Tuesday, January 5, 2010

Mencintai Dakwah Dan Jihad


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW nabi junjungan serta ahli keluarga baginda.Pencerahan solusi kebangkitan (suka la kata-kata ni...)Salam optimis salam ukhuwah dan salam koreksi minda muhasabah amal.

Entri kali ini sekadar santai minda refresh diri muhasabah amal agar diri hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini. Penulis baru sahaja 'menjinakkan' (sesuai ke guna perkataan ni?oklah kan)diri dengan fb ni. FB? apa tu?...tak kan pembaca tak tahu? Facebook. Ada pro dan kontranya...tapi bagi penulis segala-galanya digunakan untuk dakwah.


Dan alhamdulillah ternyata melaluinya penulis bertemu hamba-hamba Allah yang pernah penulis kenal samada secara dekat atau tidak.Dan usaha penulis untuk mengumpul kembali 'kader-kader' yang pernah bergerak dalam tarbiyah sewaktu di Kolej dahulu mula menampakkan hasilnya...inilah azam tahun 1431H ini...mengumpul dan menggerakkan sebanyak mungkin 'kuda-kuda' yang akan berlari semula setelah lama 'berhenti'.Ameen semoga Allah mudahkan urusan penulis.

Sesungguhnya dakwah dan jihad adalah pekerjaan para nabi dan rasul. Dakwah dan jihad adalah amalan tinggi yang menjadikan seorang muslim itu dicintai oleh Allah. Dakwah bererti menyeru dan mengajak kepada kebaikan. Jihad pula bermaksud bersungguh-sungguh membela Allah, Rasul dan agama Islam.

Bagaimanakah caranya supaya dakwah kita diterima oleh orang lain? Dakwah yang baik perlu memenuhi syarat-syarat dan kriterianya. Dakwah perlu dilakukan dengan IKHLAS, bersungguh-sungguh dan dengan kaedah yang betul. Inilah syarat utama dakwah. Apabila dakwah dilakukan BUKAN demi mendapatkan keredaan Allah semata-mata, dakwah itu bakal tercemar.Ikhlaslah walaupun hanya satu ayat yang disampaikan. Boleh jadi satu ayat itu lebih baik dari 'banyak' ayat.Hidayah itu urusan Allah. Dan sebagai manusia kita perlu mencarinya.....

Dakwah perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Apabila dakwah dilakukan sambil lewa, hasilnya juga tidak seberapa. Semasa bersemangat, dakwah menjadi hebat, tetapi apabila malas semangatnya menurun, kata-katanya sudah tidak lagi mempunyai unsur-unsur dakwah atau tarbiyah. Malah cenderung menjauhkan diri daripada orang lain.

Anggotanya sudah mula tidak terjaga..awas!! itu maknanya kita sudah terkena penyakit futur. Apa yang akan terjadi apabila dakwah berubah menjadi seperti ini?Tentu ia tidak memberi apa-pa kesan kepada orang yang mendengar.

Oleh itu, lakukanlah dakwah dengan bersungguh-sungguh kerana kesungguhan pasti membuahkan hasil yang baik. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dihatimu.

Allah menjelaskan di dalam Quran surah An-Nahl:125 yang bermaksud:"serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

Sahabat-sahabatku,
Kita tidak boleh bersikap acuh tidak acuh pada keadaan di sekeliling kita. Setiap kali apabila melihat perkara yang tidak selesai, kita perlu terpanggil menyelesaikannya. Apabila melihat sesuatu yang tidak sempurna, kita perlu menyempurnakannya. Begitu juga apabila melihat kemungkaran kita perlu mencegahnya.

Nabu Muhammad SAW bersabda:"sesiapa yang melihat kemungkaran ubahlah dengan tangannya, apabila tidak sanggup,ubahlah dengan lisannya, apabila tidak sanggup, ubahlah dengan hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman.(Riwayat Muslim)

Gerakan amar ma'ruf nahi mungkar perlu diteruskan kerana ini adalah tugas kita. Kita tidak boleh berhenti memerangi kemungkaran...wallahu a'lam.

p/s: apa pandangan pembaca sekalian mengenai isu penggunaan nama Allah untuk gereja?adakah ia sesuatu yang baik atau sebaliknya. Berikan pendapat anda.



2 comments:

qdine said...

Saya terharu apabila ada sseorang bertanya kepada anak -anak Palestine mengapa mereka menunjukkan tanda Peace(2 jari, telunjuk dan jari tengah). Jawabnya tanda 1)Menang melawan yahudi laknatullah. tanda 2.) Mati dengan kemenangan mendapat syahid...

Begitu hebat kecintaan mereka kepada jihad

saniah hj ahmad said...

tidak ramai yang Allah buka kan pintu hijab hati memahami tugas sbg khalifah di muka bumi..beruntunglah bagi sesiapa yang terpilih dan galaslah tugas itu dengan penuh tanggungjawab..