Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Ujian Tingkat Kematangan..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki kepada semua hamba-hambanya, selawat dan salam ku panjatkan ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Salam ceria, salam perjuangan dan salam optimis. Optimis kita dengan kehidupan dan ujian kehidupan yang telah Allah turunkan pada setiap hambanya yang beriman.

Seorang sahabat ada bertanya pada penulis mengenai hakikat ujian. Moga entri kali ini lebih memberi kefahaman pada 'anda' yang bertanya penulis.Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Samada di rumah, di pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia. Kerana apa? Kerana kita masih lagi di sekolah kehidupan.Apabila dinamakan sekolah kehidupan pasti ada ujiannya. Keputusan ujian itu nanti, sewaktu kita semua berbaris di padang Masyhar untuk mengambil keputusan masing-masing. Keputusan berdasarkan 'jawapan/tindakan' pada setiap ujian dunia yang telah Allah berikan.

Bagaimana Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda Nabi SAW:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar,tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Riwayat Al-Hakim)

Ingatlah ujian seiring dengan perjuangan.Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan Iman, sabar dan istiqamah.Ujian dijadikan oleh Allah untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajarannya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

Umat Islam akan diuji 5 perkara:
1) Saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya.
2) Orang munafik yang sentiasa membencinya.
3) Orang kafir yang sentiasa memeranginya.
4) Syaitan yang sentisa berusaha menyesatkannya.
5) Bisikan hawa nafsu yang sentisa menggoncangkan keimanannya.

Saudara-saudaraku, semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan menerbitkan rasa putus asa dan kecewa sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (al-Insyirah:6)

Yang penting, sering sematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kehidupan.Sekadar peringatan untuk diri penulis terutamanya..

Wallahu a'lam.


Thursday, December 31, 2009

Perhatian dan ketetapan dari Allah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Rasul tercinta Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda..perhatian dan ketetapan dari Allah...dalam riwayat Tarmizi dan Ahmad..


Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi SAW bersabda:"Wahai anak adam, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau mendapati-Nya di mana sahaja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu.Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku.(segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)

p/s:hmmmmm.....sekadar renungan dan muhasabah amal.


Wednesday, December 9, 2009

Akhir Zaman..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera..selawat salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda...sekadar renungan bersama..

Hadith Akhir Zaman...


Daripada Ali bin Abu Thalib r.a.Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1)Apabila harta negara beredar pada orang yang tertentu.
2)Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3)Zakat dijadikan hutang.
4)Suami memperturutkan kehendak isteri.
5)Anak derhaka kepada ibunya.
6)Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.
7)Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8)Suara ditinggikan di dalam masjid.
9)Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10)Seorang yang dimuliakan kerana takut kejahatannya.
11)Khamar (arak) diminum di merata tempat.
12)Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13)Para artis disanjung-sanjung.
14)Muzik banyak dimainkan.
15)Generasi umat akhir ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah ATAU gempa bumi ATAU pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain. (H.R.TARMIZI)

P/S: bagaimana keadaan sekarang??? kita doakan moga-moga kita sentiasa di dalam tarbiyah Allah..amen..selamat berbahagia tempuhi hidup yang memberi makna serta saham apabila kita pulang ke 'sana' kelak...