Saturday, March 14, 2009

Fikrah...tapi bukan fitrah....

DOSA KUKU PANJANG

Bismillahirrahmanirrahim....

7.15am : PUTRAJAYA,PERSINT 11.

Macam biasa penulis keluar untuk pergi mencari rezeki,urghhh...keluar je sikit dari persint 11 dah jem. Tak tahu lah kenapa hari ni tetiba jem teruk pulak, mungkin ada apa-apa program besar di sekitar Putrajaya ni kot...hmmm...

pagi-pagi lagi dah menguji kesabaran,

bila mengadu pada abang-abang (abang-abang kandung ye) pasal jalan jem..siap la 'depa' keluar statment yang best "sapa suruh..dah elok-elok kerja kat tempat yang boleh nampak pokok tak nampak bangununan saja, nak pindah kat tempat yang banyak bangunan macam kat KL ni,jalan jem...standart la..hadap la jem tu hari-hari"...pergh...alah 'biaq pi la kat depa' nak kata apa...rezeki kat sini..sampai-sampai je putrajaya sentral dah parking penuh pulak...hmmm pandai-pandai la nak park kereta kat mana.

Kejar train 'time'...tinggal lagi 1 minit untuk turun ke bawah...fuhhh..nasib baik sempat masuk train..sesambil baca buku dalam train, tetiba penulis terpandanglah seorang 'mamat' ni..melayu, pakaian dah ok tetiba 'tang' bab kuku tu 'hancus'....panjang betul kuku dia, kuku jari anak...hmmm..'lantak pi kat hang' la..

sampai je KL Sentral, 'kalut' la pulak kejar train..fuhhh..hari-hari macam ni memang boleh kurus lah...tapi memang penulis memilih tangga sebab tu je cara untuk bakar lebihan lemak yang ada dalam badan ni. Seorang daie mestilah memiliki tubuh badan yang sihat..

perghhh jem lagi..kali ni jem dengan manusia pulak...panjang betul Q...dah dapat masuk sesambil tu terpandang lagi bukan seorang je tapi ramai sangat 'mamat-mamat' yang simpan kuku panjang..penulis tak heran jika yang simpan kuku panjang tu non-muslim tapi ni emmm...melayu, lelaki pulak tu...hmmm..

penulis memang cukup 'geli' tengok orang yang suka simpan kuku panjang tak kira lelaki atau perempuan yang lebih buruknya lelakilah, tak kira bersih atau tak kuku 'deme' tu...terfikir juga orang KL ni memang dah jadi trend ke? sungguh menggelikan, tak mengapalah, mungkin jahil pasal ilmu agama kot.fuhh..sampai jugak kat ofis…..sampai je ofis on computer, lepas tu sesaja la letak title kat YM penulis..ala-ala persoalan la..patut tak orang lelaki simpan kuku panjang?

Ada yang respon patut, lepas tu bagi jawapan tak sempat potong kuku..hmmm...satu lagi jawapan patut sebab memudahkan si penyimpan kuku untuk ambil barang-barang yang terselit ditempat-tempat yang susah nak ambil...hmmm layan jelah...pendapat... sesiapa pun berhak untuk beri pendapat, terpulang untuk terima atau tidak,

Sekarang ni bab pakai cincin..memang la orang nampak remeh, ada la seorang hamba allah tu cakap pada penulis' alah hang ni...nak kalut apa? biaq pi la kat depa..benda kecik pun hang nak pikiaq payah-payah'..benda kecil bagi dia tapi tidak bagi penulis...

Nak tau sebab apa benda remeh ni pun penulis pandang besar?sebab nya pelakunya adalah orang yang sama agama dengan penulis..jadi secara tidak langsung 'dia' telah menggambarkan cara hidup seorang muslim di mata non-muslim..jadi sekiranya non-musim memandang contoh yang ada pun tidak boleh dijadikan contoh atau dengan kata lain sama sahaja 'spesis' macam dia (non-muslim) macam mana la dia nak dekat atau nak kenal ISLAM. Ini pun dakwah dengan perlakuan sebenarnya..


Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama
seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.





No comments: