Saturday, May 2, 2009

Renung Sejenak...

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

11.30pm, Persint 11 Putrajaya....

Hmmm...lepas makan malam tadi naik atas masuk bilik cari bahan bacaan untuk meng'up great' kan iman dan amal..insyaallah..fuhhh..tergugat betul skrg ni..hihihi asyik makan malam berat badan dah bertambah...ohhhh tidak...mau taknya...giliran my eldest brother masak...dia memang pakar masak kalah penulis..sedapppp...itu yang tak tahan tu...hehehe melencong kejap..program ziarah akwat hari ni pun tak jadi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...ish3..sesambil tu layan internet...up date blog..huhuhu..

Ayah dan mak kata nak datang tapi tak jadilah pulak..kesihatan ayah tak mengizinkan..semoga Allah memberi keizinan umur yang panjang dan kesihatan yang baik pada mak dan ayah... ayah sepatutnya kalau ikutkan nasihat doktor nak kena bedah buang batu karang yang makin lama makin besar...usus ayah pula makin membengkak...ya Allah sayu hati anak dikejauhan Allah sahaja yang tahu...tapi ayah minta tangguh...sebab kenduri kawin abang penulis yang sorang lagi ni dah dekat sangat..insyaallah hujung bulan 5 ni...ok ah..stop ah bab ni dah nak hujan ni...sedih, hmmm...doa sahaja yang dapat hamba panjatkan ya Allah...:( oklah penulis tutup bab2 sedih ni jom kita renung sejenak....cerita pasal apa?...

oooohhhh..penulis nak kongsi cerita pasal SEBUTIR KURMA.... ceritanya macam ni
Selepas selesai ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Al-Aqsa...hmmm sebut pasal masjid Aqsa ni sebenarnya ramai yang terkeliru dengan bentuk sebenar masjid ni...

tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid yang kubahnya berwarna kuning adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam ...

ish3 tak pe tak pe...pasal masjidil Aqsa ni nanti penulis hantar di ruangan yang lain ekkk.... sambung cerita kita..


Haji Ibrahim membeli kurma sebanyak 1kg dari pedagang tua dekat dengan masjidil Haram.. Setelah ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak dari timbangan. Menyangka ia adalah sebahagian kurma yang telah dia beli..Ibrahim memungut lalu memakannya....

Setelah itu dia terus berangkat menuju Al-Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah ruang dibawah kubah Sakhra. Dia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba-tiba dia mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya...

"Itu Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara',yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah", kata malaikat yang pertama.
"Tetapi sekarang tidak lagi.. doanya ditolak kerana 4 bulan lalu dia telah makan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat masjid haram" jawab malaikat yang kedua.

Ibrahim bin Adham begitu terkejut dia tersentak..Jadi selama 4 bulan ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan2 yang lain tidak diterima oleh Allah SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya..

"Astaghfirullahal adzhim"...Ibrahim beristighfar. Dia terus berkemas dan berangkat ke Mekkah menemui pedagang tua si penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Setelah sampai di Mekkah di terus menuju ke tempat penjual kurma itu tetapi tidak berjumpa dengan si tua penjual kurma melainkan seorang anak muda..

"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Kemana dia sekarang?" tanya Ibrahim...

"sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab pemuda itu.." inalillahiwainnailaihirajiun.." ucap ibrahim apabila mendengar berita kematian si pedagang tua itu. Kalau begitu kepada siapa saya perlu meminta penghalalan?" sambung Ibrahim.

Lalu Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya..anak muda tadi mendengar penuh khusyuk..

"Nah, begitulah!" kata Ibrahim setelah selesai bercerita, "engkau sebagai waris orang tua itu mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinya?".

" Bagi saya tiada masalah, Insyaallah saya halalkan, tapi entah bagaimana dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya seramai 11 orang?. Saya tidak berani mengatasi nama mereka kerana mereka juga mempunyai hak waris sama dengan saya."

" Di mana alamat saudara2 mu?, biar saya temui mereka satu persatu". Setelah mendapat alamat Ibrahim pergi mencari satu persatu walaupun berjauhan dan akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar 2 malaikat yang dulu bercakap lagi... "Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara memakan sebutir kurma milik orang lain". Kata malaikat yang pertama.

Malaikat kedua menjawab.." Oh Tidak..sekarang doanya sudah dimakbulkan . Dia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas..".

p/s: acu cuba try test cek tengok ( rosak bahasa hehehe) bagaimana dengan diri kita??????... teringat penulis pada daurah beberapa hari lepas dengan tok syeikh arab...kalau tak salah penulis akhi hassan ( adik dr jamal) selalu cakap setiap 5 minit kamu bekerja ALLAH akan nilai samada betul2 bekerja atau sebaliknya untuk mendapatkan rezeki yang halalan toiyiban...pastukan masa hari first on the way nak ke tempat daurah dalam kereta ust fauzi...lebih kurang macam nilah..pasal hadis..suami isteri ( ini yang lomah ni) si isteri pesan pada si suami sebelum keluar bekerja " wahai suamiku keluarlah kamu mencari rezeki yang halal, sesungguhnya kami lebih memilih mati kelaparan daripada masuk api neraka"...lebih kurang macam tulah...penulis pun ingat2 lupa..."ha....nanti kalau dah kawin pesan dekat suami macam tu.." sambung ust Fauzi...dengan pantas dijawab oleh Ba'ayah..."baik ust..insyaallah".. "saniah?? faham???", tanya ust fauzi pada penulis...huhuhu penulis hanya diam dan mengangguk perlahan...segan beb...tapi penulis simpan sebagai ilmu masa akan datang..hehehe bila???? wallahualam...


No comments: