Friday, June 18, 2010

Sekadar Coretan.....


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat buat para pembaca sekalian, selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, seterusnya para alim ulama..Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sekadar berkongsi cerita dan rasa. Melayan rencah kehidupan duniawi memang tidak pernah surut, pelbagai kisah suka dan duka yang kongsikan, juga pengalaman hidup,kisah sahabat-sahabat yang telah bertukar status dan tanggungjawab,juga kisah mereka yang Allah ujian dengan kematian dan kesusahan, serta mereka-mereka yang masih mengarang cerita sebagai seorang pelajar, pekerja dan sebagainya, tidak ketinggalan cerita mereka yang berjuang kerana Agama Allah serta isu-isu umat..begitulah pentas lakonan duniawi..terkadang penat dan lelah untuk menontonnya. Itulah hakikat manusia sebagai pelakon di pentas dunia dan akan menerima anugerah masing-masing di hari perhitungan yang bertempat di padang Masyhar dengan anugerah-anugerah hasil lakonan manusia di pentas dunia dengan pelbagai watak dan peranan.

Teringat pada kata-kata seseorang "usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah, usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman". Kata-kata yang menyuntik semangatku untuk terus bangun dalam melalui dan merentasi cabaran dan cubaan di pentas dunia ini.

Pesan Guruku "JANGAN LANTAS MENGATAKAN SALAH SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU, DAN JANGAN MENGAMBIL MUDAH DENGAN PERKARA YANG KITA TAHU"..ingin penulis berkongsi beberapa perenggan sajak mungkin, atau kata-kata yang sangat mendalam maknanya..hanya yang mengetahui sahaja yang akan memahami...ceritaku mengenai cerita ilmu...banyak manfaat yang diperolehi daripada ilmu...coretan guru-guru mursyidku buat anak muridnya..

Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu untuk kenal tuhanmu,
Kenal dirimu kenal tuhanmu,
Moga makrifat terbuka hijabmu.

Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu itu syahadah awalnya,
Syahadah itu perlu tahu,
Kunci tahu penyaksian yang satu.

Hati itu tempat ilmu,
Perlu BERSIH hati selalu,
Bersih hati bersih nafsu,
Agar pancaran makrifat menerangi dirimu.

Tahu itu kunci ilmu,
Tanya itu kunci buntu,
Huraian ilmu satu persatu,
agar tidak terputus jalinan yang satu.

Tak tahu satu kau buntu, tak kenal satu kau buta,
Untuk kamu tahu yang satu,
perlu jalan-jalan cari ilmu.

Nur itu pancaran ilmu,
Ilmu itu perlu kaji dan teliti,
Nah! baru kau temui jawapan yang pasti...
Pasti memandang pada yang satu.

Nak tahu satu kena ilmu,
Nak kenal satu dari ilmu,
Yang cari satu kenal satu,
Baru boleh Makrifat tahu.

Tahu, tahu, tahu satu,
satu tahu semua tahu.

Tidak sekali kamu tahu,
Jika tidak dengan ilmu,
Ilmu itu ilmu satu,
Hanya terpilih dapat tahu.

Kontradiksinya ilmu adalah melalui praktikalnya hidupmu,
Agar dapat kau jalinkan ilmu untuk capai makrifat dirimu.

Harapan guruku:

Kurnia ilmu kepada kamu,moga Allah membarakahi ilmu,
Ilmu kamu ilmu tahu, moga Allah mudahkan urusan.

Doaku pada kalian agar terbuka pintu syuhud, untuk capai pandangan makrifat.

Sekian.....^_^

Begitulah kata-kata semangat untuk kami terus mencari dan mengenal diri..diri empunya Yang Haq..kenal lah dirimu maka kamu akan kenal tuhanmu...Wallahu a'lam...

5 comments:

Muhammad Ibnu Nazir said...

Salam.

In The Name Of Allah.

Pendekatan motivasi rohaniah yang berkesan. Terima kasih atas ibrah-ibrah yang menarik dan tersusun bagi mengubati jiwa-jiwa yang kosong.

Hamba Allah said...

salam..
maaf ya nk kongsi skit..

penerangan kitab:
Faridatul Faraid karangan Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustaffa (ulama' melayu.. kitab ini disusun adalah mengikuti jejak ulama' dunia Melayu yang terkenal seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdush Shamad al-Falimbani, dan lain-lain. Rujukan adalah berdasarkan kitab-kitab turas 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang dapat dipegangi, sama ada dari ulama' muktabar dunia Melayu atau pun ulama' muktabar bangsa Arab sendiri. Kitab-kitab yang dirujuk termasuk karangan Syeikh Abu Hasan al-Asy'ari, dan ulama'-ulama' sesudahnya. Maka diproses oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, diringkaskannya, lalu terkumpul dalam kitab "Faridatul Faraid". Jadi secara global/garis besar perkara i'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah lengkap dalam "Faridatul Faraid" ini.

diawal mukasurat ade menerangkan kepentingan menuntut ilmu, kenapa perlu dalil aqli, naqli, syarak dn lain2..

mengenai ayat perenggan terakhir saudari "Begitulah kata-kata semangat untuk kami terus mencari dan mengenal diri..diri empunya Yang Haq..kenal lah dirimu maka kamu akan kenal tuhanmu...Wallahu a'lam..."

kata tuan pengarang kitab mengikut i'tikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, hendak lah kita mengenal ALLAH SWT dahulu barulah kite mengenal diri kita.. supaya kite tidak tersasar dan terpedaya dgn akal pemikiran manusia yg hanya menggunakan logik akal & nafsu..

maaf sekali lagi..

maas salah ilal liqa'

saniah-ahmad said...

kepada hamba Allah

Terima kasih atas ulasannya...maaf juga ya ana juga ada komentar ana sendiri dan soalan ana pada saudara/i:

1)Adakah ilmu Allah itu hanya terdapt huraian dalm kitab seperti huraian panjang lebar saudara/i
"kata tuan pengarang kitab mengikut i'tikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, hendak lah kita mengenal ALLAH SWT dahulu barulah kite mengenal diri kita.. supaya kite tidak tersasar dan terpedaya dgn akal pemikiran manusia yg hanya menggunakan logik akal & nafsu.."

Ini persoalan ana...

1)bagaimana dapat mengenal-Nya org yg tidak melihat-Nya???

2)Adakah cahaya matahari dapat dilihat oleh si buta?

3)situasi masyarakat skrg..adakah mampu saudara/i menarik mereka kembali ke pangkal jln dgn terus mengajak mengenal Allah sedangkan punca utk kenal Allah tidak disarankan???

sila rujuk 52:35&36 yg bermaksud:"mengapa mereka tidak beriman?adakah mereka telah tercipta dgn tiada yg menciptakannya,atau adakah mereka yg mencipta diri mereka sendiri?adakah mrk yg mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!)bahkan mereka adalah org yg tidak menyakini (kebenaran apa yg pernah mrk mengakuinya)"

4)mengapa Allah menyuruh hambanya memerhatikan alam semesta?kerana itu adalah salah satu punca utk kenal Allah bukan? rujuk al-quran surah Al-Imran:189,190,191

Huraian ana kenapa kita perlu kenal diri baru kenal tuhan (Allah): hamba Allah akan dpt melihat Allah dgn batinnya apabila dia telah mengenal allah.Kalau dia belum mengenal Allah maka Allah tidak akan dapat dilihat,sama juga dgn cahaya matahari baru dpt dilihat dgn mata apabila mata kita tidak buta,akan tetapi jika mata kita buta? nauzubillah maka kita tidak akan dapat melihat cahaya matahari,meskipun sang matahari itu sejengkal atas kepala kita.Inilah maksud daripada rumusan popular dari para auliya dengan kalimah
"barang siapa yg mengenal dirinya,maka pasti ia akan mengenal tuhanya"
(kitab:hakikat hikmah tauhid dan tasauf-al-hikam)

Sudara/i:
bukan kah ilmu Allah itu luas???? adakah ilmu allah itu dibahagian syariat sahaja? tidak bukan...Imam Al-Ghazali dlm kitabnya Ihya Ulumiddin "maka tersebarlah jln menuju Allah melalui syariat, thariqat,hakikat dan ma'rifat"

maaf juga sekali lagi ya...

wallahu a'lam

akhir kalam...jangan lantas mengatakan salah sekiranya kita tidak tahu,dan jangan kita mengambil mudah dengan perkara yg kita tahu.

Hamba Allah said...

Nabi saw pernah bersabda,: من عرف الله, قام بحقه "Siapa yang mengenal Allah, dia akan menunaikan hakNya."

Maksudnya: sesiapa yang benar2 kenal akan Allah, dia akan menyerahkan dirinya bulat2 kepada Allah..siapa yang betul2 kenal Allah bersifat ketuhanan, dia akan menyerah dirinya selaku hamba,....siapa yang mengenal Allah yang memberi balasan, dia akan bertungkus-lumus berusaha dan siapa yang mengenal Allah yang bersifat mencukupi, dia akan bergantung padaNya semata2, tiada perlu selain Dia.

Gerak kita.. bukan kita tapi Dia!

‎Ingatlah, waspadalah!
Hidup di dunia ini
Jangan ceroboh dan gegabah
Sadarilah dirimu
Bukan yang Haqq
...Dan Yang Haqq bukan dirimu
Orang yang mengenal dirinya
Akan mengenal Tuhan
Asal usul semua kejadian
Inilah jalan makrifat sejati

Wahai hamba Ku" Akulah yang bersembunyi disebalik tiap2 kejadian itu. Akulah yang memperkenalkan DiriKu pada tiap2 kejadian dan perbuatan itu untuk kamu kenali Kebesaran dan Keagungan Ku."

sekadar perkongsian..

AzwanRamli said...

Allah itu Maha Adil.Kadang2 manusia tak nampak.Nice sharing.