Monday, May 31, 2010

Kecewaku di saat ini...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW,ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda serta para solehin.Salam optimis, salam perjuangan, salam mujahadah, salam ukhuwah dan salam kasih sayang daripada penulis. Agak lama penulis tidak 'meng up date' blog. Mungkin kerana kesibukkan yang sengaja dicari-cari atau kesibukkan yang sememangnya sedia menanti.

Sekadar berkongsi cerita dan rasa. Imam itu turun dan naik sifatnya. Sekadar muhasabah diri untuk penulis sendiri khasnya dan untuk pembaca sekalian umumnya.Terkadang penat dan letih melayan kerenah manusia di sekeliling penulis.Pelbagai ragam dan gelagat.Termasuk hal-hal yang berkaitan dengan orang-orang yang dikatakan mendapat pentarbiyahan.

Entah kenapa terasa sangat lelah ketika ini, terasa mahu menangis sepuas-puasnya,terasa lemah tika ini bukan kerana amal dakwah yang dipikul tetapi kerana sikap orang-orang yang berada dijalan dakwah ini.Tidak mengapalah, rasa kecewa yang 'tersangat' dengan orang-orang yang sama membawa fikrah kerana ada beberapa tindakan yang tidak terlihat seperti mereka adalah orang yang mempunyai fikrah.Adakah mereka adalah sang aktivis yang dikategorikan berada dalam zona nyaman? kerana bila mana disibukkan aktivis pada masalah-masalah remeh internal organisasi yang seharusnya tak perlu dipermasalahkan sampai mengabaikan masalah eksternal yang jauh lebih urgen.Bab mad'u seorang pun nak kecoh-kecoh!!! (bahasa kasarnyalah), sepatutnya fikiran pasal penerusan tarbiyah mad'u bukan disibukkan dengan masalah-masalah teknikal,kalau pun ia ada perlanggaran dari sudut teknikal bukankah boleh diperbaikkan dengan berlapang dada..hal yang kecil diperbesar-besarkan.

Kesian si mad'u yang tidak tahu menahu menjadi mangsa atas keegoaan masing-masing.Apa yang mereka mahu??. Astagfirullahal azim...ampunkanlah Ya Allah dosa-dosa ku kerana tercetusnya perasaan marah ini. Hanya padamu Ya Allah hamba serahkan segalanya.Begitu juga dengan rasa kecewa ini, ku serahkan pada-Mu Ya Allah, sesunguhnya Engkau Maha Mengetahui segala isi dunia.

Bahan yang 'berbakul-bakul' belum tentu mampu cemerlangkan diri seorang Daie itu, bahan hanya sebagai bahan bantuan untuk mengukuhkan kefahaman.Begitu juga dengan halnya semangat. Semangat perlu, tetapi tarbiyah yang bersandarkan kepada semangat dan bahan semata-mata tidak akan mampu bertahan lama.

Ayahku adalah murabbi yang terbaik dalam hidupku. Pesan dan nasihatnya ibarat mutiara yang sangat berharga, tidak kira apa jua kondisiku, samada dalam keadaan siap siaga atau dalam keadaan lemah.Pesan ayah "harus diingat selalu setiap yang baharu itu pasti berubah, kerana itu kita perlu sentiasa beringat dan berpada-pada. Apa yang penting, jagalah kebersihan hatimu, berlapang dadalah dengan 'manusia-manusia' yang seperti itu, atau dengan sesiapa sahaja. Apa sahaja yang kita kerjakan ingat!! yang awalnya mestilah kerana Allah SWT, kerana Allah lah yang merencanakan segala 'cerita-cerita' di bumi ini."

Teringat pesan ayah...air mata mula membasahi pipi..terlalu sedih dan kecewa ketika ini.Cepat-cepat penulis mencari USB yang tersimpan di dalamnya kata-kata yang mampu membangkitkan semangat...Umar r.a. berkata ”Jika hanya ada seorang yang akan mengusung dakwah ini, maka akulah orangnya.”. Sedangkan aku? Sudah sunnatullah jalan ini begitu berat, penuh rintangan, maka hanya orang-orang terpilihlah yang Ia izinkan ada di jalan ini.

Sudah digariskan perjuangan itu pahit, kerana surga itu manis.Kucari sebuah pesan dari saudaraku, pesan yang selalu mengingatkanku, ”Sungguh! Jamaah ini besar dan kukuh kerana keikhlasan dan mujahadah para muassis kita. Mereka bak cahaya yang menyinari semesta. Akankah cahaya itu padam karena kemaksiatan kita? Tanyakan pada hatimu…”
Kembali aku tersungkur, fikiranku bergetar, air mata kembali mengalir menyedari kealpaan diri. Sombong! Angkuh! Tak ada kata yang tepat untuk menggambarkan diriku saat ini.'Maka berlapang dadalah dengan ukhti-mu',pesan bekas Naqibahku.

Ya Rabb...izinkan aku tetap berjuang di jalan-Mu ya Rabb. Jangan jadikan aku manusia-manusia yang digantikan, manusia-manusia yang Engkau gantikan dengan manusia-manusia yang lebih baik. Bantu aku untuk tetap ikhlas Ya Rabb, agar yang aku lakukan tidak menjadi sia-sia. Ampuni-ku Ya Rabb. Sungguh! Engkau tidak pernah membutuhkan aku, akulah yang membutuhkan Engkau. Jadi jangan pernah tinggalkan aku Ya Rabb. Amin.

p/s: mood: cuba membina kembali dan mencari semangat yang baru...yeah..caiyo2..

2 comments:

serikandi solehah wa muslehah said...

subahanallah....tapi ini lah hakikatnya yang sedang berlaku..doakan agar kita KUAT dalam menghadapi semua ini..insya'Allah.

saniah hj ahmad said...

terima kasih....ukhuwafillah abadan ya sumayyah...