Friday, May 22, 2009

Antara Agama dan Kecantikan


بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kasih sayang untuk uktifillah seluruh dunia...hmmm..ini adalah cerpen tulisan dari hati yang ikhlas dari seorang ukti yang ku sangat kasihi, ku tahu walaupun ukti ini cuba untuk mengelak mengakui bahawa dialah empunya diri yang menulis cerpen ini...semoga allah mempermudahkan urusan ukhti dan mempercepatkan jodoh ukhti, kita sama-sama berdoa...mungkin jika bakal jodoh yang ukhti perolehi bukan dikalangan ikwah adalah lebih baik daripada ikhwah...apa salahnya...walaupun kita tidak mahu itu terjadi, Allah maha mengetahui sedangkan hambanya tidak mengetahui apa-apa..terimalah CERPEN DARI UKHTI MUHARIKAH 

Ada lagikah Akh Marwan

Kata-kata daripada Muharikah...

Salam,

cerpen ini akan lebih difahami oleh orang yang mengikuti tarbiyah. Bagi yang belum, mungkin anda sukar memahami akan maksud cerita ini. Walau apapun saya sudi menjawap segala persoalan jika ada yang mahu bertanya… Btw, cerpen ini idea asal adalah dari seorang ukhti di malaysia, tetapi saya diminta untuk mengindahkan bahasanya..

wasasalam

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Akankah kutemui lagi akh Marwan?

Insyarah duduk termangu sambil menanti menu pesanan di bawa kepadanya. Fikirannya melayang kosong. Kebiasannya Insyirah jarang membuang waktu sebegitu. Lantas dikuaknya kitab kesayangan di tangannya.

“Cukuplah jika hanya sehelai muka surat,” bisik hatinya.

Setelah selesai bacaan khusyuknya mentadabburi ketinggian kalimah Tuhannya, lamunannya kembali menjelma, berterbangan di alam mindanya…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Zahirah tersenyum malu di hadapannya. Tunduk tersipu-sipu..

“Ukhti, betul ke ni? Anti setuju? Tidakkah terlalu awal?” Insyirah bertanya dengan wajah yang berkerut. Dia masih musykil dengan jawapan ukhtinya itu.

“Mengapa? Bukankah akak sendiri yang menyampaikankan lamarannya?” Zahirah hairan terpinga-pinga. Di dadanya bergelojak perasaan tanda tanya yang pelbagai.

Insyirah menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tidaklah.Akak cuma menyampaikan amanah akh Tariq. Dia mengatakan dia sudah bersedia untuk menikah dan ternyata dia memilih anti”.

Insyirah menarik nafas panjang lalu menyambung, “Kalau anti sudah bersedia, jangan risau. Anti pun sudah istikharahkan? Berserahlah pada Allah ya?”

###################################################

“Nasi goreng daging?” teguran pelayan yang sopan dan anggun di Restoran Ala Kadar itu mematikan lamunannya.

Mengapa ya peristiwa itu mengganggu fikirannya? Dia sukar menerima keadaan itu.

Namun, pada fikirannya, bukankah lebih baik seorang akh itu memilih ukht yang lebih menuntut pernikahan itu dan sudah menanti begitu lama untuk menerima lamaran dari seorang pemuda yang memahami Islam dan mengikut tarbiyah sepertinya? Umpamanya Nuha yang sudah pun 27

ataupun kak Mira yang berusia 30 tahun? Mereka itu sanggup menolak lamaran calon ahli keluarga hanya kerana ingin berkahwin dengan seorang akh!

Sedangkan Zahirah baru sahaja berusia 19 tahun. Agak muda dan mentah dalam dakwah, namun itulah yang menjadi pilihan seorang akh yang dia kagumi, yang sudah lama bergelumang dalam dakwah. Insyirah mengeluh berat. Dia teringat akan perbualan zaujnya semalam dengan akh Tariq. Dia berasa geram dan sedikit jengkel dengan jawapan akh Tariq.

“Anta biar benar syeikh… Mas’ul Anta ok ke. Ukht tu baru sangat. Masih umum. Ingat sikit syeikh menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan seorang manusia tetapi untuk keperluan dakwah juga syeikh….” Lembut suaminya Zaid berkata-kata.

‘Afwan syeikh! Ana ingat prinsip itu. Ini semua adalah dalam rangka ibadah dan perhitungan kekuatan dakwah juga, InsyaAllah. Dengan memilih Zahirah, ana rasa ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah. Ana takut nanti daripada nikah dengan orang lain ana akan tetap asyik teringatkan dia..” Akh Tariq mempertahankankan keputusannya..

Waduh! Ucapan apakah itu dari seorang akh yang pernah dikaguminya dahulu? Yang aktif di medan kata-kata dan amal?

Akh Tariq meneruskan hujahnya lagi “Ukht itu juga adalah seorang yang cerdas, memenuhi kriteria yang ana inginkan…”

“Bukan kerana dia cantik, syeikh?” zaujku memintas.

“Ala….itu fitrah syeikh. Normallah itu.Kitakan lelaki? Rasionallah syeikh..” akh Tariq menjawab sambil tertawa kecil. Berharap keinginan lelakinya itu difahami oleh lelaki yang menjadi perantara antara dia dan bakal isterinya.

Dia mengakui keinginan fitrah manusia yang suka pada kecantikan dan keindahan. Setiap insan boleh memilih siapakah bakal ratu dalam rumah tangganya. Ya, mereka layak memilih. Namun sangat mengecewakan baginya bila ada seorangakh seperti Tariq yang nyata mengutamakan kecantikan fizikal berbanding yang lainnya. Cuma kriteria-kriteia yang lain adalah sekadar penambah. Yang menjadi pilihannya yang terutama adalah kecantikan pada Zahirah yang memang memukau pandangan, walau di mata wanita sekalipun. Zahirah merupakan anak kacukan Iran dan Melayu. Matanya coklat berkilauan. Pipinya lembut keputihan. Jika matahari memancar pada wajahnya, akan terserlahlah kemerahan di pipi dan bibirnya, menambahkan keperawanan seorang wanita. Dia mengaku Zahirah adalah orang yang solehah, namun padanya, ada berpuluh lagi akhwat yang menantikan pinangan seorang ikhwah. Mereka semua tidak kurang cantiknya, dan mereka telah bertahun-tahun dididik di bawah sistem tarbiyah yang syumul.

Insyirah benar-benar kecewa dengan realiti yang ada. Bukankah seharusnya orang seperti Tariq adalah mereka yang sepatutnya memilih isteri pertamanya berdasarkan kualiti agama, kemudian barulah pada kualiti-kualiti yang lain.Mengapa ini boleh berlaku?

“Aih!Mengelamun ke,Puan Insyirah?!” Satu panggilan menghentikan lamunannya yang panjang. Baru dia sedar nasi goreng daging di hadapannya masih belum disentuh lagi. Mastura ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu.

“Eh, takdelah Mas. Cuma terfikirkan karenah yang pelbagai di kalangan manusia ini.”

“Pasal kes ikhwah yang memilih sangat pasangannya ke?” Tepat sekali Mastura menebak. Dia tahu teman karibnya bergelumang dengan tanggungjawab yang tidak ringan.

“Insyirah, tak baik kalau asyik terfikirkan sangat perkara itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mahu memilih akhawat, bukan?” Mastura memujuk. Namun reaksi Insyirah tidak menunjukkan dia mahu menerima kenyataan itu.

“Bukan begitu. Ana kasihankan akhawat kita yang masih lagi belum bernikah. Takkan kita mahu jodohkan mereka dengan calon yang bukan ikhwah? Hurmm, ana ada terfikir juga, macamlah ikhwah itu bagus sangatkan? Tak dapat ikhwah pun tak apalah. Mereka bukanlah yang terbaik di dunia ini!” jawap Insyirah penuh emosi. Dia tahu kata-katanya itu berada di luar batas fikiran rasionalnya. Namun kadang-kadang realitinya begitu, Mustahil untuk mengahwinkan semua akhwat dengan ikhwah memandangkan bilangan ikhwah yang sedikit berbanding akhwat. Apabila dianjurkan poligami, ramai menolak. Maka akhawatlah yang perlu beralah apabila ketiadaan calon buat mereka. Ada yang terus meninggalkan dakwah lantaran suami yang tidak bersama-sama menceburkan diri dalam dakwah.

“Abaikanlah apa yang ana kata tadi Mas. Lepas makan nanti kita pergi cari suami ana ye?”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Bila anta nak nikah? Dah habis study dah. Sudah ada kemampuan. Kasihan akhawat menunggu,” suara akh Zaid kedengaran di balik pintu yang nipis. Insyirah dan Mastura baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik pensyarah muda itu sewaktu mereka terdengar perbicaraan itu berlangsung.

“Biar dululah abang. Pada ana, kemampuannya belum ada. Masih takde 20k lagi. Tak boleh nak omong kosongkan?” Balas satu suara yang tidak dikenal pasti. Mastura dan Insyirah berkira-kira siapakah pemilik suara parau itu.

“Bukan macam itu. Pada anta, anta minat pada akhawat yang bagaimana?”

“Kalau boleh bang, ana mahukan isteri seumpama Aisyah yang cantik dan cerdas. Bonus kalau dapat macam Khadijah yang ada bisnes dan boleh sara ana sambung masters!” canda suara lelaki itu.

“Yalah. Kalau boleh anta nak kedua-duanyalah kan? Hurmm.. tapi kita tak boleh terlalu banyak kriteria akh. Susah juga nak cari nanti.” Balas akh Zaid secara berhemah.

“Takpe bang. Ana yakin akhawat kitakan ramai. Mereka pasti tak tolak punya kalau ada ikhwah nak pinang mereka,” jawap suara lelaki itu sambil tertawa.

Insyirah mendengar perbualan itu dengan perasaan geram dan mual. Dia tak sanggup berada di situ terlalu lama. Niatnya bertemu suaminya, Zaid dibatalkan. Lantas dia menarik tangan Mastura dan beredar dari situ

“Mudahnya mulut mereka berkata-kata!!!’ Gertak hatinya sendiri. Terasa hatinya sedang panas membahang kerana kegeraman”

“Belum tentu ada akhawat nak kalau ada hati macam itu! Tak sangkanya ada ikhwah berfikiran seperti itu” Dia membentak lagi.

“Insyirah? Anti ok? Merah muka anti ana tengok?” Mastura menegur.

Insyirah hanya mampu menggeleng-geleng kepala tanpa menjawap. Dia tak mahu kerana kemarahannya dia memburukkan saudara seIslamnya sendiri. Biarlah dia menanggungnya sendiri

Fikirannya tiba-tiba teringat akan akh Marwan. Tersangat bagus peribadi dan sikapnya. Dia bukan sahaja menjadi sebutan dikalangan para siswi kerana kesolehannya, namun dia juga adalah seorang yang amat tampan. Pandang sekali tentu tidak puas. Terserlah aura anak keturunan Bugis dan Jawa dari kulit sawo matangnya. Misai dan kumisnya dijaga rapi. Rambutnya sentiasa disisir kemas walaupun dia kelihatan gemar berkopiah. Dia menjadi idola pada pelajar-pelajar asing di universiti luar negara di tempatnya menuntut. Dia cemerlang dalam pelajarannya dalam masa yang sama mantap dalam tarbiyahnya. Jawatannya dalam organisasi dan dakwah tidak terbilang. Dia menjadi tokoh dikalangan ikhwah dan dikagumi di kalangan akhawat.

Apabila tiba masanya akh Marwan untuk bernikah, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan wanita bertuah yang menjadi permaisuri hati beliau. Ramai meneka tentulah pasangan hidupnya itu adalah orang yang secocok dan sepadan dengannya. Wanita yang turut menjadi dambaan para pria.

Namun ketika Insyirah menghadiri majlis perkahwinan akh Marwan itu, dia amat terkejut apabila melihat isteri akh Marwan adalah seorang wanita yang biasa sahaja secara fizikalnya. Dan dia mendengar isteri akh Marwan adalah 5 tahun lebih tua darinya. Pada wajahnya tidak ada kecantikan yang terserlah secara terang. Namun terbit cahaya yang menyenangkan bagi sesiapa yang melihat wajah wanita itu. Tentunya itulah cahaya kesolehan. Cahaya kecantikan yang dilihat oleh seorang lelaki yang sesoleh isterinya juga.

Insyirah yakin akh Marwan membuat pilihan itu atas dasar dakwah, atas dasar Islam berbanding selainnya.

“Puan Insyirah!Mengelamun lagilah tu!” Mastura mengejutkannya lagi.

“Ade lagi ke ikhwah seperti akh Marwan?” Insyirah menjawab tiba-tiba.

Tercengang Mastura mendengarnya. Namun dia faham apa yang difikirkan sahabat baiknya.

“Entahlah Insyirah. Ana sendiri ada beberapa kriteria dalam memilih calon suami ana sendiri. Ana inginkan bakal suami ana memilih ana kerana kualiti dalaman ana. Bukan kerana paras rupa, ataupun kecemerlangan dalam studi ataupun kerana jawatan yang ana sandang..Bukan sebab duniawi itu tapi kerana di atas sebab yang sama akh Marwan memilih isterinya.” Mastura yang masih bujang itu menjawap.

Petang itu, Insyirah pulang ke rumah membawa hatinya yang berat. Dia mengeluh berulang kali sehingga ditegur suaminya yang prihatin.

“Abang, kenapa ada ikhwah yang memilih sangat ye?” Insyirah bertanya manja. Tak mahu suaminya terasa dengan soalan itu.

Akh Zaid melempar senyuman buat isteri tersayang.

“Akhawat pun sama. Masih ada yang menilai dari sudut kebendaan. Seperti memilih calon suami yang stabil kedudukan kewangan misalnya, bukan begitu?” suaminya pula bermain kata

“Logiklah kan bang? Nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yang lebih baik memerlukan dana yang bukan sedikit. Anak-anak mahu bersekolah, keperluan rumah, makan minum dan sebagainya. Kalau anak ramai lagi banyak duit perlu pakai,” Insyarah berhujah, tidak mahu kalah.

“Ok. Jangan macam itu. Tak boleh berhujah dengan emosikan? Pada abang, mungkin benar ramai ikhwah mempunyai kelemahan, tapi akhwat sendiri apa kurangnyakan? Ada juga akhawat yang belum lagi memenuhi ciri-ciri seorang isteri seperti pandai memasak, menjaga anak dan mengemas rumah. Maka kena sama-sama perbaiki kelemahan itu bukan?” Lembut akh Zaid memujuk isterinya. Dia sendiri pening apabila ditugaskan memegang amanah sebagai AJK Baitul Muslim. Terlalu banyak karenah manusia ini.

Pada Insyirah, dia sudah tidak ada jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalany Yang pasti dia amat meyakini.. sukarnya di zaman ini untuk mencari ikhwah seperti akh Marwan.

- diambil daripada blog Muharikah dalam entri bertajuk cerpen : akan adakah lagi akh Marwan? -

 

 

Wednesday, May 20, 2009

Fateh dan Amna


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hmmmm..nak tulis pasal apa ek?pasal ziarah akhawat baru-baru ni kat putrajaya. Sebelum sampai ke destinasi sesat lagiiii biar kat putrajaya pun, area penulis tinggal...Al-maklumlah anak dara sorang ni jarang keluar berjalan kecuali ada keperluan,
Dari sehari ke sehari nak pi ziarah...alhamdulillah Allah beri juga keizinan dan kesempatan untuk ziarah akhawatku...bersama-sama penulis yang turut serta dalam misi jejak kasih ini ialah my best friend RASHHHHH...
K.ha dah ada dua orang cahaya mata sekarang sepasang gitu..comel2 laaah wehhhh.. yang sulung namanya Fateh n no 2 namanya Amna..yang ketiga??? bila k.ha..hehehe. Teringat masa kita sama-sama kat rumah warden jaiputra...macam-macam adaaaa...
Ukhuwahfillah abadan abada.....K.ha bolehlah nak ambik gambar ni..bacalah pantun yang entah hapa2 ni..

Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
lama x jumpa sesat nak cari,
itulah akhawat yang ku sayang.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
apabila akhawat sudah ketahuan,
redahlah jalan walaupun x tahu.

Fateh nama empunya diri,
Anak k.ha yang sulung sekali,
mencari kembali semangat diri,
dengan bertemu ukhti yang di ingati.

Kajang pak malau kajang berlipat,
kenapa kajang pak malau nak kena lipat-lipat,
sebab kajang pak malau kajang berlipat.
hehehe..ini pantun rosak namanya..

Puteri kedua Amna namanya,
orangnya kecik macam k.ha.
agar ukuwah kekal selamanya,
saling ziarah sesama kita.

Ok ke k.ha?...oklah tu..ok bola 1 bola 2, bola 3 bebola ikan :)..berita terima roger out. 



Tuesday, May 19, 2009

Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk seluruh Akhawat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sekadar untuk renungan semua.......

Ukhtifillah..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakan mu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,karenanya kau tak menginginkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh,karena akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berpenghujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan keinginan diri, meski hujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan keinginan ku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi.
Kerana kau hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah keinginanmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

sajak ini diambil dari www.aminazneem.blogspot.com

Friday, May 15, 2009

Ku Berjalan lalu ku berlari perlahan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t
Ampang Hilir: 1:30pm: Jumaat :15/5/09

Alhamdullillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita merasai nikmat Islam dan Iman. Semoga kita terus mendapat hidayah dari Allah s.w.t.
Hari ke hari berlalu tanpa penulis sedari, bulan sudah mahu mengenjak ke bulan seterusnya...
Betapa kerdilnya diri ini, sebagai hamba penulis hanya mampu akur apa yang telah Allah tetapkan.

Selama hampir 5 bulan penulis melalui kehidupan sebagai orang kota, macam-macam yang dilalui. Suasana juga berbeza, tarbiyahnya juga turut berbeza, segala-galanya berbeza. Itu adalah pengalaman sebenarnya. Tertarik penulis dengan tulisan dari seorang ukhti, tentang ISTIQAMAH KITA DALAM PERJUANGAN DAKWAH: ANTARA ARNAB DAN KURA-KURA.

Minta izin ye k.Dayang untuk penulis pinjam tajuk di atas. Insyaallah ini adalah huraian dari penulis sendiri.

Cerita:

Perhimpuan semua haiwan di dalam hutan. Perhimpunan kali ini diketua oleh raja rimba Sang Singa. Macam-macam jenis haiwan yang datang berkumpul di persidangan haiwan-haiwan sedunia ( hehehe...sesuke hati je). Yang menjadi tumpuan adalah kura-kura dan arnab kerana bilangan dua jenis haiwan ini memonopoli persidangan kali ini.

Kura-kura sejenis haiwan yang sangat terkenal dengan sifat 'lambat'nya manakala arnab pula terkenal dengan sifat pantas berlarinya.

Kata arnab pada sang kura-kura: "kura-kura kenapa lambat sangat, cepat lah sikit. Tengok macam aku sentiasa berlari pantas dan cepat, macam mana engkau mahu 'menggegarkan dunia' sekiranya engkau masih dengan sikap yang lambat tu."

Wahhh...bukan main lagi si arnab, sangat bersemangat. "tidak mengapalah." kata kura-kura kepada sang arnab." Berdikit-dikit ke hulu, berenang-renang ketempian". Sambung sang kura-kura pada si arnab.( Eh! kura-kura pun pandai guna pantun..hehehe) 

Pada suatu hari (macam biasalah kalau dah cerita arnab dengan kura-kura ni x sah kalau tak ada pertandingan berlari) satu pertandingan larian diadakan. Antara pesertanya adalah arnab dan kura-kura. Sang arnab berlari sangat laju dan memandang rendah pada kura-kura yang merangkak perlahan.

20 minit selepas pelepasan perlumbaan:

Kata sang arnab pada dirinya: "aku rasa dah letih lah sekarang, kura-kura masih jauh lagi, lebih baik aku berehat dulu". Sang arnab mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sepohon pokok yang rendang lalu terlena dan bermimpi bahawa dia telah menang perlumbaan.

30 minit seterusnya:

Dengan perlahan kura-kura melintasi si arnab yang sedang nyenyak tidur lalu memenangi perlumbaan kali ini. Arnab sangat menyesali perbuatannya juga merasa malu dengan si kura-kura yang telah berjaya mengatasinya walaupun si kura-kura hanya berjalan perlahan.
 (cerita merepek je....)
 
Tamat....

So, apa pengajaran yang kita boleh ambil?
Banyak kan

Pertama: 
sebagai orang yang ditarbiyah tidak seharusnya memandang rendah pada orang yang 'LAMBAT' proses pentarbiyahannya. Kerana manusia ini pelbagai. Tidak seharusnya 'kamu' yang bersemangat untuk sentiasa 'berlari' beranggapan hamba allah yang 'tidak berlari' itu adalah orang yang cuba untuk 'tidak bergerak'. Urusan itu hak milik Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu samada si 'hamba allah' tadi bergerak ataupun tidak. Masakan perlu diberitahu satu dunia bahawa 'aku sedang bergerak, lihatlah aku'.

Jadi sekiranya ada penyakit yang sebesar zarah itu (su'uzon) terhadap hamba allah tadi maka moleklah kiranya di cek kembali diri. Adakah tarbiyah mengajar kita untuk berburuk sangka pada orang yang disangka 'tidak berlari' tadi? Jika kita berlari sekencang mana pun tetapi urusan batin (hati) tidak selesai, maka di manakah nilai tarbiyah yang kita perolehi?

Disamping dakwah yang kita sebarkan, seharusnya kita juga perlu mencari ilmu untuk mengenal 'HAKIKAT DIRI'.

Kedua:
Penulis menyeru para penyebar agama Allah yang sedang berlari kencang supaya kita mengambil contoh sikap dua ekor binatang tadi. Biarlah kita menjadi arnab yang kencang berlari dalam masa yang sama kita juga adalah kura-kura yang merangkak perlahan. Supaya kita tidak menjadi arnab yang sombong, merasakan bahawa 'kamu'lah orang yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan agama, 'kamulah' orang yang sanggup berkorban demi agama. 'kamulah' orang yang sanggup berkorban segala-galanya...segala-galanya adalah 'kamu' sahaja. Dan merasakan orang lain tidak seperti kamu. Juga mengharapkan orang lain juga seperti kamu. Cepat, pantas, semangat jitu dan sebagainya. Salah begitu. Oleh kerana itulah dakwah memerlukan hikmah. Kita bukan mahu melihat hasilnya sekarang sahaja tetapi 10 atau 20 tahun akan datang 'hamba allah' itu tetap bersama-sama di perjalanan ini.

Pesan penulis, jangan terlalu asyik untuk berlari kencang, takut-takut bila tersepak batu lalu terjatuh dan luka. Dan pada waktu itu semangat untuk berlari semula sudah hilang.Bukankah bahaya begitu. Penulis bercerita melalui pengalaman yang penulis lalui selama diperjalanan mencari yang haq. Sedih dan hiba apabila 'hamba2 allah' yang berlari kencang suatu masa dahulu, kini sudah tersungkur jatuh dan tidak mampu untuk bangun lagi. Berbeza dengan 'hamba allah' yang dulu merangkak perlahan kini masih kekal di perjalanan ini.

Jadilah juga seperti kura-kura,walaupun perlahan tetap berjalan. Berjalan penuh hikmah...selama-lamanya. Penulis doakan agar para penyebar agama di luar sana, agar terus thabat dijalan yang satu ini. Ameennn....

Maafkan lisan yang tidak terjaga, sekadar peringatan untuk diri penulis sendiri agar tidak terlalu asyik untuk 'berlari' kencang. 

Peringatan: 
untuk membina sebuah bangunan batu-batu yang berkualiti sangat diperlukan. Oleh kerana itu batu-batu itu akan dipilih dan terus dipilih agar mendapat binaan yang kukuh dan mantap. Tetapi batu-batu yang kurang kualitinya juga masih diperlukan agar dapat menampung lubang-lubang kecil yang wujud antara batu bata yang kukuh tadi. Begitulah jugak hendaknya dakwah kita. Pemilihan demi pemilihan oleh Allah akan terus berjalan. Hanya masa yang akan menentukan samada kita adalah antara orang yang terpilih. Oleh itu perlu kepada kerja keras agar nama kita masih tersenarai dalam 'list' orang-orang yang berlumba dalam melakukan kebaikan. Wallahualam.


Monday, May 11, 2009

Merepek jeeee....


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
Persint 11, Putrajaya
11:47pm

Hmmm...lama juga penulis tidak meng'up date' blog..urggghhh...hari ni tak berapa best..penyakit lama datang balik...maigrinnn...sakit kepala satu hari dari pagi sampai petang tadi....lepas solat asar terus balik...'drive' pun tawakal je..dah lah panas...hampir-hampir nak terlelap juga tadi, kepala lagi tambah sakit....alhamdulillah Allah pelihara, sampai kat rumah terus cari ubat lepas tu 'bummm' cuba untuk lelapkan mata, alhamdulillah sekarang dah ok...rupanya paktam (abangku) pun balik awal jugak...dia memang tak sihat so mc lah kot...sakit kepala jugak tambah demam dan batuk...bahaya betul sekarang musim wabak selsema lah pulak...peringatan allah sebenarnya pada manusia.

Hmmm...suasana kat ofis pun hari ni macam tak besttt...hari ini 11 Mei, semua sedia maklum bahawa rakyat Malaysia umumnya telah menyambut hari Ibu pada 10 Mei yang lalu. Kepada semua ibu-ibu ' Selamat Hari Ibu' penulis ucapkan...

Pada mak tersayang...terima kasih atas kasih sayang, belaian, perhatian, cubitan, didikan yang mak berikan dalam membesarkan kami 10 beradik..mak adalah sayap kiri ayah dalam mendidik kami adik-beradik untuk menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat..Selamat Hari Ibu..jasamu tidak dapat dibalas oleh anak-anakmu walau dengan harta yang berjuta...

Mak...akan acik ambil semua ilmu rumahtangga yang emak ajarkan agar suatu hari nanti acik menjadi seorang isteri yang terbaik untuk seorang 'hamba allah' yang bergelar suami, juga menjadi ibu yang terbaik untuk 'anak-anak'..sesungguhnya acik belajar dari ketabahan emak...'ketabahan' yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata...oh mak engkaulah ratu hatiku dan engkaulah tauladan ku...

Upppsss...terlebih sudah..'teremosilah' pulak...hmmm malam semalam sembanglah dengan abang-abang penulis sampai pukul 2 pagi, nasib baik ayah kat kampung kalau tak lagi panjang cerita sampai pukul 4 pagi pun ok lagi...tapi kalau sembang dengan ayah bukan sembang kosong ...sembang mengenai HAKIKAT INSAN...best..lagi kenal diri, baru sedar diri sikit, tak ego,tak sombong,tak merasakan diri bagus, tak pemarah,dan banyaklah lagi....yang paling penting kita akan jadi 'orang yang tak banyak cakap'...sebab apa? adalah sebab-sebabnya yang tak memerlukan penulis hurai di sini...hehehe biarlah rahsia..

hmmm...dengan abang-abang ni cerita hal masa kecik-kecik dulu laaaa...tapi sebelum bercerita hal2 tu penulis dan abang-abang adalah bincang sikit-sikit pasal topik HAKIKAT INSAN ni...buat ulangkaji dan tambah yang baru...balik kampung bentang kat ayah pulak...kiranya ayah 'lecturer' kami lah...siap kena buat 'assigment' lagi...

ok..kita sambung cerita..cerita pasal apa? cerita pasal 'bekubang' maksudnya mandi tali air...best..lepas balik sekolah fardu ain 'belasah' bekubang dulu, balik rumah kena marah dengan mak then kena rotan dengan ayah itu pun kalau ayah tau lah...kalau ayah tak tau selamattt....cerita pasal kena rotan dengan ayah, cerita pasal tangkap ikan, cerita pasal panjat pokok,cerita pasal main perang2 dengan tanah liat kat bendang(sawah) dan macam-macam lah...biasalah suasana penulis dibesarkan di kampung...boleh agak kan..

cerita pasal pergi sekolah naik basikal dengan abang (banyak sangat cerita lucu waktu nak pi sekolah dan balik sekolah...hehehehe), cerita pasal budak nakal (abg hadilah tuuu), cerita pasal budak-budak datang mengaji kena kacau dengan abang-abang...yelah masa tu mana ada lampu elektrik lagi..lampu minyak tanah adalah..itu yang seronok 'depa' menyakat budak-budak yang balik mengaji dari rumah ayah...tak tau tajwid siaplah kena 'tibai' dengan rotan ayah...takut ooo..ayah garang dan tegas dulu..sekarang..tegas dan sensitif..

Sekarang...masa berlalu tanpa kita sedar..tup2 abang-abang dan kakak-kakak dah beranak pinak...kesian budak-budak sekarang dah tak merasa suasana 'kampung'...abang penulis yang ke lima akan melangsungkan perkahwinannya pada 31 Mei ni...paktam dah nak jadi suami orang huhuhuhu...abang yang paling 'kamcing' masa kecik..geng tuuu...sekarang dah besar..penulis lagi 'kamcing' dengan semua abang-abang...bessssstttt...ramai abang dan ramai kakak...

Eh! apa yang penulis mengarut ni...cerita bab family lah pulak...
sebenarnya nak cerita pasal hari ibu..hmmm tak pelah kita masuk sikit.... selagi kita ada mak dan ayah hargailah mereka....kenanglah susah payah mereka besarkan kita...teringat kat ayah...orang dulu-dulu kan susah....sanggup naik basikal ke pekan semata-semata nak belikan penulis dan adik beg sekolah baru...yang kami pun punya lah tak sabar..siap tunggu kat 'batas' rumah..nampak je kelibat ayah dari jauh terus melompat-lompat tanda sukeeee..'yeye dapat beg baru'..'maakkk..ayah dah balik..beli beg baru...' hmmm...teringat 'giler' suasana masa kecik2...

Ok ..jom kita renung lagi sampai tembus hadith yang sangat familiar ni...

hadistnya meriwayatkan seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah: wahai rasul, siapakah orang yang harus saya hormati di dunia ini? Maka Rasulullah menjawab, ibumu. Setelah itu siapa lagi ya Rasul? Rasulullah menjawab lagi: ibumu. Setelah itu siapa? Dijawab lagi: ibumu. Dan setelah itu siapa? Barulah Rasulullah SAW menjawab: bapakmu.

Ibu..ibu...ibu..mak..mak..mak...muliakan lah mereka...
Penulis rasa tidak perlulah untuk dihuraikan lagi makna hadith kerana semua sedia maklum...
Oleh itu sayangilah, cintailah, kasihilah, hormatilah, dan peliharalah ibu anda dengan sepenuh jiwa dan raga...selagi hayat mereka dikandung badan...tu jelah nak merepek pun...blurrr lah..tak de topik best nak tulis....tapi ini pun kira besttt lah kan..hehehe..perasan sendiri.

p/s: waaaaa...rindunyerrr kat mak dan ayah....i love u mak...i love u ayah...kesian adik sarah diana kena tahan wad...

Sunday, May 3, 2009

Saje suke-suke...

Dengan menyebut nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wbt.
Persint 11 Putrajaya,
1:00pm

Cuaca daripada pagi tadi sampai tengahari ni mendung dan berangin sepoi-sepoi bahasa, kalau kat kampung time2 angin macam ni duduk dibatas2 bendang/sawah..perghhh bestttt sangat2..tenang je...cari port baik punya duduk sambil muhasabah diri...apa beza 'aku' dulu dan 'aku' sekarang...hmmm sama-samalah kita renungkan...so macam biasa nak kongsi cerita...cerpen pendek..hehehe penulis sebenarnya bukanlah 'ahli' dalam bab2 penulisan ni cuma sekadar bakat yang terendam jeeeerrr....selamat membaca

Jaiputra, PCB Kelantan....
Januari 2005,

Macam biasa, sekali lagi aku dipanggil untuk menjadi fasilitator kemasukkan intake baru Jun 2005. Kali ni aku dan 'geng' usrahku diarah oleh naqibah untuk 'ikat' adik-adik baru dengan tarbiyah,

Teringat dua hari lepas ada seorang ukhti dari kedah telefon untuk inform ada adik baru (akhawat) akan masuk ke Kolej Jaiputra. Huh...hari yang ditunggu dah tiba, hari ni pendaftaran adik-adik baru. Yang kelakarnya semua fasilitator siswi hari ni berpakat pakai jubah warna biru gelap, tudung putih. Yang tak tahannya siap kena perli dengan fasilitator siswa. "Ai..sepakat membawa berkat nampak", urghhh lantak lah sibuk je.

'Emmmm....kakak saya nak tanya sikit boleh?" tanya salah seorang pelajar yang sedang menunggu giliran untuk mendaftar." Ya, silakan", "Boleh saya tahu dalam ramai kakak-kakak yang berjubah biru ni mana satu k.Salmi ye?". Alamak itu akulah lah tu. Apasal budak ni cari aku pulak. "Erghh..akak lah k.Salmi, kenapa? Boleh akak bantu?".

"Akak kenal tak k.Rosmuhaini? Sekarang dia mengajar di ISLAH Kedah". "ohhh.. kenal sangat, aaaa..ni Atikah ke?", aku main agak je. "Ha'ah saya Atikah dari Islah Kedah".

Selepas sembang panjang dengan Atikah akhawat diperkatakan dua hari lepas, kami bergerak menuju ke dewan utama bersama para pelajar dan ibubapa untuk sesi taklimat.
Sementara para pelajar dan ibubapa mendengar taklimat, kami fasilitator dikehendaki berkumpul di bilik kuliah 4 untuk sesi taklimat fasilitator.

Beberapa minggu selepas sesi minggu ukhuwah dan ta'aruf Jaiputra...

Penerangan telah diberikan kepada adik-adik baru tentang 'biah' di kolej Jaiputra ni. Kebiasaanya, aku akan handle usrah adik-adik ni pada hari Khamis petang. Setelah selesai sesi ta'aruf ada lah pulak yang advance tanya pasal apa itu usrah. Kalau ikutkan aku punya perancangan, tak nak lah lagi sentuh bab-bab ni, slow-slow dulu. Tapi memandangkan depa dah semangat nak tahu so cerita jelah...

"Ok...akak akan terangkan apa itu usrah kalau tak faham boleh tanya." " Cepat lah k.Salmi tak sabar nak dengar ni."

"Apa itu usrah dan apa pentingnya usrah?. Kita mulakan dengan ta'arif tarbiah dan ta'arif yang lain-lain."

"Tarbiah bermaksud pendidikan.
Murabbi adalah pendidik.Mutarabbi adalah anak anak didik.
Manhaj tarbiah adalah Islam.
Wasilah utama murabbi untuk mentarbiah mutarabbinya adalah usrah.

Usrah dalam bahasa arab bermaksud keluarga.
Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan anak-anak.
Ibu bapa adalah pendidik yang utama bagi anak-anak.
Ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang Islam.
Ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh perasaan kasih sayang.

Dulu ... para bapa (baca para sahabat) dan para ibu (baca para sahabiyah) berkahwin dan melahirkan anak serta mendidik anak anak mereka dengan didikan Islam sehingga menjadikan mereka rijal-rijal. Rijal-rijal inilah yang menjadi Qa'idah Sulbah kepada kebangkitan dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Kini ... para ibu bapa tidak lagi (kecuali yang mendapat rahmat Allah swt) dapat mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rijal-rijal tersebut. Bahkan, mereka sendiri tidak dapat menjadikan diri mereka sebagai rijal. Atas pelbagai sebab dan alasan serta keadaan.

Lalu ... didatangkan para murabbi yang sedar dan bergerak serta sanggup berkorban, memberikan alternatif kepada proses pendidikan anak-anak di dalam program-program tarbiah mereka. Untuk anak-anak yang tiada ikatan darah dengan mereka, akan tetapi mempunyai ikatan yang lebih kuat dari itu, iaitu ikatan iman.

Itulah sistem usrah yang di ikat dengan ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang berfungsi untuk mentarbiah anak-anak menjadi rijal.
Itulah sistem usrah yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang.
Itulah sistem usrah yang berfungsi sebagai alternatif kepada sistem keluarga yang asas."
"Itu sahaja yang dinamakan usrah?..saya berminat lah k.Salmi untuk join usrah." Emhh, terdetik di hati aku, hehehe... budak-budak ni tak tau rupanya, sekarang ni pun dia tengah join usrah, tak pe tak pe budak baru kenal tarbiah. "Tak apa adik-adik, kita slow-slow faham apa itu tarbiah dan salah satu jalan untuk dapat tarbiah adalah usrah."

Setakat ini sahaja usrah kita pada hari, kita jumpa minggu depan dan tutup majlis dengan surah Al-Asr dan tasbih kafarah." Cepat-cepat aku tutup majlis bukannya apa tak nak adik-adik baru ni pening sebab yang masuk kolej ni mempunyai latar belakang yang pelbagai. Tak nak la nanti orang kata terkena kejutan budaya, perubahan bukan utuk hari ini sahaja tetapi untuk selamanya...supaya kita sentiasa dalam tarbiah Allah itu yang sepatutnya

p/s: hehehe...entah hapa-hapa yang penulis mengarut tah...sebenarnya nak kongsi pasal 'apa itu usrah je'...tapi sesaje gatal nak sampaikan dalam bentuk cerpen pendek...cerpen ke tuuu??? urggghhh lari jauh dari cerpen...oklah semoga ia bermanfaat untuk semua...