Wednesday, December 9, 2009

Akhir Zaman..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera..selawat salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda...sekadar renungan bersama..

Hadith Akhir Zaman...


Daripada Ali bin Abu Thalib r.a.Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1)Apabila harta negara beredar pada orang yang tertentu.
2)Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3)Zakat dijadikan hutang.
4)Suami memperturutkan kehendak isteri.
5)Anak derhaka kepada ibunya.
6)Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.
7)Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8)Suara ditinggikan di dalam masjid.
9)Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10)Seorang yang dimuliakan kerana takut kejahatannya.
11)Khamar (arak) diminum di merata tempat.
12)Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13)Para artis disanjung-sanjung.
14)Muzik banyak dimainkan.
15)Generasi umat akhir ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah ATAU gempa bumi ATAU pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain. (H.R.TARMIZI)

P/S: bagaimana keadaan sekarang??? kita doakan moga-moga kita sentiasa di dalam tarbiyah Allah..amen..selamat berbahagia tempuhi hidup yang memberi makna serta saham apabila kita pulang ke 'sana' kelak...

2 comments:

Muhammad Ibnu Nazir said...

Salam, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Penulisan kesedaran rohaniah yang menarik untuk seluruh ummat sejagat di muka bumi ini. Hadith ini juga bertepatan dengan hadirnya diri insan ke arah hari kebangkitan kelak, kebangkitan menumpuhi segala suka dan duka berkaitan dengan amalan yang dibawa. Manusia itu memerlukan dokongan dan sokongan untuk menempuhi segala onak ranjau kehidupan manusia, bukan hanya mengunakan nas-nas akal dan bentuk pemikiran, tetapi dorongan rohaniah Al-Furqan itu merupakan jalan petunjuk bagi menerangi segala kegelapan kini dan nan di hadapan. semoga saudari dirahmati-Nya dan seluruh Umat Islam diredhai dan dikasihi-Nya, InsyaAllah. (Teruskan berkarya)

saniah hj ahmad said...

Salam...terima kasih di atas penambahan...