Friday, November 20, 2009

Mudahkan jangan kau susahkan.



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w...entry kali ini adalah mengenai kita memberi manfaat kepada orang lain. Entry penulis yang lepas ada menyebut salah satu cara untuk membersihkan hati adalah dengan cara mudahkan urusan orang lain jangan susahkan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Selagi kita ini namanya manusia maka kita tidak sama sekali mampu terlepas dari sifat semulajadi (tabi'i) manusia iaitu 'lupa'. Oleh kerana itu, ubatilah hatimu....ubat hati itu ada lima perkara...pertama :bacalah Quran dan maknanya, kedua: solat malam dirikanlah, ketiga: berkumpul dengan orangg soleh , yang keempat:banyakan berpuasa (Isnin dan Khamis) dan terakhir zikir malam berpanjangan.

Jadikanlah zikir sebagai amalan, peribadi berzikir, zikir jadi keperibadian kita, Allah tujuan kita, rasul sebagai tauladan dalam hidup, dunia ini pun menjadi syurga sebelum syurga sebelumnya, bumi menjadi masjid bagi kita. Rumah, pejabat bahkan hotel sekalipun menjadi musolla bagi kita. Tempat kita berpijak, meja kerja, hamparan sejadah bagi kita....kalau kita bicara,biarlah bicara dakwah...kalau kita berdiam, diam kita zikir...nafas kita adalah tasbih, mata kita penuh rahmat Allah penuh kasih sayang...telinga kita terjaga, fikiran kita baik sangka..tidak sinis,tidak pesimis dan tidak suka membonis...hati kita ..diam-diam berdoa..tangan kita bersedekah, kaki kita berjihad ia tidak mahu melangkah dengan sia-sia. Kekuatan kita silaturrahim, kerinduan kita tegaknya syariat Allah kalau memang hak tujuan, sabar dan kasih sayang strategi kita...asma amanina cita-cita tertinggi, syahid dijalannya...dan yang paling menarik kita hanya asyik memperbaiki diri sendiri tidak tertarik mencari aib orang lain..semoga 'kita' adalah kita...


Mudahkan jangan susahkan...sebaik-baik manusia adalah orang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang berjaya bukan orang yang hanya mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat kepada orang lain.Kebahagiaannya bukan hanya mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga tetapi mampu juga memberikan kebahagiannya kepada orang lain.Ini adalah muslim yang baik.Ingatlah kejayaan yang kita perolehi bukan usaha kita semata-mata.Kejayaan kita adalah kerana bantuan orang lain.Guru contohnya,Ibu Bapa,rakan sekuliah atau rakan sekerja yang selalu bersama-sama kita . Dan kejayaan itu hakikatnya adalah pertolongan daripada Allah.

Sekiranya kini kita mempunyai rezeki dan ilmu yang cukup, rancanglah sesuatu bagi menggabungkan keduanya bagi membantu orang lain. Bermula dengan adik-beradik dan saudara terdekat atau rakan seusrah kita. Kemudian membuat perancangan membantu jiran tetangga dan orang lain.

Bukhari dan Muslim menceritakan : Nabi Muhammad berkata :'sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaatnya kepada orang lain.'

Allah menjelaskan dalam surah al-Ma'un ayat 1-2 yang bermaksud:
"Tahukah kamu siapakah(orang)yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak memberi makan kepada orang miskin."

Menolong orang adalah rezeki bagi kita kerana tidak semestinya dalam bentuk wang. Menolong orang lain supaya mempunyai harga diri di depan anak dan isterinya juga adalah rezeki. Menolong orang untuk kembali ke jalan yang benar juga adalah rezeki pada kita... Kadang kala kita berasa berat mengeluarkan apa yang kita perolehi. Padahal kita keluarkan bagi membantu orang lain adalah rezki kita.

Sungguh beruntung bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah peluang berbakti kepada orang lain. Orang lain adalah ladang amalan kita. Apabila kita memiliki potensi yang lebih daripada orang lain, kita mesti menanamkan niat memberi manfaat sebanyak-banyaknya kepada orang lain. Kelebihan yang ada pada kita hakikatnya adalah amanah yang diberikan oleh Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Sebagai renungan bersama...ingatlah darjah kemuliaan sseorang itu dapat dilihat daripada sudut sejauh mana dirinya mempunyai nilai manfaat kepada orang lain. Bukhari dan Muslim menceritakn Nabi Muhammad berkata, "Khairunnas anfa'uhum linnas." Ia bermaksud sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.
Sama-samalah kita renungkannya....

p/s: Kesimpulan untuk diri penulis sendiri ada 3. Pertama : "aku baik kepadamu"
kedua:"aku menyenangkan kamu mengikut kemampuanku" dan ketiga :Aku bermanfaat kepadamu"....hmmmhh..yeah :)


No comments: