Thursday, October 29, 2009

Hakikat Insan...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam ke atas nabi kekasih hati Muhammad s.a.w.Salam perjuangan, salam mujahadah, salam ceria dan salam 1 Malaysia (eh! nak kena letak jugak ke 1 Malaysia?) :).. dan salam muhasabah diri...sekadar peringatan untuk diriku dan diri anda semua...muhasabah mengenai HAKIKAT INSAN....


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu...yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun..yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?

Kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi dan sekali lagi,nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih...dan sungguh, telah 'kami' hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan 'kami' jadikan bintang-bintang itu sebagai alat-alat pelempar syaitan dan 'kami' sediakan bagi mereka azab neraka yang menyala-nyala, dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya akan mendapat azab Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara...hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu)bertanya kepada mereka, " Apakah belum pernah ada orang yang memberi peringatan kepadamu di dunia?..mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar."

Dan mereka berkata, "Sekiranya kami dahulu mendengarkan atau memikirkan peringatan itu tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala." Maka mereka mengakui dosanya. Tetapi jauhlah dari rahmat Allah bagi penghuni neraka yang menyala-nyala itu. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi ampunan dan pahala yang besar.

Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.Apakah pantas Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui.Dan dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-nya. Dan hanya kepadanyalah kamu kembali setelah dibangkitkan.

Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika ia tiba-tiba tergoncang?...atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana akibat mendustakan peringatan-Ku.

Dan sungguh, orang-orang yang sebelum mereka pun telah mendustakan rasul-rasulnya. Maka betapa hebatnya kemurkaan-Ku!. Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengemabangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih, Sungguh Dia Maha melihat segala sesuatu.

Atau apakah yang akan menjadi bala tentera bagimu yang dapat membelamu selain Allah Yang Maha Pengasih? Orang-orang kafir itu hanyalah dalam keadaan tertipu. Atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezeki-Nya? Bahkan mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri daripada kebenaran.

Apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin dalam kebenaran ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus? Katakanlah"Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur."

Katakanlah, "Dialah yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya kamu akan dikumpulkan." Dan Mereka berkata," bilakah datangnya ancaman itu jika kamu orang yang benar?"

Katakanlah Muhammad," Sesungguhnya ilmu tentang hari kiamat itu hanya ada pada Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan." Maka ketika mereka melihat azab pada hari kiamat sudah dekat, wajah orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakan kepada mereka, "Inilah azab yang dahulu kamu memintanya."

Katakanlah Muhammad," Tahukah kamu jika Allah mematikan aku dan orang-orang yang bersamaku atau memberi rahmat kepada kami, maka kami akan masuk syurga, lalu siapa yang dapat melindungi orang-orang kafir dari azab yang pedih?"

Katakanlah, " Dialah yang Maha Pengasih, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata," Katakanlah Muhammad, " Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering:maka siapa yang memberimu air yang mengalir?"

p/s: Terjemahan surah Al-Mulk...sama-sama kita muhasabah diri..wallahu'alam....



Monday, October 26, 2009

Santai Minda

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam kepada kekasih hati Nabi junjungan Muhammad s.a.w..Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Kepada insan-insan yang baru mendirikan rumahtangga Selamat Pengantin Baru dan semoga redha Allah menyertai rumahtangga kalian..Kepada insan-insan yang baru menimang cahaya mata, selamat mendidik anak-anak supaya menjadi syabab dan fatayat yang berfungsi untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi..

Kepada insan-insan yang Allah timpakan ujian..bersabarlah..minggu lepas penulis kehilangan ukhti kesayangan yang sama-sama berjuang menyebarkan agama Allah di muka bumi ini al-marhumah ukhti Nazirah Sidek..entry baru-baru ni penulis ada sertakan sekali gambar arwah, tetapi atas dasar menghormati dan meraikan kesedihan keluarga arwah yang meminta wajah-wajah arwah di waktu-waktu terakhir sebelum arwah dikebumikan di delete. Pemergian arwah adalah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Entry penuh boleh lah rujuk di http://ismakelantan.blogspot.com..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

Begitulah putaran roda kehidupan, dan alam-alam yang kita tempuhi...memperlihatkan kita kekuasaan Allah dan semoga ianya menambah kekuatan Tauhid kita pada Allah s.w.t. Entry kali ini adalah pasal nikah. Nikah???..topik yang semua insan bakal tersenyum, kerana apa? kerana selagi 'nama' kita manusia, fitrah yang Allah berikan ini mampu membuatkan insan-insan yang sedang membaca entry penulis berusaha untuk membaca sehingga akhir. Eh! tapi kenapa penulis bawa topik ni pula kan? hmmm..baca je lah sampai habis... :)




Persoalan:Adakah jodoh ini ada kaitannya dengan keturunan?
Jawapan:Tidak sama sekali. Jodoh tidak ada kena mengena dengan keturunan langsung. Cumanya belum sampai masanya lagi. Nikah ini sesuatu yang mulia di sisi Islam. Ia bagai menanti jambatan untuk kita ke seberang. Jangan sedih sekiranya jodoh belum datang..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Persoalan: Apa yang perlu kita lakukan untuk jodoh itu supaya cepat datang?
Jawapan: Tiga huruf. Iaitu doa. Kita kena ingat...Allah akan beri tiga jawapan pada doa kita. Nak tahu apa? Apabila kita memohon sesuatu pada Allah ini jawapan Allah pada kita :
Pertama: "Aku akan perkenankan"
Kedua: "Aku akan perkenankan tetapi nanti dahulu"
Ketiga: "Aku mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu"

Selain itu sebagai manusia kita diberi pilihan untuk berusaha kemudian tawakkal yang disertai dengan doa...masakan rezeki datang bergolek tanpa kita berusaha untuk mencarinya. Begitulah juga dengan perihal jodoh. Pesan penulis, jagan bersedih hati selalu...perkahwinan bukanlah pengakhiran kehidupan. Ia cuma sebagai pelengkap kehidupan. Bukankah Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu?

Ada insan-insan yang penulis kenal sudah berumur tetapi masih belum bertemu jodoh, seorang sudah berumur 6oan yang penulis senang dengan panggilan umi dan yang seorang lagi sudah mencecah 50an dan penulis senang dengan panggilan kak ... Bila ditanya kepada mereka, mengapa tidak nikah? jawapan mereka "Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kami dan Allah lebih mengetahui"...beginilah dilema yang dihadapi oleh para akhawat...kata mereka kepada penulis..ikhwah TERLALU memilih.

Jika ditanya pendapat penulis apa komen mengenai ikhwah yang memilih? Jawapan penulis cuma 9 huruf iaitu TERPULANG. Kerana pada hemah penulis, mereka-mereka yang bergelar lelaki ini masih lagi 'manusia' yang tidak mampu mungkin melawan hawa nafsu daripada keinginan duniawi.

Penulis pun naik heran di mana yang dikatakan "wanita solehah penghias dunia"?...mungkin pada gambaran insan-insan yang bernama lelaki ini , wanita yang dikatakan penghias dunia ini mestilah yang mempunyai rupa paras yang cantik, pekerjaan yang menjamin masa depan dan sebagainya sebagai kayu ukur pemilihan jodoh. Lihat sahaja iklan-iklan atau cover bahagian depan pastinya wajah-wajah yang manis akan diletakkan. Kerana apa?...kerana selagi namanya manusia. Wanita juga begitu sebenarnya..

Persoalan: Perlukah kita memilih?
Jawapan: Perlu. Tetapi tidak sampai tahap TERLALU memilih. Susahlah kalau macam tu. Diri sendiri tak sebagus yang dicari masakan Allah akan memberi orang yang terbaik pada kita. Penulis teringat kata-kata seorang insan yang turut menyumbang kepada keterlibatan penulis dengan dunia dakwah ini..pesannya "Ukhti...baikkanlah dirimu, perelokkan akhlakmu, tinggikanlah martabatmu di sisi Allah, nescaya Allah akan utuskan seseorang yang juga sepertimu"...penulis cukup terkesan dengan kata-kata murabbiah ini. Jadinya, bak kata pepatah ukurlah baju dibadanmu sendiri.

La tahzan ya akhawat,Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Mungkin 2 insan yang telah penulis ceritakan tadi masih belum bertemu jodoh kerana mereka sangat hebat pada pandangan Allah sehingga tidak ada lelaki yang layak mendampingi mereka. Bersangka baiklah dengan Rabb-mu. Barangkali kita sangka ia baik tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita, dan boleh jadi kita sangka ia tidak baik walhal ia baik untuk kita, Allah maha mengetahui. Rahsia hati kita ada dalam genggaman Allah.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, kita pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tetapi deritanya juga datang sama. Semua perkara pasti ada baik dan buruknya. Persiapkan diri untuk melalui dan mengharungi dengan bijak dan berhikmah.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik kerana mulia di sisi Islam, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah, perlu ada matlamat dan perancangan yang tidak terlepas untuk mencapai redha Allah semata-mata.

Persoalan: Ada atau tidak orang yang telah berkahwin lebih teruk hidupnya daripada sebelum berkahwin?
Jawapan: Ada. Ini ulasan daripada seorang hamba Allah :" Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang dipikul juga banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda bakal membina pula jambatan untuk ke neraka?"

Hmmm..sama-samalah kita merenung kata-katanya.Ulasan daripada individu lain pula:"Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan mengharap redha Allah. Berkahwinan itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya...oleh itu berusahalah untuk mencari dan mengetahui rahsia-rahsia itu.

Berkahwinlah anda demi Allah dan Nabi, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Berkahwinlah dengan penuh kasih sayang, bukan kerana keterpaksa. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Kata-kata yang selalu diungkapkan "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar.. rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita sebuah pelangi yang cantik" . Begitulah juga dengan kehidupan kita ini...

"Cinta yang disemadiakan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi, jiwa yang pasrah bertukar laluan selagi esok masih ada, parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...."

Kata HAMKA:"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh di tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh di tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Begitulah kita seadanya kita sebagai manusia, kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata. Cinta ini ibarat rama-rama, semakin kita mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kita. Biarkan rama-rama mu terbang kemana sahaja ia suka, siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukanlah rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu...

p/s: Semoga Allah permudahkan urusan penulis...:)

Thursday, October 8, 2009

Santai Minda


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Semoga kita sentiasa berada dalam keredaan Allah s.w.t. Selawat dan salam pada nabi junjungan kita Muhammad s.a.w...semoga hari-hari yang kita lalui penuh erti walaupun terkadang hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah..suramnya malam tidak berbintang itulah lukisan alam kerana itu adalah aturan tuhan...

Jadilah rumput nan lemah lembut, tidak luruh dipukul ribut jadilah juga seperti karang didasar lautan, tidak terusik dilanda badai..dalam sukar..hitunglah kesyukuran, di dalam senang awasilah kealpaanmu..setitis derita yang melanda segunung kurnianya.


Usah mengharapkan kesenangan dalam perjuangan, usah juga dendam yang berpanjangan, maafkanlah kesalahan insan kerana itu adalah ajaran tuhan. Dalam diam, taburkanlah baktimu, dalam tenang buangkanlah amarahmu dan suburkanlah sifat sabar didalam jiwamu itu..

Di kepekatan malam, dihiasi rembulan..siang pula datang bersama sinaran mentari,
dalam resahnya hati ini ku turutkan langkah kaki sehingga tak terasa jalan yang berliku.Ku jatuhkan pandangan, ku lihat jurang dalam, penuh dengan onak duri yang amat menggerikan. Ku dongakkan kepala ku lihat langit tinggi terbentang luas...tiada bertepi...



Cahayamu indah menyinari kehidupan ini, kasihmu tabah memupuk iman dijiwaku dengan cahayamu yang terang membuatkan pelita dihatiku terang, syiarmu indah..musuh terpaku.
Ya Allah....Kau Maha Mengetahui..


Kalam mu indah terdengar merdu ditelinga, mehnahmu itu mengajar menyedarkan hatiku erti rindu..terasa indah dalam rahmatmu..kerana rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu. Rindu pada kedamaian, pada ketenangan, rindu pada kesejahteraan dan kebahagiaan.

Orang-orang yang bertaqwa rindunya pada kebenaran, kejujuran dan keikhlasan dan keredaan tuhannya..manakala rindunya orang mukmin pula pada anak-anak yang soleh dan solehah, suami-suami soleh dan isteri-isteri yang solehah.

Rindu para pencinta kebenaran adalah pada suasana masyarakat yang terjalin, aman dan sejahtera, merindukan tertegaknya kalimah Allah dimuka bumi dan merindukan keampunan tuhannya.Dan rindu seluruh umat ini adalah pada cahaya yang menyinari kehidupan iaitu rindu kepada Allah..kerana rindunya adalah yang hakiki dan abadi..kerana pandangannya benar.

Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati itulah yang hakiki jika hati bersih.....hati jika terlalu bersih pandangannya kan menembus hijab, jika sudah bersih firasatnya tepat kehendak Allah..tapi hati bila dikotori bisikkannya bukan lagi kebenaran.

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jasad lahir tumpuan manusia..tetapi utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia..kerana apa? kerana hidup ini bagaikan lampu dinding yang dinyalakan di malam hari, apabila minyak sudah kering..ia pasti padam sendiri. Begitulah juga hidupnya manusia, selama hidup didunia ini..bila dah cukup usia putuslah hubungan di sana sini..kita pergi ke alam lain pula..di sana insan cemas dan bimbang..tidak dapat buat alasan lagi, buruk dan baik akan ditimbang...seperti yang tercatat dalam surah Al-Zalzalah :1-8 yang bermaksud:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang.
Apabila bumi digoncang dengan goncangannya(yang dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya). Dan manusia bertanya "mengapa bumi (jadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula." Wallahu' alam. Sama-sama kita renungkan...

p/s : Adaptasi daripada nasyid-nasyid Hijjaz...:)

Monday, September 28, 2009

Santai Minda



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t....

Sekadar bicara diri..entah apa yang diri ini mahu sebenarnya..terkadang ujian hati payah untuk dihadapi, mungkin ini caranya agar diriku terus dan terus mengingati Ilahi tempat masalah hati dikembalikan, emhhhh...Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan.

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.

Melangkah itu mudah,namun mencari arah itu yang terkadang payah,

Mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah,

Menyusuri susah itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

Dalam semua ini, menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah.

Namun DIA amat faham, serahkan segalanya kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui,

Agar perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan Tuhan Empunya Dunia.

Rintih hatiku...

Ma li rabbun siwah Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Ghaffarun yamhuz zunub Pengampun memadamkan dosa-dosa
Ma li rabbun siwah Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Nurun yahdil qulub Cahaya menunjukkan hati-hati

Ya Allah 'abdun kathuraz zunubi Ya Allah, hamba banyak dosa
Zadat hauni qurubi Tambahkanlah dekatku dengan-Mu
Minka ilaika ghurubi Dari-Mu kepada-Mu aku kembali
Ya Allah la tahrimni naima Ya Allah jangan haramkanku nikmat-Mu
La tatrukni saqima Jangan tinggalkanku kesakitan
Ya Mannanar Rahima Wahai Maha Penganugerah & Maha Penyayang

Ya Allah Anta 'Aliyul Qadirul 'Azimu Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Pengatur & Agung
Ya Allah Antas Samiul Basirul 'Alimu Ya Allah Engkau Maha Pendengar, Melihat dan Mengetahui

Ma li rabbun siwah Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Rabbus sama'il udul Tuhan langit yang rata
Yaghfiru man asoh Mengampunkan sesiapa yang menderhaka-Nya
Wa huwal Halimur Rauf Dan Dialah Maha Lembut dan Memberi Rahmat

Ya Allah Rahmanul lil baraya Ya Allah Pengasih kepada manusia
Ghaffaru lil khataya Pengampun kepada kesilapan
Wa rajai huwa hudaya Dan harapanku adalah hidayah

Ya Allah irham dho'fi wa hali Ya Allah ampunkanlah kelemahanku & keadaanku
Faqa zanbu ihtimali Padamkanlah dosa-dosa yang tidaku kusedari
Faghfirli Ya Zal Jalali Ampunkanlah daku Wahai Yang Memiliki Keagungan

Ya Allah Antal 'Azizul Ghafurur Rahim Ya Allah Engkau Maha Mulia, Pengampun & Pengasih
Ya Allah Antal Quddus Salamul Karimu Ya Allah Engkau Maha Suci, Sejahtera & Pemurah

p/s: Penulis tak dapat ilham lagi untuk perkongsian ilmiah..nantilah di entry yang seterusnya..maklumlah lepas raya ni banyak sangat perkara yang tak diduga terjadi..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan pada penulis ameen..

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah sama-sama kita merafakkan rasa syukur kita kehadrat ilahi ( huhuhu..ayat skema yang dah selalu sangat orang guna untuk mulakan ucapan)..

Apa-apa pun entry kali ni lebih bersifat santai, sebabnya kita dah nak sambut raya…emhhhh sedihnya ramadhan sudah hampir dengan hari perpisahan, ramadhan akan meninggalkan kita, bagaimana ramadhan akan datang?, sempat ke tak kita nak sambut lagi..semoga ramadhan ini memberi perubahan yang positif pada diri masing-masing.

Dikesempatan ini, penulis ingin memohon seribu kemaafan (seribu je? Kenapa tak sejuta ke, sebillion ke? Hmmmm…boleh lah kan seribu pun) seandaianya ada kata yang menguris hati, ada tingkah laku yang tidak disenangi, ada janji yang terlupa nak di’patri’ (pergh…patri tu), ada sikap yang tidak disukai, dan yang sewaktu denganya lah..kita manusia kekadang kekhilafan diri tidak disedari empunya diri, oleh itu marilah saling ingat-mengingati supaya bila mati tak bawa dosa diri.

Firman Allah dalam surah an-nisa ayat 149 yang bermaksud:

Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan,menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa.

Kepada semua Ikwah dan Akhawatfillah…semoga dakwah terus menyinari gerakkan diri, sebagai da’ie yang bertebaran di bumi, tugas digalas tanpa rasa jemu dihati, semoga ramadhan kali ini memberi kekuatan diri untuk terus beramal dan menyampaikan seru ilahi kepada manusia-manusia yang ingin kembali juga mereka yang lalai perlu diingati, dengan pesan ilahi juga rasul yang dicintai, di sampaikan sepenuh hati..mohon maaf kekhilafan yang tidak disedari kerana penulis hanya seorang insan yang tidak terlepas dari kelalaian…kerana itu adalah ujian..untuk menjadi manusia yang terpilih.

Sekali lagi mohon maaf dari mula kita berukhwah sehingga hari ini terutama Kak Wan Azilah (k.gee yang disayangi) sekeluarga, akhawat Pasir Puteh Kelantan, akhawat Kolej Jaiputra, Mantan anak-anak usrahku yang kini sudah bertebaran menjalankan misi masing-masing, Ikhwah & Akhawat Perak (K.Nora, K.Afifah,K.Mah, K.Teh, K.Yong,K.Faridah, Ustz Fadhlan, Ustz Shahruzzaman,Ustz Zulkifli dan ramai lagi), kepada orang-orang lama dalam bidang dakwah ahli-ahli HELIKS, kepada Ikhwah dan Akhawat di WAMY Malaysia (K.Dayang termasuk kat sini kan? ;)) dan tak lupa juga kepada naqibah yang dihormati K.Rosmawati, serta ahli-ahli usrahku. (Fuhhh…panjang lebarnyelah ucapan)

Tidak lupa juga kepada sesiapa yang mengenali diri ini, Mohon maaf sekali lagi. Juga kepada seluruh keluarga besar Hj Ahmad b.Hj Minus dan Hajah Patimah bt Hj. Sanusi (bila nak buat reunion family besar kita ni???)….SELAMAT HARI RAYA ,MAAF ZAHIR DAN BATIN.

P/S: Balik kampung…ooooooo..balik kampung….;)

Friday, September 11, 2009

Mencari Lailatul Qadar



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum.

Entry kali ini adalah berkenaan mencari Lailatul Qadar. Sedih sebenarnya, sebab bila ramadhan sudah masuk ke fasa yang ke2 atau dengan kata lain telah masuk ke dalam fasa mencari lailatul qadar, memberi makna pada penulis bahawa ramadhan akan berakhir.

Persoalan kenapa 1,000 bulan?

Kerana 1,000 bulan itu bersamaan dengan 83 tahun mengikut pada jangka hayat manusia. Jika kita hidup selama 83 tahun beribadah kepada Allah s.w.t, maka Malam Lailatul-Qadar itu adalah bersamaan dengan ibadat kita kepada Allah s.w.t selama kita hidup.

Persoalannya lagi, bolehkah kita hidup hingga 83 tahun ?

Kerana umur umat manusia yang akan dipanggil ‘ pulang ke kampung asal’ tidak mampu kita duga dan tidak mungkin mampu di ukur dengan kecangihan teknologi sekali pun kerana ada yang pulang ke rahmatullah pada umur 40 tahun, malah muda dari itu pun ada, apatah lagi hendak menunggu hingga 83 tahun. Marilah kita berusaha semaksima mungkin mengabdikan diri pada Allah selagi diberi ruang dan peluang kepada kita.

Mengikut Hadith Nabi Muhammad S.A.W., "Carilah Malam Lailatul-Qadar itu pada Malam-Malam Ganjil" iaitu pada Malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Persoalannya adakah kita mampu meraih malam yang lebih baik dari seribu bulan ini?

Persoalan yang penulis utarakan ini sebenarnya mempunyai jawapan pada diri masing-masing. Jawapan yang terletak pada diri orang-orang yang mencari malam yang begitu istimewa ini. Layakkah kita menerimanya ? Bagaimana pula amalan kita sebelum 10 malam terakhir ini? Adakah pada sepuluh malam terakhir ini sahaja kita berhempas pulas beribadah kepada Allah? Atau cukupkah dengan berniat untuk turut memperolehinya tanpa ada kayu ukur yang boleh digunakan untuk kita menilai kesungguhan kita mencarinya?

Semuanya bergantung kepada kesungguhan kita beribadah pada ramadhan ini, keikhlasan dan ketundukkan hati kita menghadap Sang Empunya Dunia. Dan yang paling penting adalah bagaimana sikap kita selepas keluarnya dari Universiti Ramadhan tahun ini? Masih terjagakah sembahyang berjemaahnya? Masih terus istiqamahkan dengan tadarus quraannya? Bagaimana pula dengan solat-solat sunatnya? Qiamulalilnya? Zikirnya? Nafsu makannya? Akhlaknya pula, adakah sudah ada peningkatan sebelum dan selepas ramadhan?

Hukum Iktikaf

Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.

Jadual Malam Lailatul Qadar

Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:

KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN

MALAM LAILATUL QADAR

Jika awal ramadhan, jatuh pada hari.........(lihat column di sebelah)

Ahad atau Rabu

Malam 29 Ramadhan

Isnin

Malam 21 Ramadhan

Selasa atau Jumaat

Malam 27 Ramadhan

Khamis

Malam 25 Ramadhan

Sabtu

Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut" . Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65. Kita hanya mampu berusaha dengan apa sahaja cara yang tidak bertentangan dengan syarak, namun harus diingat kerana Malam Lailatul Qadar ini adalah RAHSIA ALLAH, tidak ada sesiapa pun yang tahu bila terjadinya malam lailatul qadar dengan tepat.

Wallahu a’alam

p/s: Hmmmm…marilah sama-sama kita muhasabah kembali diri kita yang serba tiada apa-apa ini. Penulis sendiri terutamanya…apa yang penting bagi penulis, rasa kedekatan dengan Yang Maha Penyantun.

Tuesday, September 8, 2009

Musafirku Dibulan Ramadhan


Bismillah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Assalamualaikum w.b.t.... (bagi salam ala-ala Haji Mustafa)

3 hari lepas Allah izinkan penulis untuk bermusafir ke negeri yang banyak meninggalkan kenangan kepada penulis iaitu Kelantan. Ada tujuan dan niat yang besar sebenarnya kedatangan penulis ke Kelantan. Kerana ingin menjaga kekuatan ukhuwah penulis dengan seseorang (akhawat) yang penulis sayangi dan hormati. Bukan dengan 'si dia' seorang sahaja, tetapi juga akhawat yang lain. Misi utamanya adalah 'ukhuwah'. Selain itu, apa yang ingin penulis kongsikan di sini ialah nikmat dan indahnya bermusafir ketika bulan ramadhan. Ramadhan mendidik manusia untuk lebih bertaqwa seperti yang telah dirakamkan dalam surah Al-Baqarah :183,

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
Ada satu perbezaan yang sangat besar apabila bermusafir dalam bulan ramadhan iaitu solat. Jika bukan di dalam bulan ramadhan kebisaannya bas akan berhenti berehat untuk makan tengah hari dan solat. Malangnya kebanyakan penumpang hanya akan turun untuk makan sahaja tetapi tidak untuk solat, selepas selesai makan terus naik ke atas bas.

Berbeza dengan bulan ramadhan. Dah namanya pun bulan ramadhan mestilah bas berhenti untuk solat, satu perkara yang mengembirakan hati penulis adalah apabila ramai penumpang yang turun untuk solat jamak..masa nilah baru nak tanya macam mana niat solat jamak. Macam-macam manusia ni. Semoga turunnya mereka dari bas untuk tunaikan solat adalah dari hati yang ikhlas untuk beribadah kepada Allah sebagai tanda ketundukkan hati bukan kerana malu kepada manusia.

Bertepatan dengan huraian ayat di atas maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halal pun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.

Begitulah betapa besarnya hikmah menunaikan solat lebih-lebih lagi kelazatan beribadah itu dilakukan di dalam bulan ramadhan ini. Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Suasa di Kelantan sangat berbeza. Sudah banyak pembangunan yang penulis dapati di negeri serambi Mekah ini. Kadang-kadang keresahan diri mula datang menyerang. Apakah ini sebahagian daripada perancangan musuh-musuh Allah untuk melalaikan manusia. Yang terbaru pembina bangunan pasaraya yang hampir siap di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Hampir saja penulis tidak dapat mengecam jalan-jalan di tengah-tengah bandar ini kerana sudah banyak yang berubah. Mungkin 2 tahun berikutnya akan hilang 'peta jalan' Kelantan dari minda penulis kerana perubahan demi perubahan dijayakan.

Benarlah kata setengah orang, negeri Kelantan adalah 'syurga membeli belah'. Macam-macam ada, semuanya ada. Semoga pembangunan demi pembangunan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini tidak melalaikan masyarakat negeri Kelantan khusunya. Semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik. Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

p/s: kenangan sepanjang perjalanan penulis sebagai seorang musafir kali ini adalah pada waktu berbuka, apabila terpaksa berbuka dengan kueh akok sahaja di dalam kereta kerana dalam perjalanan untuk menziarahi akhwat fillah di kelantan selain menziarahi orang-orang yang masih setia berkhidmat di Kolej Jamiah Islamiah Putra esok harinya.