Tuesday, December 22, 2009

Hijrah VS Masihi


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam untuk Muhammad rasul tercinta serta keluarga baginda. Salam hijrah, salam mujahadah dan salam ukhuwwah. Semoga kita sentiasa berada di dalam tarbiyah Allah sentiasa ameen...pendek cerita hijrah VS masihi...Jika penulis ceritakan bab hijrah nabi rasanya sudah banyak ilmuan lain yang menceritakan tentang perihal itu bukan...Bagaimana pula sejarah masihi? sudah menjadi adat di Malaysia..tahun baru disambut dengan nyanyian,setuju?

Tahun baru hijrah akan di sambut seperti yang kita sedia maklum, agak beradap,dengan alunan nyanyian nasyid dan sebagainya dalam keadaan yang agak terkawal...tetapi bagaimana pula dengan sambutan tahun baru masihi?..fuhhh lagi hebat dan dasyat. Disambut dengan penuh meriah.Setuju atau tidak jika penulis katakan sememangnya sambutan tahun baru masihi sangat meriah dengan MAKSIAT.Malah dimeriahkan lagi dengan syaitan-syaitan yang turut serta menyambutnya. Betapa rosaknya nilai akhlak manusia terutama yang muslim boleh kita lihat di malam tahun baru.Fikir-fikirkan,sekadar santai minda..refresh iman..muhasabah amal..Kita sorotkan kembali sedikit kisah penghijrahan nabi ini..

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

p/s:Apakah perbezaan antara seorang 'muslim' dengan seorang 'mukmin' menyambut tahun baru? renungan bersama....


2 comments:

Muhammad Ibnu Nazir said...

BismillahirRahmanirRahim,Assalamu'alaikum. Satu artikel yang menarik untuk perkongsian ilmu. Pengertian hijrah itu memerlukan ertikata yang mendalam yang perlu kita semua mengetahuinya.

Jika kita mengkaji tentang sirah Para Anbiya dan Rasul-Nya, kita dapati kesemuanya mengalami situasi hijrah. Sebagai contoh, Nabi Adam a.s, penghijrahan baginda adalah dari syurga ke dunia. Nabi Nuh a.s pula berdakwah selama 950 tahun kepada umatnya, untuk mengajak agar mentauhidkan Allah s.w.t. tetapi apabila bala banjir besar menimpa umatnya, hanya 80 orang sahaja yang benar-benar mengikuti ajaran Allah s.w.t ketika berada di dalam kapal tersebut. Ini salah satu bentuk hijrah, hijrah dari kekufuran umat beliau kepada ketaatan terhadap Allah s.w.t. Begitu juga dengan Nabi Musa a.s, beliau berhijrah dari kekafiran firaun di mesir dan kembali keluar dari negara mesir. ini juga bentuk hijrah. Secara keseluruhannya pula, Para Anbiya dan Para Rasul Allah s.w.t yang membawa kebenaran merupakan golongan yang berhijrah, berhijrah mengajak agar manusia mentauhidkan Allah s.w.t.

Jika Utusan Allah s.w.t ini yang telah dijanjikan Syurga firdaus untuk mereka adalah Nabi dan Rasul yang berhijrah demi mentauhidkan Allah s.w.t, kenapa manusia sekerdil kita yang penuh dengan dosa dan noda dan pula kejaminan syurga itu amat jauh sekali, tetapi masih tidak 'Menghijrahkan' asas pemikiran untuk kembali kepada-Nya. Sebagai contoh yang hendak saya bawakan di sini, cuba kita bandingkan diri kita ini dengan rakyat palestin, rakyat palestin hanya tidur selama 3 ke 4 jam dalam satu hari, matlamat mereka adalah untuk berjuang menegakkan Islam dan membebaskan tanahair mereka dari kekejaman zionis, Kita pula tidur sekitar 7 ke 9 jam dalam sehari, ini amat berbeza dari segi Iman. Jika ruang tidur itu terlalu panjang bagi kita, sebenarnya kita terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Islam di negara Palestin, dan hakikat itu juga kita sebenarnya begitu jauh dengan Allah s.w.t. WaAllahua'alam,

saniah hj ahmad said...

salam alaika...syukran di atas penambahan...