Wednesday, February 10, 2010

Muslim vs Mukmin


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan dan di beri peluang sehingga detik umur ini untuk mengumpul amal sebagai bekal pulang ke kampung asal kelak. Selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Salam sejahtera daripada si penulis kepada si pembaca.

Sekadar coretan untuk peringatan diri. Hati-hati wahai diri dengan kehidupan dan ujian duniawi, hati-hati wahai diri bawa hati, awasi nafsu duniawi, asal saja berasa puas hati maka saranan agama tidak diendah dan ditolak tepi.Di mana fungsi akalmu wahai diri? Di mana fungsi imanmu wahai diri? Mengapa tidak selari? Antara akal dan iman diri? Hati-hati wahai diri tentang persoalan hati, hati-hati bawa hati, agar tidak jauh hati daripada tuhan Rabbul Izzati,baluti hatimu dengan sikap redha terhadap ujian Ilahi, sabar disetiap mehna dan tribulasi hati dan ujian duniawi yang terpaksa dihadapi oleh hati.

Muhasabahlah diri,agar selalu kenal diri..terpulang padamu wahai diri.. untuk mengenal diri yang terdiri...supaya mampu menunjukkan jalan untuk membawa diri terperi,agar mampu mencapai makrifat diri yang tajalli...pilihan ditanganmu sendiri, yang mampu membantumu adalah apa yang kamu imani...selari dengan tuntutan Al-Quran dan sunnah Nabi....agar kamu kaji,harus kamu kaji...untuk mencapai makrifat pada Ilahi, agar kamu wahai diri, tidak menjadi manusia yang rugi.

Jika diri mula dilalaikan oleh hati, cepat-cepatlah muhasabah diri,sifat mazmunah perlu dibersihi agar bening hati dapat menembusi cahaya ilahi..agar nur diri dapat melihat diri yang azali, perkara yang syubhah perlu dijauhi,agar kita mampu menjadi mukmin yang sejati tidak hanya menjadi muslim pada diri.Terpulang padamu wahai diri untuk memperjalankan diri yang disebut tadi,nasihat telah ku beri...jawapan ada pada minda dan imanmu sendiri.

Sesungguhnya amat beruntung manusia yang bergelar muslim.Ya, kita semua yang mengucap dua kalimah syahadah adalah muslim.Muslim adalah manusia yang terbaik.Maha suci Allah yang telah menjadikan Islam sebagai umat yang terbaik iaitu umat yang mewarisi bumi sebagai khalifah.

Justeru, entri kali ini adalah berkenaan dengan Muslim vs Mukmin.Semoga dengan huraian yang tidak seberapa ini mampu memberi kefahaman kepada kita agar meningkatkan martabat iman kita pada Allah SWT.Agar hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

Sesungguhnya amat beruntunglah orang-orang yang menyedari dan memahami Islam sebagai umat yang terbaik.Kesedaran dan kefahaman ini mengingatkan umat Islam mengenai tanggungjawab yang dipikulnya. Sesungguhnya Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka tidak sanggup menerimanya.

Firman Allah dalam al-Ahzab:72 yang bermaksud:"Sesungguhnya kami mewarkan amanah pada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh"

Oleh sebab itu, amanah itu akhirnya diberikan kepada manusia.Manusia adalah pembawa amanah Allah di bumi ini.Kerana apa? Kerana manusia adalah khalifah Allah. Tugas khalifat adalah adalah menunaikan amanah yang telah diberikan kepadanya.Namun persoalannya golongan manakah yang memegang amanah ini dengan teguh?Itulah golongan umat Islam.Iaitu golongan yang taat dan patuh kepada Allah SWT.

Ingatlah! Keunggulan kita sebagai muslim kerana sememangnya kita diberi modal yang lebih oleh Allah apabila dibandingkan dengan sahabat-sahabat kita yang bukan Islam. Apabila kualiti kehidupan kita daripada segi cara berfikir,bertindak,dan cita-cita kita sama dengan mereka yang bukan Islam, bererti modal besar kita itu kurang manfaatnya.Apabila tidak segera menyedari kelebihan kita sebagai muslim, mungkin lambat laun modal kita akan habis.

Allah memberikan akal kepada manusia dengan tujuan supaya dapat membezakan yang baik dengan yang buruk.Namun ingatlah, nikmat Islam hanya diberikan kepada sebahagian manusia sahaja. Alhamdulillah, diantara orang yang beruntung itu adalah kita.Dapatkah kita buktikan dalam kehidupan kita.Wahai sahabat-sahabatku sekalian,gelaran muslim yang kita miliki sesungguhnya adalah modal untuk kita mengabdikan diri kepada Allah. Akan tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Berapa ramai muslim di luar sana yang angkuh dan sombang terhadap Allah SWT,tidak mahu patuh dan tidak mahu taat pada perintah dan undang-undang yang Allah tetapkan terhadap manusia.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran :110 yang bermaksud;"Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia,menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman,tentulah mereka lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"

Muslim vs Mukmin

Apa beza kita ini muslim dan kita ini mukmin? Anda tahu apa bezanya?. Sebelum penulis menghuraikan perbezaan di antara muslim dan mukmin, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian merenung tahap kita di mana dalam golongan 4 manusia menurut pandangan dan penghuraian Abu'A 'La Al-Maududi.

4 golongan manusia:
1)Beriman =taat (melakukan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang)
2)Beriman = tidak beramal dengan sempurna.Dan akan diazab mengikut sebanyak dosa yang mereka telah lakukan.
3)Tidak beriman =tetapi masih melakukan kebaikan (rujuk surah 24:39)=pemberontak:seolah-olah taat tetapi tidak mengiktiraf Allah itu wujud.
4)Tidak beriman =sejahat-jahat manusia (melakukan kejahatan)

Jadi anda ditahap yang mana? Fikir-fikirkan...
Orang yang mukmin semestinya muslim dan orang yang muslim tidak semestinya mukmin.

Mukmin sejati = adalah manusia yang beriman kepada Allah, taat akan perintahnya, tinggal apa yang dilarangnya,bersegera melakukan amal soleh.

Muslim = Beriman kepada Allah (kerana masih mengucap 2 kalimah syahadah) akan tetapi imannya tidak mendorongnya mentaati Allah dan Rasul dan mereka aka diseksa sebanyak dosa yang mereka lakukan.

Kesimpulannya, naiklah martabat diri kita supaya menjadi mukmin yang sejati.Dengan jalan ilmu mengenal Allah SWT dan Rasulnya agar tetanam keyakinan yang akan membuahkan iman.Wallahu a'lam.

No comments: