Thursday, March 12, 2009

Di Perjalanan ini.....

Penghijrahan......

ia merupakan satu tranformasi samada dari yang buruk kepada yang lebih baik atau tempat kerja lama ke tempat kerja baru atau dari zaman 'jahiliah' ke zaman yang di 'tarbiyah'.
Macam-macam yang boleh kita takrifkan....
Bagi saya sendiri...penghijrahan adalah sesuatu yang sangat besar...dan itu yang sedang saya lalui....pada mulanya saya fikir, keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur atas dasar pertukaran profesion pekerjaan adalah kurang tepat....masakan tidak, Kuala Lumpur adalah tempat yang paling ramainya manusia....huh...hari pertama kerja di sini pun sudah mencabar diri....jalan jem...sampai KL Sentral jem dengan manusia pulak urgh...tapi semua tu saya cuba hadapi...rasa nak balik kampung je...

Hari minggu...

Boleh dikatakan tiap-tiap hari minggu saya akan ada program tarbiyah dengan adik-adik, so kena drive sorang-sorang....sesat dan sesat...sesat jalan .... memang menguji ketahan diri, rupanya-rupanya sesat jalan pun ilmu....ada la sorang staff di tempat saya berkerja tanya...kalau sesat jalan dapat ilmu...kalau sesat ilmu dapat apa?...ha...ada sesiapa yang boleh bagi jawapan....selepas daripada adegan 'kereta merah mencari jalan' tu saya belajar mengenal jalan,terutama selok belok jalan kat Putrajaya, tapi jalan Kajang dan Bangi kekadang tu tersesat jugak.....

Tempoh percubaan....

sebulan percubaan berjaya memahami cara hidup orang KL. Tak sanggup rasanya nak drive dari Putrajaya ke Ampang Hilir....jalan jem...jauh pulak tu...nak buat macam mana....habis cara naik train la. Macam-macam ada...hmmm..terfikir ya Allah kat KL ni serba serbi kena cepat...kalau tak hmmmm...ketinggalan...tapi nak cepat punya pasal ada la sorang perempuan muda india ni..dek kerana nak bersama-sama yang lain dalam mengejar kepantasan bergerak atau dengan istilah yang lagi best 'kejar train'...sampai terjatuh-jatuh, terjatuh sebab kasut yang dia pakai tinggi sangat tumitnya, pulak tu tersadung dengan payung yang dia pegang, tersadung dua kali ganda la buruknya cara dia jatuh...hehehe...mula tu nak la jugak gelak..tapi x baik...hari ni hari dia mana la tau esok-esok allah nak turunkan ujian macam tu pada saya pulak..nauzubillah...insyaallah selagi boleh berhati-hati saya akan berhati-hati....nak dijadikan cerita tadi tu...dia pun bangun la dengan selambernya terus berebut-rebut masuk train....apa lagi semua orang pandang...hmmm....pengajaran yang kita boleh ambil dari sikap hamba allah ni adalah sikap berhati-hati...walaupun nak cepat tapi keselamatan kena la jaga jugak....macam tu la jugak dengan ISLAM...dalam keadaan sekarang kita sangat perlu berhati-hati dengan gerak kerja yang cuba untuk menghancurkan ISLAM secara sembunyi sedikit demi sedikit...janganlah kita menjadi hamba allah yang selalu bertolak ansur dalam urusan agama kita Islam...kerana ana khuatir...lama-kelamaan kita akan tertolak secara beransur-ansur...hmmmm...eh...syarah panjang pulak..

Hikmah besar....

hmmm...apa-apa pun penghijrahan saya ke Kuala Lumpur ni ada sesuatu yang sangat berharga....rupa-rupanya allah nak hadiahkan saya nikmat 'penyambungan tarbiyah'....semangat yang dulu hampir hilang atau dengan istilah lain hampir 'futhur' di jalan dakwah walaupun berusaha untuk bertahan, namun kini semangat jihad sutra seroja yang dulu sudah kembali....alhamdulillah...allah masih menjaga saya agar tetap dalam hidayah dan tarbiyahnya kerana sebenarnya...jalan yang lurus ini bukanlah milik kita....adakala iman kita meningkat naik dan adakala iman kita akan menurun...itu yang sering diperkatakan...tapi untuk menjaga diri sewaktu iman kita turun ubatnya cuma satu iaitu cuba untuk terus ISTIQAMAH....kan kan kan....:0...

Perkongsian.....

sekadar itu dahulu...hanya perkongsian...oleh itu marilah kita renung kembali ayat cinta dari Allah s.wt. yang dirakamkan dalam surah Al-Baqarah:214
"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga,padahal belum datang padamu (cubaan) seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata 'bilakah datangnya pertolongan Allah?'. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" segala yang baik datangnya dari Allah.....

No comments: