Saturday, March 14, 2009

Oh...Kampungku Parit Dua....

Balik kampung.... hmmm baru je lepas ziarah ayah dan mak, tenang sangat bila dah balik kampung. Tension-tension pi la kat bendang/sawah belakang rumah...pastu jerit la kuat-kuat jadi macam tarzan...rumah ayah ni masih dalam proses 'baikpulih' alhamdulillah rasa nikmat sangat dilahirkan dalam keluarga petani...nikmat kesusahan ayah dan mak besarkan kami 10 beradik dulu sebenarnya boleh dikategorikan sebagai 'tarbiyah' untuk kami adik-beradik supaya mensyukuri nikmat kesenangan sekarang...kita akan menghargai sesuatu apabila kita bermula dengan kesusahan...tetapi sangat berbeza apabila kita bermula dengan kesenangan...macam tu jugak la proses yang penulis perlu lalui untuk mempastikan projek besar penulis berjaya walaupun adakalanya penulis sendiri 'terkesan'dengan orang-orang yang berada disekeliling penulis...projek apa?..laaaa...projek apa lagi projek MEMANUSIAKAN MANUSIA. Ayah selalu pesan..kita hidup di dunia ni mesti jadi manusia yang betul-betul manusia, sifat-sifat mazmumah cuba buang..jangan jadi manusia celup...luar sahaja nampak manusia tetapi di dalam bertopengkan binatang atau syaitan.....
Buat ayah dan mak semoga Allah memberi nikmat kesihatan yang baik...insyaallah ada cuti anak-anakmu akan balik lagi....rindunyerrrrr...

No comments: