Wednesday, November 4, 2009

IKHLAS KAH KITA MENCARI YANG HAQ?


Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

Selawat ke atas Nabi s.a.w...semoga kalian berada di dalam keredhaan Allah selalu. Hanya sekadar secebis pandangan dari penulis yang serba kekurangan mengenai apa yang berlaku sekarang. Maksud penulis isu wahabi tak wahabinya isu ahli sunnah wal jamaahnya,isu syiahnya dan macam-macam lagi. Berat sebenarnya topik yang penulis cuba bawa..jika ada yang tersalah maka dialu-alukan untuk memberi teguran.

Ada beberapa persoalan yang penulis ingin tahu.Kepada sesiapa yang ilmunya tinggi silalah berikan jawapan atau huraian pada persoalan penulis dibahagian comment.

1)Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada umat sekalian alam,tujuannya tidak lain adalah untuk menyampaikan kebenaran.Soalannya : Masa zaman nabi Muhammad dahulu wujud sudahkah permasalah yang berlaku sekarang? ...masalah wahabinya,syiahnya, ahbashnya, ahli sunnah tak ahli sunnahnya dan lain-lain lagi.Setakat ilmu yang penulis ada, tidak wujud rasanya permasalah di atas sewaktu zaman nabi. Betul tak? Jika penulis tersalah fakta sila betulkan.

2)Bilakah pula perbezaan fahaman di atas timbul?..hmmm.setahu penulis semua permasalah di atas timbul selepas wafatnya baginda Muhammad s.a.w.Betul tak? Jika penulis tersalah fakta sila betulkan.

3)Punca wujudnya permasalahan di atas adakah disebabkan individu atau pengikutnya yang ta'asub?atau semua pengikut kepada permasalahan di atas salah atau mereka semua tidak salah? Adakah sistem yang salah? atau pemerintah yang salah? atau ulama dahulu yang salah atau ulama dahulu tidak ada kena mengena dengan semua permasalahan di atas? atau dan atau terus menjadi persoalan. Sesiapa yang nak tolong jawabkan silakan...

4)Apabila permasalahan di atas timbul wajarkan individu-individu yang mewakili permasalahan di atas menunding jari mengatakan "depa bawak ajaran tak betul" "mampus semua wahabi" "syiah tak betul" "kita ja yang betui ikut nabi, depa dak" dan macam-macam lagi.Persoalan: adakah ini yang diajar nabi?.Tidak bukan.

5)Mengikut kajian penulis sendiri...ramai orang-orang awam di luar sana sudah menjadi "ustaz" atau "ustazah" melalui laman web atau blog-blog.Alhamdulillah satu perkembangan yang baik kerana kesedaran ingin tahu.Cumanya ada sesetengah individu-individu berhujah terlalu menggunakan nafsu amarah, sehingga muzakarah bertukar "berjidal"....syaitan melompat-lompat suka..kerana apa? kerana berjaya merosakkan orang-orang yang "berilmu"...penulis kembalikan perlakuan individu tadi kepada yang Haq.

Analogi yang penulis ingin bawakan adalah mudah....

Kampung penulis terletaknya di Perak.Di Perak ada satu bandar namanya Taiping.Dari rumah penulis, untuk ke bandar Taiping ada 3 alternatif jalan yang penulis ada.Kesemua jalan yang penulis ambil akan sampai jua ke destinasi iaitu Taiping. Cumanya, setiap jalan yang penulis lalui akan melalui suasana yang berbeza-beza.Di jalan yang pertama perlu melalui bukit/ gunung semanggol. Jalan yang kedua penulis perlu melalui kawasan sawah padi dan jalan yang ke 3 penulis perlu melalui kawasan perumahan.

Persoalan: Adakah ketiga-tiga jalan yang penulis lalui mempunyai "tanda jalan" yang sama, gunung contohnya..."kalau hang nak pi taiping hang 'MESTI' kena melalui gunung semanggol baru hang boleh sampai Taiping, kalau tak hang tak kan sampai Taiping" ataupun "hang nak pi Taiping ka?..ooo..hang nak pi Taiping hang 'MESTI' lalu kawasan sawah padi, baru hang buleh sampai Taiping, kalau tak hang tak kan sampai punyalah"
ataupun "Pi Taiping hang 'MESTI' lalu kawasan perumahan"

Hmmmm....jelas semua???? Sekarang andaikata 3 orang individu pergi ke Taiping melalui jalan yang berlainan...Persoalan:adakah suasana persekitaran jalan yang mereka lalui adalah sama atau sebaliknya? Pada hemat penulis, mestilah berbeza bukan.Persoalan: Jika berbeza adakah ketiga-tiga individu tadi tetap sampai ke Taiping? Pada pemerhatian penulis mestilah sampai juga ke Taiping. Bagaimana pandangan anda pula?


Jadi pulanglah ketiga-tiga individu ini kerumah masing-masing. Kemudian ketiga-tiga mereka bertemu dalam satu pertemuan untuk meraikan sahabat yang baru datang dari Kuala Lumpur.Bertanyalah sahabat dari KL ini."Saye nak pegi Taiping,sape tahu antare korang jalan nak ke Taiping". Berceritalah individu yang pertama "senang ja..hang nak pi Taiping, jalan hang nak pi sana tu mesti jumpak gunung" mencelah individu yang kedua "emh..kepala hotak hang..aku pi Taiping tak jumpak pun gunung, ni hang dengaq ni nak pi Taiping yang mesti lalu kawasan sawah padi" menyampuk pula individu yang ketiga "hang lagi kepala jingga, mana ada aih jumpak gunung ka jumpak sawah padi ka..tak dak aih..hang kalau nak pi Taiping hang mesti lalu kawasan perumahan..tu baru betui" jadi berbalah lah ketiga-tiga individu tadi....kesian sahabat dari KL, dah pening lalat tu...."mana satu betul ni"

Tiba-tiba datanglah seorang tua yang berjubah hijau dan beserban di kepala merapati anak-anak muda tadi."Assalamualaikum..Awat ni? hangpa dok betekak pasai apa ni? punya la dasyat...keluaq habih perkataan yang tak elok,dari jauh dah dengaq..dok caci maki..haru sungguh aih hangpa ni"...sampuk sahabat dari KL "itulah paksu saye pun dah naik pening".."hang dok pening apa?" "Saye nak ke Taiping,jadi saye tanyelah mereke-mereke ni, yang saye pening tu sorang kate saye kene melalui gunung Semanggol,jike tidak saye tak kan sampai ke Taiping, yang sorang lagi pulak kate,saye kene lalu kawasan sawah padi, yang sorang lagi pulak kate saye kene lalui kawasan perumahan.Kalau tidak saye tak sampai ke Taiping."

Setakat itu dahulu penulis tinggalkan analoginya....harap para pembaca memahami apa yang penulis ingin sampaikan.

Tujuan kita hidup adalah kerana ALLAH.Perjalanan menuju kepada YANG HAQ berbagai cara. Kita tidak boleh menuduh orang itu salah, orang ini salah, kita sahaja yang betul dan pelbagai lagi, sebelum ada bukti-bukti yang kukuh...amalan kita ALLAH yang akan nilai baik buruknya, ALLAH yang berhaq untuk beri kita ganjaran...tapi ingat!!!kita sebagai manusia diberi hak untuk memilih jalan asalkan tidak sampai mensyirikkan Allah dan terpesong dari landasan apatah lagi syirik yang halus....

Hanya sekadar pandangan peribadi..jika ada tersalah bicara sila tunjukkan yang betulnya...dan ini sebagai perkongsian dari blog seorang hamba allah:

Orang Wahabi Lebih Mengikuti Sunnah?

Saat ini kecoh seluruh negara mengenai isu Wahabi. Ada mengatakan mereka sesat sehingga terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jamaah yang menjadi mazhab aqidah bagi umat islam di Malaysia. Tidak kurang juga ada sebagian manusia yang mengatakan bahawa ajaran wahabi ini terkeluar dari mazhab fiqh yang empat seperti mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.


Saya kira, jika disenaraikan keseluruhan tuduhan sesat ke atas wahabi, mungkin tuduhan-tuduhan tersebut boleh menjangkau berjilid-jilid tebalnya. Kenapa saya katakan ‘tuduhan’? Iya, memang ianya sekadar tuduhan dan tidak lebih dari itu, orang-orang yang mengkritik wahabi menuduh amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’ itu sebagai amalan yang sesat.

Sedangkan apabila kita bertanya kepada mereka, apa definisi wahabi dan kenapa mereka sesat? Rata-rata diantara mereka tidak dapat menjawab sehingga lebih pantas mereka ini dikatakan ibarat burung kakak tua, berkata sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.

Berhati-hatilah wahai kaum muslimin, janganlah kamu mencela saudaramu, janganlah kamu menyakiti mereka, apatah lagi kamu menuduh sesuatu tuduhan yang memang tidak ada pada diri mereka. Takutlah kamu kepada Allah kerana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barangsiapa berkata tentang seorang mukmin sesuatu yang tidak ada padanya, Allah akan menempatkannya pada lumpur neraka, sehingga dia keluar dari apa yang telah dia katakan” [Shahih HR Abu Dawud, no. 3597, Ahmad (2/270 dan al-Baihaqi (6/82)]

Dan apabila kamu mengatakan sesat ke atas seseorang sedangkan kamu tidak tahu dasar kesesatan mereka, atau kamu tidak mengetahui apa yang kamu ucapkan itu hasil dari khabar burung (qila wa qola) yakni dengar dan cakap tanpa memeriksa, lihatlah firman Allah ini:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. al-Hujurat 49:6)

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi berkata di dalam tafsirnya tentang perkataan

“periksalah; iaitu menetapkan terlebih dahulu sebelum berkata, berbuat dan menghukum.

Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui; Ditakuti musibah menimpa satu kaum kerana kejahilan daripada kamu.” (Aisar Tafasir tafsir Surah al-Hujurat ayat 6)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan apa yang dia dengar.” (HR Muslim)

Berbalik kepada isu wahabi, mereka ini lebih mengikuti sunnah Nabi berbanding orang yang mencela mereka. Mereka ini lebih mengikuti mazhab Syafie berbanding Syafi’iyah (pengikut mazhab Syafie tegar) dan nasihat para aimmah (imam-imam) di dalam mazhab Syafie.

Buktinya, mari kita lihat perbandingan tuduhan-tuduhan oleh orang yang menuduh dan amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’.

Tuduhan:

Pertama: Wahabi melarang bertaqlid kepada imam-imam mazhab

Kedua: Wahabi mengharamkan zikir berjemaah/kuat selepas solat

Ketiga: Wahabi mengharamkan membaca bismillah dengan kuat ketika solat jahr (bacaan yang dibaca kuat)

Keempat: Wahabi meletakkan tangan di atas dada ketika solat

Kelima: Wahabi merapatkan kaki-kaki mereka dengan orang disebelah mereka ketika solat berjemaah

Jawapan:

Pertama: Dalam hal agama, segala nya dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. an-Nisaa’ 4:59)

Perktaan ulil amri, dimaklumi maknanya sebagaimana perkataan mufassirin ianya adalah umara’ dan ulama. Sedangkan para ulama berkata antaranya:

Berkata Imam Syafie ketika menasihati salah seorang muridnya: “Hai Abu ishaq, janganlah engkau mengikut sahaja segala apa yang aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama.” (Mizan al-kubra 1/192)

Katanya lagi : “Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadits Rasulullah, maka berpeganglah dengan hadits tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan (pendapatku).” (Majmu’ Syarah al-Muhazzab 1/63)

Bahkan tidak ada di antara imam-imam mazhab yang mewajibkan setiap orang yang mengikuti mereka untuk bertaqlid tanpa memeriksa hujah yang telah mereka keluarkan.

Berkata Imam Abu Hanifah : “Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa menerima pendapat kami jika mereka tidak tahu dari mana kami mengambilnya.” (Al-Intiqa Fi Fadhail al-tsalatsah al-Aimmah)

Berkata Imam Malik : “Aku hanya manusia yang mana pendapat aku terkadang benar dan terkadang salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Quran dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Jami’ al-Bayan al-’Ilm 2/32)

Berkata Imam Ahmad: “Dapatkanlah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu, janganlah berpuas hati dengan hanya bertaqlid. Kerana taqlid itu bagaikan orang yang buta.” (Mizan al-kubra 1/32)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kedua: Berkata Imam Syafie ketika mengulas hadis dari Ibn Abbas, katanya : “Aku berpendapat sekiranya imam dan makmum bahawa mereka berzikir kepada Allah sesudah selesai solat, kedua-duanya menyembunyikan zikir (perlahankan) kecuali imam itu adalah orang yang harus orang belajar darinya.” Kemudian katanya lagi, “Aku berpendapat bahawa Nabi menguatkan suaranya ketika berzikir supaya manusia dapat belajar darinya.” (Al-Umm Jld 1 ms. 150 –Syamila-)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Ketiga: Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam membaca ”Bismillahirrahmaannirrahim” dengan tanpa mengeraskan suara. (HR Bukhari, Muslim & Ahmad).

Hadis ini menunjukkan ianya sebahagian dari sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan ianya antara pendapat Imam Hanbali, bagaimana mungkin orang yang melabel sesat kepada orang yang membaca bismillah dengan perlahan sedangkan ianya sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Keempat: Hadis dari Wail bin Hujur radiyallahu ‘anhu, “Baginda meletakkan kedua tangannya (bersedekap) di dada”. (HR Ibnu Khuzaimah di dalam shahihnya)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kelima: Mengenai shaf di dalam solat, berdasarkan kepada hadits dari Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu dia berkata : “Setiap orang merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya dan merapatkan kakinya dengan kaki orang yang disampingnya.” (HR Bukhari no. 722 dan Muslim no. 435)

Dari hadits Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu : “Aku melihat mereka (sahabat) merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya, lututnya dengan lutut orang disampingnya serta mata kakinya dengan mata kaki orang disampingnya.” (HR Abu Daud no. 662 dengan sanad yang shahih)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Untuk ini dahulu setakat ini, mudah-mudahan mendapat sedikit sebanyak manfaat..Allahul Musta’an

dari blog Abu Hurairah al-Atsary (http://maktabahonline.wordpress.com)

p/s:apa pandangan anda pula

No comments: