat ini.'Maka berlapang dadalah dengan ukhti-mu',pesan bekas Naqibahku.

Ya Rabb...izinkan aku tetap berjuang di jalan-Mu ya Rabb. Jangan jadikan aku manusia-manusia yang digantikan, manusia-manusia yang Engkau gantikan dengan manusia-manusia yang lebih baik. Bantu aku untuk tetap ikhlas Ya Rabb, agar yang aku lakukan tidak menjadi sia-sia. Ampuni-ku Ya Rabb. Sungguh! Engkau tidak pernah membutuhkan aku, akulah yang membutuhkan Engkau. Jadi jangan pernah tinggalkan aku Ya Rabb. Amin.

p/s: mood: cuba membina kembali dan mencari semangat yang baru...yeah..caiyo2..

Thursday, April 22, 2010

Ujian Tingkat Kematangan..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki kepada semua hamba-hambanya, selawat dan salam ku panjatkan ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Salam ceria, salam perjuangan dan salam optimis. Optimis kita dengan kehidupan dan ujian kehidupan yang telah Allah turunkan pada setiap hambanya yang beriman.

Seorang sahabat ada bertanya pada penulis mengenai hakikat ujian. Moga entri kali ini lebih memberi kefahaman pada 'anda' yang bertanya penulis.Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Samada di rumah, di pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia. Kerana apa? Kerana kita masih lagi di sekolah kehidupan.Apabila dinamakan sekolah kehidupan pasti ada ujiannya. Keputusan ujian itu nanti, sewaktu kita semua berbaris di padang Masyhar untuk mengambil keputusan masing-masing. Keputusan berdasarkan 'jawapan/tindakan' pada setiap ujian dunia yang telah Allah berikan.

Bagaimana Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda Nabi SAW:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar,tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Riwayat Al-Hakim)

Ingatlah ujian seiring dengan perjuangan.Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan Iman, sabar dan istiqamah.Ujian dijadikan oleh Allah untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajarannya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

Umat Islam akan diuji 5 perkara:
1) Saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya.
2) Orang munafik yang sentiasa membencinya.
3) Orang kafir yang sentiasa memeranginya.
4) Syaitan yang sentisa berusaha menyesatkannya.
5) Bisikan hawa nafsu yang sentisa menggoncangkan keimanannya.

Saudara-saudaraku, semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan menerbitkan rasa putus asa dan kecewa sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (al-Insyirah:6)

Yang penting, sering sematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kehidupan.Sekadar peringatan untuk diri penulis terutamanya..

Wallahu a'lam.


Siri seterusnya....


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam optimis, salam mujahadah dan salam ukhuwah. Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW nabi junjungan kita serta kaum keluarga baginda. Sebagai muhasabah diri kita bersama. Sambungan Siri Fitnah 3..adaptasi daripada tulisan murabbiku..

Fitnah Siri III : Bisikan... Permulaan Fitnah

Sesungguhnya ciri fitnah yang pertama ialah ia tidak kelihatan oleh mata secara sekaligus. Tetapi ianya hanya tersembunyi dan bermula secara bisikan di antara dua atau tiga orang. Kemudian ia melebar dengan berlalunya hari-hari. Problem ini menjadi bertambah besar kerana kekurangan kerja dakwah yang dilakukan. Kurang perhatian dan ketegasan daripada qiadah juga menjadi sebab ia menjadi bertambah subur.
Pada peringkat permulaan, masalah ini menjengukkan mukanya dalam keadaan malu-malu dan bersembunyi dalam keadaan ketakutan.

Kerana berterus terang adalah hasil keberanian, sedangkan fitnah dan berbisikan adalah fenomena kelemahan dan keraguan. Allah swt telah melarang daripada berbisikan. Kebanyakan para mufassirin menyatakan bahawa sebab kenapa Allah melarang daripada melakukan perkara ini kerana ia boleh menyebabkan orang lain berdukacita. Ini adalah benar, lebih-lebih lagi ketika ummat Islam hidup dalam keadaan kemewahan dan ketenangan.

Sebab kenapa berbisikan adalah dilarang kerana realiti telah menunjukkan berbisikan merupakan permulaan kepada fitnah dan pembentukan klik-klik. Umar bin Abdul Aziz telah menyedari tentang perkara ini, lantas beliau berkata, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Auza`iyy:Umar bin Abdul Aziz berkata: "Jika anda melihat satu kumpulan berbisik-bisik di antara mereka tentang suatu urusan agama mereka tanpa dilibatkan orang lain, maka ketahuilah bahawa mereka sedang mengasaskan kesesatan." (Sirah Umar bin Abdul Aziz, karangan Ibnu al-Jauzi, 103)



Demikianlah akhirnya, bermula dialog-dialog pinggiran, perbahasan-perbahasan individu, jauh dari suasana kerja yang boleh mendatangkan hasil, serta jauh dari kawalan qiadah jamaah. Dengan ini kejahatan bermula dan fitnah melebar. Oleh kerana itu, ada orang membandingkan fitnah ini dengan api besar membakar yang hanya bermula daripada percikan-percikan api yang kecil sahaja.

Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Nasr bin Sayyar “Aku melihat di bawah pasir cahaya bara api, yang hampir mengeluarkan api membakar. Sesungguhnya api dapat dinyalakan dengan dua batang kayu, dan sesungguhnya kejahatan hanya bermula daripada lidah. (Al-Aghani)Nasr -seorang pemimpin-, dengan kemampuan siasah dan kelayakan kepimpinannya, amat memahami dan mengetahui tentang perkara ini.

Lalu perbandingan dan gambaran yang dilakukannya terhadap fitnah adalah tepat dan indah. Pada waktu yang lain, beliau menggunakan perbandingan yang lain. Beliau mengumpamakan fitnah seperti kandungan yang tidak kelihatan melainkan pada hari-hari terakhir hamil sahaja.

Beliau memberi amaran daripada hanya menunggu dengan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap fitnah ini yang akan menyebabkan kesukaran untuk menangani permasalahan ini setelah ia merebak. Bait-bait syair beliau menggambarkan tentang perkara ini:
Apa yang kita sembunyikan tentang urusan kita, adalah seperti lembu jantan ketika mendekati hari penyembelihannya.

Atau seperti perempuan yang disangka oleh keluarganya, masih perawan sedangkan sudah hamil sembilan bulan. Kita melihat kepadanya sudah carik, dan carikannya sukar untuk ditampal. Seperti sehelai baju yang amat buruk, sudah tentu menyukarkan walaupun oleh tukang jahit yang mahir. (Muruj al-zahab 3/358)

Akhirnya Ia Menjadi Seperti Perempuan Yang Huduh

Sekiranya beliau dapat memahami tentang fenomena-fenomena fitnah lantaran deria siasi atau deria sosial yang dimilikinya, tetapi apa yang difahami oleh para salaf adalah lebih jelas dan mendalam. Mereka selalu mengambil pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia daripada syair-syair di zaman jahiliyyah sehingga seolah-olah ia menjadi satu kaedah yang berterusan.

Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab sahihnya, dengan katanya: Ibnu `Uyainah berkata daripada Khalaf bin Haushab: Mereka suka untuk mendendangkan bait-bait ini ketika berlaku fitnah. Umru'ul Qais berkata: Maksudnya: Peperangan ketika ia pada peringkat permulaan, berusaha menawan hati setiap yang jahil dengan segala perhiasannya. Sehingga apabila api menyala dan kayu api dicucuh, ia melarikan diri tanpa teman. Mukanya hodoh, berubah warnanya, tidak diingini untuk dicium dan dikucupi.

Tujuan mengungkapkan bait-bait syair ini adalah untuk mengembalikan kita kepada apa yang didengar dan disaksikan oleh mereka ketika berlaku fitnah. Dengan mengungkapkan bait syair ini, mengingatkan mereka agar tidak melibatkan diri dengan fitnah dan tidak tertipu dengan fenomenanya yang mempesonakan... (Fath al-Bari 13/10)
Fitnah diibaratkan sebagai perempuan tua yang hodoh, yang tidak diingini untuk dicium dan dikucup.

Perumpamaan ini dilakukan adalah bagi menggambarkan keburukan fitnah. Bahkan terdapat beberapa nas syarak sendiri, melalui mimpi orang-orang salih, yang menggambarkan fitnah sebagai seorang perempuan yang mengerbang rambutnya. Ini adalah sebagai memberi amaran kepada orang mukmin daripada mendekatinya seterusnya tidak terpedaya dengan luarannya yang menarik atau permulaannya yang dijalankan dalam keadaan tersembunyi.

Memahami permulaan adalah sesuatu yang mesti dimiliki oleh seseorang pemimpin atau ketua. Sama ada melalui ilham yang merupakan natijah taqwa, atau kebijaksanaan yang dicernakan oleh pengalaman lalu, atau kebolehan semulajadi yang merupakan anugerah daripada Allah swt. Dengan kebolehan ini, seseorang itu boleh membezakan di antara kebenaran dan kebatilan melalui alunan perkataan yang diluahkan, keganjilan tingkah laku, perubahan perangai dan kelakuan. Ini menuntutnya agar mengambil sikap tegas serta tidak dipengaruhi oleh kelembutan tingkah laku, persahabatan yang panjang dan kemanisan perkataan.

Kepentingan jamaah adalah lebih utama daripada untuk mengambil hati sesiapa. Kesatuan saf adalah lebih patut didahulukan daripada untuk mengekalkan individu tertentu. Semuanya tidak akan terlaksana melainkan dengan sikap berterus terang dan membelakangkan penyembunyian. Ia hendaklah dirawat dengan rawatan yang tidak mengakibatkan mata pisau menjadi sumbing atau menyebabkan ketergendalaan amal. Membuang bisul adalah lebih baik daripada memotong anggota badan.

Memberikan ubatan adalah lebih utama daripada merawat penyakit. Menjaga burung-burung yang kecil di dalam sarangnya adalah lebih mudah daripada menangani api fitnah yang sudah merebak. Dengarkanlah di sini satu risalah yang menjelaskan tentang pengertian ini dengan gambaran yang mendalam, daripada Nasr bin Sayyar yang dihantarkan kepada Ibnu Hubairah Maksudnya: Walaupun ia adalah anak burung yang berumur dua tahun namun tubuhnya adalah besar, apabila ia telah cergas kakinya diselaputi bulu halus. Jika ia terbang bulu-bulu halus itu tidak menyakitkannya, tetapi ia boleh menyebabkan api merebak cepat. (Tarikh al-Tabariyy, 6/38)

Wallahu a'lam....

Friday, April 16, 2010

Dekat Di Hati Untuk Dikasihi....


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat ke nabi junjungan Muhammad SAW, serta ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seterusnya mereka yang hidup selepas zaman kewafatan Nabi. Bersyukur kepaa Allah SWT..segala-segala yang terjadi adalah atas izin-Nya.

Agak lama penulis tidak menghantar pos yang baru, mungkin kesibukan yang membuat penulis lupa seketika untuk meng 'up date' bahan di alam maya ini. Semoga Allah memberikan kemudahan...alhamdulillah hari ini ada kelapangan waktu sedikit untuk penulis meneruskan coretan perkongsian ilmu.

Sekadar santai minda, refresh iman, muhasabah amal..agar esok lebih baik daripda hari ini.Sekadar perkongsian ilmu yang penulis ada..semoga ia memberi manfaat dunia dan akhirat hendaknya kepada para pembaca sekalian.


Santai minda kali ini adalah berkenaan dengan hal-hal yang bersangkutan dengan 'si dia bakal seorang isteri' atau 'si dia seorang isteri'.

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” Riwayat Muslim

Huraian

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya.

Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa.

Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga.

Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.

(Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami’ as-Saghir 3299, Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838)

Namun harus kita ingat..firman Allah dalam surah Ar-Rum:21 yang bermaksud:
"Dan di antara kekusaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"

Oleh kerana itu, semstinya urusan jodoh itu adalah urusan Allah SWT..akan tetapi kita sebagai manusia pilihan yang diberi adalah IKHTIAR.Oleh itu soleh/solehahkan diri anda pasti anda akan perolehi seperti anda.(uihs! bebelit ke ayat tu? tak kan?)

Teringat lagu daripada kumpulan The Zikr, Lirik lagunya begini:

Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata,
Penawar hati,
Penajam fikiran,,

Di rumah ia isteri,
Di jalanan kawan,
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan,

Pandangan kita diperteguhkan,
Menjadikan kita tetap pendirian,
Ilmu yang diberi dapat disimpan,
Kita lupa ia mengingatkan,

Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata,
Penawar hati,
Penajam fikiran,,

Di rumah ia isteri,
Di jalanan kawan,
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan,

Nasihat kita dijadikan pakaian,
Silap kita dia betulkan,
Penghibur di waktu kesunyian,
Terasa ramai bila bersamanya,

Dia umpama tongkat si buta,
Bila tiada satu kehilangan,
Dia ibarat simpanan ilmu,
Semoga kekal untuk diwariskan.

Walllahu A'lam

p/s: Doakan penulis semoga dipermudahkan urusan serta menjadi isteri yang solehah.Allahuma Ameen...




Monday, March 29, 2010

Renung..Tenung..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur kepada Allah SWT,atas segala kenikmatan yang telah diberikan kepada kita sebagai hambanya.Sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, seterusnya sahabat-sahabat nabi dan orang-orang yang alim.

Santai minda kali ini sekadar refresh iman dan amal,semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Kegembiraan hari ini adalah kegembiraan yang telah Allah janjikan setelah kepahitan yang dilalui..Allah itu penyayang sifatnya, sebentar cuma ujian yang Dia berikan, sekejap sahaja kesusahan yang Dia datangkan,kemudian seandainya manusia itu sabar, maka ganjaran yang besar akan diterima,tetapi manusia cepat melatah, manusia cepat mengalah, manusia cepat putus harap...kerana manusia sebegini lupa bahawa dia mempunyai Allah..Allah mengatur setiap rencana dalam kehidupan tiap-tiap anak adam itu berdasrkan perjanjian yang telah kita buat...

Ya, kita telah berjanji dengan Allah SWT sebelum kita keluar ke bumi.
اللهم أنت ربى لا إله إلا أنت خلقتنى وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت أعوذبك من شرما صنعت أبو ءلك بنعمتك على وأبوء بذنبى فاغفرلى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

"Ya Allah,Engkau adalah Tuhanku,tidak ada Tuhan selain Engkau,Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu,(yang akan kulaksanakan dengan)segala kemampuanku;dan aku berlindung kepada-Mu,daripada apa-apa kejahatan yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya)nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau."

Ingatlah,hidup ini lebih bermakna apabila ilmu kita terus bertambah dari masa ke semasa. Sesungguhnya kesalahan dan kesilapan tidak menjadi penyebab manusia terjerumus ke dalam seksaan Allah kerana sesungguhnya manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi sikap tidak mahu memperbaiki diri yang menjadi penyebab kita hampir dengan azab Allah. Sebesar mana pun kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan, ianya dapat dihapuskan dengan bertaubat.Asalkan kita segera meninggalkan kesalahan itu dan berusaha memperbaiki diri sendiri.

Allah menjelaskan dalam Al-Quran surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak ada yang dapat menolaknya sekali-kali dan tidak akan ada pelindung bagi mereka selain Dia "

Oleh itu,belajar memperbaiki diri adalah kunci bagi menjadi seorang muslim yang sejati.Berapa ramai umat Islam di setiap sudut dunia hidup dalam keadaan yang hina?. Mereka menjadi boneka orang-orang bukan Islam. Tenaga mereka dikerah, harta mereka dirampas dan harga diri mereka dipijak-pijak. Mengapa perkara sebegini terjadi?

Salah satunya kerana mereka tidak berilmu. Mereka tidak dapat melawan musuh-musuh kerana mereka tidak berilmu. Memang benar terdapat beberapa faktor yang lain yang menyebabkan saudara-saudara kita itu hidup dalam keadaan yang hina.

Saudara-saudaraku sekalian,
Demi mencapai tahap Muslim sejati kuncinya adalah dengan menguasai ilmu pengetahuan. Tanpa menguasai ilmu pengetahuan, seseorang muslim itu tidak memiliki izzah iaitu kegagahan. Dengan ilmu pengetahuan, seseorang itu dapat memperbaiki hati dan fikirannya. Dengan ilmu pengetahuan juga,seseorang muslim dapat menigkatkan kualiti dalam pekerjaannya. Bermula dari sini bakal lahir muslim yang sejati.

Semunya mampu kita hadapi dengan ilmu pengetahuan. Bagaimana kita menghadapi segala perubahan apabila tidak beserta dengan perkembangan ilmu pengetahuan? Apabila perubahan di sekeliling kita tidak diimbangi dengan ilmu pengetahuan,apa yang tinggal hanyalah emosi dan ketegangan. Tidak hairan pada masa kini terdapat begitu ramai orang yang mengalami tekanan hidup, malah ada juga yang menjadi gila.

Salah satu ciri-ciri orang yang kurang ilmu emosinya tidak terkawal.Mereka sering marah-marah,dalam keadaan ini mereka tidak dapat memikirkan atau membezakan antara perkara yang betul dan yang salah.

Ilmu pengetahuan itu terbahagi kepada dua.Pertama: ilmu yang memberi manfaat pada diri dan orang lain, kedua:ilmu yang memberi manfaat pada diri tetapi menyusahkan orang lain. Renung-renungkan dan muhasabah amal, dikategori mana ilmu yang kita perolehi kini.Jawapan ada pada diri masing-masing.

Oleh kerana itu apabila Allah menguji seseorang anak adam itu, perlulah dihadapi dengan sabar, hikmah sabar adalah daripada ilmu. Peringatan untuk penulis terutamanya dan pembaca sekaliannya, apabila kita ditimpa musibah atau ujian peganglah 2 perkara ini.Berdoalah pada Allah. Pertama: Ya Allah, jika musibah ini sebagai penghapus dosa buatku maka Kau ampunkanlah aku dan kurniakanlah aku kesabaran dalam diriku.
Kedua:Ya Allah, jika musibah ini adalah sebagai cara Engkau mengangkat darjatku disisi-Mu, maka tinggikanlah darjatku di sisi-Mu Ya Allah. Ketenangan yang terucap akan kita rasa...kerana ketenangan itu datangnya dari Allah juga.

Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dari masa ke semasa...agar kita ditinggikan darjat di sisi Allah SWT..kerana jika itu permohonan kita, maka Allahlah yang akan mengangkat darjat kita di sisi manusia.Wallau a'lam...

p/s: menghitung hari...detik demi detik....(^_^)



Tuesday, March 23, 2010

Takut = Taqwa?


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur kepada Allah SWT,di atas nikmat keamanan untuk kita beramal ibadah kepadanya, nikmat Islam,Iman dan Ehsan. Nikmat kita dilahirkan dalam keluarga yang bersyahadah. Selawat ke Nabi junjungan Muhammad SAW serta kaum keluarga Bani Hashim, para sahabat-sahabat baginda serta tabi' dan tabi'tabi'in, seterusnya kepada para sahabat-sahabat pembaca sekalian. Ayoh! kita muhasabah amal,koreksi diri dan ilmu, agar hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

Entri kali ini adalah mengenai TAQWA. Teringat penulis sewaktu menghadiri kelas Sejarah Nusantara 2 minggu lepas,perbincangan berkisarkan tentang penghuraian mengenai TAQWA. Orang zaman dahulu sering dimomokkan dengan kisah-kisah hantu..lalu terdidiklah mereka dengan rasa takut kepada hantu.Apabila takut kepada hantu maka mesti lari daripada hantu.Begitulah orang-orang terdahulu terdidik, dan sekarang perihal itu kembali dihidupan oleh orang-orang yang dikatakan berkarya. Berapa banyak sudah cerita-cerita yang mistik ini dijadikan bahan untuk mengaut keuntungan? Tanpa memikirkan natijah atau kesan terhadap akidah masyarakat.Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka-mereka ini.

Masyarakat (dahulu dan sekarang)lebih takutkan hantu daripada tuhan (Allah SWT).Oleh kerana itu orang-orang alim dulu menggunakan perkataan TAQWA untuk memberi kefahaman yang jelas dalam soal akidah ini. Sekiranya disebut takut kepada Allah, maka mereka akan lari kerana takut, tetapi berbeza dengan TAQWA, Taqwa adalah rasa takut yang membuatkan kita semakin menghampirkan diri kepada Allah SWT.(pendapat penulis sahaja, boleh diterima dan ditolak)Beza bukan? Ini huraian mengenai TAQWA, semoga kita dapat bersama manfaat ilmu.



Seorang hamba tidak dapat mencapai derajat taqwa (muttaqin) sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa , semata-mata karena khawatir terjerumus
dalam dosa (H.R. At-Tirmidzi, Ibnu Majah)


Para ulama telah berusaha memberikan definisi taqwa yang mudah dicerna. Al- Hasan Al-Bashri menyatakan bahwa taqwa adalah takut dan menghindari apa yang diharamkan Allah, dan menunaikan apa-apa yang diwajibkan oleh Allah. Taqwa juga berarti kewaspadaan, menjaga benar-benar perintah dan menjauhi larangan.

Secara sepintas, definisi taqwa tersebut cukup sederhana, namun ternyata dalam konteks amal, sangat memerlukan upaya sungguh-sungguh untuk meraihnya. Seorang sahabat Rasul SAW, Ubay bin Ka’ab pernah memberikan gambaran yang jelas tentang hakikat taqwa. Pada waktu itu, Umar bin Khaththab bertanya kepada Ubay tentang apa itu taqwa. Ubay balik bertanya : “Apakah Anda tidak pernah berjalan di tempat yang penuh duri?” Umar menjawab : “Ya.” Ubay bertanya lagi : “Lalu Anda berbuat apa?” Umar menjawab: “Saya sangat hati-hati dan bersungguh-sungguh menyelamatkan diri dari duri itu.” Ubay menimpali : “Itulah (contoh) taqwa.”

Menghadapi duri di jalanan saja sudah takut, apalagi menghadapi siksaan api neraka di akhirat kelak, seharusnya kita lebih takut lagi. Permasalahan yang dihadapi biasanya adalah “duri” semacam apakah yang dihindari oleh orang-orang bertaqwa itu dan sejauh manakah kita mampu untuk menghindari “duri” itu.

Definisi tentang taqwa menurut Al-Hasan Al-Bashri (yang juga diikuti dan disepakati oleh para ulama) di atas, memberikan kejelasan bahwa duri yang menghadang para muttaqin adalah apa-apa yang diharamkan atau dilarang oleh Allah SWT. Oleh karena itu, kita seharusnya berjalan hati-hati, waspada, dan takut terhadap semua larangan Allah.

Istilah taqwa memang sudah mula kehilangan makna. Padahal, bagi kaum muslimin, paling sedikit satu kali dalam seminggu, dalam khutbah Jum’at, khatib mengajak untuk senantiasa meningkatkan iman dan taqwa kita. Dalam Al Qur’anul Karim, banyak ayat yang memerintahkan kita untuk bertaqwa. Allah SWT menjanjikan bahwa sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi-Nya adalah manusia yang paling bertaqwa.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menyatakan bahwa orang bertaqwa adalah orang yang telah menjadikan tabir penjaga antara dirinya dan neraka. Pernyataan ulama besar salaf ini memiliki kandungan yang lebih spesifik lagi. Orang bertaqwa berarti dia telah mengetahui hal-hal apa saja yang menyebabkan Allah murka dan menghukumnya di neraka. Selain itu, ia juga harus mengetahui batasan-batasan (aturan-aturan) Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya.

Di sinilah peranana yang penting dari perintah Rasul SAW untuk menuntut ilmu dari mulai lahir hingga liang lahat. Ketaqwaan sangat memerlukan landasan ilmu yang benar dan lurus, sesuai dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT sangat mencela kepada orang-orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tentang batasan-batasan yang telah disampaikan kepada Rasul-Nya. Hal ini sejalan pula dengan firman Allah bahwa Alah akan meninggikan orang-orang berilmu beberapa darjat.

Dalam perjalanan meraih darjat taqwa diperlukan perjuangan yang sungguh-sungguh untuk melawan hawa nafsu, bisikan syaithaniyah yang sangat halus dan sering membuat manusia terpedaya. Sikap istiqamah dalam memegang ajaran Allah sangat diperlukan guna menghantarkan kita menuju derajat taqwa.

Syekh Abdul Qadir pernah memberikan nasihat : ”Jadilah kamu bila bersama Allah tidak berhubungan dengan makhluk dan bila bersama dengan makhluk tidak bersama nafsu. Siapa saja yang tidak sedemikian rupa, maka tentu ia akan selalu diliputi syaitan dan segala urusannya melewati batas.”

Seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan dosa-dosa, baik kecil maupun besar. Baginya dosa kecil dan dosa besar adalah sama-sama dosa. Ia tidak akan memandang remeh dosa-dosa kecil, karena gunung yang besar tersusun dari batu-batu yang kecil (kerikil). Dosa yang kecil, jika dilakukan terus-menerus akan berubah menjadi dosa besar.
Tidak hanya hal-hal yang menyebabkan dosa saja yang ditinggalkan oleh orang-orang bertaqwa, hal-hal yang tidak menyebabkan dosa pun, jika itu meragukan, maka ditinggalkan pula dengan penuh keikhlasan.

Martabat Taqwa

Martabat Taqwa .

Menurut Al-‘Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;[8]

Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran .

Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan “Kalimat at-Taqwa” dalam firmanNya :

“…lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa …”.

( Surah Al-Fath . Ayat : 26 )

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : “لا إله إلا الله محمد رسول الله” atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.[9]

Martabat kedua : menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.

Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.

Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;

“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt ).”

( Surah Ali Imran. Ayat : 102 )

p/s:Sekiranya Nabi masih hidup, nescaya baginda akan menangis melihat apa yang berlaku terhadap umatbya sekarang...sama-samalah mengkoreksi diri agar menjadi orang yang terbaik antara yang terbaik.



Wallahu A’lam bishshawab.


Thursday, March 18, 2010

Asmaa' Abu Bakar..Wanita Besi


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur kehadrat Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita sebagai hambanya, selawat dan salam ke atas kekasih junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, seterusnya sahabat-sahabat baginda,tabi'dan tabi' tabi'in.

Agak lama penulis tidak penulis entri yang baru, tidaklah terlalu sibuk, mungkin mood untuk menulis hilang seketika atas alasan untuk lebih tumpukan pada perancangan yang akan berlaku dan telah berlaku dalam beberapa minggu ni.

Perkongsian kali ini adalah mengenai Asmaa' Binti Abu Bakar, seorang wanita yang mendapat gelaran wanita besi yang berumur panjang.Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya. Allah memberinya umur panjang dan kecerdasan berfikir, hingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut Rasulullah) dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah.


Ibunya bernama Qutayrah binti Abu Uzza dari Banu Amir bin lu'ai. Dia adalah saudara kandung Abdullah bin Abu Bakar ra. Asma' telah dilahirkan 27 tahun sebelum Hijrah. Usianya lanjut, sehingga dia wafat pada tahun ke-73 sesudah Hijrah. Berarti usianya genap satu abad.

Dari masa jahiliyyah hingga ke masa pemerintahan Bani Umayyah. Semenjak permulaan Islam, Asma' telah banyak membantu perjuangan Nabi SAW beserta ayahnya. Ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra. dikejar-kejar oleh kafir-kafir Quraisy, keduanya bersembunyi di gua Tsur, maka setiap petangnya, Asma' binti Abu Bakar seorang diri telah datang ke tempat persembunyian itu untuk membawa makanan dan minuman untuk Nabi SAW serta ayahnya.

Pada malam ketiga, Asma'juga telah datang ke tempat Persembunyian Rasulullah SAW dengan rnembawa Seorang penunjuk jalan, yaitu Abdullah bin Uraiqith. Kemudian Nabi SAW bersama sahabatnya meninggalkan gua itu untuk melanjutkan perjalanan. Sedangkan Asma' membawakan bungkusan makanan bagi mereka. Dan karena dia tidak menemukan tali untuk mengikat makanan itu pada unta, maka ia membuka tali ikat pinggangnya, lalu disobeknya menjadi dua utas tali. Yang satu dijadikan ikat makanan kepada unta, dan yang lain diikatkan pada pinggangnya. Dan sejak itulah dia telah dikenal dengan panggilan 'Wanita yang mempunyai dua ikat pinggang'.

Setelah berkhidmat dan membantu perjuangan Nabi SAW Ketika berhijrah ke Madinah, Asma' segera kembali ke rumahnya. Namun, belum sempat Asma' tiba di rumahnya, beberapa orang kaum Quraisy dengan diketuai oleh Abu jahal, sudah berada di belakangnya. Asma' ditanya dengan berbagai pertanyaan. Tetapi dia tetap menjawab, 'Saya tidak tahu.' Hal itu telah membuat Abu Jahal marah, lalu dia menampar Asma' dengan tangannya yang kasar itu. lantaran tamparan itu terialu kuat, sehingga anting-anting Asma' tercabut dari telinganya. Rasa sakit dari tamparan Abu jahal itu terus terasa oleh Asma' sampai beberapa hari, bahkan dia tidak dapat melupakannya seumur hayatnya.

Asma' telah memeluk Islam bersama-sama orang yang pertama memeluk Islam. Dia adalah orang yang kedelapan belas dalam urutan orang-orang yang mula-mula memeluk Islam. Usia Asma' delapan tahun lebih tua dari 'Aisyah ra. Asma' telah menikah dengan Zubair bin Awwam ra. Dan darinya mempunyai anak: Abdullah, Urwah, Mundzir, Asim, Muhajir, Khadijah, Ummul Hasan dan 'Aisyah. Suaminya, Zubair telah syahid dalam pertempuran jamal. Asma' binti Abu Bakar berkata, 'Ketika aku menikahi Zubair, dia belum mempunyai rumah, juga tidak mempunyai budak.

Dia tidak mempunyai apa-apa di muka bumi ini selain kudanya. Akulah yang biasanya menggembalakan kudanya, memberinya makan, dan merawatnya. Selain itu aku juga yang menggiling bibit kurma, menggembalakan unta, memberinya minum, menambal ember, dan membuat roti. Sebenarnya aku tidak begitu pandai membuat roti, maka tetanggaku orang Anshar yang biasanya membuatkan roti untukku. Mereka adalah wanita-wanita yang ramah.'

Asma' sering menjujung bibit kurma di kepalanya dari hasil tanah milik Zubair yang telah dihadiahkan oleh Rasulullah SAW kepadanya. Tanah itu jauhnya sekitar 2 mil. Suatu hari, Asma' sedang membawa bji-biji kurma itu di atas kepalanya, di tengah perjalanan ia bertemu dengan Rasulullah SAW dan sekelompok sahabat ra. Lalu Beliau SAW memanggil Asma', 'Ayo! lkutiah!' mengajaknya agar ikut di belakang beliau. Asma' merasa malu sekati berjalan bersama para laki-laki.

Dan ia teringat akan Zubair dan kecemburuannya. Karena Zubair termasuk orang yang paling pencemburu. Dan ketika Rasulullah SAW melihat bahwa Asma' malu, lalu beliau pergi. Setelah itu, Asma' menemui Zubair dan menceritakan kejadian tadi, 'Tadi Rasulullah SAW bertemu denganku ketika aku sedang menjunjung biji kurma di kepalaku. Ada sekelompok sahabat bersama beliau.

Beliau merundukkan untanya supaya aku bisa ikut menunggang unta itu bersama beliau, tetapi aku sangat malu dan aku tahu rasa cemburumu.' Zubair berkata, 'Demi Allah, memikirkanmu menjunjung biji kurma adalah lebih berat bagiku daripada kamu berkendaraan bersama beliau.'

Pada suatu ketika Asma' merasa Zubair berlaku keras terhadapnya. Lalu Asma' menemui ayahnya, Abu Bakar Ash-Shiddiq dan mengeluhkan tentangnya. Ayahnya berkata, 'Putriku, Sabarlah. jika seorang wanita mempunyai suami yang shaleh dan dia meninggal, lalu wanita itu tidak menikah setelah itu, mereka akan dipersatukan kembali di surga.'

Asma' binti Abu Bakar pernah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, 'Ya Nabi Allah! tidak ada apa-apa di rumahku kecuali apa yang dibawakan Zubair untukku. Salahkah bila aku menginfakkan sebagian dari yang dibawakannya itu?' Beliau menjawab, infakkanlah yang kamu bisa. Jangan menimbun harta, atau Allah akan menahannya darimu.' Kedermawanannya tidak diragukan lagi. Prinsip hidupnya adalah menyedekahkan apa yang ada, tanpa menyimpannya. la sangat menyakini, bahwa dengan memperbanyak sedekah akan menambah rezeki dan menyelesaikan masalah.

Diriwayatkan bahwa Asma' binti Abu Bakar jika merasa tidak enak badan, maka dia akan membebaskan semua budak miliknya. jika ia merasa sakit kepala, maka ia akan meletakkan tangannya di kepalanya, seraya berkata, 'Tubuhku, dan yang diampuni Allah sudah cukup!' Asma' pun sering menasehati putra-putri dan ahli keluarganya, 'Berinfaklah dan bersedekahlah dan jangan menanti agar uangmu berlebih. jika engkau mengharapkan uangmu berlebih, engkau tidak akan mendapatkannya. lika engkau bersedekah, enpkau tidak akan menderita kerugian.'

Demikian Islam melekat pada dirinya, sehingga kepada ibu kandungnya pun ia sangat berhati-hati, mengingat ibu kandungnya sendiri belum memeluk Islam. Diriwayatkan bahwa Qutayrah binti Abdul Uzza - yaitu istri Abu Bakar yang telah diceraikan pada zaman jahiliyah karena masih kufur - mengunjungi putrinya Asma' binti Abu Bakar ra.. ia membawa kurma, rnentega cair dan daun mimosa. Tetapi Asma' menolak tidak mau menerima pemberiannya itu, bahkan Asma' telah melarang ibunya itu memasuki rumahnya. Kemudian Asma' menemui Aisyah ra., "Tanyakanlah kepada Rasulullah SAW.' Beliau menjawab, "Sebaiknya kamu izinkan ibumu masuk dan menerima pemberiannya." Kemudian Allah menurunkan wahyu-Nya,

'Allah tidak melarangmu untuk berbuat baik, dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu karena agama dan tidak pula mengusirmu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil Sesungguhnya Allah hanya melarangmu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama, dan mengusirmu dari negerimu, dan membantu orang lain dari mengusirmu. Dan barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim.' (Al-Mumtahanah: 8-9).

Ketika usianya bertambah tua, Allah telah memberinya ujian, yaitu kedua belah matanya menjadi buta. Dan kezuhudan dan kecintaannya kepada akherat, telah banyak menjauhkan dirinya dari tipu daya duniawi. Pernah pada suatu ketika, putranya yaitu Mundzir bin Zubair telah datang dari lrak. Dan ia mengirimi Asma' binti Abu Bakar ra. setelan baju yang terbuat dari kain halus yang sangat lembut. Ketika baju itu sampai, Asma' menyentuh kain itu dengan tangannya, lalu ia berkata, 'Hussh Kembalikan pakaian ini kepadanya!' Terlihat Asma' sangat gusar dengan hadiah itu. Melihat hal ini Mundzir berkata, 'Wahai lbu, (baju) ini tidak tembus pandang!' Asma' menjawab, 'Jika tidak tembus pandang, ia tembus cahaya.' Kemudian Mundzir memberikan kepada Asma' sebuah pakaian biasa dan Asma' menerimanya. Asma' berkata, 'Aku akan memakai pakaian seperti ini.'

Pada suatu ketika, pada masa pemerintahan Banu Umayyah, ketika Asma' telah berusia 100 tahun dan matanya telah menjadi buta, datanglah Abdullah bin Zubair menemui ibunya Asma'. Abdullah berkata, 'Wahai ibuku! Orang-orang telah mengecewakanku. Aku tidak mempunyai pendukung, kecuali beberapa orang saja.' Menanggapi kesedihan anaknya ini, Asma' memberikan nasehat dan dorongan untuk membangkitkan lagi semangat anaknya, ia berkata,

'Wahai anakku, engkau tentu lebih tahu tentang dirimu sendiri. jika engkau yakin, bahwa engkau di atas kebenaran, dan kepada kebenaran engkau menyeru orang, maka teruskaniah! Sahabat-sahabatmu juga telah terbunuh di atas kebenaran ini. jangan engkau jadikan batang lehermu dipermainkan oleh anak-anak bani Umayyah.

Tetapi, jika engkau hanya menginginkan dunia semata, maka seburuk-buruk hamba adalah engkau! Engkau telah membinasakan dirimu sendiri, dan engkau telah membinasakan orang-orang yang telah terbunuh bersama-samamu.

Dan jika engkau berada di atas kebenaran, lalu sahabat-sahabatmu menghadapi kesulitan, apakah engkau akan menjadi lemah?! Demi Allah, ini bukaniah sikap orang-orang yang merdeka dan bukan pula sikap ahli agama. Berapa lama engkau akan tinggal di dunia ini? Mati adalah lebih baik!'

Mendengar nasehat dan dorongan dari Asma' ini, maka Abdullah bin Zubair merasa tenang dan bersemangat. Lalu ia datang kepada Asma' dan mencium kepalanya, sambil berkata, 'Demi Allah, inilah pendapatku! Akan tetapi aku ingin mengambil pikiran darimu, dan kini engkau telah menambahkan kepadaku keteguhan hati di atas keteguhan yang telah ada padaku. lngatiah, wahai ibuku! Anggaplah aku ini sudah mati dari hari ini, dan aku harap engkau tidak terlalu sedih jika mendengar beritaku kelak, dan serahkaniah masalah ini kepada Allah!' Kemudian Abdullah memberikan kata selamat tinggal kepada ibunya.

Dalam riwayat lain disebutkan, pernah Abdullah mengadu kepada ibunya tentang kebimbangan hatinya, jika ia mati, tentu mayatnya akan dipotong-potong oleh Al-Hajjaj. Maka Asma' menentramkannya dengan berkata, 'Apakah orang yang sudah mati, akan merasakan siksa atau aniaya, yang dibuat oleh orang yang hidup? Tentu tidak bukan?!'

Ketika Abdullah telah terbunuh di tangan Al-Hajjai. Hajjai telah meletakkan mayatnya tersalib di atas batu. Dan dia bersumpah tidak akan menurunkannya dari atas salib itu, sehingga ibunya sendiri datang memohon kepadanya untuk menurunkan mayat itu. Akan tetapi, Asma' sangat enggan untuk menundukan kepalanya kepada Al-Hajjaj. Maka rnayat itu terus bergantung di situ, sehingga genap setahun lamanya di atas salib. Dan ketika pada suatu hari Asma' lewat di situ, ia berkata, 'Apakah masih belum sampai masanya bagi sang pahlawan ini untuk menapakkan kakinya di atas bumi!' Mendengar ucapannya tersebut, orang-orang bani Umayyah telah menganggap kata-kata Asma' itu sebagai permintaan belas kasihan kepada anaknya, maka mereka pun menurunkannya dari atas salib.

Al-Hajjaj pernah datang kepada Asma' dengan penuh keangkuhan dan berkata kepadanya, 'Apa pendapatmu tentang apa yang telah kulakukan terhadap anakmu?' Asma' menjawab dengan tegas, 'Aku telah membinasakan dunianya, ketika dia telah berhasil membinasakan akhiratmu.' Sebelumnya Asma' telah berdoa, 'Ya Allah! janganlah Engkau ambil nyawaku sebelum mataku merasa bahagia dengan mayat anak-ku!' Dan seminggu setelah mayat Abdullah diturunkan dari salib itu, barulah Asma' meninggal dunia.

Diriwayatkan bahwa Asma' binti Abu Bakar ra. juga termasuk golongan wanita-wanita pemberani. Dia selalu menyimpan sebuah belati di bawah bantalnya untuk melawan para pencuri yang merajalela di Madinah. Keberanian Asma' bukan sekedar itu, bahkan ia berani berkata hak di hadapan seorang penguasa walaupun terasa pahit. la pernah pergi menemui Hajjai dalam keadaan buta.

Dia bertanya, 'Di mana Hajjaj?' Mereka menjawab, 'la tidak di sini.' Dia berkata, 'Katakaniah kepadanya bahwa aku mendengar Rasulullah SAW berkata, 'Ada dua orang laki-laki di Thaif: Yang seorang adalah pendusta dan yang seorang lagi adalah perusak.' Yang dimaksud perusak adalah Hajjaj itu sendiri.

Ketika pesan itu disampaikan kepada Hajjaj, Hajjaj berbalik mengunjungi Asma' binti Abu Bakar ra. dan berkata kepadanya, 'Putramu telah menumpang di rumah ini dan Allah telah membuatnya merasakan siksaan yang pedih yang telah dilakukan atasnya.' Asma' menjawab, 'Engkau berdusta. Dia berbakti kepada kedua orang tuanya, berpuasa dan shalat, tetapi demi Allah, Rasulullah SAW memberitahu kami bahwa seorang pendusta akan muncul dari Tsaqif, yang satu lebih buruk dari yang pertama, yaitu ia seorang perusak.' Asma' binti Abu Bakar ra. mewasiatkan sebelum wafatnya, 'Jika aku meninggal dunia, mandikaniah aku dan kafanilah, serta berilah wewangian, tetapi jangan tinggalkan parfum di kain kafanku dan jangan mengikutiku dengan api.

' Asma' binti Abu Bakar ra. meninggal dunia beberapa malam setelah putranya Abdullah bin Zubair diturunkan dari salib. Abdullah bin Zubair telah terbunuh pada hari Selasa, 17 jumadil-Ula tahun 73 Hijrah.

p/s: Semoga kita ya akhawat menjadi sebahagian daripada diri serikandi Islam ini Asmaa' binti Abu Bakar,kita tidak mampu menjadi sehebat Asmaa' tetapi kita boleh berusaha untuk menjadi sehebat Asmaa'. Wallahu a'lam.


Tuesday, March 2, 2010

Fitnah Yang Melata...(Siri2)


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi ruang dan peluang kepada kita untuk mengenal diri dengan 'sebenar-sebenar kenal' atau dengan kata lain menjadi manusia dengan sebenar-benar manusia. Menjadi manusia yang mengetahui fungsi sebenar ia tercipta sebagai manusia di muka bumi ini iaitu sebagai khalifah.Kita perlu mengetahui hal itu. Bagaimana kita boleh mengetahuinya? Jawapannya hanya dengan ilmu.Semoga hijrah tahun ini memberi manfaat yang berguna kepada kita semua..penghijrahan kepada perkara yang lebih baik.

Seperti pesan guruku "sesuatu perkara bermula dengan ilmu, apabila memperolehi ilmu kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi,dengan ilmu juga adalah kunci untuk kita mengenal diri juga mengenal Allah SWT yang menciptakan diri kita tadi.Kerana apa? Kerana barang siapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya, tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah jauh..."

Pesan ayahku "wahai anak ayah,ilmu itu terbahagi kepada 2,namun harus dikaji dan diteliti, tahap ilmu mu dikategori yang mana. Samada jatuh di tahap yang pertama atau yang kedua. Baiklah, dengar penjelasan ayah,pertama ilmu yang mampu memberi manfaat kepada diri dan orang lain,dan yang kedua ilmu yang memberi manfaat pada diri sendiri tetapi menyusahkan orang lain.Ramai orang tergelincir ditahap ilmu yang kedua, tanpa mereka sedar dan dengan mereka sedar.Jangan lantas kita mengatakan salah sekiranya kita tidak tahu dan jangan kita mengambil mudah dengan perkara yang kita tahu.Jangan jadikan ilmu yang ada padamu menjadi racun atau fitnah buat dirimu, hati-hati bawa hati wahai anakku, agar nur ilahi sentiasa menerangi qalbumu supaya bening fuad memancarkan cahaya ruhul Qudus iaitu IMAN."

Fitnah yang melata siri 2 adalah sambungan fitnah yang melata siri 1.Ku adaptasikan hasil ilmu yang dicetuskan oleh insan-insan yang turut menyumbang dalam perjalanan tarbiyahku dan dakwahku...semoga ia mampu memberi manfaat pada kalian.

Siri II : Pengertian Fitnah

Dari sudut bahasa bermaksud : Ujian. Al-Raghib al-Asfahaniyy berkata: Asal perkataan fitnah ialah memasukkan emas ke dalam api supaya bersih daripada kekotoran. Kemudian perkataan ini digunakan pada memasukkan manusia ke dalam api. Perkataan ini digunakan dengan makna azab, sebagaimana firman Allah: ذوقوا فتنتكم , Maksudnya: "(Dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah azabmu itu." (Al-Zariyat: 14), Perkataan ini juga digunakan bagi apa yang terhasil daripada azab yang berlaku, seperti firman Allah: ألا في الفتنة سقطوا Maksudnya: "Ketahuilah mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu)." (Al-Taubah: 49)


Ia juga digunakan untuk ujian, seperti firman Allah: وفتناك فتونا, Maksudnya: "Dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan." (Taha: 40) Ia juga digunakan bagi kesempitan atau kesenangan yang menjadi pendorong kepada manusia. (Fath al-Bari: 3/13)

Manakala maknanya dari segi istilah: Al-Quran menggunakan perkataan fitnah ini dengan dua pengertian: Pertama: Al-Quran menggunakannya sebagai lafaz yang umum, iaitu dengan makna ujian yang menguji seseorang sehingga ia menjadi seorang yang istimewa kerana dapat bertahan bahkan lebih cekal lagi selepas ujian itu. Jadi ia adalah seperti emas bersih selepas dibersihkan dengan api daripada sebarang kekotoran. Ini adalah seperti firman Allah swt kepada Nabi Musa a.s: وفتناك فتونا Maksudnya: "Dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan." (Taha: 40) Kedua: Al-Quran menggunakan perkataan fitnah sebagai lafaz khusus yang dikehendaki dengannya ujian yang menyebabkan orang yang diuji itu gagal, lalu terdedahlah kekotoran dan kepalsuannya. Ini adalah seperti firman Allah: ألا في الفتنة سقطوا Maksudnya: "Ketahuilah mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu)." (Al-Taubah: 49)

Kegagalan atau penyelewengan hasil dari ujian itu mempunyai beberapa peringkat. Di antaranya merupakan penyelewengan daripada thabat di atas manhaj yang lurus. Di antaranya ialah dengan memiliki sifat ragu-ragu dan futur. Di antaranya ialah kurang iltizam dengan jamaah mukminin serta membatalkan bai`ah dengan qiadah mereka. Kadang-kadang fitnah ini sampai kepada peringkat kufur dan syirik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: وقاتلوهم حتى لا تكون فتنةMaksudnya: "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah." (Al-Baqarah: 193)

Fitnah dengan pengertian ini mempunyai beberapa peringkat sebagaimana kufur, syirik dan jahiliyyah juga mempunyai beberapa peringkat. Kadang-kadang perkataan fitnah ini juga digunakan bagi kedua-dua makna tersebut sekaligus, sebagaimana kata-kata Musa a.s: إن هي الا فتنتك تضل من تشآء وتهدي من تشآء Maksudnya: "Itu hanyalah cubaan-Mu, dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki." (Al-A`raf: 155)

Sebagaimana fitnah itu adalah berbentuk individu, iaitu dengan makna mehnah dan bala bencana yang menimpa diri atau hartanya, ia boleh jadi juga menimpa sesuatu jamaah, iaitu menimpa individu-individu yang berada di dalamnya dengan menimpa agama dan aqidah mereka, menjejaskan kadar iltizam mereka dengan jamaah, dan ketundukan serta ketaatan.

Inilah pengertian yang diisyaratkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. Di dalam sahih al-Bukhari: `Umar bin Hafs bin Ghayyath menceritakan kepada kami, ayah aku menceritakan kepadaku, al-A`mash menceritakan kepadaku, Shaqiq menceritakan kepadaku: "Aku mendengar Huzaifah berkata: "Ketika kami duduk di sisi `Umar, beliau berkata: "Siapakah di antara kamu yang masih ingat sabda Rasulullah s.a.w tentang fitnah?" Huzaifah berkata: "Fitnah seseorang lelaki yang menimpa keluarga, harta, anak dan jirannya akan dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah dan amar makruf nahi mungkar." `Umar berkata: "Aku tidak bertanya tentang hadis ini, tetapi yang aku maksudkan ialah hadis yang berkenaan fitnah yang diibaratkan sebagai ombak yang bergelombang besar." Huzaifah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, engkau tidak perlu bimbang tentangnya, kerana terdapat pintu (halangan) yang terkunci di antara engkau dengannya." `Umar bertanya lagi: "Adakah pintu itu hanya boleh dipecahkan atau hanya perlu dibuka sahaja?" Huzaifah menjawab: "Membukanya hanya dengan memecahkannya sahaja." `Umar berkata: "Jadi pintu itu bukan akan terkunci selama-lamanya." Huzaifah berkata: "Ya, benar." Kami bertanya kepada Huzaifah: "Adakah `Umar tahu tentang pintu itu?" Huzaifah berkata: "Ya, sebagaimana dia mengetahui bahawa sebelum menjelangnya esok pasti akan didahului oleh malam.

Ini adalah kerana aku pernah menceritakan kepadanya tentang satu hadis yang tidak berkenaan dengan al-aghalit." Kami ingin untuk tahu siapakah pintu itu, lalu kami menyuruh Masruq bertanya bagi pihak kami dengan berkata kepadanya: "Siapakah pintu itu?" Huzaifah berkata: "Umar."

Fitnah dengan makna inilah yang dimaksudkan di dalam tulisan ini. Oleh kerana kekufuran dan nifaq mempunyai beberapa peringkat, satu peringkat tidak sama dengan peringkat yang lain, maka fitnah -yang merupakan salah satu fenomena atau hasilnya- juga mempunyai beberapa peringkat. Bermula daripada peringkatnya yang paling bawah dengan menyalahi maruah, sehinggalah akhirnya mengenepikan akhlak dan perasaan. Kadang-kadang fitnah ini sampai kepada peringkat maksiat dan penyelewengan, bahkan kadang-kadang bertukar menjadi syirik dan nifaq.

Oleh itu amaran daripada terlibat dengan fitnah dalam peringkatnya yang tinggi dengan sendiri akan membawa kepada menjauhkan diri daripada peringkatnya yang paling bawah. Fitnah dengan segala jenis-jenisnya juga adalah salah satu penyakit yang menimpa hati manusia, sama ada ia berbentuk syubhat atau keraguan yang lahir lantaran kejahilan dan kekurangan ilmu, atau fitnah yang lahir lantaran menurut hawa nafsu yang berdasarkan sangkaan semata-mata.

Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan kita untuk mencari apakah sebab-sebab yang membawa kepada fitnah ketika mengkaji dan mempelajari segala jenis fitnah.
Berdasarkan kepada kaedah keimanan inilah, adalah baik agar pengkajian tentang fitnah dan segala jenisnya yang berlaku di dalam jamaah mukminah, hendaklah dilakukan berdasarkan pengkajian terhadap sejarah Islam, supaya dapat dikenalpasti tentang sebab-sebab, punca-punca, akibat-akibat dan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi perlu diingatkan bahawa persamaan atau qiyas yang hendak dilakukan mestilah berbentuk relatif (nisbi), subjektif dan bermetodologi, tanpa dijatuhkan hukuman yang umum terhadap semua yang terlibat dengan fitnah ini dengan kekufuran dan kefasikan, atau dengan meletakkan mereka yang terlibat dengan fitnah ini pada satu peringkat atau dengan satu hukuman sahaja.

Bekas-bekas Hati

Sejak tercipta manusia, Allah menjadikan mereka ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang menyeru ke arah kebaikan dan ada yang menyeru ke arah kejahatan. Setiap orang dipermudahkan untuk melakukan apa yang diciptakan baginya. Manusia jika dihubungkan dengan maksiat adalah berbeza-beza, sebagaimana mereka juga berbeza-beza ketika dihubungkan dengan ketaatan. Begitu juga manusia adalah berbeza-beza peringkatnya dalam hubungan mereka dengan fitnah yang merupakan salah satu maksiat dan salah satu fenomena bid`ah.

Orang yang berjaya ialah orang yang ditaufiqkan oleh Allah untuk menjauhi dan memeranginya, atau paling kurang tidak terlibat dengannya. Orang yang celaka ialah orang yang terlibat dengannya dan orang yang lebih celaka lagi ialah orang yang mendokongnya.

Setiap amal kebaikan mahupun kajahatan ada orang yang mendokongnya dan menjadi pembuka pintunya. Ibnu Majah meriwayatkan satu hadis daripada Anas bin Malik, sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Ada di kalangan manusia yang menjadi pembuka kebaikan dan pengunci kejahatan, dan ada yang (sebaliknya) menjadi pembuka kejahatan dan pengunci kebaikan. Maka berbahagialah mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kebaikan dan celakalah bagi mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kejahatan."

Di antara perkara yang boleh difahami daripada hadis ini ialah bahawa kebaikan dan kejahatan tidak berlaku melainkan dengan hasil usaha dan kerja manusia. Usaha dan kerja tersebut diketuai sama ada oleh seorang yang mendapat taufiq dari Allah yang memimpin manusia ke arah pintu-pintu kebaikan dan mengunci pintu-pintu kejahatan. Atau ia diketuai oleh seorang yang celaka yang membuka pintu kejahatan dan mengunci pintu kebaikan.

Di antara mereka berdua terdapat ramai lagi manusia yang berada di dalam berbagai-bagai peringkat. Pelopor kebaikan mempunyai satu kumpulan yang belajar dan tunduk kepada kebaikan. Manakala orang ramai hanya menjadi pengikut kepada siapa sahaja yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu adalah perlu agar kita berwaspada dan tidak tertipu dengan hasutan mereka dari satu sudut.

Manakala dari satu sudut lagi kita hendaklah sentiasa berusaha agar mereka tidak boleh dipengaruhi oleh para penyeru kejahatan dan fitnah. Berkenaan perkara ini, Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya hati-hati ini adalah bekas. Bekas yang paling baik ialah bekas yang amat memelihara kebaikan.

Manusia tergolong ke dalam tiga golongan; alim yang rabbani, penuntut yang mencari jalan keselamatan dan orang yang tidak berperaturan mengikut setiap kata-kata yang dihamburkan, tidak menimbangnya dengan cahaya ilmu dan berpegang dengan dasar yang kukuh... Amatlah celaka bagi pendukung kebenaran yang tidak mempunyai penglihatan. Dia akan merasa ragu terhadap kebenaran yang dibawanya walaupun disebabkan oleh keraguan yang amat remeh.

Dia tidak mengetahui di mana letaknya kebenaran sehingga dia boleh mengatakan -ketika ada orang melakukan kesalahan- bahawa anda telah tersilap, atau ketika dia sendiri melakukan kesilapan, dia tidak menyedarinya. Dia amat mengambil berat dengan sesuatu yang dia tidak fahami hakikatnya. Dia sendiri adalah fitnah bagi sesiapa yang terfitnah dengannya... (Al-I`tisam, karangan al-Shatibiyy: 2/358)

Kata-kata ini bermaksud bahawa sesiapa yang tidak memiliki kefahaman dakwah yang sempurna yang membolehkannya untuk membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan, maka dia adalah salah seorang pengikut yang hanya mengikut setiap kata-kata atau pendapat yang diketengahkan. Dia hanyalah penyeru ke arah fitnah atau kayu api kepada bara fitnah. Bahkan akhirnya dia menjadi mangsa fitnah itu sendiri.

Wallahu a'lam.


Monday, March 1, 2010

Status Hukum Login Facebook Dapat RM100


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur kehadrat ilahi kerana masih diberikan izin nyawa ke atas hamba-hambanya untuk menambah amal. Selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Rindunya penulis pada nabi tercinta,cinta baginda pada umatnya tidak dapat diukur..tetapi bagaimana cinta kita sebagai umatnya terhadap baginda?

Kesibukkan diri dengan urusan kerja dan dakwah membataskan penulisan penulis di blog ini, tidak mengapalah asal ada waktu yang terluang sedikit akan digunakan untuk menulis post yang baru.Hitungan diri kita di akhirat berdasarkan amal kita di dunia,beberapa bulan lepas kecoh di facebook sesiapa yang login facebook akan dapat RM100. Penulis pernah bertanya pada rakan-rakan penulis yang menyertainya. Penulis juga meminta huraian yang ringkas 'perjalanan'duit yang mereka perolehi. Awalnya pada pemerhatian penulis, berdasarkan penerangan 'cara duit' itu berpusing ia sesuatu yang tidak jelas dan ada syubhah(diragui)di situ. Akan tetapi ada yang menggunakan hukum fekah untuk mengiakan apa yang mereka lakukan adalah halal.

Apabila nasihat diberi pelbagai alasan yang mereka berikan untuk menyokong apa yang mereka lakukan adalah tidak salah dan halal disisi undang-undang Islam (pandai-pandai buat fatwa sendiri)tanpa serius mengkaji dan merujuk dahulu. Siap keluar ayat Al-Quran, dan hukum fekah (seingat penulis lah)yang digunakan *al yakin la yuzalu bi asya' * tanpa ada huraian yang sangat teliti berkenaan hal di atas. Tidak mengapalah ilmu agama mereka dalam bab-bab hukum ini lebih tinggi daripada penulis agaknya.

Penulis mengharapkan akan ada ilmuan Islam (para ustaz)di luar sana yang akan bersuara mengenai hal ini. Penulis tidaklah menyalahkan sesiapa atau menunding jari kepada sesiapa, cuma sekadar peringatan bersama dan selepas ini tidak akan masuk lagi duit 'haram'ke dalam darah anak-anak adam.Rezeki itu perlu dicari dengan usaha. Usaha pula perlu diukur dengan kudrat yang diguna. Namun ada yang mengatakan ini juga(login facebook) sebahagian usaha mereka, duduk dihadapan komputer dan tunggu sesiapa yang berminat bolehlah diberi saranan.Maaf andai ada hati yang terguris tatkala membaca post penulis kali ini, anggaplah ia sebagai teguran kasih sayang daripada penulis agar tidak bercampur rezeki yang haram ke dalam tubuh badan kita dan anggaplah juga ianya sebagai peringatan buat diri.

Alhamdulillah persoalan yang penulis cari terungkai juga. Biasalah manusia akan menilai pandangan seseorang berdasarkan status orang itu. Ini pandangan daripada Ustaz Zaharuddin berkenaan status hukum yang dibincangkan di atas.

Oleh:Ustaz Zaharuddin

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut


Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan whois atau lainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.

Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.

2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual

Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti:-

Bedroom To Boardroom
You and Your Tattoo
Profitable Forex Trading

Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Oleh itu, saya yakin, produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencatikan gambaran skim sahaja. Selain itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya ( khususnya bagi tajuk-tajuk tertentu yang tidak membawa maksud yang direct) dengan jelas kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.

Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui dan membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini mensasarkan masalah pada produk. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.

SAMPAHKAH PRODUKNYA?

Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak.

Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi tanggapan terpencil)

Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-

1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali. Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.

2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.

4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)

Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .



REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difahami darinya :

• Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

• Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

• Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

• Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Atau lebih detailnya seperti berikut :-

Let's say that everyone only gets 4 people their first week and duplicates...
Week 1
You get your 4, you pass 2 of them upline.
You keep 2. So 2 X $25 = $50

Week 2
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4.
So 4 X $25 = $100

*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 3
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8.
So 8 X $25 = $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 4
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16.
So 16 X $25 = $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 5
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32.
So 32 X $25 = $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 6
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64.
So 64 X $25 = $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Let's skip to week 10...
Week 10
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024.
So 1024 X $25 = $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week


Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai tahap yang dipromosi di minggu yang ke 10. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:

Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.



KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Rabi'ul Awal 1431 H

27 Feb 2010

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

p/s:hah....macam mana? Sudah jelas semua? atau masih ada yang ragu-ragu? atau masih ada yang mengatakan 'kalau kita tak tolong diri kita sapa lagi yang nak tolong',atau nak kata 'sapa yang nak bagi RM100 beb kat kita',hah..alasan apa lagi? ada akal gunakan, akan tetapi biarlah penggunaan akal itu disertai dengan nur qalbi iaitu iman, agar kita tidak tergelincir memilih 'iradah' nafsu dalam membuat keputusan.Semoga kita sentiasa dibawah tarbiyah Allah SWT, ameen ya rabb.Maaf sekali lagi kepada sesiapa yang terusik perasaan amarahnya apabila membaca entri kali ini..semoga hari ini lebih baik dari semalam. Wallahu a'alam.