Monday, June 8, 2009

Santai Minda

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Miskinkah kita?

Apabila persoalan di atas dikemukakan apakah  jawapan yang berlegar diruang pemikiran anda?

Ya, persoalan yang dianggap ringkas tetapi memerlukan huraian dan jawapan sebenarnya.

Adakah yang dikatakan miskin itu orang yang berpakaian lusuh, kusam, atau pakaian yang koyak di beberapa bahagiannya. Mereka tidak memiliki pakaian selain kain-kain yang melekat di tubuhnya, bahkan orang-orang yang memanfaatkan kain-kain terpakai untuk dijadikan pakaian, apakah mereka  ini yang dikategorikan sebagai orang yang miskin?

Orang-orang yang tidak memiliki cukup makanan untuk disantap setiap hari, yang kebingungan setelah sarapan pagi nanti, tidak tahu apa yang harus dimakan untuk tengaharinya pula, atau mereka yang tidak yakin apakah esok hari masih ada makanan untuk disantap. Orang-orang yang hanya bertemu makanan sekali dalam sehari atau mereka tepaksa berpuasa  berhari-hari kerana tidak ada wang untuk membeli  sedikit makanan. Inikah yang disebut sebagai miskin?

Anak-anak yang berkeliaran di jalanan mencari makan diusia mereka yang masih belia. Para pengemis jalana, pemungut sampah, tukang baiki kasut, peniaga di tepi jalan yang penghasilan mereka lebih kecil dari wang belanja anak-anak di sekolah golongan elit. Miskinkah mereka?

Tukang sapu, buruh banguanan, pekerja di pasar, pemungut barangan terpakai dan tukang angkut sampah serta pekerja kasar lainya. Benarkah mereka komuniti orang-orang miskin?

Orang –orang yang sakit bertahun-tahun tak kunjung sembuh kerana tidak mampu untuk membeli ubat, orang-orang yang banyak hutang dan tidak mampu untuk membayarnya, beginikah gambaran orang yang miskin?

Sebuah keluarga yang berpindah-randah dan sering diusir oleh pemilik rumah kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah atau mereka yang memilih mendirikan pondok di kawasan pembuangan sampah. Layakkah disebut miskin?

Yang tidak mempunyai handphone , tidak pernah makan pizza, tidak tahu bagaimana rasanya ayam crispy , yang tidak tahu jenis makanan yang ada di restoran kerana nama dan bentuknya sangat asing, tidak pernah ke panggung, bahkan tidak mempunyai televisyen di rumah mereka. Inikah yang dikatakan sebagai orang yang miskin?

Orang-orang tidak memiliki satu jenis kenderaan walau hanya basikal buruk, yang tak pernah merasakan sejuknya air cond di dalam kereta, yang terpinga-pinga jika masuk ke bangunan tinggi atau hotel, yang terlopong di dalam pusat membeli belah kerana mereka hanya bisa bermimpi untuk memiliki barang-barang mewah. Yang seperti inikah miskin?

Bukan! Selagi mereka tidak berasa miskin, selama mereka selalu merasa cukup dengan apa yang dimiliki, semasa rasa syukur selalu menjadi kekuatan utama dalam menjalani kehidupan sebagai satu ibadah dan menjadikan Allah satu-satunya tempat bergantung dan meminta, mereka adalah orang-orang yang kaya.

Tidak! Selagi mereka tak cepat putus asa, tidak selalu mengeluh dan meratap nasib, tidak mengemis dan selalu berharap belas kasihan dari orang lain, tidak menjadikan dirinya beban orang lain, justeru mereka sangat kaya.

Bukan! Selagi  mereka mampu menggunakan anugerah yang Allah berikan seperti  anggota tubuh badan dan pancaindera semaksimum yang mungkin.

Miskin sebenarnya, mereka yang tidak bersyukur atas nikmat yang diperolehi, yang tidak merasa cukup dan selalu ingin hidup berlebih. Teramat banyak mereka yang mempunyai harta yang banyak sesungguhnya  jauh lebih miskin dari orang-orang yang sering disebut miskin.

Sesungguhnya duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.

 

Friday, May 22, 2009

Antara Agama dan Kecantikan


بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kasih sayang untuk uktifillah seluruh dunia...hmmm..ini adalah cerpen tulisan dari hati yang ikhlas dari seorang ukti yang ku sangat kasihi, ku tahu walaupun ukti ini cuba untuk mengelak mengakui bahawa dialah empunya diri yang menulis cerpen ini...semoga allah mempermudahkan urusan ukhti dan mempercepatkan jodoh ukhti, kita sama-sama berdoa...mungkin jika bakal jodoh yang ukhti perolehi bukan dikalangan ikwah adalah lebih baik daripada ikhwah...apa salahnya...walaupun kita tidak mahu itu terjadi, Allah maha mengetahui sedangkan hambanya tidak mengetahui apa-apa..terimalah CERPEN DARI UKHTI MUHARIKAH 

Ada lagikah Akh Marwan

Kata-kata daripada Muharikah...

Salam,

cerpen ini akan lebih difahami oleh orang yang mengikuti tarbiyah. Bagi yang belum, mungkin anda sukar memahami akan maksud cerita ini. Walau apapun saya sudi menjawap segala persoalan jika ada yang mahu bertanya… Btw, cerpen ini idea asal adalah dari seorang ukhti di malaysia, tetapi saya diminta untuk mengindahkan bahasanya..

wasasalam

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Akankah kutemui lagi akh Marwan?

Insyarah duduk termangu sambil menanti menu pesanan di bawa kepadanya. Fikirannya melayang kosong. Kebiasannya Insyirah jarang membuang waktu sebegitu. Lantas dikuaknya kitab kesayangan di tangannya.

“Cukuplah jika hanya sehelai muka surat,” bisik hatinya.

Setelah selesai bacaan khusyuknya mentadabburi ketinggian kalimah Tuhannya, lamunannya kembali menjelma, berterbangan di alam mindanya…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Zahirah tersenyum malu di hadapannya. Tunduk tersipu-sipu..

“Ukhti, betul ke ni? Anti setuju? Tidakkah terlalu awal?” Insyirah bertanya dengan wajah yang berkerut. Dia masih musykil dengan jawapan ukhtinya itu.

“Mengapa? Bukankah akak sendiri yang menyampaikankan lamarannya?” Zahirah hairan terpinga-pinga. Di dadanya bergelojak perasaan tanda tanya yang pelbagai.

Insyirah menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tidaklah.Akak cuma menyampaikan amanah akh Tariq. Dia mengatakan dia sudah bersedia untuk menikah dan ternyata dia memilih anti”.

Insyirah menarik nafas panjang lalu menyambung, “Kalau anti sudah bersedia, jangan risau. Anti pun sudah istikharahkan? Berserahlah pada Allah ya?”

###################################################

“Nasi goreng daging?” teguran pelayan yang sopan dan anggun di Restoran Ala Kadar itu mematikan lamunannya.

Mengapa ya peristiwa itu mengganggu fikirannya? Dia sukar menerima keadaan itu.

Namun, pada fikirannya, bukankah lebih baik seorang akh itu memilih ukht yang lebih menuntut pernikahan itu dan sudah menanti begitu lama untuk menerima lamaran dari seorang pemuda yang memahami Islam dan mengikut tarbiyah sepertinya? Umpamanya Nuha yang sudah pun 27

ataupun kak Mira yang berusia 30 tahun? Mereka itu sanggup menolak lamaran calon ahli keluarga hanya kerana ingin berkahwin dengan seorang akh!

Sedangkan Zahirah baru sahaja berusia 19 tahun. Agak muda dan mentah dalam dakwah, namun itulah yang menjadi pilihan seorang akh yang dia kagumi, yang sudah lama bergelumang dalam dakwah. Insyirah mengeluh berat. Dia teringat akan perbualan zaujnya semalam dengan akh Tariq. Dia berasa geram dan sedikit jengkel dengan jawapan akh Tariq.

“Anta biar benar syeikh… Mas’ul Anta ok ke. Ukht tu baru sangat. Masih umum. Ingat sikit syeikh menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan seorang manusia tetapi untuk keperluan dakwah juga syeikh….” Lembut suaminya Zaid berkata-kata.

‘Afwan syeikh! Ana ingat prinsip itu. Ini semua adalah dalam rangka ibadah dan perhitungan kekuatan dakwah juga, InsyaAllah. Dengan memilih Zahirah, ana rasa ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah. Ana takut nanti daripada nikah dengan orang lain ana akan tetap asyik teringatkan dia..” Akh Tariq mempertahankankan keputusannya..

Waduh! Ucapan apakah itu dari seorang akh yang pernah dikaguminya dahulu? Yang aktif di medan kata-kata dan amal?

Akh Tariq meneruskan hujahnya lagi “Ukht itu juga adalah seorang yang cerdas, memenuhi kriteria yang ana inginkan…”

“Bukan kerana dia cantik, syeikh?” zaujku memintas.

“Ala….itu fitrah syeikh. Normallah itu.Kitakan lelaki? Rasionallah syeikh..” akh Tariq menjawab sambil tertawa kecil. Berharap keinginan lelakinya itu difahami oleh lelaki yang menjadi perantara antara dia dan bakal isterinya.

Dia mengakui keinginan fitrah manusia yang suka pada kecantikan dan keindahan. Setiap insan boleh memilih siapakah bakal ratu dalam rumah tangganya. Ya, mereka layak memilih. Namun sangat mengecewakan baginya bila ada seorangakh seperti Tariq yang nyata mengutamakan kecantikan fizikal berbanding yang lainnya. Cuma kriteria-kriteia yang lain adalah sekadar penambah. Yang menjadi pilihannya yang terutama adalah kecantikan pada Zahirah yang memang memukau pandangan, walau di mata wanita sekalipun. Zahirah merupakan anak kacukan Iran dan Melayu. Matanya coklat berkilauan. Pipinya lembut keputihan. Jika matahari memancar pada wajahnya, akan terserlahlah kemerahan di pipi dan bibirnya, menambahkan keperawanan seorang wanita. Dia mengaku Zahirah adalah orang yang solehah, namun padanya, ada berpuluh lagi akhwat yang menantikan pinangan seorang ikhwah. Mereka semua tidak kurang cantiknya, dan mereka telah bertahun-tahun dididik di bawah sistem tarbiyah yang syumul.

Insyirah benar-benar kecewa dengan realiti yang ada. Bukankah seharusnya orang seperti Tariq adalah mereka yang sepatutnya memilih isteri pertamanya berdasarkan kualiti agama, kemudian barulah pada kualiti-kualiti yang lain.Mengapa ini boleh berlaku?

“Aih!Mengelamun ke,Puan Insyirah?!” Satu panggilan menghentikan lamunannya yang panjang. Baru dia sedar nasi goreng daging di hadapannya masih belum disentuh lagi. Mastura ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu.

“Eh, takdelah Mas. Cuma terfikirkan karenah yang pelbagai di kalangan manusia ini.”

“Pasal kes ikhwah yang memilih sangat pasangannya ke?” Tepat sekali Mastura menebak. Dia tahu teman karibnya bergelumang dengan tanggungjawab yang tidak ringan.

“Insyirah, tak baik kalau asyik terfikirkan sangat perkara itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mahu memilih akhawat, bukan?” Mastura memujuk. Namun reaksi Insyirah tidak menunjukkan dia mahu menerima kenyataan itu.

“Bukan begitu. Ana kasihankan akhawat kita yang masih lagi belum bernikah. Takkan kita mahu jodohkan mereka dengan calon yang bukan ikhwah? Hurmm, ana ada terfikir juga, macamlah ikhwah itu bagus sangatkan? Tak dapat ikhwah pun tak apalah. Mereka bukanlah yang terbaik di dunia ini!” jawap Insyirah penuh emosi. Dia tahu kata-katanya itu berada di luar batas fikiran rasionalnya. Namun kadang-kadang realitinya begitu, Mustahil untuk mengahwinkan semua akhwat dengan ikhwah memandangkan bilangan ikhwah yang sedikit berbanding akhwat. Apabila dianjurkan poligami, ramai menolak. Maka akhawatlah yang perlu beralah apabila ketiadaan calon buat mereka. Ada yang terus meninggalkan dakwah lantaran suami yang tidak bersama-sama menceburkan diri dalam dakwah.

“Abaikanlah apa yang ana kata tadi Mas. Lepas makan nanti kita pergi cari suami ana ye?”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Bila anta nak nikah? Dah habis study dah. Sudah ada kemampuan. Kasihan akhawat menunggu,” suara akh Zaid kedengaran di balik pintu yang nipis. Insyirah dan Mastura baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik pensyarah muda itu sewaktu mereka terdengar perbicaraan itu berlangsung.

“Biar dululah abang. Pada ana, kemampuannya belum ada. Masih takde 20k lagi. Tak boleh nak omong kosongkan?” Balas satu suara yang tidak dikenal pasti. Mastura dan Insyirah berkira-kira siapakah pemilik suara parau itu.

“Bukan macam itu. Pada anta, anta minat pada akhawat yang bagaimana?”

“Kalau boleh bang, ana mahukan isteri seumpama Aisyah yang cantik dan cerdas. Bonus kalau dapat macam Khadijah yang ada bisnes dan boleh sara ana sambung masters!” canda suara lelaki itu.

“Yalah. Kalau boleh anta nak kedua-duanyalah kan? Hurmm.. tapi kita tak boleh terlalu banyak kriteria akh. Susah juga nak cari nanti.” Balas akh Zaid secara berhemah.

“Takpe bang. Ana yakin akhawat kitakan ramai. Mereka pasti tak tolak punya kalau ada ikhwah nak pinang mereka,” jawap suara lelaki itu sambil tertawa.

Insyirah mendengar perbualan itu dengan perasaan geram dan mual. Dia tak sanggup berada di situ terlalu lama. Niatnya bertemu suaminya, Zaid dibatalkan. Lantas dia menarik tangan Mastura dan beredar dari situ

“Mudahnya mulut mereka berkata-kata!!!’ Gertak hatinya sendiri. Terasa hatinya sedang panas membahang kerana kegeraman”

“Belum tentu ada akhawat nak kalau ada hati macam itu! Tak sangkanya ada ikhwah berfikiran seperti itu” Dia membentak lagi.

“Insyirah? Anti ok? Merah muka anti ana tengok?” Mastura menegur.

Insyirah hanya mampu menggeleng-geleng kepala tanpa menjawap. Dia tak mahu kerana kemarahannya dia memburukkan saudara seIslamnya sendiri. Biarlah dia menanggungnya sendiri

Fikirannya tiba-tiba teringat akan akh Marwan. Tersangat bagus peribadi dan sikapnya. Dia bukan sahaja menjadi sebutan dikalangan para siswi kerana kesolehannya, namun dia juga adalah seorang yang amat tampan. Pandang sekali tentu tidak puas. Terserlah aura anak keturunan Bugis dan Jawa dari kulit sawo matangnya. Misai dan kumisnya dijaga rapi. Rambutnya sentiasa disisir kemas walaupun dia kelihatan gemar berkopiah. Dia menjadi idola pada pelajar-pelajar asing di universiti luar negara di tempatnya menuntut. Dia cemerlang dalam pelajarannya dalam masa yang sama mantap dalam tarbiyahnya. Jawatannya dalam organisasi dan dakwah tidak terbilang. Dia menjadi tokoh dikalangan ikhwah dan dikagumi di kalangan akhawat.

Apabila tiba masanya akh Marwan untuk bernikah, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan wanita bertuah yang menjadi permaisuri hati beliau. Ramai meneka tentulah pasangan hidupnya itu adalah orang yang secocok dan sepadan dengannya. Wanita yang turut menjadi dambaan para pria.

Namun ketika Insyirah menghadiri majlis perkahwinan akh Marwan itu, dia amat terkejut apabila melihat isteri akh Marwan adalah seorang wanita yang biasa sahaja secara fizikalnya. Dan dia mendengar isteri akh Marwan adalah 5 tahun lebih tua darinya. Pada wajahnya tidak ada kecantikan yang terserlah secara terang. Namun terbit cahaya yang menyenangkan bagi sesiapa yang melihat wajah wanita itu. Tentunya itulah cahaya kesolehan. Cahaya kecantikan yang dilihat oleh seorang lelaki yang sesoleh isterinya juga.

Insyirah yakin akh Marwan membuat pilihan itu atas dasar dakwah, atas dasar Islam berbanding selainnya.

“Puan Insyirah!Mengelamun lagilah tu!” Mastura mengejutkannya lagi.

“Ade lagi ke ikhwah seperti akh Marwan?” Insyirah menjawab tiba-tiba.

Tercengang Mastura mendengarnya. Namun dia faham apa yang difikirkan sahabat baiknya.

“Entahlah Insyirah. Ana sendiri ada beberapa kriteria dalam memilih calon suami ana sendiri. Ana inginkan bakal suami ana memilih ana kerana kualiti dalaman ana. Bukan kerana paras rupa, ataupun kecemerlangan dalam studi ataupun kerana jawatan yang ana sandang..Bukan sebab duniawi itu tapi kerana di atas sebab yang sama akh Marwan memilih isterinya.” Mastura yang masih bujang itu menjawap.

Petang itu, Insyirah pulang ke rumah membawa hatinya yang berat. Dia mengeluh berulang kali sehingga ditegur suaminya yang prihatin.

“Abang, kenapa ada ikhwah yang memilih sangat ye?” Insyirah bertanya manja. Tak mahu suaminya terasa dengan soalan itu.

Akh Zaid melempar senyuman buat isteri tersayang.

“Akhawat pun sama. Masih ada yang menilai dari sudut kebendaan. Seperti memilih calon suami yang stabil kedudukan kewangan misalnya, bukan begitu?” suaminya pula bermain kata

“Logiklah kan bang? Nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yang lebih baik memerlukan dana yang bukan sedikit. Anak-anak mahu bersekolah, keperluan rumah, makan minum dan sebagainya. Kalau anak ramai lagi banyak duit perlu pakai,” Insyarah berhujah, tidak mahu kalah.

“Ok. Jangan macam itu. Tak boleh berhujah dengan emosikan? Pada abang, mungkin benar ramai ikhwah mempunyai kelemahan, tapi akhwat sendiri apa kurangnyakan? Ada juga akhawat yang belum lagi memenuhi ciri-ciri seorang isteri seperti pandai memasak, menjaga anak dan mengemas rumah. Maka kena sama-sama perbaiki kelemahan itu bukan?” Lembut akh Zaid memujuk isterinya. Dia sendiri pening apabila ditugaskan memegang amanah sebagai AJK Baitul Muslim. Terlalu banyak karenah manusia ini.

Pada Insyirah, dia sudah tidak ada jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalany Yang pasti dia amat meyakini.. sukarnya di zaman ini untuk mencari ikhwah seperti akh Marwan.

- diambil daripada blog Muharikah dalam entri bertajuk cerpen : akan adakah lagi akh Marwan? -

 

 

Wednesday, May 20, 2009

Fateh dan Amna


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hmmmm..nak tulis pasal apa ek?pasal ziarah akhawat baru-baru ni kat putrajaya. Sebelum sampai ke destinasi sesat lagiiii biar kat putrajaya pun, area penulis tinggal...Al-maklumlah anak dara sorang ni jarang keluar berjalan kecuali ada keperluan,
Dari sehari ke sehari nak pi ziarah...alhamdulillah Allah beri juga keizinan dan kesempatan untuk ziarah akhawatku...bersama-sama penulis yang turut serta dalam misi jejak kasih ini ialah my best friend RASHHHHH...
K.ha dah ada dua orang cahaya mata sekarang sepasang gitu..comel2 laaah wehhhh.. yang sulung namanya Fateh n no 2 namanya Amna..yang ketiga??? bila k.ha..hehehe. Teringat masa kita sama-sama kat rumah warden jaiputra...macam-macam adaaaa...
Ukhuwahfillah abadan abada.....K.ha bolehlah nak ambik gambar ni..bacalah pantun yang entah hapa2 ni..

Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
lama x jumpa sesat nak cari,
itulah akhawat yang ku sayang.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
apabila akhawat sudah ketahuan,
redahlah jalan walaupun x tahu.

Fateh nama empunya diri,
Anak k.ha yang sulung sekali,
mencari kembali semangat diri,
dengan bertemu ukhti yang di ingati.

Kajang pak malau kajang berlipat,
kenapa kajang pak malau nak kena lipat-lipat,
sebab kajang pak malau kajang berlipat.
hehehe..ini pantun rosak namanya..

Puteri kedua Amna namanya,
orangnya kecik macam k.ha.
agar ukuwah kekal selamanya,
saling ziarah sesama kita.

Ok ke k.ha?...oklah tu..ok bola 1 bola 2, bola 3 bebola ikan :)..berita terima roger out. 



Tuesday, May 19, 2009

Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk seluruh Akhawat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sekadar untuk renungan semua.......

Ukhtifillah..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakan mu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,karenanya kau tak menginginkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh,karena akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berpenghujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan keinginan diri, meski hujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan keinginan ku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi.
Kerana kau hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah keinginanmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

sajak ini diambil dari www.aminazneem.blogspot.com

Friday, May 15, 2009

Ku Berjalan lalu ku berlari perlahan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t
Ampang Hilir: 1:30pm: Jumaat :15/5/09

Alhamdullillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita merasai nikmat Islam dan Iman. Semoga kita terus mendapat hidayah dari Allah s.w.t.
Hari ke hari berlalu tanpa penulis sedari, bulan sudah mahu mengenjak ke bulan seterusnya...
Betapa kerdilnya diri ini, sebagai hamba penulis hanya mampu akur apa yang telah Allah tetapkan.

Selama hampir 5 bulan penulis melalui kehidupan sebagai orang kota, macam-macam yang dilalui. Suasana juga berbeza, tarbiyahnya juga turut berbeza, segala-galanya berbeza. Itu adalah pengalaman sebenarnya. Tertarik penulis dengan tulisan dari seorang ukhti, tentang ISTIQAMAH KITA DALAM PERJUANGAN DAKWAH: ANTARA ARNAB DAN KURA-KURA.

Minta izin ye k.Dayang untuk penulis pinjam tajuk di atas. Insyaallah ini adalah huraian dari penulis sendiri.

Cerita:

Perhimpuan semua haiwan di dalam hutan. Perhimpunan kali ini diketua oleh raja rimba Sang Singa. Macam-macam jenis haiwan yang datang berkumpul di persidangan haiwan-haiwan sedunia ( hehehe...sesuke hati je). Yang menjadi tumpuan adalah kura-kura dan arnab kerana bilangan dua jenis haiwan ini memonopoli persidangan kali ini.

Kura-kura sejenis haiwan yang sangat terkenal dengan sifat 'lambat'nya manakala arnab pula terkenal dengan sifat pantas berlarinya.

Kata arnab pada sang kura-kura: "kura-kura kenapa lambat sangat, cepat lah sikit. Tengok macam aku sentiasa berlari pantas dan cepat, macam mana engkau mahu 'menggegarkan dunia' sekiranya engkau masih dengan sikap yang lambat tu."

Wahhh...bukan main lagi si arnab, sangat bersemangat. "tidak mengapalah." kata kura-kura kepada sang arnab." Berdikit-dikit ke hulu, berenang-renang ketempian". Sambung sang kura-kura pada si arnab.( Eh! kura-kura pun pandai guna pantun..hehehe) 

Pada suatu hari (macam biasalah kalau dah cerita arnab dengan kura-kura ni x sah kalau tak ada pertandingan berlari) satu pertandingan larian diadakan. Antara pesertanya adalah arnab dan kura-kura. Sang arnab berlari sangat laju dan memandang rendah pada kura-kura yang merangkak perlahan.

20 minit selepas pelepasan perlumbaan:

Kata sang arnab pada dirinya: "aku rasa dah letih lah sekarang, kura-kura masih jauh lagi, lebih baik aku berehat dulu". Sang arnab mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sepohon pokok yang rendang lalu terlena dan bermimpi bahawa dia telah menang perlumbaan.

30 minit seterusnya:

Dengan perlahan kura-kura melintasi si arnab yang sedang nyenyak tidur lalu memenangi perlumbaan kali ini. Arnab sangat menyesali perbuatannya juga merasa malu dengan si kura-kura yang telah berjaya mengatasinya walaupun si kura-kura hanya berjalan perlahan.
 (cerita merepek je....)
 
Tamat....

So, apa pengajaran yang kita boleh ambil?
Banyak kan

Pertama: 
sebagai orang yang ditarbiyah tidak seharusnya memandang rendah pada orang yang 'LAMBAT' proses pentarbiyahannya. Kerana manusia ini pelbagai. Tidak seharusnya 'kamu' yang bersemangat untuk sentiasa 'berlari' beranggapan hamba allah yang 'tidak berlari' itu adalah orang yang cuba untuk 'tidak bergerak'. Urusan itu hak milik Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu samada si 'hamba allah' tadi bergerak ataupun tidak. Masakan perlu diberitahu satu dunia bahawa 'aku sedang bergerak, lihatlah aku'.

Jadi sekiranya ada penyakit yang sebesar zarah itu (su'uzon) terhadap hamba allah tadi maka moleklah kiranya di cek kembali diri. Adakah tarbiyah mengajar kita untuk berburuk sangka pada orang yang disangka 'tidak berlari' tadi? Jika kita berlari sekencang mana pun tetapi urusan batin (hati) tidak selesai, maka di manakah nilai tarbiyah yang kita perolehi?

Disamping dakwah yang kita sebarkan, seharusnya kita juga perlu mencari ilmu untuk mengenal 'HAKIKAT DIRI'.

Kedua:
Penulis menyeru para penyebar agama Allah yang sedang berlari kencang supaya kita mengambil contoh sikap dua ekor binatang tadi. Biarlah kita menjadi arnab yang kencang berlari dalam masa yang sama kita juga adalah kura-kura yang merangkak perlahan. Supaya kita tidak menjadi arnab yang sombong, merasakan bahawa 'kamu'lah orang yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan agama, 'kamulah' orang yang sanggup berkorban demi agama. 'kamulah' orang yang sanggup berkorban segala-galanya...segala-galanya adalah 'kamu' sahaja. Dan merasakan orang lain tidak seperti kamu. Juga mengharapkan orang lain juga seperti kamu. Cepat, pantas, semangat jitu dan sebagainya. Salah begitu. Oleh kerana itulah dakwah memerlukan hikmah. Kita bukan mahu melihat hasilnya sekarang sahaja tetapi 10 atau 20 tahun akan datang 'hamba allah' itu tetap bersama-sama di perjalanan ini.

Pesan penulis, jangan terlalu asyik untuk berlari kencang, takut-takut bila tersepak batu lalu terjatuh dan luka. Dan pada waktu itu semangat untuk berlari semula sudah hilang.Bukankah bahaya begitu. Penulis bercerita melalui pengalaman yang penulis lalui selama diperjalanan mencari yang haq. Sedih dan hiba apabila 'hamba2 allah' yang berlari kencang suatu masa dahulu, kini sudah tersungkur jatuh dan tidak mampu untuk bangun lagi. Berbeza dengan 'hamba allah' yang dulu merangkak perlahan kini masih kekal di perjalanan ini.

Jadilah juga seperti kura-kura,walaupun perlahan tetap berjalan. Berjalan penuh hikmah...selama-lamanya. Penulis doakan agar para penyebar agama di luar sana, agar terus thabat dijalan yang satu ini. Ameennn....

Maafkan lisan yang tidak terjaga, sekadar peringatan untuk diri penulis sendiri agar tidak terlalu asyik untuk 'berlari' kencang. 

Peringatan: 
untuk membina sebuah bangunan batu-batu yang berkualiti sangat diperlukan. Oleh kerana itu batu-batu itu akan dipilih dan terus dipilih agar mendapat binaan yang kukuh dan mantap. Tetapi batu-batu yang kurang kualitinya juga masih diperlukan agar dapat menampung lubang-lubang kecil yang wujud antara batu bata yang kukuh tadi. Begitulah jugak hendaknya dakwah kita. Pemilihan demi pemilihan oleh Allah akan terus berjalan. Hanya masa yang akan menentukan samada kita adalah antara orang yang terpilih. Oleh itu perlu kepada kerja keras agar nama kita masih tersenarai dalam 'list' orang-orang yang berlumba dalam melakukan kebaikan. Wallahualam.