Monday, March 29, 2010

Renung..Tenung..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur kepada Allah SWT,atas segala kenikmatan yang telah diberikan kepada kita sebagai hambanya.Sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, seterusnya sahabat-sahabat nabi dan orang-orang yang alim.

Santai minda kali ini sekadar refresh iman dan amal,semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Kegembiraan hari ini adalah kegembiraan yang telah Allah janjikan setelah kepahitan yang dilalui..Allah itu penyayang sifatnya, sebentar cuma ujian yang Dia berikan, sekejap sahaja kesusahan yang Dia datangkan,kemudian seandainya manusia itu sabar, maka ganjaran yang besar akan diterima,tetapi manusia cepat melatah, manusia cepat mengalah, manusia cepat putus harap...kerana manusia sebegini lupa bahawa dia mempunyai Allah..Allah mengatur setiap rencana dalam kehidupan tiap-tiap anak adam itu berdasrkan perjanjian yang telah kita buat...

Ya, kita telah berjanji dengan Allah SWT sebelum kita keluar ke bumi.
اللهم أنت ربى لا إله إلا أنت خلقتنى وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت أعوذبك من شرما صنعت أبو ءلك بنعمتك على وأبوء بذنبى فاغفرلى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

"Ya Allah,Engkau adalah Tuhanku,tidak ada Tuhan selain Engkau,Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu,(yang akan kulaksanakan dengan)segala kemampuanku;dan aku berlindung kepada-Mu,daripada apa-apa kejahatan yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya)nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau."

Ingatlah,hidup ini lebih bermakna apabila ilmu kita terus bertambah dari masa ke semasa. Sesungguhnya kesalahan dan kesilapan tidak menjadi penyebab manusia terjerumus ke dalam seksaan Allah kerana sesungguhnya manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi sikap tidak mahu memperbaiki diri yang menjadi penyebab kita hampir dengan azab Allah. Sebesar mana pun kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan, ianya dapat dihapuskan dengan bertaubat.Asalkan kita segera meninggalkan kesalahan itu dan berusaha memperbaiki diri sendiri.

Allah menjelaskan dalam Al-Quran surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak ada yang dapat menolaknya sekali-kali dan tidak akan ada pelindung bagi mereka selain Dia "

Oleh itu,belajar memperbaiki diri adalah kunci bagi menjadi seorang muslim yang sejati.Berapa ramai umat Islam di setiap sudut dunia hidup dalam keadaan yang hina?. Mereka menjadi boneka orang-orang bukan Islam. Tenaga mereka dikerah, harta mereka dirampas dan harga diri mereka dipijak-pijak. Mengapa perkara sebegini terjadi?

Salah satunya kerana mereka tidak berilmu. Mereka tidak dapat melawan musuh-musuh kerana mereka tidak berilmu. Memang benar terdapat beberapa faktor yang lain yang menyebabkan saudara-saudara kita itu hidup dalam keadaan yang hina.

Saudara-saudaraku sekalian,
Demi mencapai tahap Muslim sejati kuncinya adalah dengan menguasai ilmu pengetahuan. Tanpa menguasai ilmu pengetahuan, seseorang muslim itu tidak memiliki izzah iaitu kegagahan. Dengan ilmu pengetahuan, seseorang itu dapat memperbaiki hati dan fikirannya. Dengan ilmu pengetahuan juga,seseorang muslim dapat menigkatkan kualiti dalam pekerjaannya. Bermula dari sini bakal lahir muslim yang sejati.

Semunya mampu kita hadapi dengan ilmu pengetahuan. Bagaimana kita menghadapi segala perubahan apabila tidak beserta dengan perkembangan ilmu pengetahuan? Apabila perubahan di sekeliling kita tidak diimbangi dengan ilmu pengetahuan,apa yang tinggal hanyalah emosi dan ketegangan. Tidak hairan pada masa kini terdapat begitu ramai orang yang mengalami tekanan hidup, malah ada juga yang menjadi gila.

Salah satu ciri-ciri orang yang kurang ilmu emosinya tidak terkawal.Mereka sering marah-marah,dalam keadaan ini mereka tidak dapat memikirkan atau membezakan antara perkara yang betul dan yang salah.

Ilmu pengetahuan itu terbahagi kepada dua.Pertama: ilmu yang memberi manfaat pada diri dan orang lain, kedua:ilmu yang memberi manfaat pada diri tetapi menyusahkan orang lain. Renung-renungkan dan muhasabah amal, dikategori mana ilmu yang kita perolehi kini.Jawapan ada pada diri masing-masing.

Oleh kerana itu apabila Allah menguji seseorang anak adam itu, perlulah dihadapi dengan sabar, hikmah sabar adalah daripada ilmu. Peringatan untuk penulis terutamanya dan pembaca sekaliannya, apabila kita ditimpa musibah atau ujian peganglah 2 perkara ini.Berdoalah pada Allah. Pertama: Ya Allah, jika musibah ini sebagai penghapus dosa buatku maka Kau ampunkanlah aku dan kurniakanlah aku kesabaran dalam diriku.
Kedua:Ya Allah, jika musibah ini adalah sebagai cara Engkau mengangkat darjatku disisi-Mu, maka tinggikanlah darjatku di sisi-Mu Ya Allah. Ketenangan yang terucap akan kita rasa...kerana ketenangan itu datangnya dari Allah juga.

Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dari masa ke semasa...agar kita ditinggikan darjat di sisi Allah SWT..kerana jika itu permohonan kita, maka Allahlah yang akan mengangkat darjat kita di sisi manusia.Wallau a'lam...

p/s: menghitung hari...detik demi detik....(^_^)



10 comments:

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah..
tazkirah yang berguna dunia dan akhirat..mengingati perkara yang kadang kita terlupa..jazakallah..

Ingin Tahu said...

saya nk tanya skit..

1) mengapa allah perlu menguji hamba-Nya ? sekiranya tidak diuji allah x tahu ker akan perilaku hamba?

2) sekiranya kita berdoa untuk meminta terhindar atau memperolehi dr sesuatu perkara, adakah takdir yg telah Allah SWT cipta kn boleh berubah2 dgn kerana doa?
sekian.. wassalam..

saniah hj ahmad said...

salam kpd Ingin Tahu:

Terima kasih atas pertanyaan dan mohon maaf kelambatan penulis menjawap pertanyaan anda.

Soalan 1:
Anda telah memberi jwpn pada pertanyaan anda sendiri.Ujian ini diturunkan utk mengukur tahap keimanan seorang hamba kpd pencipta Allah SWT.Juga sebagai tingkatan martabat diri kita di sisi Allah."Allah tak tahu ker akan perilaku hamba"..baik..kita kembali meneliti sifat Allah SWT..salah satu sifatnya adalah Yang Maha Mengetahui..jadi ia bertentangan dengan statment "Allah tak tahu ker akan perilaku hamba".pengetahuan Allah meliputi seluruh Alam hatta perkara itu sebesar zarah sekali pun dalam pengetahuan Allah.Ini lah yang dinamakan SEKOLAH KEHIDUPAN..Ujian untuk tingkat diri kita di sisi Allah...sama lah dengan sekolah yg hari2 kita pergi belajar...untuk naik kelas bukankah perlu ada peperiksaan/ujian...fikir dan renung..wallahu a'lam..

Soalan 2:
Ini berbalik persoalan Qada dan Qadar Allah SWT....ada yang boleh diubah dan ada yg tidak boleh diubah..yang boleh diubah adalah seperti cara kita mati samada dalam keadaan baik atau buruk, yang tidak boleh diubah adalah waktu/ masa kematian kita, sampai waktu Allah akan tarik nyawa. Kenapa kita perlu berdoa?..itu adalah masa untuk kita 'bercakap2' dengan Allah SWT...dalam doa kita selepas solat sebagai contohnya kita memohon supaya kita dimatikan dalam keadaan yang baik..doa itu adalah permintaan hamba kepada pencipta..bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284 yang bermaksud :
"Milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yg ad di bumi. Jika kamu nyatakan apa yg ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, nescaya Allah memperhitungkannya (tentang perbuatan itu)bagimu. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"..Tidak ada cara lain untuk menyatakan permintaan kita terhadap kehidupan ini melainkan dengan berdoa..dan apabila kita berdoa kepada Allah..3 jawapan yang Allah akan beri pada hambanya,
1)aku akan kabulkan permintaanmu.
2)aku akan kabulkan permintaanmu tetapi bukan sekarang.
3)aku mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu.

Jadi janganlah merasa putus asa merasakan doa kita tak diterima..sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.Wallahu a'lam..

Ingin Tahu said...

utk jawapan pertama tu makne nyer allah nk zahir kn kepada kite dan org sekeliling kite lah eh.. ok.. faham2..

jawapan yg kedua tu.. nk tanyer lg..

qada' & qadar ade 2? berubah & x berubah? bukan ke allah dh tetap kn semua perkara dr azali? abis tu kl seseorg muslim tu dia bunuh diri maybe kecewa dgn kekasih.. tu perbuatan dia allah yg tentukan ker diri dia sendiri? bunuh diri kn jatuh kafir..?

saniah hj ahmad said...

Pada yg ingin tahu:

Jwpn utk soalan yg kedua..
Sebab itu Allah memberi pilihan pada manusia.Pilih samada syurga atau neraka, dan sebab itu juga mengapa allah beri akal serta iman.
Wallahu a'lam.

Hamba ALLAH said...

Assalamualaikum..
maaf kn saya Pn. Empunya Blog (Hakikat Insan)..
saya ingin perhalusi komen anda mengenai pertanyaan qada' & qadar dr saudara Ingin Tahu..

didalam memahami & mempelajari ilmu tauhid kite kene melihat dengan mata hakikat.. tetapi diluar pembelajan dlm menjalani kehidupan kite tgk dengan mata zahir berbekal kn hakikat didalam hati.. sebagai contoh:- kite nampak kereta bergerak zahir mata kita beranggapan tayar kereta itu berpusing maka bergerak lah kereta.. tetapi kl kita nk tahu dgn lebih jelas maka kite bukak bonet kereta tu.. cerai kn enjin2nya cari dr mana asal pergerakkan tayar itu.. begitulah cara mempelajari tauhid..
harap kalian faham dengan maksud saya..

Disini saya mulakan kupasan mengenai qadar menurut Kitab2 ulama' muktabar.. rujukan saya kitab Aqidatun Najin oleh Syeikh Zainal Abidin Al-Fathoni, Kitab Tuhfatul Muryd oleh Syeikh Ibrahim Baijuri & Kitab Siyarus Salikin oleh Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani..

setengah ulama' berpendapat Qadar terbahagi kepada 2:-

1)mubram - tak boleh berubah (sudah ditentukan oleh allah SWT)
2)muallaq - boleh berubah

menurut Syeikh Ibrahim Baijuri didalam kitabnya sebenarnya yg muallaq tu pn sebenarnya adalah mubram.. kerana mana mungkin allah SWT bersifat teragak2.. sedang kn allah itu maha mengetahui semua perkara.. muallaq itu bererti perkara yg allah SWT baru zahir kn kepada malaikat..

jadi hadith yg mengatakan "qadar boleh diubah dengan doa" itu adalah qadar di peringkat muallaq.. bukan diperingkat mubram.. sedang kan doa untuk mengubah qadar itu pn sudah termasuk didalam qadar..
ingat lah tuan2 & puan2.. Allah Tidak berkehendak dengan sesuatu yg baharu..

jadi mengenai seorang hamba mati bunuh diri, secara zahirnya manusia itu sendiri yg memilih jalan tersebut.. tetapi secara hakikatnya ALLAH SWT yg berkehendak begitu.. seperti ayat didalam al-quran yg bermaksud "ALLAH menjadikan kamu serta perbuatan kamu"..
sebab itulah salah satu Asma'ul Husna terdapat nama Allah "Al-Jabbar" bermaksud yg menggagahi hamba2nya.. sesungguhnya makhluk tiada perbuatan melainkan Allah SWT.. Api tidak boleh membakar kalau tiada perbuatan dr ALLAH.. itu lah pegangan didalam hati kita.. bila kita faham akan hakikat ini maka akan terbit lah REDHA.. bayang kan mcm mana tauhid para syuhada2 terdahulu sehingga sangguh menggadaikan nyawa di medan perang.. secara logik akal mana mungkin kite mendapat keberanian sekiranya kite hanya berfikir secara zahir..

bersambung dibawah..

Hamba ALLAH said...

sambungan dr komen diatas..

berbalik pd pemahaman kita pd QADAR td.. orang akan berfikir "sekiranya setiap perbuatan kite allah yg tentukan & gerakkan jadi zalim lah Allah?" jawapan bagi soalan ini, didalam kitab Siyarus Salikin oleh Syeikh Abdul Samad Falimbani menerang kn.. pengertian zalim menurut bahasa adalah "meletakkan sesuatu perkara bukan pd tempatnya".. cuba kite namakan, sebutkan, senaraikan, apa yg ade dialam ini bukan milik ALLAH SWT? semua dialam ini adalah makhluk allah SWT.. perbuatan, tempat, atas, bawah, kiri kanan, depan belakang, masa, tua muda dan lain2 itu sumer adalah makhluk yg allah ciptakan.. jadi ada tak perkara yg bukan milik-NYA? sebagai contoh untuk mudah difahami:- kite lihat wayang kulit.. ade byk watak di dalam sketsa itu.. ade baik, ade jahat.. ade kah watak2 itu boleh mempertikaikan tok dalang yg menggerakkan watak2 mereka itu? jawapan nya TIDAK.. jadi itu adalah hak tok dalang.. jika kembali pada pemahaman qadar itu maka itu lah jawapannya.. tiada apa dialam ini yg bukan milik allah.. jadi Allah TIDAK DIPERSOAL DARI APA YG DIPERBUAT.. mana mungkin kehendak allah SWT tidak tertunai.. allah mahu si polan mati dlm keadaan bunuh diri tapi sebab si polan ade akal, usaha & ikhtiar sendiri maka kehendak allah SWT tidak tertunai.. dimakah sifat Ketuhanan bagi ALLAH?.. jelas..
Allah mencipta kn kite lahir didalam agama islam.. dan allah masukkan kita kedalam syurga itu atas sifat RAHMAT-NYA.. dan jika allah lahir kan kita didalam agama kafir dan sumbat kita kedalam neraka maka itu adalah atas sifat ADIL-NYA..

jadi kesimpulannya.. secara zahir manusia mempunyai akal & ikhtiar.. tetapi secara hakikatnya itu semua atas perbuatan ALLAH.. allah yg menggerak kn kita.. fahamilah antara ZAHIR & HAKIKAT.. seperti dizaman Saidina Umar RA.. ade seorang pencuri ditangkap maka pencuri itu berkata "aku mencuri ini pn kerana ALLAH yg tentukan" maka saidina Umar RA terus menghukum pencuri tersebut kerana menggunakan perkara hakikat kerana ingin melepas kn diri dr kejahatan yg dilakukan.. jangan letak kn perkara zahir di tempat hakikat.. dan sebaliknya..

ini lah hakikat didalam bertauhid..

berhati2 lah tuan2 & puan2.. byk firqah(pecahan 73 bahagian) didalam islam berpunca dari pemahaman "QADAR".. jangan lah kita menggunakan logik akal takuttergelincir dr fahaman aqidah yg BENAR.. rujuklah kitab para2 ulama' muktabar.. mudah2an kite tergolong didalam golongan yg SATU iaitu umat MUHAMMAD SAW yg benar..
selagi kite belajar dgn rujukan maka kite berada diatas landasan yg benar.. bukan maqam kite mengkaji Al-Quran.. rujuk lah kitab2 tafsir dr ahli2 tafsir.. bukan makam kite mengkaji hadith.. rujuklah ahli2 hadith.. "tuntutlah ilmu.. sesungguhnya menuntut ilmu itu lebih baik dr solat sunnat"

hazal yaum..
maassalamah ilal liqa'

sesungguhnya yg baik & buruk itu datangnya dari ALLAH.. tetapi dengan kerana Adab saya dengan yg MAHA PENCIPTA, saya sandarkan yg buruk itu dtg dari diri saya sendiri.. wassalam..

saniah hj ahmad said...

KEPADA HAMBA ALLAH:

syukran atas penambahannya..sebarang penambahan bahan atau ilmu untuk lebih mendalam di alu-alukan...jazakallah khairan khathira...

Hamba Allah said...

alhamdulillah.. mudah2an kita di redhai oleh Allah SWT.. carilah guru2 yg mursyid.. pasti kn guru itu mengajar menggunakan kitab2 ulama' sebagai panduan & rujukan.. jangan kita mudah menerima ilmu dr "PENDAPAT2" sahaja.. org sekarang nie x der yg setanding dengan Imam Ghazali, Imam Ibnu Hajar, Imam Sanusi, Syeikh Daud Fathoni, Syeikh Ibrahim Baijuri dan lain2 lg.. Nabi SAW kn sudah berpesan "ulama' adalah lidah ku".. so belajar lah dr kitab2 mereka ini.. supaya tidak tergelincir aqidah kita..

Nabi SAW sebut didalam hadith beliau "umatku akan terpecah kepada 73 bahagian.. hanya 1 bahagian yg masuk syurga"..
kebanyakkan firkah2(pepecahan) itu berpunca dari bab qada' & qadar.. sebab qada' & qadar tu bab tauhid.. perpecahan yg Nabi SAW maksud kn adalah berpunca dr tauhid.. bukan perkara2 furu' syari'e (sah & batal solat, akhlak mulia, muamalat dsb..)..

pertama soalan yg akan ditujukan pd kite oleh malaikat ketika di barzakh nanti adalah "Maa Rabbuka?" itu lah tauhid.. sangkut soalan tu abis terus.. dah x der soalan berape byk kite buat solat sunat, adakah akhlak kite mulia dan lain2.. so keutamaan adalah tauhid.. belajar lah tauhid disampaing kite teruskan amalan2 syariat..

semoga kita sama2 mendapat jaminan di SANA kelak.. amin ya rabbal a lamin..

Ingat pesanan Imam Sanusi.. jangan berpegang pada ayat al- quran & hadith secara membuta tuli kerana boleh menjadi punca kafir.. rujuk pada ahli tafsir & ahli hadith.. setiap ayat yg diturun kan & setiap hadith adalah berdasarkan sesuatu keadaan & didalam topik2 persoalan yg timbul ketika di zaman Rasulullah SAW.. sebagai contoh :- hadith berkenaan dgn bida'ah.. "setiap bida'ah adalah sesat.. dan setiap kesesatan masuk neraka" <- hadith ini Rasulullah SAW tujukan dalam bertauhid kerana dalam tauhid satu fahaman sahaja.. event 4 Imam Mazhab itu pn beraqidah/tauhid mereka sama.. mereka sekadar berlainan pendapat dari sudut fekah sahaja..

hadith ini byk digunakan oleh orang yg beraliran wahabi (pada zaman dulu dikenali sebagai "Kaum Muda")..

hati2 saudari.. kita x takut sekiranya golongan paderi or sami or pendeta2 kafir dtg utk menyesatkan kita kerana kite tahu mereka itu kafir.. tetapi yg paling kite takut ialah golongan sesat yg mengatakan mereka adalah mengikut al-quran & hadith tetapi sebenarnya aqidah mereka rosak.. nauzubillah..

kita hanya boleh menolak/identify mereka berdasarkan ilmu sahaja.. kerana hanya Ilmu sahaja yg tiada pembohongan.. kite masih boleh tertipu dengan akal & nafsu.. sekiranya ada ilmu maka akal & nafsu akan terkawal..

banyak hadith2 Rasulullah SAW berkisar kn saranan menuntut ilmu.. so makam kita ini masih menuntut ilmu.. so jom lah belajar.. :D

ingat sabda Baginda " Tuntutlah Ilmu itu dengan belajar"

maas salamah ilal liqa'
wassalam..

saniah hj ahmad said...

TO HAMBA ALLAH....

Syukran jazilan atas penambahannya..ye setiap ilmu yg dipelajari perlu GURU YANG MURSYID...kerana sesuatu ilmu yg dituntut tanpa ada guru yg mursyid akn digntikan dengan guru dari SYAITAN.. nauzubillah...

sebarang penambahan dialu-alukan...jazkl khairan..