Monday, October 26, 2009

Santai Minda

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam kepada kekasih hati Nabi junjungan Muhammad s.a.w..Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Kepada insan-insan yang baru mendirikan rumahtangga Selamat Pengantin Baru dan semoga redha Allah menyertai rumahtangga kalian..Kepada insan-insan yang baru menimang cahaya mata, selamat mendidik anak-anak supaya menjadi syabab dan fatayat yang berfungsi untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi..

Kepada insan-insan yang Allah timpakan ujian..bersabarlah..minggu lepas penulis kehilangan ukhti kesayangan yang sama-sama berjuang menyebarkan agama Allah di muka bumi ini al-marhumah ukhti Nazirah Sidek..entry baru-baru ni penulis ada sertakan sekali gambar arwah, tetapi atas dasar menghormati dan meraikan kesedihan keluarga arwah yang meminta wajah-wajah arwah di waktu-waktu terakhir sebelum arwah dikebumikan di delete. Pemergian arwah adalah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Entry penuh boleh lah rujuk di http://ismakelantan.blogspot.com..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

Begitulah putaran roda kehidupan, dan alam-alam yang kita tempuhi...memperlihatkan kita kekuasaan Allah dan semoga ianya menambah kekuatan Tauhid kita pada Allah s.w.t. Entry kali ini adalah pasal nikah. Nikah???..topik yang semua insan bakal tersenyum, kerana apa? kerana selagi 'nama' kita manusia, fitrah yang Allah berikan ini mampu membuatkan insan-insan yang sedang membaca entry penulis berusaha untuk membaca sehingga akhir. Eh! tapi kenapa penulis bawa topik ni pula kan? hmmm..baca je lah sampai habis... :)




Persoalan:Adakah jodoh ini ada kaitannya dengan keturunan?
Jawapan:Tidak sama sekali. Jodoh tidak ada kena mengena dengan keturunan langsung. Cumanya belum sampai masanya lagi. Nikah ini sesuatu yang mulia di sisi Islam. Ia bagai menanti jambatan untuk kita ke seberang. Jangan sedih sekiranya jodoh belum datang..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Persoalan: Apa yang perlu kita lakukan untuk jodoh itu supaya cepat datang?
Jawapan: Tiga huruf. Iaitu doa. Kita kena ingat...Allah akan beri tiga jawapan pada doa kita. Nak tahu apa? Apabila kita memohon sesuatu pada Allah ini jawapan Allah pada kita :
Pertama: "Aku akan perkenankan"
Kedua: "Aku akan perkenankan tetapi nanti dahulu"
Ketiga: "Aku mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu"

Selain itu sebagai manusia kita diberi pilihan untuk berusaha kemudian tawakkal yang disertai dengan doa...masakan rezeki datang bergolek tanpa kita berusaha untuk mencarinya. Begitulah juga dengan perihal jodoh. Pesan penulis, jagan bersedih hati selalu...perkahwinan bukanlah pengakhiran kehidupan. Ia cuma sebagai pelengkap kehidupan. Bukankah Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu?

Ada insan-insan yang penulis kenal sudah berumur tetapi masih belum bertemu jodoh, seorang sudah berumur 6oan yang penulis senang dengan panggilan umi dan yang seorang lagi sudah mencecah 50an dan penulis senang dengan panggilan kak ... Bila ditanya kepada mereka, mengapa tidak nikah? jawapan mereka "Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kami dan Allah lebih mengetahui"...beginilah dilema yang dihadapi oleh para akhawat...kata mereka kepada penulis..ikhwah TERLALU memilih.

Jika ditanya pendapat penulis apa komen mengenai ikhwah yang memilih? Jawapan penulis cuma 9 huruf iaitu TERPULANG. Kerana pada hemah penulis, mereka-mereka yang bergelar lelaki ini masih lagi 'manusia' yang tidak mampu mungkin melawan hawa nafsu daripada keinginan duniawi.

Penulis pun naik heran di mana yang dikatakan "wanita solehah penghias dunia"?...mungkin pada gambaran insan-insan yang bernama lelaki ini , wanita yang dikatakan penghias dunia ini mestilah yang mempunyai rupa paras yang cantik, pekerjaan yang menjamin masa depan dan sebagainya sebagai kayu ukur pemilihan jodoh. Lihat sahaja iklan-iklan atau cover bahagian depan pastinya wajah-wajah yang manis akan diletakkan. Kerana apa?...kerana selagi namanya manusia. Wanita juga begitu sebenarnya..

Persoalan: Perlukah kita memilih?
Jawapan: Perlu. Tetapi tidak sampai tahap TERLALU memilih. Susahlah kalau macam tu. Diri sendiri tak sebagus yang dicari masakan Allah akan memberi orang yang terbaik pada kita. Penulis teringat kata-kata seorang insan yang turut menyumbang kepada keterlibatan penulis dengan dunia dakwah ini..pesannya "Ukhti...baikkanlah dirimu, perelokkan akhlakmu, tinggikanlah martabatmu di sisi Allah, nescaya Allah akan utuskan seseorang yang juga sepertimu"...penulis cukup terkesan dengan kata-kata murabbiah ini. Jadinya, bak kata pepatah ukurlah baju dibadanmu sendiri.

La tahzan ya akhawat,Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Mungkin 2 insan yang telah penulis ceritakan tadi masih belum bertemu jodoh kerana mereka sangat hebat pada pandangan Allah sehingga tidak ada lelaki yang layak mendampingi mereka. Bersangka baiklah dengan Rabb-mu. Barangkali kita sangka ia baik tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita, dan boleh jadi kita sangka ia tidak baik walhal ia baik untuk kita, Allah maha mengetahui. Rahsia hati kita ada dalam genggaman Allah.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, kita pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tetapi deritanya juga datang sama. Semua perkara pasti ada baik dan buruknya. Persiapkan diri untuk melalui dan mengharungi dengan bijak dan berhikmah.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik kerana mulia di sisi Islam, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah, perlu ada matlamat dan perancangan yang tidak terlepas untuk mencapai redha Allah semata-mata.

Persoalan: Ada atau tidak orang yang telah berkahwin lebih teruk hidupnya daripada sebelum berkahwin?
Jawapan: Ada. Ini ulasan daripada seorang hamba Allah :" Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang dipikul juga banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda bakal membina pula jambatan untuk ke neraka?"

Hmmm..sama-samalah kita merenung kata-katanya.Ulasan daripada individu lain pula:"Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan mengharap redha Allah. Berkahwinan itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya...oleh itu berusahalah untuk mencari dan mengetahui rahsia-rahsia itu.

Berkahwinlah anda demi Allah dan Nabi, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Berkahwinlah dengan penuh kasih sayang, bukan kerana keterpaksa. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Kata-kata yang selalu diungkapkan "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar.. rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita sebuah pelangi yang cantik" . Begitulah juga dengan kehidupan kita ini...

"Cinta yang disemadiakan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi, jiwa yang pasrah bertukar laluan selagi esok masih ada, parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...."

Kata HAMKA:"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh di tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh di tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Begitulah kita seadanya kita sebagai manusia, kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata. Cinta ini ibarat rama-rama, semakin kita mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kita. Biarkan rama-rama mu terbang kemana sahaja ia suka, siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukanlah rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu...

p/s: Semoga Allah permudahkan urusan penulis...:)

2 comments:

Nora Zainol said...

...Amboi panjangnya bicara bab kahwin...bersimpang siur...baguslah...hamba faham!

saniah hj ahmad said...

ye ke ustaz?...oklah tu kan realitinya memang begitu..