Thursday, October 29, 2009

Hakikat Insan...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam ke atas nabi kekasih hati Muhammad s.a.w.Salam perjuangan, salam mujahadah, salam ceria dan salam 1 Malaysia (eh! nak kena letak jugak ke 1 Malaysia?) :).. dan salam muhasabah diri...sekadar peringatan untuk diriku dan diri anda semua...muhasabah mengenai HAKIKAT INSAN....


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu...yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun..yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?

Kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi dan sekali lagi,nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih...dan sungguh, telah 'kami' hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan 'kami' jadikan bintang-bintang itu sebagai alat-alat pelempar syaitan dan 'kami' sediakan bagi mereka azab neraka yang menyala-nyala, dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya akan mendapat azab Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara...hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu)bertanya kepada mereka, " Apakah belum pernah ada orang yang memberi peringatan kepadamu di dunia?..mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar."

Dan mereka berkata, "Sekiranya kami dahulu mendengarkan atau memikirkan peringatan itu tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala." Maka mereka mengakui dosanya. Tetapi jauhlah dari rahmat Allah bagi penghuni neraka yang menyala-nyala itu. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi ampunan dan pahala yang besar.

Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.Apakah pantas Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui.Dan dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-nya. Dan hanya kepadanyalah kamu kembali setelah dibangkitkan.

Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika ia tiba-tiba tergoncang?...atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana akibat mendustakan peringatan-Ku.

Dan sungguh, orang-orang yang sebelum mereka pun telah mendustakan rasul-rasulnya. Maka betapa hebatnya kemurkaan-Ku!. Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengemabangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih, Sungguh Dia Maha melihat segala sesuatu.

Atau apakah yang akan menjadi bala tentera bagimu yang dapat membelamu selain Allah Yang Maha Pengasih? Orang-orang kafir itu hanyalah dalam keadaan tertipu. Atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezeki-Nya? Bahkan mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri daripada kebenaran.

Apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin dalam kebenaran ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus? Katakanlah"Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur."

Katakanlah, "Dialah yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya kamu akan dikumpulkan." Dan Mereka berkata," bilakah datangnya ancaman itu jika kamu orang yang benar?"

Katakanlah Muhammad," Sesungguhnya ilmu tentang hari kiamat itu hanya ada pada Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan." Maka ketika mereka melihat azab pada hari kiamat sudah dekat, wajah orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakan kepada mereka, "Inilah azab yang dahulu kamu memintanya."

Katakanlah Muhammad," Tahukah kamu jika Allah mematikan aku dan orang-orang yang bersamaku atau memberi rahmat kepada kami, maka kami akan masuk syurga, lalu siapa yang dapat melindungi orang-orang kafir dari azab yang pedih?"

Katakanlah, " Dialah yang Maha Pengasih, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata," Katakanlah Muhammad, " Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering:maka siapa yang memberimu air yang mengalir?"

p/s: Terjemahan surah Al-Mulk...sama-sama kita muhasabah diri..wallahu'alam....



4 comments:

fansar said...

Salam,

Buku Hakikat Insan hanyalah sebagi panduan. Menuntut ilmu adalah wajib, oleh itu carilah guru yang mursyid.

Setiap perjalanan ilmu (syariat, tarekat, hakikat dan makrifat) ada ahlinya.

Oleh itu, jangan mengkalungkan mutiara dileher babi

saniah hj ahmad said...

salam kembali..

Setiap ilmu pasti ada guru yg mengajarnya,guru yg mursyid,bukan cbg ilmu ini shja perlu pada guru yg mursyid, malah semua ilmu..masa kan mahu belajar matematik berguru dengan guru yg mngajar silat..

Bukan buku hakikat insan shja mjdi panduan malah semua buku ilmiah, tetapi berdasarkan bandingan daripada panduan AL-Quran dan As-Sunnah..Bukan kah nabi tinggalkan 2 perkara ini sebagai panduan??? malah ianya panduan yg paling terbaik...

Oleh itu,jgn cpt menganggap setiap mutiara itu kalungannya dileher babi.

abulhakim said...

Buku hakikat insan karanga hj laksamana telah difatwakan HARAM oleh kerajaan.
Bacalah maksud sebenar hakikat insan yg ditulis oleh seorang hamba Allah di http://www.hakikatsifat20.blogspot.com dan http://www.siapaallah.blogspot.com

bukan senang nak senang said...

Buku hakikat insan ini ada lah satu karangan yang bercampur aduk kebenaran dan kebathilan. Bercampur2 yg haq dan bathil. Orang2 bodoh yg tidak ada asas ilmu Tauhid dan Tasauf yg kukuh mmg akan terpesona apbila membaca nya kerana ia di anggap satu perkara baru pada mereka itu. Banyak sekali perkara dalam buku ini dibentangkan kepada pembaca tanpa sandaran kepada Al-Qur’an dan Hadith, tetapi hanya lah terhasil dari fikiran liar penulis atau pun guru dari mana ia belajar. Pastinya guru tersebut bukan seorang guru mursyid. Kerana guru mursyid pastinya akan menunjukkan bagaimana seseorang harus melakukan solat. Seorang guru mursyid akan menerangkan semua pergerakan dan bacaan dalam solat serta kerja2 jiwa dlm solat. Bagaimana hendak khusyu’ dalam solat dan sebagainya. Kerana jika dilihat dari Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1 & 2 bererti orang yang beriman itu adalah mereka yg khusyu’ dalam solat mereka.
Sebenar nya buku ini tidak lengkap muka surat nya. Ada banyak muka surat yg tertinggal. Mungkin sengaja ditinggalkan kerana amat mengelirukan dan bersifat menghina Tuhan. Saya pernah baca buku ini yg lengkap. Ada muka surat yg digambarkan nama Allah itu sama dengan kemaluan lelaki. Huruf Lam disamakan dengan dua butir telur, dan huruf Ha disamakan dengan kepala takuk. Apa punya gila kah ini semua. Ia amat memalukan sekali. Sesuatu yg tidak berasas dan tiada dalil dari Al-Qur’an mau pun Hadith. Hanya khayalan liar dari penulis atau pun guru beliau