
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat buat para pembaca sekalian, selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, seterusnya para alim ulama..Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
Sekadar berkongsi cerita dan rasa. Melayan rencah kehidupan duniawi memang tidak pernah surut, pelbagai kisah suka dan duka yang kongsikan, juga pengalaman hidup,kisah sahabat-sahabat yang telah bertukar status dan tanggungjawab,juga kisah mereka yang Allah ujian dengan kematian dan kesusahan, serta mereka-mereka yang masih mengarang cerita sebagai seorang pelajar, pekerja dan sebagainya, tidak ketinggalan cerita mereka yang berjuang kerana Agama Allah serta isu-isu umat..begitulah pentas lakonan duniawi..terkadang penat dan lelah untuk menontonnya. Itulah hakikat manusia sebagai pelakon di pentas dunia dan akan menerima anugerah masing-masing di hari perhitungan yang bertempat di padang Masyhar dengan anugerah-anugerah hasil lakonan manusia di pentas dunia dengan pelbagai watak dan peranan.
Teringat pada kata-kata seseorang "usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah, usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman". Kata-kata yang menyuntik semangatku untuk terus bangun dalam melalui dan merentasi cabaran dan cubaan di pentas dunia ini.
Pesan Guruku "JANGAN LANTAS MENGATAKAN SALAH SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU, DAN JANGAN MENGAMBIL MUDAH DENGAN PERKARA YANG KITA TAHU"..ingin penulis berkongsi beberapa perenggan sajak mungkin, atau kata-kata yang sangat mendalam maknanya..hanya yang mengetahui sahaja yang akan memahami...ceritaku mengenai cerita ilmu...banyak manfaat yang diperolehi daripada ilmu...coretan guru-guru mursyidku buat anak muridnya..
Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu untuk kenal tuhanmu,
Kenal dirimu kenal tuhanmu,
Moga makrifat terbuka hijabmu.
Jalan-jalan cari ilmu,
Ilmu itu syahadah awalnya,
Syahadah itu perlu tahu,
Kunci tahu penyaksian yang satu.
Hati itu tempat ilmu,
Perlu BERSIH hati selalu,
Bersih hati bersih nafsu,
Agar pancaran makrifat menerangi dirimu.
Tahu itu kunci ilmu,
Tanya itu kunci buntu,
Huraian ilmu satu persatu,
agar tidak terputus jalinan yang satu.
Tak tahu satu kau buntu, tak kenal satu kau buta,
Untuk kamu tahu yang satu,
perlu jalan-jalan cari ilmu.
Nur itu pancaran ilmu,
Ilmu itu perlu kaji dan teliti,
Nah! baru kau temui jawapan yang pasti...
Pasti memandang pada yang satu.
Nak tahu satu kena ilmu,
Nak kenal satu dari ilmu,
Yang cari satu kenal satu,
Baru boleh Makrifat tahu.
Tahu, tahu, tahu satu,
satu tahu semua tahu.
Tidak sekali kamu tahu,
Jika tidak dengan ilmu,
Ilmu itu ilmu satu,
Hanya terpilih dapat tahu.
Kontradiksinya ilmu adalah melalui praktikalnya hidupmu,
Agar dapat kau jalinkan ilmu untuk capai makrifat dirimu.
Harapan guruku:
Kurnia ilmu kepada kamu,moga Allah membarakahi ilmu,
Ilmu kamu ilmu tahu, moga Allah mudahkan urusan.
Doaku pada kalian agar terbuka pintu syuhud, untuk capai pandangan makrifat.
Sekian.....^_^
Begitulah kata-kata semangat untuk kami terus mencari dan mengenal diri..diri empunya Yang Haq..kenal lah dirimu maka kamu akan kenal tuhanmu...Wallahu a'lam...